Friday, January 29, 2010

menanti detik ...


... sebenarnya aku malas nak fikir pertukaran ni ... sebab masih x terima apa2 surat dari HQ walaupun isnin lepas aku dah dapat info ... aku masih berpegang pada prinsip selagi x terima surat pengesahan ... selagi itulah aku akan buat kerja macam biasa !

... ada gak tanya apa perasaan aku ... gembira ??? ... ntah lah ! aku x nak komen pasal tu ... bagi aku mudah jer di mana bumi di pijak , di situ lah langit dijunjung ... kalau nak ikutkan hati memang lah seronok sebab bertugas kat daerah sendiri ... dekat dengan rumah ... dan dapatlah jimatkan kos minyak kereta ... tapi meninggalkan tempat kerja sekarang ni pun mengundang seribu kesedihan jugak ... sebab kat sini lah aku belajar erti kehidupan sebenarnya ! ... terasa begitu mahal harga pengalaman sepanjang berada di sini ...

... aku masih menanti detik kesahihan semua info ini dalam penantian yang amat memenatkan !

* ... buat kekawan yang terlibat sama ... fikirkan hikmah yang Allah sembunyikan dari jangkauan kita ...!

Wednesday, January 27, 2010

CaTuR KeHiDuPaN


... mengapa Allah jadikan kehidupan manusia penuh misteri ... yakni disembunyikannya daripada jangkauan manusia apa yang bakal berlaku hatta sesaat ... seminit atau sejam ... esok ... lusa ... tulat dan bla ... bla ... bla ! mungkin sebab Allah mahu setiap yang bernyawa di bumiNya ini sentiasa mengingatiNya ...
... tapi hari ini kehidupan bagaikan dicatur ... yang lemah akan terus ditindas ... dinyahkan haknya untuk bersuara ... juga disingkir ! ... bila hati mulai menghitam ... bila jiwa bersarang amarah ... bila laku semakin bermaharaja ... bila semua ini bersatu maka ketika itu ... sekecil zarah khilaf akan nampak sebenar gajah ... dan kemurnian seluas angkasa akan kelihatan sekecil biji saga ...
... harus diingat percaturan manusia tentunya x dapat menandingi ketentuanNya ... bila hari ini kita kenakan orang ... x mustahil esok lusa orang lain lak kenakan kita ... seperti yang selalu diungkap orang hidup ini bagaikan boommerang .. bila kita baling jauh ... tetap balik semula kat kita !
* ... Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah ( Ya Allah , aku mohon redhaMu dan syurgaMu . Amin )

Tuesday, January 26, 2010

HuJaN ...



... ku lihat keluar dari jendela ofis
hujan turun ... kadang-kadang lebat kadang-kadang gerimis
melihat titisan air jatuh ... bagai melagukan irama duka
mungkin saat ini jua ...
ada hujan di hati antara kita
cepatlah berhenti hujan
agar mentari bisa menyinar
di hati yang kian basah ....

* ... kehidupan ini hanya sebuah persinggahan ... tiada yang abadi !

Thursday, January 21, 2010

rezeki

... sebenarnya dah lama aku nak menulis pasal entri ini ... rezeki ! ... sebab oerkataan ni lah yang selalu terungkap spontan setiap kali berjumpa kekawan ... bila terima saja laba atau keuntungan atau apa-apa yang mendatang rasa bahagia dalam diri ... maka terungkaplah istilah " dah rezeki tuhan nak bagi ! "

... masa aku kursus pemantapan diri tahun lepas ... ada gak disentuh pasal " kerja nak cari duit atau nak cari rezeki ? " ... x tahu samada member2 yang gi sama aku dulu ... masih ingat atau dah lupa pasal ini ... tapi bagi diri aku sendiri ... semuanya masih terpahat kat minda ... bukan apa pun ... sekadar ingatan buat diri dalam mengharungi liku-liku alam pekerjaan ini ... adakalanya kita tergelincir gak dari landasan yang sepatutnya

... lagi satu cari rezeki ni amat berkait rapat dengan keberkatan ... itulah selalu ingin aku jaga ... sebab aku masih ada tanggungjawab serba sikit menyara bapak ... takut juga bila punca rezeki yang di terima tiada keberkatan untuk menyara keluarga ... ! sebab ada yang kata rezeki yang tiada keberkatan walaupun mudah dapat dan lumayan tapi kita tetap rasa kurang dan masih ada jer masalah yang biasanya berkaitan dengan wang !

