Wednesday, November 26, 2008

minda ' luput tarikh ' ... ?

... dah seminggu x posting apa2 cerita kan blog ni ... bukan le bermakna aku dah malas tapi aku dah berazam nak kasi beres semua kerja2 yg masih tertangguh dan tertunda ni ... klu boleh melangkah jer ke 2009 ... aku dah tak fikir lagi pasal 2008 ( ... tu le pasal aku membekukan cuti sehingga semua kerje beres ... insyaAllah ! )

... sepanjang minggu lepas ... baru aku perasan yang aku x ' lekat ' kat rumah walaupun time cuti ... kiranya macam kerja 7 hari seminggu ... patut le kakak aku komplen ( ... time cuti pun dia kena gak hantar lauk pauk kat rumah ) ... isnin - sabtu ... aku kerja , hari ahad aku gi kenduri kahwin ( ... orang dah jemput kan ! ) dan hari isnin pulak aku gi turun lib daerah ... membantu kerja2 akhir untuk odit ... so selasa mula kerja macam biasa ...

... x penat ke ? ... aku pun rasa hairan gak sebab rasa penat bagaikan tiada langsung ... mungkin sebab minda sentiasa bergerak aktif dan aku lakukan sesuatu perkara yang aku suka lakukan ... lagi pun aku takut pada sindrom minda ' luput tarikh ' ... ini istilah yg aku suka2 cakap sebagai motivasi pada diri sendiri ... sebab melihat dan melalui pelbagai ragam serta kerenah orang sekeliling samada yang dekat atau jauh akan membuat minda aku sentiasa bergerak aktif ...

... kekadang tu aku jadi penat sendiri ... kes ' kalut @ kelam kabut ' yang menimpa seorang teman baru2 ni ... seharusnya dijadikan ikhtibar dan aku berharap sangat dia menyendari dan berusaha untuk berubah ... bukan le aku nak mengutuk tapi itu le hakikat yg dia terpaksa dan mesti belajar ... memang kita harus saling membantu tapi biarlah ianya bila kita ' benar2' perlu saja ... mungkin jugak setelah sekian lama bertugas ... perasaan jemu mula bertapak kat minda kita ... itu le yang aku berusaha elakkan ... sebab tu le kita kena sentiasa merangsang minda ... berusaha melakukan tugas dengan rasa seronok ... dan yang paling utama adalah ikhlas ...

* ... ingat punca rezeki kita akan mempengaruhi titian kehidupan yang bakal kita lalui ...

Wednesday, November 19, 2008

selagi terdaya ....

... info terkini yang aku terima ari ni " odit dalaman ... 25 - 28 nov ni ... buat persediaan " arahan klise yang sering kedengaran setiap kali odit ... seperti biasa gak ... aku x tahu nak buat persediaan apa dan bagaimana seharusnya untuk menghadapi odit ? ... apa yg aku lakukan hanya meneruskan rutin harian macam biasa jer ... itu le jugak yang aku lakukan masa odit dijalankan kat office aku dulu ...

... dalam situasi kesihatan yang x berapa memuaskan sejak akhir2 ni ... amat membataskan pergerakan tangan kiri ... sedikit sebanyak mengugat jugak tugas rutin harian aku ... apatah lagi hampir 90% kerja hakiki terpikul kat bahu aku ... walaupun berkali2 pengagihan tugas diadakan tapi berkali2 jugak gagal dilaksanakan ... aku x tahu mana silapnya ... selamanya hampir 14 tahun ... dengan staff yg silih berganti tapi masalahnya tetap sama ... dan dengan semua ni gak ... aku lalui hingga lali ...

... khabar yang aku terima dari seberang sana ... buat aku tersenyum panjang ... ura-ura odit ni buat semua orang bagai hilang kewarasan diri ... aku pun x faham mengapa setiap kali perkhabaran tentang odit tersebar maka semua bagai ' cacing dimusim kemarau ' ... mula le terdengar di sana sini ... semuanya bercerita pasal kesibukan berganda untuk menghadapi odit ... semua perkara mesti nampak ' tip top ' ... yang tiada sebelum ni ' wajib ' diadakan ... tiada lagi yang sunat atau harus ... segala ' wajib ' belaka ... dan bagi memenuhi semua tuntutan ni ... maka tenaga luar terpaksa ' diimport ' bagi merealisasikan agenda terancang ni ...

... sebenarnya x de apa yang aku nak komen sebab semua ' atas arahan ' ... hanya aku terfikir pasal hasrat pengarah dan pengerusi untuk ' rebranding ' atau penjenamaan semula organisasi ni ? ... berjaya atau gagalnya hasrat murni ni ... banyak bergantung kepada ' aku ... kamu ... kamu ... kamu dan jugak kamu semua ... warga kerjanya ' ... akan tercapaikah ... jika tugas kat luar lebih diutamakan ... tugas hakiki gagal diikuti ... amanah dipikul dengan rasa amarah ... arahan dikota , dalam hati mengata ...

... belajar lah dari khilaf yang lalu ... memang sukar mengubah laku ... kalau di hati masih terbuku ... cuak dan resan makin membeku ... mencengkam merosak kalbu ... tapi semua ini akan berubah jika ada kemahuan dari diri sendiri ... aku pernah lalui semua ini walaupun tidak le ' seteruk ' mana ... apa yang lakukan ialah belajar menerima kekurangan orang sebagai
' anugerah ' dari Allah ... belajar bersabar dalam menangani cabaran kerana aku percaya akan ganjaran Allah kepada orang2 yg sabar ... memujuk hati berprasangka baik ( ... ini la perkara yang paling sukar aku lakukan )

* ... sesekali ' tergelincir ' dari laluan akan mengajar kita lebih berhati2 untuk laluan yang seterusnya ...

Monday, November 17, 2008

... erm ! hujan tengahari tadi dan cuaca mendung kat luar tu
... ditambah lagi dengan suhu sejuk kat lib ni
... buat rasa malas dalam diri seolah-olah semakin erat melingkari
... arghh ! ... banyaknya kerja yg perlu dibereskan ... kerje aku ... tugas aku ... kerja ' mereka' ... tugas ' mereka ' ... pun aku kena bereskan ! ( ... tentunya kamu menuduh aku ' bodoh ' kan ... ntahlah ! ... )
... tu le masalah yg berkali2 ingin aku lontarkan tapi ... tapi kerapkalinya aku berusaha memujuk hati ' sabar ... sabar ... sabar lah '

Friday, November 14, 2008

... pahat masih berbunyi !

.... ' aghhhh ! nyaris x terlanggar ' ... tergamam sekejap ! ... pagi tadi semasa memandu keluar dari dari rumah ... aku nyaris terlanggar 2 ekor anak kucing baru celik mata ... apa jenis manusia yang sanggup buang anak kucing tu ... masa aku angkat dan masukkan dalam kereta ... anak kucing tu x berhenti berbunyi ... haus kut gamaknya ! ... lepas hantar anak kucing tu ke rumah ... baru lega rasanya ... walaupun aku tahu pasti ... petang ni mesti abang aku akan membebel panjang ... akan aku pekakkan telinga jer ! ( ... sebenarnya aku dah ada 15 ekor kucing + 2 ekor )
... nak buat macam mana kan ! ... aku mudah jatuh kasih dan sayang pada kucing ... lagi pun aku selalu anggap kucing dapat hilang tension yang sering melanda ... hehehe

...aku bukan le nak cerita pasal kucing ... tapi nak buat sikit coretan pasal majlis berkaitan dengan membaca yang berjalan selama 2 hari kat lib daerah ... selama berkampung hampir 3 hari kat situ ... macam2 kerenah dan pelbagai cerita yang aku nampak dan dengar ... biasa la ... bila dah kumpul ramai2 tu ...

... atas sebab tu gak ... aku agak kecewa bila nama digugurkan dari menyertai bengkel ... bukan la aku mengelak dari dari kerja2 belakang tabir ni ... tapi aku risau ... kalau2 sepanjang program berlangsung tu ada perkara2 yang x ' manis ' pada pandangan orang ... aku lakukan tanpa sedar ... al maklum lah ... bila dah ramai tentu banyak gak ragamnya ... dan banyak jugak mata yang memandang ...

