Wednesday, February 28, 2007

kusut ..........

Seminggu aku tinggal keseronokan untuk menulis kerana kesibukan dalam rutin kerja harian yang tak pernah ada akhirnya ...., dalam kesibukan kerja itu ada pelbagai cerita dan gosip tersebar ...... agh .... tak aku pun kena tempias gosip juga ....... tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima bila ramai kawan ..... bukanlah kawan lelaki ......... tapi kawan perempuan .

Arwah mak pernah pesan ( masa aku mula masuk ke dunia pekerjaan ... lama tu dah hampir 20 tahun ) hati-hati bila bercakap.... kerana kawan hari ini , esok mungkin jadi musuh, sebagai manusia yang serba serbi kurang aku terlupa pesan itu ...... kini aku terima akibat daripada kealpaan itu.

Dulu , kalau ada masalah aku anggap satu cabaran ......... jarang sekali aku menitis airmata tapi kini hati mudah hiba , mudah tersentuh , terasa begitu mengganggu rutin harian dalam seminggu lepas mungkin aku dah letih dengan semua perkara remeh yang menyesakkan ruang fikir atau kekental jiwa dah semakin menipis agaknya.

Esok 1 mac ....... aku tanamkan keazaman biar berjuta prasangka dan gosip melanda ...... aku dah bersedia kerana aku yakin setiap ssesuatu kejadian dan peristiwa ada hikmah yang tersembunyi dan tak capai akal kita .... manusia yang lemah ini ...... Allah berikan sedikit kekusutan agar kita tidak leka dengan kurniaNya ....... dan sentiasa bersyukur atas nikmatNya.
Ya Allah sesungguhnya segala kebaikan dan dan kebenaran itu dari Mu dan segala kelemahan dan kekurangan adalah dari diriku.

Muhasabbah adalah jalan terbaik untuk menilai diri, lebih mengenali diri , memperbaiki diri , menyingkirkan semua titik hitam dalam hati ...... dugaan sekecil zarah ini telah merosakkan jalur hidup aku selama seminggu ...... amat memalukan.

Ya Allah ...
ku pohonkan keampunanMu
berikan aku ketabahan menghadapi dugaanMu
permudahkan jalan hidupku
Ya Allah...
peliharakan diriku dari fitnah dan hasad dengki
jauhkan diri dari kesesatan yang nyata dan tersembunyi
sesungguhnya Ya Allah .... Engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani
Amin.

Wednesday, February 21, 2007

Si Belang

Si belang yang comel
sentiasa mahu dibelai mesra
sentiasa bersuara manja
sering ku peluk dan usap kepala
menyambut ku pulang kerja
terasa hilang letih memandu

Si belang yang manja
aku sering terleka melihat telatah
bila hati rasa kelabu
olesan lembutnya bagai terapi
dalam hati dan jiwa

semalam
si belang letih tak bermaya
mata bundar layu
desah suara semakin sayu
susu dan santapan rutin
hanya dipandang kosong

ku riba dan usap mata, hidung dan badannya
airmata ku menitis ........ sedih
terkilan kerana tak upaya membantu
sebagai ia meredakan rasa letih dan resah ku

Si belang ku sayang
kematian adalah sesuatu yang pasti
tapi kenangan tetap kekal abadi
buat Si Belang
kucingku

Thursday, February 15, 2007

Dunia baru

Suasana pejabat hari bagaikan asing bagi aku .... ehh.... tersalah tempat kot ..... terasa sunyi dan begitu senyap .......... kemana perginya suara ceria , ketawa dan ragam yang sering buat aku tersenyum malah ketawa ........... oooppss....... mereka semua telah melangkah dunia baru , suasana baru dan segala-galanya baru ..... dan aku harap juga biar keazaman serta semangat mereka juga baru.

Selamat datang ke dunia baru untuk jijah, hani, ija dan syukri ......... ingat ikrar bila mula berkhidmat sebagai kakitangan awam ......... bersih, cekap,amanah ..... kat situ kita ibarat cermin bagi kerajaan ..... tapi aku percaya mereka adalah pilihan terbaik kerana terpilih ...... so buktikan ....... doa ikhlas sentiasa aku pohon ke hadrat Illahi semoga mereka dipermudahkan dalam menjalankan tugas yang di amanah, lapang fikiran , tenang dan sejahtera hendaknya.

Berkhidmatlah dengan ikhlas tanpa mengira jawatan yang disandang, jaga hubungan antara sesama ......... insyaAllah ........ pejabat kita akan jadi syurga dunia.

Terima kasih kerana kehadiran kalian untuk praktikal di sini telah memberi kegembiraan walaupun hanya sekejap tapi meninggalkan impak yang berpanjangan, diharap semua ilmu yang diberi mungkin ada kekurangannya dapat dimanfaat dengan sebaiknya.

SELAMAT MENJELAJAH KE DUNIA BARU
BE THE BEST

Thursday, February 8, 2007

Apa dah jadi .......!!!!