... sebab tu aku selalu tanya diri sendiri ... sejauh mana aku jujur dan ikhlas dalam memikul amanah dalam pekerjaan ... x perlu tanya orang lain pasal semua ni ... sebab hanya Allah dan mungkin kita jer yang tahu apa yang berserabut kat pemikiran kita ... x perlulah berbohong atau berpura-pura ! ... x kan dengan diri sendiri pun nak selingkuh kan !!!

... mungkin jugak setiap dari kita punya cara sendiri memantau rezeki yang masuk ke kantung setiap bulan ... sewajarnya kah dibayar kita sebanyak itu jika tugas yang dipikul seringan kapas ! ... redhakah kita menyuap rezeki hasil titik peluh orang lain !

* ... sesama lah kita saling ingat mengingati selagi masih diberi peluang !

Wednesday, January 20, 2010

rindu

... pagi tadi sebelum ke ofis aku singgah kat tanah perkuburan tempat arwah emak disemadikan ... dalam sunyi pagi ... aku beranikan diri untuk ziarah kubur emak .... sedekahkan Al Fatihah dan Yassin ... walaupun hanya diluar pagar ( kubur arwah dekat sangat dengan pagar ) ... masa meninggalkan tanah perkuburan tadi ... aku rasa lega sangat sebab macam terlepas dari rasa rindu pada emak .

... dah seminggu aku pendamkan perasaan ini ... x banyak gambar emak yang aku simpan sebab semasa hayatnya emak memang x suka bergambar ... klu ada pun hanya gambar candid jer ! ... dulu bila rasa rindu pada emak ... aku akan pakai baju kurung kedah emak tapi semua tu dah x de lagi ... dah lusuh dan aku x tau kat mana semua baju tu ...

... semalam aku menangis semasa memandu balik dari ofis ketika melalui tanah perkuburan tu ... ntah lah tiba2 jer hati jadi sayu ... sampai ke malam aku masih dalam emosi !

... Al - Fatihah untuk arwah emak

Monday, January 18, 2010

kita hanya merancang ....

selepas perbincangan 2 hari kat lib daerah ... mengenai aktiviti sepanjang 2010 ... banyak jugak idea yang dicurahkan ... balik ke ofis aku terus belek2 dan bincang mana2 aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan kat lib aku ... bukan apa ... kat lib tempat aku bertugas ni ... ruang memang terhad ... dan hari sabtu biasanya pengguna agak ramai ... kalau lah dapat bilik kat tingkat 1 tu kira ok lah jugak !

... hari ini baru dapat siapkan kertas kerja perancangan aktiviti tu ... kalau ikut sasaran aktiviti yang diberi masa mesyuarat ... lib cawangan kena buat 40 aktiviti untuk 2010 ... semuanya kalau boleh tidak melibat kos ... tu yang buat aku rasa pening lalat sikit ... hehehe !

... dalam kalut tu ... aku hanya fikir positif jer ketika buat kertas kerja ni ... aku hanya merancang untuk aktiviti ... soal pelaksanaan ... atau macam mana nak melaksanakannya ... aku akan fikir bila sampai masanya !

... sebab tu lah baris terakhir kat kertas kerja tu aku tulis " pelaksanaan bagi perancangan di atas adalah mengikut kesesuaian masa dan keadaan " ... sebagai manusia kita hanya merancang ... Allah yang tentu samada berjaya atau tidak ... ini bukan bermaksud aku tidak berusaha ... cuma aku tidak mahu dipersalahkan jika ianya gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan

* ... adakalanya kita mudah mencari kesilapan ... dari mencari punca kesilapan ... manusia memang begitu gamaknya !

