Wednesday, September 24, 2014

syukur




... bila agaknya kali terakhir lafaz " Syukur Alhamdulillah " kita zahir dari hati bukan sekadar lafaz mainan di bibir ? ntah mengapa sejak akhir2 ini aku agak emosi sikit bila cakap bab syukur ni ... apatah lagi bila ada hubung kait dengan tempat kita mencari rezeki ... x perlulah perlekehkan atau meluahkan apa yang terbuku kat hati kununnya ' x heran pun ' dengan apa yang dimiliki sekarang ... jangan kerana  rasa x gembira dengan apa yang berlaku disekeliling  ... maka dengan mudah kita menidakkan rasa terima kasih kepada Yang Maha Mengetahui .
 
... kerja dan cabaran adalah rutin kehidupan yang x pernah ada penghujungnya ... selagi kita masih bergelar pekerja atau bekerja sendiri pun akan ada cabaran ... bagaimana seharusnya kita lalui ?  ' kalau tidak  sukakan sesuatu , ubah saja ...dan sekiranya tidak mampu mengubahnya , ubah cara kita berfikir mengenainya '  itu yang aku lakukan ketika mengalami stress ditempat kerja .
 
... perlukah lafaz syukur ketika ditimpa musibah ? ... aku mengaku mudah panik dan kalut bila sesuatu diluar jangkaan berlaku ... " acik ni cepat panik lah " itu komen Didie ( anak saudara ) ... kekadang tu bukan x usaha untuk mengawal rasa panik ni dengan kaedah yang disarankan melalui buku2 yang aku baca ... syukur Alhamdulillah walaupun x berjaya sepenuhnya ... tapi lafaz syukur itu sentiasa ada dalam hati ini , tak kira lah samada yang berlaku tu negative atau positif ... tapi ambil iktibar kesan positif dari musibah yang dihadapi ... insyaAllah , Allah akan permudahkan yang lainnya .
 
... so aku nak  share satu buku yang menarik untuk dibaca " Chicken Soup for the Soul - berfikir positif " karya Jack Canfield ( ... aku baca Edisi Bahasa Melayu ) kalau di Library Daerah Sabak Bernam , boleh cari di rak 158.1 Ca ... buku ni aku baca dengan penuh penghayatan ( hehehe ) semasa hari-hari terakhir untuk menghadpi audit ... syukur sangat sebab ia memberi impak positif  dan aku merancang untuk dapatkan satu untuk koleksi peribadi .

... syukur Alhamdulillah kerana sahabat baik aku akan menerima anugerah atas khidmat dan jasa yang disumbangkan ... tahniah !
 
 

Thursday, September 18, 2014

Sudut Pertanian di PPAS Daerah Sabak Bernam

 
 
... terbaru di Perp. Daerah Sabak Bernam adalah ' Sudut Pertanian ' ... cetusan dari idea Pen. Pegawai Perpustakaan ... masa audit yang 11 September yang lalu ... kewujudan sudut ini mendapat reaksi positif dari Pn. Norhaida hanya perlu tambahan dari segi pengisian maklumat ... dan mungkin juga susun atur yang lebih praktikal ... sebenarnya banyak perkara yang masih dalam perancangan ... semoga perancangan tersebut dapat direalisasikan meskipun terdapat perubahan di Bahagian Rujukan.
 
so kita layan gambar ' Sudut Pertanian '
 
 
dari sudut pandangan hadapan
 
pameran buku ' tanaman herba ' & dihujung ada ' jala '
 serta ' bubu tempang ' iaitu alat penangkapan ikan secara tradisional 
 
rak buku pertanian
 
 
 pameran buah sawit dan produk berasaskan sawit
 
' bubu tempang ' dan ' jala ' serta anak benih kelapa
( maaf lah klu sakit leher nk lihat gmbr ni ... hehehe )
 
 
 


Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !