Friday, June 30, 2017

Raya cara ... Ariel , Rayyan , Khalif dan Sofea


... Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua saudara mara ...sahabat handai ... rakan taulan yang membaca blog ini ... atau yang sesekali singgah kat blog ini ... atau yang tanpa sengaja singgah kat blog ini ... kemaafan tetap jua dipohon sebab kekadang catatan aku ni ikut mood semasa... hehehe

... Sambutan raya yang best adalah untuk kanak-kanak ... ini adalah gambar sempat dirakam masa hari raya pertama ..

  Rayyan Haziq & Mohd Ariel Fattah ( sepupu )

















Aira Sofea















Khalif





Khalif & Sofea





































































Monday, June 19, 2017

#MalaysiaNgaji 2017



#MalaysiaNgaji - Satu Jam Bersama Al Quran ... Nikmatnya Ngaji dan Tadabur Al Quran
24 Ramadhan 1438 bersama 19 hb. Jun 2017
12.00 tengahari  -  1.00 petang
Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
 63 peserta
 






Thursday, June 15, 2017

... sahabat selamanya




... Dihening malam 14 Ramadhan yang lalu  , jarum jam tepat 3.00 am ... deringan telefon bimbit bertalu-talu ... terdetik dalam hati ... siapa ???
" assalamualaikum mis "  suara lembut Yati 
" waƔlaikumsalam yati ... " suara aku cemas ( aku ni gabra dan kalut sikit bila terima panggilan pada waktu-waktu gini )

...  Rasa terharu sangat bila dia kata masa terjaga dari tidur ... dia teringatkan aku ... alhamdulillah ada gak yang ingat kat kita di subuh hening ni ... dan dia kata sebelum tidur , ada terdetik dihatinya untuk menunaikan solat sunat ... dan dia juga berhasrat untuk tunaikan solat sunat itu bersama siapa yang terlintas difikiran ketika terjaga ... terima kasih yati ... malam tu aku rasa penuh dengan ketenangan ... kami melakukan perkara yang sama di lokasi yang berbeza ... 

... Sekali lagi bunyi deringan telefon , jarum jam 4.30 am ...panggilan dari sahabat nun jauh di selatan tanahair ...  dalam perjalanan untuk rawatan susulan di IJN  ... tetiba teringat  lak orang kat Selangor , katanya ... aku doakan dia sentiasa dalam lindungan Allah selalu ... dan kekal positif dalam apa jua situasi yang mendatang.

... Adakala kita rasa sendiri tetapi sebenarnya kita disekelilingi sahabat yang sentiasa mengingati dan menitipkan doa buat kita ... terima kasih Yati dan Sahabat nun jauh di Selatan ... moga kesejahteraan milik kita selamanya dengan izin -Nya . amin.

 

Saturday, June 10, 2017

masih ....

masih ... masih dan masih
berusaha untuk menyelesaikan
semua tugasan 
Ya Allah ...
permudahkan urusanku
amin

Thursday, June 1, 2017

... digantung sementara !



... x tahu nak kata apa atau apa yang aku rasa bila dimaklumkan Pengauditan akan digantung sementara waktu sehingga bangunan Lib Daerah siap diubahsuai ... komen dari yang yang terlibat ( hanya 2 Lib yang terlibat dalam audit ) ... gembira ... sukacita ... rasa lega sangat dan bagi aku sendiri yang dah enam tahun melaluinya ... gembira ? tidak juga ... rasa lega ? sikit kut ( sebab aku x jelajah habis buat semakan bah. rujukan ) ... yang lain tu biasa jer !

... so tunggu tahun depan untuk audit seterusnya ....