Saturday, February 27, 2010

teringat ...

me , maya & yus

... gambar ni aku ambik kat facebook ( ... mungkin yus yg rakam ) ... masa tu tengah serius bincang pasal aktiviti untuk setahun di lib daerah kuala ... tapi la ni semua tinggal kenangan sebab aku bertugas kat daerah lain ... ada gak akt yang pernah aku bincangkan dulu tu ... aku bawak sekali untuk dilaksanakan di lib tempat aku bertugas sekarang ... harap korang x marah ek !

* ... sesekali teringat ...sedih jugak rasa di hati ... huhuhuhu

Aktiviti kolaj



contoh kolaj yang dah siap

ayu & ija


khusyuk !

tengah dok fikir nk lukis gambar apa ek !

... ni adalah aktiviti pertama aku dan member2 kat lib daerah ni bagi bulan feb 2010 ... tu selepas puas fikir apa nak aktiviti yang nak dibuat ... sekarang ni aku kena fikir semua ... sebelum ni masa kat lib cawangan tg karang ... aku x buat pun aktiviti mingguan sebab x de ruang ... so bila dah hijrah kat sini kena lah buat sebab de alasan nak bagi ...
... memandangkan setiap akt yg hendak dibuat harus tidak melibatkan kos ... hanya akt ni jer yang sesuai sebab hanya modal beli kekacang dan sagu ... kos pun x sampai RM 10.00 ... yang lain tu guna je bahan yang ada kat lib ...
* ... bulan mac nnti x tau nk buat akt apa ... !


perempuan



... isu mengenai perempuan aku labelkan sebagai isu global sebab macam2 isu yang boleh dikaitkan dengan perempuan ... contohnya kat Malaysia ni ... isu pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki ... isu ramai perempuan yang masih mengenalkan status single ... dan terkini isu kununnya perempuan @ wanita menguasai sektor awam seperti yang didakwa oleh CUEPACS ...

... mulanya aku malas nak komen apa pun ... tapi memandangkan aku sendiri punyai pengalaman sejak dari kecik lagi yang sentiasa dikeliling oleh golongan perempuan ni ... so boleh dikongsi bersamakan .. !

... dalam keluarga aku hanya ada 2 lelaki dan 4 perempuan ... yang lelaki tu ...bapak dan abang jer ! ... masa kat sekolah rendah nisbah lelaki dan perempuan masih ok lagi ... kiranya sama banyak tapi masa kat sekolah menengah ... hanya sampai form 3 jer yang yang nisbah nya masih setara ... bila masuk form 4 dalam kelas aku hanya ada 30 % jer murid lelaki yang selebihnya kaum perempuan ... ( masa tu klu x lulus mate x leh masuk form 4 ) ...

... dan kini dalam alam pekerjaan pun ... aku masih lagi dikelilingi oleh perempuan ( ... termasuk le aku ! ) ...kat ofis aku lah ni hanya ada 2 staf lelaki ... so mungkin ada kebenarannya dakwaan CUEPACS tu ... cuma aku x berapa setuju le klu ini dijadikan alasan untuk menyekat peluang golongan perempuan dalam membina kerjaya di sektor awam ... bagi aku lelaki dan perempuan punya peluang yang sama dalam mencari pekerjaan ... dalam menuntut ilmu atau dalam apa jua ... hanya mungkin golongan lelaki ni tidak fokus atau bersungguh kut !

* ... tetap akan ada berbezaan antara lelaki & perempuan !

Wednesday, February 24, 2010

maaf !!!


... dalam hidup ni ... kadang2 apa yang terniat kat hati walaupun baik tapi impaknya belum tentu baik jugak ... itu lah yang aku alami dan terjadi semalam ... ! kekadang tu aku rasa " isk ! apa aku dah buat ni ? "
... aku anggap insiden semalam tu satu pengajaran yang paling berharga dalam hidup ... insyaAllah .. lepas ni aku akan lebih berusaha untuk memahami apa yang berlaku kat sekeliling ...
... so pada insan yang mungkin terguris ... terluka diatas sikap terbuka dan terus terang aku semalam ... sepuluh jari disusun ... mohon kemaafan sebab kat hati aku ni ... x de sekelumit pun niat untuk melukakan apalagi menyakitkan hati ... sekadar menyatakan pandangan demi memberi yang terbaik dalam perkhidmatan
... cuma mungkin aku terlupa yang aku la ni dah ada kat tempat baru ... yang semua serba baru ... suasana tempat yang baru ... team kerje yang baru ... sistem yang baru ... bak kata orang serba serbi baru ... alahai ! mungkin aku jugak kena bertukar jadi individu yang baru jugak kut !
* ... pengalaman mematangkan kehidupan

