Wednesday, July 30, 2008

Salam Israk Mikraj

... untuk semua kekawan dan sesape jer yang lawat blog ni ..

Saturday, July 26, 2008

selamat ulangtahun ke 3

siti khadeeja
selamat ulangtahun ke 3
... 24 julai 2008 ...
acik doakan
jadi anak yang solehah
dan
berjaya dalam kehidupan
dunia dan akhirat
- amin -

sekitar kempen gerakan membaca daerah ...

belakang dari kiri .. linda, bunga, maah dan suriya
aku, honey dan jijah

peserta kuiz JKKK ' kenegaraan'

pelajar yg ambil bahagian pertandingan tulisan jawi

dari kiri .. nor, ita , maya , roseneta dan reza

..... sempat posing dengan bunga

.. salam semua ,
maaf la ... agak lewat posting gambar korang semua kat blog ni ... semalam sibuk buat semakan rak dan paper cutting ... lagipun semalam x de 'mood' la ... fikiran dan perasaan x sehaluan .. hehehe ..
so ari ni ... pengguna pun x ramai ... sempat le pilih gambar2 yang sesuai ... x dapat nak masukan semua gambar sebab ada gambar yang x jelas dan blurr jer ...
... pasal aktiviti tempohari tu ... aku x nak komen ape2 ... hanya kali ni lebih baik dan teratur dari yang sebelumnya ... walaupun sedikit ' kejutan ' dengan pengacaranya ... tapi boleh le !
... bulan Okt ni ... jumpa lagi itu kalau ada jemputan ...
tahniah ! kat semua staff lib kuala ... honey , jijah dan linda ....


Friday, July 25, 2008

... mengurus hati


"Di dalam tubuh itu ada mudghah, seketul daging yang apabila ia baik , maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh tubuh itu . Ketahuilah mudghah itu adalah qalb ( hati ) . kalau hatinya sihat , secara automatik fikiran , bicaranya dan segalanya tindakannya juga sihat. namun kalau badan sahaja sihat , tetapi hati tidak sihat maka kesihatan badannya akan membawa masalah " ...


... saat ni aku sendiri dalam dilema menguruskan hati ... entahlah ! sukar nak jelaskan tapi kalau x diluahkan ... rasa menyesakkan hidup betui ! ... baru-baru ni semasa bertugas dalam program anjuran jabatan ... ketika ' bos ' maklumkan akan ada pertukaran besar-besaran sekitar ogos ni ... aku ambil kesempatan menyuarakan hasrat yang dah lama terpendam untuk ' berhijrah ' ke daerah kelahiran untuk menyumbang khidmat bakti ...


... setelah 14 tahun berada disini ... aku rasakan perlu ' berhijrah ' untuk mengelakkan sindrom ' statik ' melanda jika lebih lama berada disini ... ini bukan le kali pertama aku memohon ... permohonan kali pertama dulu aku lakukan secara berhemah ... melalui surat tapi balasannya mengecewakan ... kerana masalah status jawatan ... atau pertukaran suka sama suka ... saat itu aku gagal dalam mencari rakan pertukaran ... ku pujuk hati ' ... sabar lah '


... menerima jawaban penolakan kali ini ... sukar rasanya ! ... istilah ' orang kuat ... orang harapan ' tidak sedikit pun membangkitkan perasaan yang membanggakan ... tapi lebih pada terkilan ... sebenarnya ungkapan itu bagai tusukan sembilu kat hati ... seringkali gak aku menitiskan airmata saat bermunajat pada Nya ...


... bukan le bermakna aku tidak bersyukur dengan nikmatNya ... setelah melalui rencah ragam sepanjang perkhidmatan dari sambilan hingga ketahap ni ... aku sangkakan ... diri cukup kuat dalam menangani setiap cabaran dan dugaan ... nyatanya aku tetap insan biasa ... punyai inginan dan hasrat yang sama seperti orang lain gak ...


