Monday, May 31, 2010

... jadual Jun

* 1 Jun

... esok odit dalaman akan diadakan kat lib tempat aku bertugas ni ... rasanya masih banyak kerja yang perlu diselesaikan ... adakalanya aku kepenatan sendiri ... x tau lah apakah member2 yang lain pun mengalami sindrom yang sama dengan aku ni ... risau ... gelabah ... dan macam2 perasaan ada ... ( pagi td aku ditegur oleh bos sebab dtg kerja masa cuti ... niat aku ikhlas nk settlekan kerja yg tertinggal semasa aku gi exam ... itu jer ! )

* 14 Jun

... tarikh tutup pertandingan buku skrap yang melibatkan pelajar sekolah rendah & menengah di daerah S/Bernam ... pertandingan dijalankan bersama PPD ... dan kami kat lib pun buat promosi jugak ... semakan untuk 30 buku skrap terbaik akan dihantar ke lib HQ selewat2nya 22 Jun
( ... aku tetap risau sebab hingga saat ini ... aku masih x tahu bagaimana sambutannya dari pelajar ... )

* 23 Jun

... Audit sebenar ! ... semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah


* 26 Jun

... Hari Ilmu - Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 di Taman Tasik Shah Alam ... Largest Outdoor Reading Event in Malaysia yang akan disempurnakan oleh Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor


* ... belajar mengawal emosi dalam keadaan menangani bebanan kerja !

Thursday, May 20, 2010

tempoh bertenang ... !


... esok aku ambik cuti untuk rehat minda dan menelaah apa yang patut sebagai persediaan exam ... nak lupakan dulu pasal audit 31 mei nanti !
* ... baca ... ingat ... baca ... ingat .... zzzzz !

Wednesday, May 19, 2010

mengenggam dunia ...




... " misi mengenggam dunia " itu adalah kata2 motivasi untuk diri sendiri bagi menghadapi PPK 24 & 26 Mei ni ... sebab banyak sangat cabaran yang terpaksa aku , bunga dan yazid lalui untuk menghadrinya
... aku sendiri kalut dan rasa serabut sangat ... walaupun aku x meletakan harapan 100 % tapi selagi ada kudrat dan usaha ... impian untuk berjaya tetap disematkan kat hati ... sebelum ni aku hanya akan berhadapan kertas soalan untuk exam PTK ... kali ni ada sesi interview individu dan group pulak ...
... perancangan pun terpaksa dipinda berkali2 ... daripada bertiga kini dah jadi berdua ( yazid terpaksa tarik diri atas yg x dpt nk dielak )... so la ni tinggal aku dan bunga jer yang meneruskan cabaran ...
... kali ni kami tawakal jer untuk pergi ... aku memang x pernah pergi ke Uniten , Kajang dan Angkasapuri , KL ... mungkin kami akan bertolak pada hari ahad dan bermalam disana ... Ya Allah ... permudahkan segalanya untuk kami . amin
... pastu kena fikir untuk audit pulak 31 Mei ... hisk ! malas le nk fikir pasal audit ni ... selesaikan untk exam dulu ... takut bertambah benggung lagi ... hehehehe
*... duniaku ... duniaku jua !

Monday, May 17, 2010

sepasang sepatu ...



... " susah betul kalau dapat teman yang x faham dan sebulu dengan kita ni " ... itulah omelan dari seorang teman ... masa bersembang kat telefon malam kemarin ... aku hanya dengar jer luahan hatinya ... sebab x dan nak mencelah pun ... memang sejak zaman sekolah dulu pun ... klu dia dah bercakap memang susah nak stop ... hehehe !

... " ermm bagilah idea macam nak berdepan dengan orang macam ni ... aku dah x tahan betul ... rasa macam nak pindah sekolah lain jer ... " alahai ! aku bukan le pandai sangat nak nasihatkan orang ... sebab kekadang tu aku sendiri pun kantoi gak bila ada masalah macam ni ... susah nak dapat kawan yang sekepala dengan kita ...

... lagi pun bagi aku ... apalah nak difikirkan sangat pasal sebulu atau x sebulu ... yang penting kita lunaskan kerje kita sebaik mungkin ... pasal hal remeh temeh atau isu yang x de kaitan dengan kerja kita ... abaikan jer ! ... buat apa lah nak pening kepala atau korbankan diri sendiri kerana marahkan orang lain ... x berbaloi beb !