Monday, February 22, 2010

tahniah ! kat semua team Zon 1B

game terakhir yg sengit ... tahniah kat ZON 1B muncul
juara !

reza , sabah , hana , me , liza , ain n ela ... yg kat belakang tu
as n asrina

as . asrina , sabah , hana , me ,liza m ain

... tahniah kat kekawan yang bermain semalam ... sebab muncul juara dah ! ... x sangka kan ! tapi secara peribadinya aku respect kat korang sebab main bersungguh2 ... walaupun aku x pegang bola pun sebab selesema ... dan tahniah jugakkat team bola tampar dapat tempat ketiga pun dah ok le !

kenangan ...

ela , zam , hana n nora

hana , ela . me n nora




alahai ! ... terasa macam bebudak lak ... hehehe

candid !

thank's kat semua member2 yg beli kek ni !


... kenangan terakhir kat lib cawangan tanjong karang ...! x tau nak bagi komen apa ... cuma terharu sangat ! atas ingatan ini






Thursday, February 18, 2010

titipan buat mereka tinggal ...

... hari ini mungkin hari terakhir aku bertugas di lib cawangan tanjong karang ... sebab esok aku akan lapor diri kat kib daerah sabak bernam untuk meneruskan perkhidmatan yang masih berbaki ni ... dan di saat2 akhir ni jugak ... aku masih berusaha untuk menyiapkan dan melangsaikan tugas ... !

... dan hari ini juga aku dikejutkan dengan sesi makan2 bersama ela , zam , nora dan hana ... x tau lah bila diorang rancang semua ni ... aku betui2 rasa terharu amat ! ... thank's kat korang semua ... tu yang terpaksa menahan airmata ... huhuhu

buat ela ...

... sebenarnya banyak yang kak mis nak ucapkan tapi x tau nak meluahkan ... so apa yang kak mis nak beritahu ... kita adalah dua individu yang amat berbeza ... banyak sangat perbezaannya dari persamaan ... sepanjang hampir 13 tahun sebumbung ... macam2 cabaran yang kita lalui ... semuanya ada ... masam , pahit , kelat dan manis ... dan adakalanya kita gagal mengawal emosi dan egois ... tapi alhamdulillah kita masih berjaya mengharunginya ... ! semoga persahabatan ini akan terus terjalin walaupun kini berlainan daerah

buat zam ...

... walaupun kita hanya sempat satu ofis 3 tahun jer ! ... terima kasih kerana sentiasa sudi menerima tegur dan arahan ... kak mis minta maaf sebab kekadang tu bila dah bercakap memang susah nak berhenti tapi percaya lah tiada niat nak marah pun sekadar ingat seorang kakak untuk adiknya ! ... satu lagi nak pesan ... kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput ! .. ingat tu

... akhir sekali ... terima kasih sangat2 sebab raikan perpindahan kak mis dengan kek & nasi ambang ... memang sedap dan terharu sangat ! ( alahai ! ... x sempat nk masuk gambar masa sesi makan2 tu ... insyaAllah akan menyusul kemudian )


* kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
insyaAllah kita akan jumpa lagi

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai


GONG XI FA CAI
buat
Cheong Choi Fun & Mr. Saw
satu2nya sahabat yang aku kenali sejak zaman sekolah hingga kini
Happy New Year

kabut !


... semakin hampir hari perpindahan ... aku lagi rasa serabut ... bukan pasal aku x suka untuk berpindah ... tapi pasal arahan dan info yang diterima sentiasa berubah-ubah ... dah lah gitu ... kekadang tu info yang diterima x seragam ... semalam aku terima info lapor diri dah pinda tarikh 19 feb ... pastu ada member call kena buat surat serah tugas lak ... arghhh ! aku dah confuse ni ... yang mana satu fakta atau sekadar auta !
... kepala pun dah naik serabut dengan pelbagai spekulasi ... aku tau ramai yang sama dengan situasi aku saat ni ... fikiran berserabut tapi tak berani nak meluah ... so bagi aku mudah jer ... menyatakan apa yang kita rasa dan lalui bukan leh bermakna kita protes atau mengkritik tapi sekadar luahan perasaan ... aku x suka pendam sebab ia akan jadi dendam ... dan aku x suka berdendam sebab ia akan menghitamkan hati !
... lagi satu x perlu rasanya kalau kita yakin atas apa saja tindakan yang telah kita ambik ... kita melibatkan orang lain ... kita kena bertanggungjawab atas apa saja natijah yang terjadi ... itu tanda orang beriman !
... aku harap sangat segala kabut ... serabut ... kalut ni akan berakhir dengan semangat dan keazaman tempat baru !
*... luka di tangan nampak nyata ... luka di hati siapa yang tau ek !




Wednesday, February 10, 2010

hari-hari terakhir ...

