Friday, November 29, 2013

"... kita yang terpilih "


" ...kta yang terpilih " ungkapan ni selalu aku katakan bila ada yang menyuarakan rasa kecewa jika masalah melanda ... dan minggu lepas kata-kata ni juga aku guna pakai untuk meredakan rasa x puas hati Along ( anak saudara )

... masalah ni kat mana-mana pun ada ... kerja makan gaji ke ... kerja sendiri ke ... selagi kerja kita tu ada hubung kaitnya dengan manusia ... selagi tu le akan ada masalah ... hatta kalau kita kerja sendiri pun akan ada jer masalah nye ! ... aku faham sangat apa yang Along rasa dan lalui ... situasi kerja tapi macam x kerja ... mencuri waktu kerja ( bukan curi barang tau ... tapi curi tulang ) ... x fokus ( ada gak yang x tahu apa sebenar kerja sendiri ) ... apatah lagi dia bekerja ruang lingkup yang ramai staf ... memang macam2 perangai ... aku selalu pesan " biarlah mereka buat perangai ... asalkan kita x buat perangai " ... ingat tujuan kita bekerja bukan sekadar cari rezeki tapi cari juga keberkatan ... !

... x perlu fikir kita tertindas ... anggaplah diri kita adalah orang-orang yang terpilih ... Allah pilih kita untuk diuji dengan sedikit duga ... agar kita tahu makna sabar dan ikhlas ... kita buat kerja dengan baik ... dan jangan berhenti berdoa ... urusan yang lain tu biar Allah putuskan.

... memang akan rasa sakit di hati , bila membiarkan kepincangan berlaku sedang kita tahu ... tapi di atas kita masih ada mereka2 yang mempunyai kuasa untuk bertindak ... kalau mereka membiarkan walhal mereka juga tahu ... x perlu komen apa-apa !

... cuma aku pesan kat Along " kekadang  tu bila sekali kita buat silap dan kita ditegur atau kita dikritik ... itu tanda Allah dan orang disekeliling masih sayang kan kita ... sebab Allah dan mereka yang ada disekeliling  x nak kita hanyut dalam kesilapan yang berterusan ... lagi sedihkan kalau bila kita buat silap tapi orang sekeliling x berani nak tegur atau kritik  ... adakah itu juga tanda sayang mereka dengan membiarkan kita hanyut dalam kesilapan tanpa noktah "  wallahuaklam .


Saturday, November 23, 2013

rindu sesangat kat ...










... rindu sesangat kat budak comel ni ... mungkin kali ini  akan lama x jumpa sebab ariel nak balik kelantan ... anak cikgu ... bila emak cuti so anak pun ikut bercuti gak ... huhuhu

kisah hari jumaat



al kisah semalam ... 22 / 11 / 2013

 kipas baru untuk ruang bacaan ... Aan dah macam model iklan kipas ! hehehe

 kipas lama yang telah dibersihkan

... syukur alhamdulillah dan tq kepada pihak pengurusan PPAS kerana prihatin akan situasi yang kami lalui beberapa bulan kebelakangan ini akibat masalah aircond yang tidak berfungsi ... 10 unit kipas yang dibekalkan bagaikan satu rahmat bagi pengguna ... apatah lagi di musim cuti sekolah ni ... !

al kisah jumaat minggu lepas ...

kenderaan bergerak perlahan ..



masing2 nak elak air ...

dalam perjalanan balik ... !


... ni cerita jumaat minggu lepas 15 / 11 / 2013

pagi tu ... jam 6.00 aku dah keluar rumah ... hujan renyai ( macam seram jer kan ... ) aku dah set untuk sampai kat Kuala Selangor sebelum 7.15 ... sebab hanya aku sorang ... memandu awal pagi ... jalan pun x sesibuk mana pun ... memang aku  tekan minyak ( selalu tu aku memandu ala2 skema gitu ... ) ... aku singgah caltex Sekinchan dan terus kan perjalanan ... sampai kat rumah Ella jam 7.00 ( kira sampai awal 15 minit dari masa yg aku target )

kami guna satu kereta jer ( jimat minyak beb ! ) alamak ! lupa lak nak cerita hala tuju kami ... ikut maklumat yang dimaklumkan oleh HQ ... 8.00 pagi kami kena gerak ke SUK ( Dewan Jubli Perak) ada Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013 dan sebelah petang jam 3.00  meeting MBJ Bil. 4 / 2013 di tingkat 4 Perpustakaan Raja Tun Uda ...

hari ni aku jadi penumpang ... Ella yang memandu ... so rilek sikit ... memula tu perjalanan ok jer ... hingga le sampai kat tol Sg. Rasau ... kenderaan bagaikan x bergerak ... " x pernah berlaku macam ni ... ada excident kut kat depan tu " kata Ella ... dalam dok fikir tetiba radio sinar maklumkan ada excident dan banjir ... tu yang sesak giler ...  alamak ! risaunya hati " mesti lambat sampai SUK " ... hampir 2 jam tersangkut dalam perjalanan ... jam 10.00 kami sampai kat SUK ... majlis dah mula pun ... lepas daftar dan sarapan ( yang disedia oleh pihak penganjur ) ... masuk dewan ( duduk kat lokasi paling atas ... yg kat bawah semua dah penuh ) ... banyak juga info berkaitan gred dan gaji diperbincangan walaupun lebih menjurus kepada gred N dan J ... selesai sesi soal jawab ...12.30 selesai !  ... ambil pack food makan tengahari ... kami gerak ke HQ

sampai kat HQ ... kami makan tengahari di kafe ... solat dan selesaikan dulu segala urusan yang dibawa dari Daerah ... jam 3.00 pm meeting MBJ bermula ( inti pati meeting x leh nak cerita kat sini ... ! )

jam 5.15 pm ... meeting selesai ... minum petang ... jam 6.00 pm kami gerak balik ... masa ni aku dah mula rasa pening lalat sikit ... mungkin sebab pagi tadi aku sarapan lewat ... aku cuba gak  kawal minda untuk lawan rasa sakit kepala ni ... tapi aku x berdaya ... thanks kat Ella yang sudi singgah kat Petronas untuk aku memuntahkan segalanya ... selepas telan 2 biji  panadol ... aku cuba untuk rehat dan memejamkan mata ( ... terus terlelap ) ... tau2 celik mata jer dah sampai Tesco Kuala Selangor ... rehat kejap kat rumah Ella ( basuh muka nk hilangkan rasa ngantuk )

8.15 pm ... memandu untuk balik ke rumah sendiri ...

9.45 pm ... alhamdulillah sampai kat rumah ... aghh ! letih nya ...

11.00 pm ... tidurrrrrrr .............zzzzzzzzzzzzzz


Friday, November 22, 2013

... x perlu tunggu hingga esok !


" ... x perlu tunggu hingga esok ... kalau kita boleh lakukannya hari ini " itu adalah refleksi spontan aku ... bagi aku mengapa perlu tunggu hingga esok untuk berubah jika kita berpeluang melakukannya sekarang !

akan adakah situasi harmoni sebegini ... ?

  ... minggu ni macam-macam berlaku ... semuanya buat minda aku berputar 360 darjah ... sejuta persoalan berlegar-legar bagai cakrawala mengelilingi paksinya  ... selalu tu aku x ambik kisah sangat pun ... atau lebih tepat malas nak ambik kisah ... tapi sejak akhir-akhir ni ... aku dah reset kat minda sesuatu yang biasa perlu dijadikan luar biasa .

 ... membiarkan kesilapan berterusan ... atau menutup mata bila berlaku kesilapan ... adalah kesilapan besar yang sering terjadi ... " macam mana nak ubah ? " ... memang sukar untuk kita  mengubah orang  lain ... kecuali orang itu sendiri yang berubah atas kehendak diri sendiri ... tapi kita masih tertakluk pada Yang Maha Pencipta ... kalau Dia berkehendak berlakunya sesuatu maka tiada siapa dapat menghalang ! keberanian bukan lah bermaksud berani untuk terus melakukan kesilapan , tetapi berani mengakui kesilapan dan tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut

... " perubahan memerlukan pergorbanan "  kata-kata ini ada tertulis kat buku Nikmati Kehidupan Anda , aku setuju sangat ... acapkali berlaku perubahan akan membuat kita hilang kawan ... perubahan akan menyebabkan kita dikritik ... perubahan juga boleh jadi punca kita terasing ... itu adalah lumrah lehidupan ... yakinlah jika perubahan akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya ... dan jika kita bersungguh-sungguh mahukan perubahan ... maka mulakannya sekarang  ... x perlu tunggu hingga esok !

 

Monday, November 18, 2013

realiti kehidupan


... alangkah bagusnya kalau realiti kehidupan macam kita tonton telemovie atau drama kat tv atau macam kita baca novel-novel yang melambak kat pasaran sekarang  ... semuanya berakhir dengan happy ending ! x de sedih hiba atau duka nestapa ... ada ke realiti kehidupan yang macam tu ... ? yang Allah x uji langsung dengan cabaran ?

... tetiba aku teringat 20 tahun dulu ketika aku diarah berhijrah ke daerah lain ... hingga kini aku masih terasa apa yang pernah aku lalui ... perasaan dan semangat itu masih tetap sama dan kekal ... kerana realiti kehidupan sememangnya begitu ... ada sedih ... ada duka ... ada kesakitan ... ada cabar ... ada duga ... ada uji ... ada senyum ... ada suka ... ada gembira ... ada masnisnya !

... kemarin ... semalam ... hari ini ... esok ... dan hari-hari seterusnya adalah realiti kehidupan yang perlu kita lalui ... yang perlu diperjuangkan ( ... eh ! macam nak gi berperang lak  ) ... apa yang kita lalui kerapkali memberi impak positif dan negatif ... begitu juga nilaian mereka yang ada di persekitaran kita .

... kehidupan tanpa cabaran ... macam hidup tanpa jiwa ... kata-kata ini adalah motivasi diri sendiri bila cabaran melanda ... x kisah lah walaupun aku rasa amat tertekan dengan semua duga yang sentiasa mengiringi perjalanan  hidup ini ...aku berusaha untuk fokus " kehidupan aku adalah milik Allah " ... x perlu fikir sangat apa yang orang fikir tentang aku ...

... kekadang tu apa yang kita lihat bukanlah realiti kehidupan tapi sekadar lakonan tanpa pengarah ... nampak indah dan cantik pada pandangan mata kasar ... hakikat kebenaran yang terselindung hanya Allah yang tahu ... banyak perkara yang hakikatnya aku dan kamu tahu tapi demi kelangsungan sebuah kehidupan ... biar Allah putuskan segalanya .




Monday, November 4, 2013

Jom Hijrah ..


... Salam Maal Hijrah

" ... hijrah bukan setakat sekadar ingat tarikh ... skop hijrah sebenar sangat luas "  kata wani 
itu antara intipatinya bila sambutan maal hijrah dibicarakan ... memang setuju sangat ... bagi aku hijrah bukan sekadar sambutan atau cuti tapi lebih dari itu ...

... semasa menghadiri Seminar Mini Kompas Hijrah minggu lepas ... banyak input baru yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan ... bagaimana ia dapat diaplikasikan hanya diri kita saja yang tahu ... bila cakap pasal hijrah ni ... x perlu tunggu bulan Muharam pun ... bila Allah dah beri hidayah masa tu maka hijrah lah !


DOA Awal Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.






 " apa azam baru ? " ... tanya yatie

 " ermmm azam baru ? ... setiap hari ada azam baru ... azam untuk jadi lebih baik ... hehehe " 
    ... itu jawab skema dari aku
 " memang begitu seharusnya ... untuk motivasi diri " ... itu balas yatie
Salam Maal Hijrah 1435

aktiviti Oktober 2013





sibuk siapkan kura-kura
inilah hasilnya ... !



Aktiviti         : Kraftangan ( penyu dari pinggan polistren )
Tarikh          : 2 / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa            : 10.30 – 11.30 pagi
Tempat         : Bilik Mesyuarat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta         : 11 orang ( tiada keahlian baru )




 santai di ruang kanak-kanak

 pertanding mewarna



 menonton di bilik PSR


 CD cerita rakyat Selangor

 aksi hakim pertandingan mewarna ... ayu , wani & aan

 cenderahati ... dari PASTI



AKTIVITI : Lawatan PASTI  Kawasan Sungai Besar

a)      PASTI  AN-NUR , Sungai Nibong
b)      PASTI NURUL HIDAYAH , Binjai Jaya
c)       PASTI INSANIAH , Sungai Haji Dorani
d)      PASTI NURUL IMAN
e)      PASTI AS-SALAMAH , Simpang Lima

Akitiviti : Pertandingan mewarna bunga raya  / Tayangan CD “ Sejarah Sabak Bernam “ /
                Tayangan “  Kisah-kisah dari Al Quran –  Tentera  Bergajah  Abrahah   

Tarikh   :  3 / 10 / 2013 ( Khamis )
Masa    : 9.00 – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar / Ruang kanak –kanak / Bilik PSR  Perp. Daerah Sabak Bernam
Peserta  : 86 pelajar dan 12 Guru Pengiring ( keahlian baru  =43 )



pilih buku untuk dibaca

tayangan " SMURF "

kenangan

jom tonton ! di bilik PSR

sumbangan kecil dari Library Daerah


Aktiviti            :  Lawatan Tabika KEMAS
a)      Tabika Kemas An Nur , Peket 100 Simpang Lima
b)      Tabika Kemas Nur Hidayah , Pekan Simpang Lima
c)       Tabika Kemas Al Iman , Sek . Keb . Pt 13 Sg. Nibong
Aktiviti  tayangan  cartoon “ smurf “

Tarikh         : 7 / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa          :  10.00 – 10.30 am
Tempat       : Bilik PSR Sungai Besar
Peserta       : 11 orang ( 7 keahlian baru )


 semua teruja untuk step awal






inilah hasil nya !


Aktiviti         : Kraftangan ( kambing mengguna kapas )
Tarikh          : 9  / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa           : 10.30 – 11.30 pagi
Tempat        : Bilik Mesyuarat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta        : 11 orang ( tiada keahlian baru )


penceramah ... Pn. Hanis Bazila

carta pemakanan sihat

cenderahati dari PPAS Daerah


Program             : Ceramah Pemakanan Sihat
Penceramah       : Pn Hanis Bazilla Bt Abu Hassan ( Pegawai Pemakanan Pejabat Kesihatan
                              Daerah Sabak Bernam )
Tarikh                : 31 Oktober ( Khamis )
Masa                 : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat               : Bilik PSR, Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Pererta               : 30 orang ( kakitangan perpustakaan Daerah, Pekan dan  
                              Desa Daerah Sabak Bernam )
Keahlian Baru   : Tiada