... sesungguhnya tika ini aku berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hati ... belajar menerima semua ni dengan redha ... lebih istiqamah dalam memperbaiki diri ... menyakinkan diri kebiasaan yang baik menuntut perjuangan besar pada awalnya ... tidak berhenti berharap dan berdoa serta bertawakal pada Nya ...


Thursday, July 24, 2008

posisi anda ... gambaran peribadi

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Baca dan fikirkan dimanakah anda... rasanya apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
AIR - kedua, keenam, kesepuluh
API - ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN - keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

:- jangan le percaya sangat ... klu ade persamaan pun mungkin ' kebetulan ' jer !

Friday, July 18, 2008

sabar

... sebenarnya kalimah sabar ni merupakan ungkapan yang lumrah diperkatakan orang ... dari golongan atasan hingga kepada golongan paling bawahan ... dan dari pembacaan aku dapati perkataan sabar begitu banyak kali diulangsebut di dalam Al-Quran ...

... Al-Alammah Ibnu Qayyim di dalam Madarij as-Salikin , memetik dari Iman Ahmad, katanya
" perkataan sabar di dalam Al- Quran disebut melebihi sembilan puluh tempat " ... begitulah bermaknanya ungkapan sabar dalam hidup seharian kita selain daripada memenuhi tuntutan dari Nya ... tapi berapa ramaikah diantara kita yang begitu memahami dan mengamalkannya ..?

... kala dilanda musibah dan bencana ... kita sering terbuai oleh rasa kecewa dan meratap nasib malang yang menimpa ... ada juga yang mengambil jalan singkat bagi mengakhiri penderitaan ...
tapi mereka2 yang sabar maka terhindarlah dari gejala2 yang dimurkai Allah dan merugikan diri sendiri ...
.. firmanNya dalam Suruh an-Nahl:126-127

" Dan jika kamu memberikan pembalasan, hendaklah dibalaskan serupa dengan kejahatan yang diperbuat kepada kamu, dan kalau kamu bersabar, maka sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar , dan tidaklah ( ada ) kesabaran itu melainkan dengan ( pertolongan ) Allah " .

... pagi tadi semasa singgah kat lib daerah ... berjumpa sat dengan member yang meluahkan rasa berdebar menunggu keputusan interview yang telah dihadirinya ... aku amat memahami sebab aku dulu pun pernah melalui ... bukan sekali tapi berkali-kali gak ... tapi mungkin disebabkan
dah sifat dan sikap aku ni ... x pernah putus asa walaupun berkali-kali gagal ... so percubaa ke 6 baru le berjaya ...

... so pada mereka2 yang masih dalam ' penantian ' tu ... ambil lah ikhtibar dari firman di atas tu .. insyaAllah ! hati jadi tenang dalam menerima apa jua keputusan yang bakal diterima ...

Thursday, July 17, 2008

disebalik tabir dan takdir ...

... antara sedar atau tidak ... atau dah tahu tapi masih pura2 x tau ... atau sememangnya x tahu .. semua keadaan ini seakan melingkari rutin kehidupan setiap dari kita ... dari isu-isu yang melibatkan negara hingga le kepada kes2 kecil yang membabit organisasi dan institusi keluarga ...

... antara sedar atau tidak jugak ... kita sering berserah pada takdir ... kerapkali juga kita pasrah atau meredhakan segalanya tanpa sedikit pun nawaitu untuk berusaha ... kecuali la kalau kita sudah berusaha dan berbuat sehabis baik ...
... melihat , mendengar serta menilai pelbagai isu dalam ruang lingkup persekitaran organisasi tempat aku bertugas ... bagi aku bukan le isu atau perkara baru ... dari mula berkhidmat hingga kini ... semuanya statik ... kalau ada pembaharuan atau penambahbaikan pun hanya dari segi luaran atau lahiriah jer ...! tapi pengisiannya tetap sama ... semuanya terpulang pada individu itu sendiri ... kalau lah kita merasakan perlu kepada anjakan perubahan demi rezeki halal maka fikir lah arah tujuan kerja kita ... jadikan kerja kita sebagai salah satu ibadah kepada Nya ... tapi klu kita hanya fikir x buat apa pun ... gaji tetap dibayar ... terserah ! ...