... masa ari raptai lagi ... aku dah mula rasa x selesa ... bukan le aku nak kutuk tapi aku memang x suka buat kerja ' last minit ' ... apalagi program ni melibat banyak orang luar ( ... bukan mudah untuk mengajak orang ke lib ) ... melihat senarai program yang mana penyertaannya sudah ditetap dan tiada program khusus untuk hadirin ... ada gak rungutan pasal jadual tugas yang ditetapkan masa mesy tu ... berbeza dengan arahan semasa sesi taklimat ... erm ! pusing jugak memikirkan arahan yg mana seharusnya diikut ....

... masa majlis perasmian ... agak kalut gak sebab ... aku x tau sapa dan x kenal langsung jemputan VIP ( kununnya ...! ) , masa sesi taklimat ada di maklumkan ... jemputan VIP akan diurus selia oleh staff dari HQ ... tapi apa yg berlaku sebaliknya ... nasib baik penyambut tetamu dah kenal pengarah dan pengerusi ...

... masa majlis penutup ... lagi le haru ! ... program yang seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat berjalan begitu saje tanpa penonton ... hanya staff dan murid2 sekolah ! aku rasa hanya bengkel jer yang berjalan dengan jayanya ...

... secara peribadinya ... aku berpendapat ... majlis ni biasa2 jer ... macam kempen gerakan membaca daerah ... aku letih sebab perancangan tidak selari dengan tindakan ... dan aku x faham macam mana ini boleh berlaku ... kekadang tu aku terfikir gak ada masanya pengalaman lebih berharga dari segulung sijil ...

... melihat gelagat dan kerenah sesama staff juga mengundang pelbagai pesepsi kat minda aku ... sikap berpuak atau x sekutu masih menebal ... saling menuding jari ... mencari silap / khilaf ... memang susah nak mesra kalau jumpa pun sekali sekala ( ... mungkin aku juga termasuk dalam golongan yg diumpat cerca tu ... aku pasrah jer ! )

... last sekali ... aku hanya nak komen pasal makan jer ... makan bee hoon ( ... 2 hari berturut ) atau dalam istilah hi-tea ... memang menyeksakan ... hehehe ! ... apalagi bila melibatkan para jemputan yg menjayakan sesuatu program turut menikmati hidangan yg sama ... ( ... agak bernasib baik gak sebab masa minum petang hari penutup tu ... menyediakan sajian menu yg sedap ... erm ! mungkin sebab ada pengarah kut ! )

... ada gak beberapa perkara yg x sedap didengar apalagi kalau diperkatakan tentang majlis tu ... malas nak ulas .... so aku simpan je kat hati ni ...

* ... sesekali kita harus menoleh ke belakang untuk melihat jejak dan kesan yg ditinggalkan sebagai panduan dan pedoman agar kita tidak terus ' sesat ' dalam perjalanan seterusnya ... fikir2 kan lah ...!

Friday, November 7, 2008

musibah

... semalam hampir 95 peratus lib kat daerah kuala selangor tutup perkhidmatan kecuali lib cawangan sebab ada 3 staff ... aku sampai agak lewat semalam sebab singgah kat office dulu ... agak medukacitakan jugak bila kehadiran semua staff semalam tidak di manfaatkan sepenuhnya ... kerja2 persediaan ke arah majlis pada 11-12 nov masih nampak samar2 ( ... dari kaca mata aku le ... ) apalagi semalam bos x dapat turun ... terasa gak macam buang masa jer ! ... masa yg ada terisi dengan bual kosong ... so ramai gak yg balik awal semalam ... aku balik agak lewat sebab ... bantu le mana yg boleh ...

... aku balik jam 5.00 ptg ... mulanya aku merancang nak kat office tapi bila memikirkan x de apa yang dapat aku buat dalam 45 minit tu ... ( buat penat panjat tangga je ! ) ... dalam perjalanan tu aku dapat call mengatakan berlaku kecurian kat lib desa ... so aku diminta buat repot polis ( ... aduh ! terpaksa le aku berpatah semula ) ... hampir 6.00 ptg baru le ' bos kecik ' sampai dan terus gi buat repot kat balai ... antara barang yg dah ' lesap ' set komputer ( monitor , CPU , scanner dan printer serta peti case box )

... melihat suasana sekeliling yang sunyi ... juga keadaan lib ' begitu rupa ' ... dengan hampir kesemua tingkap tidak dapat ditutup sempurna kerana berkarat ... tidak bergril dan pintu utama hanya mengguna selak biasa walaupun menggunakan mangga yang kukuh tapi x de makna nya ...

