Tuesday, March 28, 2017

selepas 32 tahun ...


...  selepas 32 tahun x bersua muka , akhirnya kami jumpa semula pada 12 Mac 2017 di Ipoh , Perak
terima kasih pada puan rumah yang sudi mengundang dan mempertemukan kami semula ... banyak kenangan semasa aku mengikuti latihan kat PLPM ( Pusat Latihan Pertanian Manong , Kuala Kangsar ) pada tahun 1985 ... kami berempat ni agak akrab walaupun usia berbeza ... diantara kami berempat ni ... aku yang paling muda ( lepasan SPM masa tu )  dan Kak Ila yang paling tua ( penyabar dan murah dengan senyuman ) ... Kak Sobah dan Mimie pula sebaya tetapi berbeza karakter... Kak Sobah ni tegas orangnya dan Mimie ni walaupun paling kecik molek orang tapi berani dan berdikari sangat ... lagipun kami berjiran katil .

... syukur alhamdulillah ,  selepas 32 tahun ... kami masih dipertemukan , semoga akan ada lagi pertemuan2 selepas ini ... dan selepas 32 tahun juga , baru aku tahu ... aku ada secret admire ! ... hehehe ... itu citer dulu le ... masa kat PLPM ... " x nak tahu ke siapa gerangannya ? " tanya Kak Sobah ... " x perlu kut , biarlah kekal sebagai secret admire ... boleh gitu " itu jawaban aku .

dari kiri Kak Sobah , Mimie , Me , Kak Ila & Zul ( suami Kak Sobah )







Monday, March 20, 2017

... menyingkir mustahil


... hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya ... keyakinan itu membuatkan aku terus kekal tabah dan sabar dalam apa jua situasi ... minggu lepas aku lalui lagi situasi yang menyakitkan ini , meskipun telah berkali melaluinya ... tetapi rasa sedih dan sebak tetap singgah dalam hati ... seharusnya aku dah mangli dengan situasi sebegini ... diperlekeh ... diumpat keji ... disalaherti ... difitnah mempasirkan periuk nasi ... dan pelbagai salah faham yang menguris emosi ... meskipun ada ketikanya  airmata ini menitis juga .

... insyaAllah , apa yang berlaku ini tidak melunturkan semangat untuk meneruskan  misi menyingkir mustahil ... citer-citer yang tersebar dan disebar tu adalah resam manusia yang dah jadi  tabiat ... seronok agaknya kalau menjadi orang pertama yang dapat info ... dan menjadi orang pertama yang menyebar luaskan info waima tanpa kesahihan info tersebut .

... perkara pertama dalam misi menyingkir mustahil adalah  maaf ... meminta maaf  dan memaafkan , so aku berusaha keras untuk memaafkan walaupun agak sukar melupakan ... lagipun aku x nak genggam bara api ... x mahu stress memikir perkara sia-sia ... teringat aku bait-bait ayat dalam buku yang sedang aku sekarang " orang yang memberi maaf itu bukan sahaja menghapuskan dosa, tapi memudahkan jalan ke syurga " 

wallahuaklam ... 

 

Friday, March 10, 2017

gambar dulu-dulu ...


... ni cerita minggu lepas , bila ada seorang lelaki singgah kat kaunter tempat aku bertugas  bertanyakan " ini Kak Mis kan ... ? " ... aku terkejut dan seraya tersenyum " haah ... " " Kak Mis kenal saya tak ? " ... " x ingat lah "  ... dan dia hulurkan 2 keping gambar ni .... Allahukhbar ... x sangka sebab dah hampir 24 tahun ... Muhd Rafhan Rozsal masih ingat dan simpan gambar masa aku buat aktiviti pada 1993 ... rasa terharu sangat ... dia kata gambar ni rakam masa umur dia 10 tahun ... dan 1994 aku memulakan tugas di Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang .

... aku berazam nak selongkar laci kat rumah nak cari gambar-gambar lama semasa bertugas di Daerah Sabak Bernam ... dulu memang hobi aku ambil gambar bila buat aktiviti guna kamera yang guna filem ... pastu hantar kedai untuk cuci dan share dengan bebudak yang selalu ikut aktiviti aku ..

... Apa pun terima kasih Muhd Rafhan Roszal berikan memories manis pada Kak Mis dengan 2 keping gambar ni ... hehehe


 lakonan aksi sebabak tahun 1993
bila ingat balik memang lucukan aksi diorang ni 
tapi x de sorang pun jadi pelakon filem
( semasa aku bertugas di Perp. Daerah Sabak Bernam )




Thursday, March 9, 2017

... pahat masih berbunyi !




... komen aku " ermmm ... "( x komen apa-apa sebab aku x pernah bertugas bersama so  x adil jika aku komen berdasarkan cerita orang )  bagi aku ini perkara biasa ... tiada yang luar biasanya , sukar sangat untuk memenuhi piawaian mengikut kemahuan dan kefahaman jika kita berada dalam satu organisasi ... semakin ramai , semakin banyak pendapat , semakin banyak pandangan , semakin banyak permintaan dan semakin banyak juga hal-hal yang adakala tanpa diduga atau diluar jangkaan .

... komen orang disebelah kiri ,  semasa perkara ini diutarakan " ... muhasabah diri itu yang terbaik ... semasa kita ada peluang dan ruang , kita abaikan ... ikut suka tanpa fikir apa orang lain fikir pasal kita ... sekarang ni di hujung-hujung baru kita harap orang fikir pasal kita ... perasaan kita ... faham apa yang rasa kita ... "  aku x balas pun komen ni sekadar senyum ... sebab aku hanya kenal nama dan orangnya sahaja .

... komen dari pihak yang membuat keputusan " ... bla ... bla ... bla ..." ( x leh nak ulas ... sangat panjang lebar penerangan yang diberi ) ... aku rumuskan macam gini ... setiap dari kita dah beri yang terbaik ( ... terbaik mengikut penilaian kita ) ... dari yang terbaik yang kita lakukan akan adalah yang lebih baik maka tentulah yang lebih baik akan terpilih mengikut penilaian yang membuat keputusan ... dan yakinlah keputusan juga adalah dengan izin-Nya.


WANITA

Wanita
Anggun
Nekad
Inspirasi
Tabah
Amanah

8

M
A
C

Wednesday, March 8, 2017

nostalgia 95

member serumah Adreen ( bertugas di RHB ) semasa  di
Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang

bersama rakan sebilik dan jiran bilik sebelah
malan terakhir Induksi 1995 - Kompleks Sukan Pandamaran , Klang

Persembahan bersama group - nyanyi lagu rasa sayang ...
kelakar sangat masa tu ... malu giler beb !

rakan PPAS
( dari kiri Zain , Mona , Me & Netty )



Thursday, March 2, 2017

sesuatu itu ...




... Sesuatu yang berlaku disekeliling kita adalah kerana sesuatu ... Allah ciptakan sesuatu itu untuk memberi sesuatu kepada hambaNya ... aku cuba mengadaptasi apa yang aku baca ... apa yang aku lihat ... apa yang aku lalui dan apa yang aku dengar ... ada ketika kita cari sesuatu untuk dapatkan sesuatu ... adakala kita berusaha untuk lupakan sesuatu yang membuatkan kita rasa sesuatu dalam hati walhal sesuatu yang menyakitkan itu menjadikan kita tabah dan berjaya .

... Hari ini aku diminta memberi pandangan mengenai sesuatu ... aku terdiam ... x tahu nak kata apa kerana ianya melibatkan keadaan disekeliling ... aku minta diberi sedikit masa untuk maklumat seperti yang pinta ... aku trauma sebenarnya dengan situasi begini ... aku diterlibatkan dalam sesuatu yang aku tidak tahu apa ceritanya ... tetiba nama tercatat sebagai suspek ! ... masa tu aku memang rasa sesuatu yang amat sangat ... Alhamdulillah , rasa sesuatu yang amat sangat itu Allah ganti dengan sesuatu yang lain iaitu sabar yang amat sangat ( aku berjaya melepasi rasa amarah )  aku memaafkan semua sesuatu yang tiada kebenarannya  seperti disebarkan , diperkatakan atau apa sahaja kerana yakin sesuatu yang disebarkan dan diperkatakan itu adalah ingatan untuk diri aku ... hati-hati !

... Teringat sesuatu yang menjadikan aku hati kering ketika bertugas luar daerah  dulu ... aku berpegang pada prinsip sesuatu yang benar memang menyakitkan untuk diterima ... tetapi hakikatnya menyatakan sesuatu yang benar itu memberi impak positif waima memula itu ... memang kita akan kita akan dikriktik ... dipandang negatif ... hilang kawan ... dipulaukan ? ... atau apa sahaja ... terima kasih pada sahabat yang sentiasa berada disisi ... ketika yang lain semakin menjauh ... !

... semoga Allah pemudahkan urusan esok . amin.