Thursday, January 14, 2010

Brainstorming Outcomes Aktiviti 2010

khusyuk !

mek , nora & me

nurul ... cuba buat origami


berkongsi idea utk aktiviti

12 - 13 January 2010

... 2 hari berkampung kat lib daerah untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010 ... banyak idea tercurah ... dan tercatat ... dan telah pun diserahkan kepada pihak pengurusan untuk disemak kesesuaiannya ... memandangkan semua aktiviti yang dirancang untuk bulanan ni termasuk dalam category zero cost ... maka kena kreatif untuk mengguna sumber yang dipersekitaran kerja ... !

... aku pun tengah pusing memikirkan ... klu nak buat kat lib aku ni ... dimana lah ruang yang paling sesuai ... aku harap sangat permohonan untuk bilik tingkat 1 tu berjaya ... kalau x aku mesti gagal untuk capai sasaran 40 aktiviti setahun ...

... so terpaksa lah aku ambik mana2 akitiviti yang sesuai dengan situasi lib ... dan drafkan untuk setahun ... set kan jugak 3 aktiviti yang boleh mohon budget !

... rasanya dah hampir 16 tahun ... itu lah rutin kerja aku di awal tahun ... memang nampak biasa jer ... boleh jer kalau nak copy paste dari tahun2 sebelumnya tapi hati aku ni degil ... rasa jemu lak buat benda sama ... klu aku sendiri dah jemu ... apatah lagi bebudak & pengguna

* ... selalu tu yang jadi masalah bila nk buat aktiviti ni ... kekangan kos


Thursday, January 7, 2010

Doa

... ini sebenarnya kisah minggu lepas ... sehari selepas sambutan tahun baru 2010 ... seorang teman zaman sekolah dulu ada call ... sembang2 biasa pasal sasaran atau azam baru ... memandangkan aku hanya menyambung azam yang x tercapai tahun 2009 atau tahun2 sebelumnya ... aku x lah teruja sangat nak berbahas pasal hal ni ... lagipun masa tu gusi aku tengah bengkak dan teramatlah sakitnya !

... mungkin jugak sebab aku lebih banyak diam jer ... so dia bagi satu lagi cadangan untuk aku jadikan azam 2010 ni ... kena lupuskan status single ... ek ! ke situ pulak dah ... hampir 30 minit gak aku dengar ceramah melalui gagang talipon ( ... nasib baik dia yang call aku ... klu x haru gak nk bayar bil )

... cuma yang aku nak kongsi kat sini ... bila dia sentuh pasal doa anak-anak soleh / solehah yang bakal menjadi bekalan bila nyawa tiada dijasad ... selain dari amalan dan amal jariah sepanjang hidup kita ... dia kata aku dalam golongan yang kerugian sebab masih sendiri ... emm ! sebenarnya aku teringin nak mencelah tapi kesakitan ini menghalang ... so aku cakap kat dia " ... nanti lah aku cakap kat blog yerk ! " ... hehehe

... aku setuju sangat atas hujah panjang lebar dia tu ... cuma aku nak ingatkan kat dia ... soal jodoh , rezeki , ajal dan lain2 tu ... semua Allah yang tentukan ... sebagai hambaNya kita hanya usaha dan doa ... dan kepada sesiapa saja yang ada anak tu ... selain didikan yang baik ... pastikan jugak kita sebagai pemikul amanah ni ... carilah rezeki dengan cara yang diredhai ... sumber yang diredhai ... jalan yang diredhai ... sebab apa yang dinikmati akan jadi darah daging .... takut kecewa bila doa yang kita harapkan tidak kesampaian saat kita amat memerlukan !

* ... terima kasih ek ! ... sebab selalu mengingatkan bila aku sering terlupa ...

Tuesday, January 5, 2010

masih disini


... aku masih disini ... ini adalah tahun ke 16 ... dan sehingga catatan ini aku tulis ... sesungguhnya aku masih disini ... jangan tanya samada aku terharu , gembira atau terluka kerana telah berada kat sini untuk tahun ke 16 pada okt nanti !
... 16 tahun ! aku pun x sangka yang aku dah berada kat sini begitu lama ... dan bersilih ganti teman sepejabat ... ada yang dah bersara .... ada yang dah kembali padaNya ... semuanya silih bertukar ... kecuali AKU ... ya kecuali aku yang masih setia disini !
* adakah ini tanda AKU setia atau bagaimana ? ... aku masih mencari jawapannya ... sungguh !!