... kekadang tu aku terfikir ... semua musibah ni dapat dicegah atau dihalang jika kita punyai perasaan sayang harta benda tempat kita bertugas tu ... kita akan berfikir kreatif untuk mengurangkan risiko kecurian ... rasanya duduk selama 45 minit kat situ semalam ... banyak yang aku fikirkan ... kita tidak seharusnya menunggu sesuatu berlaku baru bertindak ... klu setakat tingkap berkarat ... gunakan minyak gris ... pintu utama yg x sekukuh mana tu boleh le sendalkan dengan kerusi ... balik ikut pintu belakang ... dan pasang le langsir untuk menghalang pandangan ...

... mungkin gak ada ' suara 2 ' yg akan memandang remeh perkara ni ... atau pun susah nak dapat walaupun dah memohon berkali2 ... ari aku ni semak minit mesy lepas ... tiada info pun yg diusulkan berkaitan perkara ni ... bagi penerangan yang lengkap dan jelas tentang sesuatu permohonan ni ... jangan lak bila mesy ' senyap membisu ' ... bila musibah baru le nak ambik ikhtibar nya ... tapi apa gunanya ... dah terlambat ... yg hilang tu mustahil akan dapat semula ...

... jam 8.00 mlm - baru le sampai kat rumah ( ... aku memang kurang selesa memandu waktu malam ) ... aduh ! letihnya ...

* ... la ni sedang berusaha belajar ' menerima kelemahan ' orang lain sebagai satu ' anugerah ' pada diri ... ( ... komen seorang teman " .... nampak macam kejam jer ! " ) ... apa2 je lah ! ... hehehe

Tuesday, November 4, 2008

Lambaian Baitullah...

" ... takdir Allah tiada siapa dapat meneka ... cepat atau lambat semua dalam ketentuanNya ... " itu le komen seorang sahabat yang akan berangkat menunaikan rukun Islam ke lima 9 Nov ni , aku rasa terharu bila dia memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang persahabatan dari zaman persekolahan hingga le kini ... dan dia juga mohon maaf sebab sering ' mengutuk ' aku masa zaman sekolah dulu ... bila aku cakap " aku dah lupa semua tu " ... sempat gak dia kutuk aku lagi " kau memang mudah lupa " ... erk ! terkena lagi ( .... sabo je ! )

... aku akui ... dulu memang aku hangin dan marah sesangat kat dia ... semua gara2 permohonan untuk masuk ke maktab perguruan ... gagal ! , ... erm ! sedang dia berjaya walaupun keputusan exam dia ' ala2 cukup makan jer ! ' ... masa tu berlaku ' perang beku ' antara kami ... masing2 ambil sikap ' diam diri ' ... dia kat MPIK ... dan aku lak bawak diri ke Kuala Kangsar ( Pusat Latihan Pertanian Manong ) ... masa tu dah tukar cita2 nak kerja dalam bidang pertanian lak ...
setahun kat PLPM ... aku dapat tawaran gi smbung kat Bumbung Lima tapi aku ambil langkah menolak atas sebab ' tidak serasi ' dengan kerjaya dlm bidang tu ... ( ... fakta sahihnya ' aku takut sangat dengan lintah dan pacat ... hehehe ! geli ...)

... aku puji sikapnya ... sebab setiap tahun mesti ada kad raya dikirim hingga aku mula kerja kat lib ... dan persahabatan berlarutan hingga kini ... walaupun dah kini jarang berhubung sebab masing2 dah sibuk dengan kerjaya ... tapi ingatan tu tetap ada ... aku nak ucapkan terima kasih gak kat ' wife ' dia sebab x cemburu atas persahabatan kami ...

... aku doakan semoga beroleh haji yang mabrur ... dapat melakukan ibadah ni dengan sempurna
serta dipermudahkan Allah ... aku juga bercita2 ke arah tu ... ni ngah kumpul ' pitih ' ... jgn lupakan doa agar aku juga berpeluang ke sana ...

* ... aku betul2 dah maaf kau ... jgn le risau ... pasal hajat kau nak doakan ' sesuatu ' tu ... aku ucapkan jutaan terima kasih ek ! ...