... kat mana2 pun sama jer ... akan ada yang x sebulu dengan kita ... tapi pernahkah kita fikir yang mereka punya anggapan yang sama jugak ... x sebulu dengan kita ... manusia mana ada yang sempurna ... biasa lah kalau ada yang terlebih dan terkurang ...

... cuba bayangkan kalau kita pakai sepatu ( kasut daaa ! ) dua2 sebelah kanan atau dua2 sebelah kiri ...? agaknya macam mana lah gayanya kita berjalan kan ? ... masih boleh berjalan tapi tentu x selesa dan rasa pelik kan ! ... so gitu gak dengan kehidupan ni ... sebenarnya kita saling perlu memerlukan ... kekurangan yang ada kat kita akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada mereka ... begitu gak sebaliknya

... mungkin ada bab2 tertentu yang kita memang susah nak membuang keegoan tapi apa ertinya keegoan kalau ia hanya akan merosakkan keseronokan bekerja dan menjejaskan emosi sendiri ...

... kenalah fikir ... fikir dan fikir ... mohonlah petunjuk dariNya dan buatlah
keputusan yang tidak merugikan diri sendiri ... apa saja yang kita putuskan hari
ini ... memberi impak yang besar pada keseluruhan hidup kita ...

... keterbatasan laluan menuju ke sana yang lebih abadi ... kekadang kita perlu
belajar memohon maaf dan memaafkan

* ... segala kebaikan dan kelebihan datang dariNya ... segala kelemahan dan
kekurangan datang dari diri kita sendiri

happy birthday ...


" ... Selamat Hari Jadi " itu ucapan dari aku untuk sahabat paling akrab Bunga ! ... semalam aku hantar kek untuknya ... so hari ni aku bagi sejambak bunga lak ... ( walaupun aku tahu dia x dapat lagi melayari blog ni ... huhuhuhu ! ) apa pun aku harap dia akan gembira melalui batasan usia yang smakin meningkat ni ...
B - biar pun terpisah jauh antara kita
U - ungkapan mesra tak pernah terukir di bibir kita
N - namun kita saling mengerti setia persahabatan
G - gagah tempuhi onak duri tanpa rasa gagal dihati
A - antara kita ada rasa dan harapan yang satu
* ... banyak yg kami lalui persama ... semoga persahabatan ini akan berkekalan .. !

Thursday, May 13, 2010

alamak !.... berdebar rasa dihati ....

... pagi tadi aku rasa happy sesangat sebab akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan jadual susunan buku utk semua staf ... setelah berkali-kali tertangguh atas alasan yang x dapat nak dirungkaikan ( sibuk memanjang ! ) ... dan lagi dapat gi sarapan dengan member lama ... yang dekat tapi jauh .. huhuhhu !

... masa call member2 yang akan terlibat untuk persembahan Manjaku ... terima faxs dari HQ ... pasal PTK pulak ... aduss ! tetiba jer aku berdebar-debar ... alamak ! biar betul ... aku ingat aku x tersenarai utk penilaian ni ... sebab aku x terima apa info pun ... masa tu aku sedih giler gak ... sebab dua member aku dah terima info ... so aku ambik keputusan untuk tutup buku pasal PPK.. memang aku dah x baca langsung buku berkaitan PPk dan kenegaraan ...

... yang lebih buat aku gundah gulana ialah lokasi PPK lah ... 24 mei kat Dewan Peperiksaan , Aras 6 Bangunan P'Pustakaan UNITEN , KM 7 , Jalan Kajang , Kajang ... untuk Penilaian Pemahaman & Pemahaman dan Penyelesaian Kes ... 26 mei kat Bangunan Ilmu , IPPTAR .. Angkasapuri . K.L ...untuk Temuduga Berkumpulan & Pemahaman dan Penyelesaian Kes ... tercatat kat arahan am untuk calon2 ... antaranya penginapan tidak disediakan ... tu yang buat aku rasa susah hati sangat ... ni pun tengah dok fikir macam mana ke gayanya nk menghadiri ... Ya Allah ...berilah petunjuk pada hambaMu yang lemah ini .. amin

*... nampaknya kena le study semula ....

