Wednesday, April 25, 2007

Emosi

Menyelusuri liku-liku kehidupan , adakalanya memerlukan kekuatan mental dan kerohanian yang jitu .... apa tah lagi dikalangan remaja , jiwa mereka mudah tersentuh dan sensitif ...... sering bertindak dan berfikir mengikut hati dan nafsu ..... tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Aku rasa terpanggil untuk cuba memahami gelodak jiwa remaja ni .... setelah mendengar dan melihat situasi ini ......... aku mengerti gelora jiwa remaja yang mudah jatuh cinta dan dicintai .... rasanya perasaan itu bukanlah cinta tapi lebih kepada perasaan ingin disayagi dan menyayangi , ingin berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina ......... sebenarnya perasaan suka kepada jantina yang berlainan adalah sesuatu normal dan seharusnya ...... kan lebih parah jika para remaja saling suka menyukai sesama jantina maka bertambah biak lah kaum Nabi Lut a.s.
Remaja hari ini diasuh tentang kemahiran mengawal emosi ....... ibubapa juga perlu ada kemahiran ini ....... cara nak belajar ....... ilmu ni tak diajar di sekolah tapi kita kena cari dari dalam diri kita sendiri .... fikirlah
Kita acapkali menunding jari .... mencari kesalahan , kelemahan dan kekurangan orang lain tanpa berani menilai diri sendiri ..... kita yang sering mengaku ' lebih dulu makan garam' terlupa arus pembangunan dan kemodenan ini telah menukar pesepsi remaja dalam meneruskan kelangsungan kehidupan .
Dulu ....tegahan dan larangan dipatuhi tanpa soal jawab , kini setiap tegahan dan larangan mesti disediakan dengan alasan dan penerangan lengkap ....... remaja kini ingin dilayan seperti kawan dan ibubapa pula sering menggunakan kuasa yang pada mereka ketika bertindak ...... tanpa menghiraukan perasaan dan keinginan jiwa remaja ....... maka terpampang di dada akhbar ......' remaja lari dari rumah ' ' remaja mangsa rogol ' seolah-olah masalah remaja adalah senario biasa masa kini .
Kepada mereka yang memegang title ibu dan bapa ..... fikirlah secara positif dalam menangani remaja ...... terapkan ketakwaan , jati diri yang tinggi , lengkap jiwa mereka dengan kasih sayang, bimbing mereka dalam menempuh kehidupan ........ kerana mereka adalah penyambung segala warisan bangsa, negara dan agama .

Monday, April 23, 2007

Sepi itu .........

Sepi itu sepasang daun pintu
Membuka luas ruang fikir
Bersama air bersih membasuh mata kelabu
Mencari buah jujur di pohon kebenaran

Sepi itu penggerak langkah pertama
Ke perjalanan diri yang jauh
Menyelusuri lorong selamat untuk sampai
Memeriksa bekal mengisi tabung hayat

Sepi itu penyuluh di gelap malam
Bulan penuh bintang bertabur
Jalan berliku nampak lurus jelas
Cahaya iman cerah memancar

Sepi itu kunci membuka gedung jiwa
Mencanai akal mencabar bijaksana
Banyak soalan minda dijawab :
Lebar payung langit dimana tiangnya?
Siang dan malam silih berganti
kenapa tidak bercuti ?

Sepi itu sehelai kain sutera
Lembut halus pakaian jiwa

Thursday, April 19, 2007

Gaji .. oh..gaji

Isu terkini dan hangat diperkataan saat ini adalah kenaikan gaji ... terutama dikalangan penjawat awam. Bila pihak Cuepacs memanjangkan isu ini kepada pihak kerajaan , pelbagai reaksi diterima ..... bagi penjawat awam ia merupakan satu berita gembira dengan harapan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan tapi bagi yang bukan ..... berita ibarat meletakkan mereka dalam keadaan sebaliknya.

Bagi masyarakat luar bandar .... kenaikan gaji membawa maksud kenaikan harga barang keperluan harian .... sedangkan penjawat awam hanya 1.2 juta sahaja. Keluhan berbaur dengan sindiran ini sering dilontarkan kepada aku .... padahal dari pemerhatian aku ...sebenarnya mereka lebih tinggi pendapatan bulananya dari aku ....

Sebenarnya kenaikan harga barang tiada kaitan dengan kenaikan gaji kakitangan awam ..banyak lagi perkara-perkara lain yang menyumbang kearah itu... kenaikan gaji yang masih dalam pertimbangan kerajaan itu hanya memberi sedikit suntikan sahaja sebagai menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi ... kami terikat dengan etika perkhidmatan dan waktu kerja tertentu yang menutup peluang kami untuk memcari sumber pendapatan lain.

Berlaku adillah dalam membuat penilaian dan perbandingan untuk penjawat awam .... jangan hanya kerana segelintir yang tidak menjalankan amanah ...... kami semua dilabel sebagai makan gaji buta ...tidak proaktif dan membazirkan wang kerajaan.

Seandainya tuntutan Cuepacs berjaya walaupun sedikit ... diharap semua penjawat awam bersyukur dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan .... kerana sesungguhnya kita masih dihargai ....

Tuesday, April 10, 2007

Bos baru

Minggu lepas aku dimaklumkan akan menerima bos baru ..... tapi aku tak lah terkejut sangat sebab masa mesyuarat baru-baru ni pun sudah diwar-warkan yang berita tersebut ... hanya timbul persoalan siapa yang bakal mengambil alih tempat beliau ...
terasa juga kehilangan kerana selama ni beliau lebih bersikap seperti kawan dlm menjalankan tugas dan arahan ...... sikap beliau lebih kepada membimbing serta sentiasa fokus terhadap tugas dan amat prihatin atas kebajikan kakitangan dibawah seliaannya.

Pelbagai spekulasi aku dengar mengenai perpindahan ini ...... tapi semua itu hanya lah cakap-cakap kosong yang adakalanya tak masuk akal ..... sudah jadi resam manusia, ada yang suka ada yang tak ..... so guna kan akal untuk fikir apa yang terbaik.

Kepada bos baru ..... cabaran menanti anda ...... harap sabar dan dapat meneruskan kesinambungan kerja dengan baik, ...... tentunya akan ada sedikit perbandingan dengan yang lama ...... bimbinglah semua nya yang ada dibawah seliaan ke arah lebih baik.

Esok ..... aku akan menghadiri taklimat dengan BOS BARU ....

Salam Ukhuwah dan Silaturahim

Wednesday, April 4, 2007

Tatkala sampai waktunya ....

Tatkala sampai waktunya
daun yang kering itu
akan gugur helai demi helai
meladeni bumi

Tatkala sampai waktunya
pucuk yang muda itu
patah terkulai
di dada hari

Seharusnya kesempatan
yang dimiliki ini
harus disirami baja keimanan
perlu diselimuti rasa ketakwaan
kerana
tatkala sampai waktunya
kita masih sempat mengucup ketenangan
menuju nyaman ke perkebunan
abadi