... baru ni terdengar gak soseh-soseh berkaitan individu yang kononnya ... kecewa sesangat pasal nama x tersenarai dalam katogeri ' insan bertuah ' ... maka tersebar pelbagai spekulasi yang kebanyakannya lebih menjurus kepada ' padan muka ' daripada bersikap ' ihsan ' ... melihat kepada situasi yang berlaku aku jadi ' gerun ' ... aku simpati bukan le sebab mudah didekati tapi lebih kepada nilai budiman ... rasanya bukan sebab kecewa tidak berasas tapi lebih kepada tidak dinilai adil dan dihargai ... kepada mereka2 ' bertuah ' ... syukur nikmat atas kurniaNya ...

... misi ke t'gganu dah selesai ... walaupun x le berjaya sangat ... rasanya dimasa depan kena berani buat perubahan ... cerita dari sembang2 dengan individu yang pergi ... banyak perkara yang x sepatutnya berlaku ... dan perlu le dijadikan ikhtibar ... ' ayam tambatan ' yang dibawa semuanya bagaikan ' x bertaji ' ... isu ikhtiari dan ikhtilaf sepatut tak de dalam kontijen ... dua tahun lagi mungkin bertanding ke Johor lak ...

... tahniah buat 2 member ( ... sally dan faizah ) yang diserapkan ke jawatan tetap ... semoga anugerah ini sebagai perangsang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ... kepada member2 lain yang tidak berjaya tu ... jangan berhenti berharap sebab insyaAllah giliran korang akan sampai gak ... jangan putus asa ... atau korang kena tunggu sebab dalam organisasi kita ni ... biasanya ikut ' ranking ' ... so sabar jer le !

... disebalik tabir ... macam2 cerita tapi takdir Allah tersisip seribu rahmat yang tidak terjangkau akal manusia ...wallahualam

Tuesday, July 15, 2008

... rentetan bercuti

... ari ni mula bertugas semula selepas bercuti dari 11 - 14 julai ...
bercuti tu bukan le bermakna ... aku pi makan angin atau ape2 jer yang membawa maksud berehat ...tapi lebih kepada lari dari rutin harian biasa ... kerja ...kerja ... kerja ... dan kerja
... rentetan sepanjang bercuti ....

11 julai ...
seawal pagi aku dah mula operasi mengeluarkan pinggan mangkuk , periuk dan kuali ... sebab hanya aku jer yg tau kat mane semua barang tu tersimpan ... rumah aku kan ... hehehe
pastu aku dan kakak gi shopping untk barang dapur pulak ... memang le penat tapi bila kenangkan arwah mak ... rasa penat tu hilang ...
3.00 pm aku terima call dari teman kat lib sg besar ... katanya ada berita hangat terbaru ... biasa le pompuan klu x bergossip x seronok kan ... tapi bukan mengumpat tau ...
3.45 pm aku dah sampai kat sana ... banyak jugak le cerita2 terkini ... tentang macam hal berkaitan organisasi dan berkaitan dengan kerje gak ... sambil tu minum petang ... jamah kuih dan minum nescafe susu ... ingatkan nak singgah sekejap jer ... tapi bila dah jumpa panjang pulak cerita ... sebenar bukan senang nak bersembang kalau time kerje tu ... singgah klau ada hal jer ... last nya petang tu aku balik jam 6.00 pm ...

12 julai ..
seawal pagi gak aku , along dan didi dah pergi pasar untuk beli barang basah untuk kenduri malam ni ... " acik jadi mem ari ni " bila aku suruh dia memandu ... ala ! bukan ape ... aku saja jer nak merasa naik kereta dia pulak ... lagi pun aku dah penat memandu ...
.. alhamdulillah ! semua saudara mara dan adik beradik berkumpul malam tu ... ketika majlis tahlil tu aku tetiba rasa sebak sangat ... " semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman " amin ...