Tuesday, May 11, 2010

alahai banyaknya kerja ... !

... Pertandingan Buku Skrap sempena Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Selangor 2010 & Pertandingan Persembahan Untuk Manjaku kakitangan PPAS ... itu adalah antara intipati meeting jumaat lepas ... semua program mula gerak dari mei hingga julai ... itu belum lagi dikira tarikh odit pada 23 jun ( ..insyaAllah )

... malam tadi sebelum melelapkan mata ... aku sempat gak memasukan tarikh2 penting ni kat diari ... takut lupa ! ( teringat kat hani yang kata aku ni pelupa sebab makan semut ... hehehe )
sebeno-benonya ... aku ni x risau sangat pasal pertandingan buku skrap tu ... sebab ia melibat PPD setiap daerah ... pastu semua diuruskan melalui pihak sekolah ... so aku hanya mula terlibat untuk saringan dan pemilihan 10 terbaik bagi setiap kategori ... bersama 3 panel yang dilantik oleh PPD ... aku perlu menyerahkan buku skrap yang terpilih kat HQ pada 21/22 Jun 2010 ...

... dan 23 jun ...odit kat lib daerah ... itu le yang sebenarnya amat mendebarkan hati ... dan atas alasan itu jugaklah ... klu boleh aku nak sembunyikan diri dari akt yang lain ... tapi nak buat macam mana kan ... amanah perlu dilaksana sebaik mungkin !

... lagi satu yang buat aku pening lalat adalah pertandingan persembahan untuk manjaku pada 1 julai kat Komp. PKNS Shah Alam ... setiap daerah kena buat persembahan terdiri dari staf library daerah masing2 ... ni tengah dok fikir2 nama kekawan untuk disenaraikan dan persembahan apa yang sesuai bagi sasaran audien berumur 6 tahun ke bawah

... pada kekawan yang terbaca blog ni ... amat dialu-alukan untuk menyudikan diri menyertai team bagi daerah kita ni ... klu x de yang merelakan diri ... nampaknya terpaksalah aku membuat pilihan ... so jangan kata " tidak ' ek !

* ... tertiba terasa rindu kat team " tom tom chak ! ... sang badak , sang harimau , katak & buaya ( ... salam rindu & ingatan dari - sang arnab ! huhuhuhu ... )

Thursday, May 6, 2010

sembunyi !




... " esok kena turun kat HQ ... ada mesyuarat .. jam 2.30 petang " ... itu adalah info yang aku terima tadi ... setiap daerah hantar satu wakil ... itulah fakta yang dimaklumkan kat aku ... sebenonya aku dah lama sesangat aku x terlibat dalam aktiviti yang melibatkan pihak HQ ... !
selalu tu aktiviti yang melibatkan lib daerah jer ...
... dalam keadaan sekarang ni ... rasanya aku ingin sembunyi dari tugas2 luar ... hehehe ! ... bukanlah nak lawan arahan lak tapi banyak lagi tugas2 yang x dapat aku selesaikan dengan sempurna ... aku rasa teruk sangat !
... esok aku akan gi HQ dengan mila ( staf dari lib daerah kuala selangor ) ... ada gak kawan sembang kat dalam kereta sepanjang perjalanan tu ... lagipun aku memang x berapa suka memandu waktu tengahari ... panas beb !
* ... kalau lah aku boleh sembunyi kan diri dari masalah ... alangkah ! nikmatnya hidup ini ... boleh ke gitu ?

Tuesday, May 4, 2010

kalau kail masih sejengkal ...



Sedalam masa selaman
Ke dalam lautan dalam
Setinggi mana panjatan itu
Hingga menggapai awanan biru
Secepat mana pergerakan
Untuk memintas waktu
Segagah mana kuasa di minda
Untuk memutar jarum hukum alam
Mengalah Tuhan


Semua itu
Belum bisa lagi
Usahlah mendabik dada
Sambil berkata luar biasa
Selalu menabur takbur
Pengkalannya masih jauh
Dasarnya maha dalam
Arasnya maha tinggi
Dia maha tinggi
Seharusnya kita memberi syukur
Terindah meredah sujud


* ... kita selalu menggarap harapan setinggi gunung ... tapi usaha masih didasar lautan !