Thursday, September 21, 2017

Sahabat

" Apabila anda tua , rebut setiap peluang untuk bersama
rakan-rakan lama , kawan sekolah dan rakan sekerja
kerana peluang itu akan berkurangan dari masa ke semasa

Air yang mengalir ke hilir tidak akan balik ke hulu
begitulah dengan kehidupan

Sahabat adalah umpama bintang
walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya
meskipun kadang-kadang menghilang ... dia tetap ada

Dia tidak mungkin dimiliki
tapi tidak dapat dilupakan 
kerana 
Sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati
dan dalam kenangan

~~~ *** ~~

Monday, September 18, 2017

membudayakan hobi





... Semalam adalah hari terakhir aku menyelongkar rak buku yang dok bertapa bertahun gak kat dalam bilik ... kalau dulu aku rasa teruja sangat bila memandang koleksi buku-buku yang tersusun sebelum melelapkan mata tapi bila koleksi bertambah , ditambah pula dengan susun atur buku yang dah bertindan ... dan bila ibu kucing ( aku panggil ' Cik Pa '  sebab aku ambil kat Pasar Sungai Besar ) mula memindahkan anak-anaknya untuk berkongsi bilik dengan aku ... dan juga untuk mengelakkan buku rosak kena cakar ... aku ambik keputusan untuk pindahkan semua koleksi buku dengan rak buku tu ke ruang tamu dibantu oleh Siti Khadeeja .

... Tabiat membaca dan mengumpul buku ni wujud sejak zaman sekolah rendah lagi ... dulu aku suka baca komik dan siri Penyiasatan ... masa tu  nak beli buku atau komik kena tunggu lama baru dapat sebab kumpul duit belanja sekolah ... la ni nak beli buku guna hujung jari jer ... ! hari ni order ... tranfers bayaran ... snap bukti bayaran ... dan hantar guna aplikasi whatsAap ... 2 hari kemudian dan leh baca buku tu ... mudahkan !

... Suatu ketika dulu aku pernah ada hobi menyimpan Sampul Surat Hari Pertama ... aku mula mengumpul dari tahun 1999 , masa tu aku bertugas di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... aku pun x tahu mana datangnya hobi atau minat tu ... mungkin sebab untuk isi masa senggang ... bertugas kat Lib Cawangan x le sibuk sangat berbanding sekarang ... lagipun aku perlukan sesuatu yang buat aku happy ... 

... Hobi tu terhenti bila aku berhijrah tugas ke Perpustakaan Daerah Sabak Bernam pada 2010 ... 
" kenapa Acik x teruskan hobi ni ... kita suka tengok dan baca maklumat yang ada kat dalam sampul ni " itu kata Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara ) ... 
" Ija lah sambung hobi Acik ni ... " itu jawab aku
" kita mana ada duit nak beli ... sampul surat ni mahal ke ? " tanya Ija
" x mahal mana pun ... masa tu harga sampul surat tu baru 30 sen ... pastu bayar lak harga setem yang ditampalkan kat sampul surat tu ... paling mahal pun RM 9.90 ada gak yang sampul surat yang beli tu RM 3.00 jer " panjang lebar aku bagi penerangan .

... Semasa menyusun koleksi buku-buku kat rak ... ada gak dok fikir nak meneruskan hobi mengumpul sampul surat hari pertama ni ... tapi macam x sesuai sangat dengan umur aku la ni ... lagi pun aku x berapa  rajin nak gi pejabat pos ... ambil nombor dan tunggu giliran ... so lupa kan ... hehehe

" Hobi boleh berubah tapi tabiat susah nak ubah " itu jawab aku
" Hobi kita baca buku ... Ija masih simpan buku yang kita beli masa Pesta Buku kat KL dulu ... masa tu kita pergi naik van ... dengan Iya , Cik Raihan , Cik Ayu , Cik Wani ... best kan ... ! Acik buat lah rombongan macam tu lagi "  kata Ija lagi

" Simpanlah duit dari sekarang ... tahun depan boleh pergi " kata aku
" Betul ke ? " kata Ija tersenyum memanjang
" InsyaAllah "  dalam hati dengan izin Allah

sebahagian koleksi Sampul Surat Hari Pertama yang ada
dalam simpanan

koleksi pertama yang mencetus minat utuk mengumpul
Sampul Surat Hari Pertama
 ... antara koleksi yang aku suka adalah Lat

... Masih mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan hobi pada tahun 2026 atau 2027 ... hehehe