Saturday, July 28, 2012

syukur alhamdulillah



" syukur alhamdulillah " bisik hati ... bila membaca surat mengenai KUP ... terima kasih kepada pihak pengurusan PPAS di atas pemberian ini ... walaupun agak terkejut (... sampai saat ni pun masih terkejut lagi ) tapi amat bermakna pada aku dan kerjaya ... apatah lagi pemberian ini aku terima dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ... syukur alhamdulillah.

... mengimbau kenangan semasa mula menjadi warga kerja PPAS ... aku bermula seawal usia 20 tahun ... masa tu sebagai kakitangan sambilan ... Oktober 1994 aku terima perlantikan untuk jawatan tetap " syukur alhamdulillah "... dan bertugas kat Daerah lain ... perasaan masa tu kalut gak ... tapi aku selalu ingatkan diri sendiri ... hidup adalah satu perjuangan ... kat mane pun kita ditugaskan ... cabaran pasti ada ... 16 tahun aku bertugas kat situ ... banyak pengalaman dan kenangan semasa bertugas kat situ ... 2 jam pergi balik ... adakala memang membosankan ... tapi kata orang " alah bisa tegal biasa " ..namun daerah ini banyak mencatatkan kenangan manis dalam kerjaya aku !

... Feb 2010 terima surat pertukaran ke Lib Daerah Sabak Bernam ... tempat dimana aku bermula " syukur alhamdulillah " dan sekali lagi aku berperang dengan perasaan antara gembira dan sedih ... gembira sebab dapat bertugas di daerah sendiri ... sedih sebab meninggalkan tempat yang banyak mengajar aku jadi diri sendiri ... 

... hari ini dan hari2 seterusnya aku pasti akan ada cabaran sendiri ... kehidupan dan kerjaya harus diteruskan sebagaimana yang aku ... kamu ... kamu ... kamu ingankan ... so carilah diri ... nanti kita akan temui hati ... kerana hati dan minda harus sekufu untuk maju .

"   syukur alhamdulillah ... "

* ... hidup seharusnya x perlu bersyarat ... tapi bersyariat 
 

Thursday, July 19, 2012

... kerana lidah tidak bertulang


... " adat dunia memang macam tu ... buat baik belum tentu dipandang mulia ... apatah lagi buat benda yang x baik ... yang penting adalah nawaitu kita ... insyaallah ... Dia tahu apa yang ada dalam hati kita " ayat dari petikan novel yang baru jer selesai aku baca ...

... adat dunia ? ... atau rencah kehidupan manusia ? ... isk ! pi mai pi mai tang tu jugak maksudnya ... bak kata orang pusing keliling jumpa benda sama gak ... ini le asam garam kehidupan ... suka ... x suka kena lalui demi kelangsungan rutin seorang insan ...

... cuma kekadang kita ni teremosi sikit ... kerana lidah tidak bertulang yang afdalnya mengungkap zikirullah ... kata sopan ... kata nasihat ... atau bicara yang sedap didengar telah tersasar menjadi penyumbang kata dusta berbaur fitnah ... maka tersebarlah sebagai halwa telinga ... sehingga menghilangkan hakikat kebenaran!

... kerana lidah tidak bertulang yang bergerak bebas dalam mulut kita maka Allah ciptakan gigi yang tentunya lebih keras  untuk mengawal pergerakan lidah agar tidak terlalu bebas apabila sesekali kita diberi peringatan dengan gigitan oleh gigi ! ... tapi kita x pernah serik ... dan mengulanginya lagi ... lagi ... lagi ... dan lagi

... andai kata lidah diberi hak untuk mengawal bicara setiap insan ... mungkin dunia akan aman ... manusia tidak akan sesuka hati menabur janji ... berkata dusta semata ... bicara sekadar menutup kelemahan yang ada ...




... saat aku memutuskan untuk berdiam dari berkata-kata ... aku rasakan  satu kemenangan kerana lidah x perlu digerakan jika ianya x sekata dengan hati dan minda !