6 Februari lepas ramai yang meluahkan rasa sedih , terkejut dan marah yang amat sangat bila Utusan Malaysia menyiarkan berita beserta gambar bayi yang dibuang bagaikan sampai di negara kita yang masih tinggi budaya penyayang ....... tentu tidak menjadi kejutan jika semua ini berlaku negara-negara dunia ketiga kerana mereka masih punya alasan kekurangan makanan atau tiada kemudahan perubatan .... tapi semua itu berlaku di Malaysia.

ketika membaca artikel tersebut .... jauh disudut hati aku tertanya-tanya siapa lah manusia berhati binatang yang tergamak melakukan penganiayaan seperti ini.... seorang insan kerdil yang berupaya dibiar seolah-olah dijatuhkan hukuman bunuh bukan atas kesalahanya. Meskipun mungkin kelahiran tidak kehendaki biar ia hidup agar dosa akibat terlanjur tidak ditambah dengan dosa sebagai pembunuh.

kita seharusnya memikirkan bagaimana cara untuk mencegah peristiwa menyayat agar tidak berulang lagi ......... setiap dari kita punya peranan ......... pantaulah kemana arah remaja kita, bimbingan berterusan, jadikan mereka seperti kawan dan berusahalah fahami gelodak jiwa mereka ....... jangan mudah menjatuhkan hukuman atas ketelanjuran atau membiarkan mereka hanyut tanpa bantuan ........... memang mereka bersalah...... tapi pernahkah kita terfikir mungkin kita juga bersalah ..... masyarakat juga bersalah kerana sering memikirkan mereka atas keterlanjuran itu .......... tidak prihatin dengan sifat remaja yang punya naluri tinggi suka mencuba ........ dan pelbagai lagi.

kita selalu sering mengabaikan sikap ambil tahu dan leka dengan kehidupan sendiri ... kerana kita sering merasakan segala macam gejala sosial yang berlaku itu tidak akan berlaku kepada anak, adik atau saudara kita.

dari itu mulai saat dan ketika ini cuba untuk lebih bersikap jaga tepi kain orang bukan cari keburukan tapi untuk kebaikan ........... tanamkan sikap ambil tahu ............ bantulah mereka-mereka telah sesat dihujung jalan ........ bimbing dan pimpin mereka ke pangkal jalan ........ jadi insan yang lebih menghargai remaja dari insan yang tahu menghukum.

Monday, February 5, 2007

kenali diri

Pernah anda terfikir untuk lebih mengenali diri sendiri ? aku baca petikan artikel ini ketika menemankan anak saudara membeli peralatan untuk kuliahnya ...... sempatlah aku selak beberapa helaian buku ....... tapi alamak terlupa lak judul buku itu ..... semasa memandu ke pejabat hari ini persoalan itu timbul dalam kotak fikirku ......... dah seminggu berlalu baru hari ini aku berkesempatan untuk membuka minda dan menyediakan ruang fikir .......... ahhh.. mungkin masa memandu bersendirian ini merangsang aku untuk menilai dan mengenal diri...... tentu lucukan bila orang tak mengenali dirinya sendiri .........

Cuba kita tanya soalan itu pada diri kita sendiri ......... tentu jawabnya.... mustahil kita tak kenal diri sendiri .......... hanya orang kurang siuman aje yang tak kenal diri sendirikan .............. tapi sejujurnya Aku masih belum benar-benar mengenali diri sendiri dan kini aku masih berusaha untuk mengenali diri sendiri. Bila duduk sendirian aku suka memikirkan masa lepas ..... bukan menyesali apa yang telah berlalu tapi lebih kepada muhasabah diri agar aku tak lakukan kesilapan yang sama ......

Aku ingin sekali melakukan apa yang aku rasa benar ........ tapi hati kecilku masih lagi penuh dengan keraguan dan akhirnya menguburkan segala keinginan itu ...... adakalanya aku rasa amat terseksa jiwa menahan perasaan yang sepatutnya aku luahkan ......... baru-baru aku sedih yang amat sangat ....... melihat penindasan berlaku di depan mata sedangkan aku tidak dapat berbuat apa-apa ....... hanya ini dapat kuluahkan " Ya Allah berikan aku keampunan dan berikan mereka-mereka yang merasa teraniaya kesabaran dan murah rezeki mereka" .

Aku sering terperangkap dengan keinginan diri sendiri dan keperluan menjaga hati orang lain ..... pelik ?? Sebenarnya selagi manusia itu masih boleh berfikir ........ sikap hipokrit tak dapat dikikis kerana adakalanya kita terpaksa, tentunya tiada siapa yang paksa tapi itulah hakikat kehidupan - terima kasih midah kerana sentiasa jawapan bagi setiap persoalan. " otak yang malas berfikir akan menyebabkan jiwa kita mati " aku masih ingat kata-kata itu.

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan itu ungkapan biasa kita dengar tapi perlukah kita korbankan orang rasa gembira insan lain demi membina kegembiraan kita ......... sudah keringkah rasa kemanusiaan kita ? Minggu ini penuh dengan pelbagai cerita ....... yang pasti aku perlu lebih menilai diri ........ membina lebih banyak keyakinan diri ........ lebih mengikhlaskan diri dalam apa jua yang aku lakukan ......... lebih membuka ruang fikir bahawa manusia tiada kesempurnaan .......... lebih mendekatkan diri dengan Nya ............ lebih menutup ruang yang akan menimbulkan fitnah .............. lebih apa lagi ye !!!!

Buat anda yang membaca:-

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Jika berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi