Wednesday, October 26, 2016

... begitu adanya


... Kehidupan adalah satu perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan yang sejauh ini , akan kita lalui jalan-jalan yang bukan sahaja lurus dan rata tetapi berliku , berkerikil , penuh dengan simpang siur , mungkin juga akan beberapa kali terpaksa buat pusingan U untuk sampai ke destinasi yang diinginkan.

... Ada  yang kata ' kita kena positif ' ... ada juga yang kata ' bersabarlah  ' ... dan  ada yang kata ' minum  teh O ais limau untuk sejukkan hati ' ... isk ! nak sejukkan hati x perlu minuman berais bagai, cukup lah dengan zikir yang sentiasa meniti di bibir kita ... aku bukan le individu yang mudah melabelkan individu lain secara negatif , waima berkali-kali terkena pun aku masih cuba bersikap positif sehingga ke satu tahap hatta hati dan minda bersatu  menjurus ke arah negatif pun aku masih berusaha untuk positifkan ... memang bagus untuk bersikap positif sentiasa dan aku mungkin termasuk dalam golongan mereka-mereka yang berusaha untuk kekal positif dalam mengawal stress ... sebab stress akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan .

 ... Hanya ada ketika , aku ingin sangat menyelami atau menyelusuri benak hati mereka yang ada disekeliling ... cara mereka berfikir ... cara mereka bertindak ... bagaimana mereka mengadaptasi cara berfikir dan bertindak dalam wadah kehidupan , kerjaya atau apa sahaja yang melibatkan orang yang berada  di ruang lingkup mereka ... tiada maksud negatif pun sekadar untuk mengekalkan minda positif ... jika terkadang ada sesuatu yang aku lakukan atau aku suarakan bukan untuk menghakimi antara benar atau tidak ... kerana tentunya kamu lebih mengenali atau lebih arif dalam menilai diri dan setiap perlakuan ... hanya jika sesuatu yang kamu lakukan itu natijahnya mengheret sama aku ke dalam rencah ragam yang kamu cipta , sesudah kamu lemparkan dan sembunyi tangan ... kau rasa ?

... Maaf , mengimbas situasi minggu lepas ... aku terkesima jadinya , sedaya upaya aku cuba mengawal diri dari mempersoalan untuk apa lafaz maaf itu ? ... maka berjuta tanda soal yang bertamu dalam minda  ... tapi aku dah berazam untuk sentiasa memaafkan sebab " memaafkan itu seperti melepaskan bara api dari genggaman " isk ! sape nak pegang bara api ... melecurkan tangan beb !

... " Belajarlah ... belajarlah untuk kebenaran " itu ungkapan seorang sahabat , jika diberi pilihan untuk berkata benar tapi menyakit atau sebaliknya ... yang mana satu jadi pilihan ? ... ada ketika kita tahu ... kita lihat ... dan kita lalui tapi amat sukar untuk menyatakan apa yang kita tahu ... kita lihat dan kita lalui itu salah kerana pelbagai faktor yang menjurus ke arah negatif ... sedangkan kita acapkali diingatkan untuk sentiasa positif ... la ni aku agak sensitif sedikit  ( sikit jer ) dengan perkataan positif ... aku akan mula menyelusuri ruang paling dalam kehidupan mereka , bukan cari kelemahan tetapi begitulah  norma kehidupan ,  kata mesti dikota , cakap mesti serupa bikin ... apatah lagi fasa untuk perhati dah lama berlalu .

... Hakikat kehidupan yang tidak pernah berubah adalah kita mahu .. kita  harap ... kita ingin ... kita nak semua mereka yang ada disekeling memahami masalah , situasi , kepayahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita , anak kita , keluarga kita ( tidak termasuk kerjaya ye )... seolah-olah mereka yang ada disekeliling bebas dari apa yang kita alami ... dan jika ada yang bersuara maka terlihat macam tiada perasaan ehsan ... tidak prihatin atau apa sahaja yang sama makna dengannya ... realitinya kehidupan adalah masalah ... dan masalah itu adalah kehidupan ... !   

... Sesekali cuba kita buat check list apa yang kita buat , apa yang kita bual , apa yang kita fikir ... apa ... apa ... dan apa ? agaknya berapa peratus apa yang kita buat , apa yang kita bual dan apa yang kita fikir daripada apa yang sewajarnya kita buat ... kita bual ... kita fikir bagi memenuhi KPI yang selayaknya ? ... alasan skema kita adalah " tiada manusia yang sempurna " 

... Inilah kehidupan , cabaran dan dugaan tidak pernah berkurang , lalui sahaja dengan kesabaran selagi daya ... kalau ada perkara-perkara yang buat jiwa rasa gelora , hati rasa disakiti , ungkapkan " astaghfirullah " berulang kali ... sesungguh segala kelemahan itu dari diri kita sendiri .