* ...  susah itu tarbiyyah , sabar itu indah

Friday, July 13, 2012

ayin n me

ayin n me

... gambar ni dirakamkan sekitar awal tahun 95 ( ... x ingat siapa yang tolong rakamkan gambar ni ) ... housemate semasa aku bertugas kat Lib. Cawangan Tanjung Karang ... hampir 5 tahun jugak aku serumah dengan ayin ... sebenarnya antara kami banyak sangat perbezaan dari persamaan ... tapi alhamdulillah dalam banyaknya perbezaan tu lah yang mewujudkan keserasian ... mungkin sebab kami sentiasa menghormati privacy life masing2 ... asal tidak melanggar norma2 kehidupan seorang insan dan hambaNya ... kira ok le tu !

... satu persamaan yang mungkin mendominasi persahabatan kami adalah ... sikap sederhana dan sempoi kut ! ... mana x nya ... dari segi pakaian hingga le bab makan ... semuanya ringkas ... hehehe ...

... bila terjumpa semula gambar ni ... aku jadi rindu pada semua kenangan bersama ayin ... x tahu dia bertugas kat branch RHB mana sekarang ni ... kami terputus hubungan bila masing2 mula sibuk dengan kehidupan sendiri ...

untuk ayin ( jika dia terbaca blog ni )

... semoga berbahagia bersama keluarga ... k'mis sentiasa doakan yang terbaik untuk ayin . amin



Thursday, July 5, 2012

Bukan Susah Nak Faham



... aku terjumpa buku ni semalam semasa bertugas kat kaunter ... aku tertarik dengan judul yang sempoi ... pastu buku pun x le tebal sangat ... cuma 208 ms jer ! karya Zahiruddin Zabidi ... diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn . Bhd ... harga RM 19.00 ... isk ! macam nak promote buku lak ...

... dan yang lebih menarik sebenar adalah apa yang tertulis di dalam buku ni ... terdapat 26 kisah dan 4 bacaan bonus ( cerpen ) ... aku suka dengan gaya bahasa yang mudah tapi sarat dengan pengajaran dan diperkemaskan lagi contoh2 yang sering berlaku dalam persekitaran kehidupan kita ...

... kalau kat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... lokasi nak dapatkan buku ni kat rak 297.57 Za ( Bah. Buku Agama ) ... barcode 3602484 

antara petikan yang terdapat dalam buku ni ...

... seorang murid, yang dikenali sebagai murid yang pendiam, bangun dan memberi isyarat mahu bertanyakan soalan.



Tanya dia kepada ustazah, “Ustazah, kalau Allah menyuruh kita solat, macam mana pula Allah solat?”


Seluruh kelas terpana dengan soalan pelajar itu.


Ustazah mereka juga terkedu sekejap sebelum dapat mencari jawapan yang sesuai bagi menjawab persoalan anak muridnya itu.


Seketika kemudian baharulah ustazah menjawab dengan bertanya kembali kepada pelajarnya itu, “Kenapa awak datang ke sekolah?”


“Kerana mahu belajar,” jawabnya ringkas.


“Selain daripada itu?”


“Kerana mak dan ayah saya suruh.”


“Tapi mereka tidak datang sekolah bukan?”


“Ya.”


“Begitulah juga Allah. Dia yang menyuruh kita bersolat untuk menyembah diri-Nya. Maka Dia tidak perlulah bersolat. Sebagaimana mak dan ayah kita suruh kita datang ke sekolah, sedangkan mereka tidak datang ke sekolah.”


Murid tersebut mengangguk, berpuas hati dengan jawapan daripada ustazah mereka itu.



* ... kekadang perkara yang mudah pun kita susah nak faham dan adakalanya x faham langsung .

Wednesday, July 4, 2012

kosong







... kalau dua minggu lepas aku mengosongkan ruang lingkup pemikiran semata-mata untuk memberi fokus pada pencarian maklumat sejarah Selangor ... tapi hari ni aku rasa kosong sebab segala usaha dipandang kosong @ x beri apa-apa kesan pada mereka .

... nape ek ? terkesan dihati atas apa yang berlaku ... bagaimana jika mereka pula diperlakukan begini ... ? oopps ! mereka x akan melalui sebab mereka adalah sesiapa ... sedangkan aku pulak bukan sesiapa ... kan berbeza ...

... ermm x tahu nak kata apa dah ... redha jer !

* .... ( ^ _^ )