... aku dah dapat surat pertukaran dan lokasi baru di mana aku akan mencurah khidmat untuk ntah ke berapa tahun pulak aku akan dok kat situ ... tunggu dan lihat jer lah ! ... sebelum ni aku x ambik peduli sangat sebab x de hitam putih nya ... so hari ni baru lah aku betui2 rasa sayu & sendu kat dalam hati ... walaupun aku ibarat sejauh seluang melaut akhirnya pulang ke lubuk jua tapi terasa jugak hiba untuk meninggalkan tapak selama hampir 16 tahun ni ...

... tentunya aku akan merindui semua kekawan dari daerah ini ... walaupun pernah ada ketika hati terguris ... terluka tapi semua itu aku anggap asam garam kehidupan yang pastinya menjadi memori indah untuk diingati

... buat semua kekawan dari lib daerah kuala ... honey , mila , ajijah , nor , linda ( akan bertugas di lib Pekan BB ) & kak sal ... dan team puppet ita @ sang harimau , yus @ sang badak ), reza @ kak yong ) , PD.SGG ( hana @ katak & buaya ) serta semua kekawan dari lib desa ... maya , mayang , nurul , farah , aini , faniza , liza , nora dan arnita ... x lupa maah dan mek ( yg akan gantikan tempat aku ) ... aku mohon maaf sangat2 jika sepanjang aku bertugas kat daerah ni ... ada perkara2 yang aku terlepas pandang atau terlepas cakap kat korang semua ... yang buat korang terluka atau berkecil hati ... kemaafan yang diminta ... klu boleh aku nk jumpa sangat jumpa korang tapi mungkin x kesampaian !

... hari2 terakhir ni ... aku berusaha untuk melangsaikan segala tugas yang masih bersisa ni ... dan seandainya aku gagal melunaskan semua ... harap mek x marah kan ! ... dan hari ini jugak aku mula pack semua barang2 aku ... dan menyahkan barang2 yang perlu aku lupuskan

... jangan tanya samada aku sedih atau x ... walaupun aku rasa seperti bebola tapi aku memang malas nak fikir ... biarlah ianya jadi rahsia aku dan Allah

* ... semoga Allah permudahkan segalanya .amin

Monday, February 8, 2010

no comments

... pagi tadi aku ke lib daerah kuala sebab terlibat sebagai ajk sambutan bagi meraikan lawatan dari staf lib DBKL ... nasib baik lah aku terbaca mesej yg dikirim oleh hani ... kalau x haru gak ! ...
keluar dari rumah pagi tadi pun ... mood aku memang x berapa ceria sebab selsema dan baju uniform aku yang x sempurna ni ... " Ya Allah ampunilah hambaMu " ... itulah yang aku lafaz kan sebab ada rasa amarah dalam hati ...

... selesai majlis ... aku berpeluang berbincang pasal pertukaran aku ... dan sekali lagi aku terkejut bila dimaklumkan ada rombakan senarai staf yang bertukar ... dan sekali lagi aku terlibat ... walaupun aku amat memahami segala sebab musababnya tapi ntah lah ... hati kecil ini tetap rasa hiba ... " Ya Allah ampuni hambaMu "

... dan kesahihan segalanya seakan pasti bila terima call dari HQ ... 17 Februari 2010 ... aku akan lapor diri ditempat baru

* ... no comments ... tunggu dan lihat apa kesudahannya !

Thursday, February 4, 2010

sesi memanaskan badan !

santai ! ... kak jis , yazid , ija & ayu

rebut ! ... jgn x rebut !

masing2 jaga posisi !


... hampa ! bila bola gagal dijaringkan

masih bersemangat walaupun panas terik !


... gambar ni aku rakam semasa latihan bola jaring kat Sg.Besar ... walaupun x ramai hadir tapi masih lagi boleh wujudkan 2 team ... kira ok le tu ! ... dalam cuaca yang boleh tahan jugak panasnya ... aku respect kat semua kekawan yang sanggup bermain sambil belajar skil ... aku sendiri pun masih kalut dengan peraturan permainan ... so wisel pun sentiasa menjerit ! ... dan kerana bola jaring jugak ... jari tangan kiri aku terseliuh ... sampai la ni masih sakit walaupun bengkaknya dah hilang ... !
... lepas latihan bola jaring ... kami pindah lak kat kod bola tampar ... memandangkan hanya sorang jer staf lelaki yang hadir ... permainan lebih kepada latihan menghantar bola untuk lepasi jaring ... aku pun ambik kesempatan cuba ... pelbagai teknik yg diajar ... dari 6 kali cubaan hanya 2 kali jer yang lepasi jaring ... selebihnya tersasar !
* ... balik rumah memang letih giler ! ... hehehe