Monday, July 23, 2007

Alangkah .....

Nostalgia di alam persekolahan adalah kenangan terindah dalam kehidupan setiap orang ... walaupun mungkin tak semua orang suka kan .... masa aku sekolah dulu zaman 70 an dibangku sekolah rendah ..... jauh beza dengan sekarang , pergi sekolah berjalan kaki ramai-ramai tak rasa takut pun sebab kadar jenayah masa tu masih terkawal .... siap bawa bekal dan air dari rumah .... masa itu emak buat kuih untuk jual dikantin sekolah .... belanja sekolah pun tak banyak .... berapa ye ? .... 20 sen kot .... dah ingat lah ...

Yang buat aku tersenyum bila menatap gambar-gambar lama .... tentu nostalgia baju warna biru tua dengan kemeja putih .... dan stokin separuh betis , rambut lak bertocang dua ... gamaknya bebudak sekarang tentu tak sanggup nak pakai ... tapi bila anak buah tanya ' ni gambar siapa ?' .... sudah nya aku pun malas nak mengaku .... bukan apa .... nanti jadi bahan ketawa lak ..

Peristiwa yang tak kan aku lupa .... bila didenda usung bendera keliling padang sekolah gara-gara terlupa lukis peta semasa subjek Ilmu Alam .... kes haru betul .... masa tu perasaan malu dan berbakul-bakul jugak aku mengutuk cikgu dalam hati ...... tapi yang peliknya bila subjek tu berakhir maka berakhir jugak perasaan marah dalam hati aku ..... tiada sekelumit pun rasa dendam atau nak mengadu ...

Era 80 an .... aku sekolah kat pekan S/B .... masa tu awal remaja ... aku berbasikal ke sekolah .... 4 batu jugak aku berkayuh ( masa tu belum guna kilometer ...) , masa pergi sekolah seronok sebab pagi lagi tapi bila balik ..... bermandi peluh ..

.... yang bestnya pada masa tu tak pernah aku dengar ada ibubapa buat laporan polis pasal cikgu dera murid ke ? cikgu mencabul atau sebagainya ...... sebab tu cikgu pada era tu dipandang mulia dan begitu dihormati oleh masyarakat setempat ....

.... buat semua cikgu yang pernah menitipkan ilmu biar pun sekecil zarah , sekalung budi atas tunjuk ajar dan bimbingan ..... menjadi aku manusia yang tahu erti budi ..

terima kasih buat cikgu Shaari Salim ( mungkin dah bersara ) Ustaz Aini Arbain , cikgu Riduan Atan ( ... pantun cikgu membakar semangat untuk jadi terbaik ) cikgu Suhardi ( .. yang sentiasa senyum ) Ustaz Mahyuddin ( ... yang masih mengenali aku hingga kini ) dan ramai lagi ..

Alangkah bertuah nya aku dapat lalui semua itu ....

Friday, July 20, 2007

...dugaan

...kehidupan ini hakikatnya adalah medan untuk menguji kesabaran dan keimanan dan yang keluar sebagai pemenang adalah mereka yang kuat dan mampu mengatasi setiap kesulitan dengan baik ....

... ' Dan sampaikan berita gembira kepada arang yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, akan mengucapkan ; Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami akan kembali ' . Surah Al Baqarah, ayat 155-156.

... salah satu ciri orang yang beriman adalah tabah menghadapi dugaan hidup, kesulitan apapun yang dialami .... tidak sedikit pun ia berpaling daripada Allah , malah semakin dekat ...

... lima prinsip untuk renungkan ..

... sedar bahawa kesulitan adalah episod yang harus dijalani dan hadapi dengan sepenuh hati
... yakin bahawa setiap kesulitan sudah tepat ukurnya bagi setiap orang
... yakin bahawa ada banyak hikmah di sebalik kesulitan
... yakin setiap ujian pasti berakhir
... yakin bahawa setiap kesulitan yang dihadapi dan dilalui secara terbaik akan mengangkat
darjatnya di hadapan Allah , semakin berat ujian semakin luarbiasa ganjaran yang akan
diterima

ini adalah antara beberapa petikan yang disimpulkan dari buku yang sedang aku baca ..... nak tau tajuk buku tu ? .... sabarlah sehingga aku habis membacanya

insaf

Ku buka selut duka
dari tingkap keadaan
belajar mengenal susah
merendah segala payah
menelan semua pedih
dari arus keadaan

Pastinya dari segala kemungkinan
ada ruang-ruang mencari pengisian
ada cahaya penunjuk jalan
fikir sebelum jauh terpinggir
dari arus zaman
yang semakin kencang
dan kontang

Thursday, July 19, 2007

.... merdeka kah kita ?

salam sejahtera ...

Hari ini aku rasa lega sikit sebab kertas kerja untuk projek sempena kemerdekaan yang telah lama diluluskan oleh pihak atasan selesai ku bentang kepada pihak berkenaan ..... kelewatan memaklumkan kepada pihak berkenaan juga menimbulkan kesangsian dan persoalan ..... apa dah jadi dengan budget yang telah diluluskan ...... insyaAllah semua budget masih ada dan selamat .... mungkin kerana kelulusan awal beberapa bulan dari tarikh pelaksanaan ..... tapi kan bulan kemerdekaan kan Ogos ...

... dan aku tahu mulai hari ini juga ... akan bermulanya satu perjuangan dan cabaran demi cabaran yang terpaksa aku lalui dan tempuh ..... setiap tutur bicara dan tingkah laku akan diperhati ...... aku tahu itu dan aku dah bersedia ...

... dalam suasana orang sibuk bercakap tentang merdeka , makna merdeka , apa itu merdeka , bagaimana seharus merdeka disambut ... aku diselubung seribu pertanyaan ....
' merdeka kah aku ? ....

..... merdeka kah aku ? ... kalau kebebasan bersuara tidak diambil kira
..... merdeka kah aku ? ... jika masih ada sifat kekitaan dalam diri
..... merdeka kah aku ? ... membiarkan kesilapan sama berulang sentiasa
..... merdeka kah aku ? ... jika hati dibelenggu keraguan
dan merdeka kah aku ? ... kerana terpaksa mengiyakan
atau aku masih dijajah oleh diri ku sendiri .... masih tidak berani meluahkan hanya kerana terikat perasaan hormat ....
.... bila memikirkan ini semua ... sebenar aku jadi takut yang amat sangat ....
tapi aku kembali bersemangat dan lebih bersemangat kerana " berani kerana benar ....
dan dugaan dan cabaran adalah terapi minda yang tebaik
dan aku yakin Allah datangkan kesusahan pada hambaNya kerana kecintaan , kerana
kasih pada hambaNYa.

.... Aku sudah bersedia .... biar lah seribu kata nista dan umpat keji .... aku terima kerana aku sedar .... kelemahan dan kekurangan dalam diri aku sendiri , segala kelebihan dari Nya jua .

jumpa lagi ...

Wednesday, July 18, 2007

serabut

salam hebat buat sesiapa yang baca .

..... pernah tak jadi kat korang ?
..... dalam kepala korang ada banyak benda yang korang fikirkan...
..... yang mesti korang selesaikan...
..... yang kena , mesti , wajib ... korang selesaikan..
..... selagi tak selesai.....
..... selagi korang buat xtak tahu .....

selagi itu lah masalah tu akan terus bersarang , berakar umbi dan merebak secara senyap......
lebih mengharukan lagi .... masalah ini korang tak manpu dan tak tahu macam mana nak luah kan ...


Aduh .... !!! ini lah yang aku alami sejak kebelakangan ini ...
tak de susunan huruf yang dapat aku jalinkan dan aku rangkai jadi bait ayat untuk meluahkan segalanya ...



Aaarrrrrggggghhhh ...... sakit kepala aku...
rasanya nak berehat dan bercuti untuk muhassabah diri seketika ...


Hanya pada Nya ku luah segala gelodak dihati , ku pohon kekuatan dan petunjuk serta keredhaan agar setiap langkah tidak tersasar dari landasan waras fikirku ...

apa lagi sekarang bulan rejab ....


... jumpa lagi ..

Tuesday, July 10, 2007

Pembohongan terancang ?

.... hari ni ketika membaca akhbar hari ini , aku terkejut jugak bila orang nombor wahid di Selangor

berkata ' pemberian anugerah khidmat cemerlang yang dilakukan setiap tahun sebagai satu " pembohongan terancang ' ..... atas alasan itu maka dilancarkan 'sistem kad Prestasi (SKP) ' yang bertujuan memantau dan menilai keupayaan sebenar kakitangan awamnya.

.... melalui SKP pemberian markah mengikut warna iaitu biru bagi yang mencapai markah 90 ke atas , hijau , kuning dan merah bagi markah yang paling rendah ..... pegawai kerajaan yang tidak mencapai piawaian kerja seperti ditetapkan akan diarah bekerja di pejabat kerajaan pusat untuk dipantau dalam tempoh tiga hingga empat bulan .... lama tu.

.... bagi aku semua sistem sedia ada atau yang masih dalam perancangan adalah baik kerana semua bertujuan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam dan memberi impak kelas pertama kepada masyarakat ..... yang paling penting dalam menjayakannya adalah diri sendiri .... sikap dan pemikiran setiap kakitangan awam yang perlu digilap dan nilai-nilai murni dalam jiwa perlu sentiasa dibajai ...

.... dan pihak yang diberikan kuasa untuk menilai seharusnya lebih amanah akan tanggungjawab dalam membuat pernilaian ..... sikap berkecuali dan adil perlu disemat kukuh dalam hati ..... agar kakitangan di bawah tidak rasa dikhianati ..

... harap sesangat sistem baru berkesan ...



selamat berkhidmat

Thursday, July 5, 2007

' ... tak de maknanya ..... '

... minggu lepas ketika sembang kosong dengan anak saudara , tentang pengalamannya ketika menghadiri temuduga baru-baru ni .... buat aku terkedu dan tak tahu apa nak komen ...

ceritanya begini ..

... dia terima surat untuk temuduga di bangunan ....... , temuduga mula jam 9.00 pagi seperti tercatat kat surat yang diterimanya ... setelah beberapa kali berpusing-pusing mencari tempat parking motor .... dia tiba kat pejabat tu .. jam 8.45 pagi ' alamak ! ramainya ..' sementara menunggu namanya dipanggil .... dia berbual-bual dengan seorang awek yang duduk kat sebelah ... sebab awek tu ... macam dah biasa dan kenal mesra dengan staff kat situ .... awek tu orang selatan tanahair ... tinggal ngan kakak di Seksyen ........, Shah Alam .

... hampir jam 11.45 pagi baru lah namanya dipanggil .... ada tiga penemuduga ... seorang perempun ... dua lelaki . semasa ' sessi berbual kosong ' tu , hanya yang perempuan jer yang meyelak lembaran sijil yang dibawa .... yang lelaki hanya tanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan jawatan yang dipohon .... muka lak blurr jer .... macam orang gian rokok ... last sekali penemuduga tu minta dia tanya apa-apa soalan ...... ' aghh ! terfikir jugak ... nak tanya ape yek ... ' dah ada calon ke ..untuk jawatan ni ' ... tak tahu lah macam mane le soalan ni boleh terkeluar ..... mereka terkejut gak ... pas tu tersenyum ... sebelum melangkah keluar tu ' terima kasih kerana sudi memanggil saya untuk temuduga ini ..... terima kasih ' .....

... sebelum balik sempat le minta no. phone awek tu ... kata awek tu ' jangan lupa call ye '

begitu lah cerita

... Wah ..belum dapat kerja dah cari awek ...... dia ketawa .. ' acik ni ...kite ambik no phone awek tu sebab kite yakin dia akan dapat jawatan tu ...... klu x percaya kite tunggu 3 bulan lagi ...'

.. ala jangan putus asa kalau tak dapat jawatan tu ... tanda nya bukan rezeki kita ..... mungkin kite akan dapat yang lebih lagi ....

.....' tak de maknanya ..... ' balas nya dalam nada terkilan bercampur marah ..

... kekadang tu terfikir jugak ..... bila kedapatan dalam sesebuah organisasi beberapa staff nya ada talian persaudaraan ... adakah situasi begini betul atau kebetulan ...

... salam untuk semua ....