13 julai ...
selepas kenduri malam tadi aku dimaklumkan biras kepada adik kemalangan jalanraya dan kembali ke rahmahtullah ... dengan berpandukan kepada alamat yang diberi ... aku , adik , adik ipar dan kakak tawakal jer pi cari rumahnya ... walaupun tersesat kat pekan setiawan , perak ... dan terpaksa bertanya kat balai polis ... akhir kami sampai gak walaupun terlewat ... masa balik sempat gak singgah kat tepi jalan tu ... beli durian kampung ... huh ! mahal la ...

14 julai ...
rasa rileks sikit ... selepas kemas dan masukkan pinggan mangkuk dalam stor ... aku dan adik gi shopping kat pekan sg besar ... sebenarnya aku x beli barang pun sekadar jadi pemandu jer ...

15 julai ...
ari ni le ... aku memulakan rutin seperti biasa ... kerje .. kerje .. kerje dan kerje !

Thursday, July 10, 2008

emm esok cuti ...

... esok aku akan mula bercuti sehingga isnin ... insyaAllah jumpa semula selasa

kalau niat baik ....

... kekadang tu aku rasa menyesal bila buat sesuatu keputusan tanpa berfikir dulu ... sebabnya aku selalu berprasangka baik jer ... sentiasa fikir positif !
... tapi semalam bila di tegur oleh keluarga ... baru le aku ambil masa untuk fikir semula ... fikir kebaikan dan keburukannya ... apalagi bila keputusan ini juga melibatkan orang lain yang tentunya bukan mahram ... mengapa lah aku x terfikirkan perkara ni ...
... malam tadi sukar gak aku nak lelapkan mata ... mencari alasan yang baik dan sesuai seperti yang dicadang oleh seorang teman ... aku berusaha untuk tidak berdusta walaupun boleh le di anggap " bohong sunat " ...
... pagi tadi sebelum bertolak ke ofis " 24 haribulan ni kenduri kat rumah mbah ... khamis malam jumaat " ... fuhh ! aku senyum lega ... x perlu le aku menipu dalam bulan Rejab yang mulia ni ....
pastu aku pening gak memikirkan cara terbaik untuk mintak maaf dan menerangkan situasi ni ..
tapi alhamdulillah semuanya dah settle ...
... lain kali aku kena beringat bila nakbuat sesuatu tindakan ... walaupun agak terkilan gak sebab x dapat menghadiri majlis tu ... yelah bukan senang nak dapat peluang menghadiri majlis AMIM tu
tapi aku bersyukur sangat sebab disedarkan ...
... meskipun aku berniat baik ... kalau implikasi dari niat tu akan menimbulkan fitnah dan masalah ... tak de makna nye ..,

Wednesday, July 9, 2008

bulan Rejab

salam ,

- info ni di copy/paste dari mail kiriman seorang teman (... ija ) ...

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Monday, July 7, 2008

bila dah tak sehaluan .....

... membaca berita kat dada akhbar akhir2 ni ... adakalanya mengundang kebosanan dan rasa jemu ... sejak PRU12 lagi ... kebanyakan berita lebih fokus pada percakaran sesama pemimpin yang kebanyakannya berkaitan tiada persefahaman atau lebih senang cakap ... masing-masing berusaha untuk meraih perhatian dari rakyat ... siapa yang lebih terror atau lebih pandai memimpin ... satu isu belum selesai dah timbul pulak satu isu ... rasa menyampah betul dengan gelagat diorang ni ...
... ketika rakyat masih lagi bergelut dengan kenaikan harga minyak , beras dan barangan harian ... sekali lagi dikejutkan lagi kenaikan takrif elektrik pulak ... pastu la ni heboh pulak pasal kes berprofil tinggi yang melibatkan ' mereka2 yang ternama dan berkuasa ' ... kat Malaysia ni arus perdana politiknya memang sentiasa meriah dan bergelora ... kutuk mengutuk atau fitnah dah jadi asam garam ... begitu gak saman menyaman dah perkara biasa ... sampai bila masyarakat rela dalam terpaksa menjadi penonton ... x tau la !
... la ni gaya hidup mereka dah menularkan pulak dalam kehidupan bermasyarakat ... dulu kat warung kopi di lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota ... makan semeja masih lagi nampak harmoni walaupun berlainan parti ... tapi kini duduk semeja tapi tutur bicara kena dijaga ... takut melarat bermasam muka ... agaknya diorang ni lebihkan dunia dari tuntutan agama ...
... kat kantor la ni lain pulak cerita ... jika dulu galak bergurau senda dan sanggup berkongsi suka duka ... la ni jangan kan nak bersua muka ... nak jeling mata pun dah x kuasa ... jika dulu jadi teman bicara ... la ni kelu tanpa suara ...
... buat semua yang mungkin terlibat atau akan mengalami situasi ... jangan sesekali ucapkan
" salam perpisahan " ... kerana ditakuti jika satu masa nanti ... orang tu akan kembali menjalinkan persahabatan semula ... macam gak dalam dunia politik ' hari ni kawan , esok mungkin jadi lawan dan x mustahil lusa akan teman ' ....

Thursday, July 3, 2008

7 perkara ...

aku di tag oleh imad .... pasai 7 perkara !
so layan jelah ...

7 perkara tentang aku :
- suka makan
- suka masak walaupun x le sesedap chef wan
- suka bercakap adakala tu dah masuk bab membebel
- takut berada kat tempat tinggi - gayat la
- geli ngan ulat atau ape2 jer yang spesis dengannya ...ehh !
- suka buat sesuatu yang merangsang otak ... contohnya ape ek !
- mudah tersentuh hati bila melibat hal2 keluarga terutamanya - senang cerita mudah nangis le !

7 perkara yang buat aku takut :
- darah yg banyak - tengok orang kemalangan
- tak berapa suka tengok medik tv
- dapat berita sedih
- takut kena pindah tempat kerja jauh dari rumah ... hehehe
- takut x dapat berikan sumbangan buat keluarga
- takut klu suatu hari nanti apa yang kata kat orang kena balik kat aku - nauzubillah
- paling aku takut bila kurangnya bekalan yang bakal dibawa ke ' sana '

7 lagu yang aku suka nak dengar :
- kasih - hety koes endang
- kasih kita - aishah
- setia kasih - haliza
- suara kekasih - alleycat
- kekasih awal dan akhir - jamal abdillah
- apa lagi ek !
- sebenarnya aku suka dengar semua lagu ...

7 perkara yang amat aku hargai :
- Dia
- hidup aku
- diri aku
- keluarga aku
- kawan , teman dan sahabat yang aku ada
- kenangan2
- peluang yang Allah berikan pada aku

7 ' first time' thing yg aku x lupa :
- terima surat cinta masa form one " cinta monyet " la ... suka pun ada tapi takut yang lebih ...
bila ingat kelakar habis ...
- kantoi terima surat layang ' salam perkenalan ' masa belajar kat PLPM , Perak ... warden dok
baca dulu setiap surat yg diterima ... terukkan ??? .. sampai hari ni aku masih tertanya siapa le
yang kenakan aku tu ...
- kantoi gak masa aku belajar trengkas ... bila cikgu perasan aku salin nota dalam tulisan biasa
aduss ! lastnya aku mengundur diri dari kelas tu ... malu beb ! ... buat cikgu hamidi terima kasih
- pertama kali masuk rumah hantu kat Batu Gajah .. Tmn S.M Noor ... punya le takut masa tu ...
taubat aku kan masuk lagi ...
- pertama kali gi interwiew jawatan ' kerani ' kat pej daerah s/bernam ... aku disuruh sambung
belajar ... masa tu umur 18 tahun ... alahai ! sabar je ..
- hari pertama aku memulakan tugas jawatan sekarang ni ... masa tu sambilan lagi ... aku berdoa
semoga masa cepat berlalu sebab terasa macam sentiasa diperhatikan .. huh ! tension betui
- ' kehilangan abadi ' seseorang yang aku anggap sebagai nadi dalam kehidupan ...

... aku dah jawab semua soalan tu ...
mesti saat ni ko ngah dok mengata dan mengutuk aku ... hehehe