ermm ... cerita yang sama
lakon layar serta sinopsis juga sama
terjadi bukan sekali tapi berkali-kali
lalui sahaja
kerana itu pengalaman paling berharga
mengajar kita kenal antara kaca permata
sering aku lewati rencah dan ragam
tatkala hati mula bicara
akal bertindak meredakan suasana
detik demi detik
segalanya masih tidak pernah berubah
masih ... masih ... dan masih begitu
"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, November 27, 2015
Friday, November 20, 2015
hak untuk berbeza pendapat
kita selalu tidak sependapat kata
kerapkali juga ternoktah tanpa bicara
mata memandang berjiwa tiada
mendengar tapi fikir melayang entah ke mana
memilih diam pilihan yang ada
dari berkata untuk elak sengketa
sejauh langit sekali pun kuasa
kena ingat setiap kita punya rasa
kita ada hak untuk pendapat yang berbeza .
Thursday, November 19, 2015
hingga tiba saat itu ...
bukan tidak pernah terfikir
bukan juga tidak memahami
bukan kerana ada apa-apa
bukan ...
aku sentiasa memikirkan
aku cuba untuk memahami
aku berusaha sehabis baik
kerana aku bukan sesiapa
bila tiba aku harus melangkah pergi
bila tiba saat aku harus meninggalkan semua
usahlah gusar ...
fitrah kehidupan memang begitu
selagi dihati ini ada Nya
biar bertepuk langit dan bumi
tak akan berubah yakinku pada ketentuan-Nya
hingga tiba saat itu ...
Subscribe to:
Posts (Atom)