Friday, October 16, 2020

HARI KAMUS




 Alhamdulillah ... dapat ikuti Wawancara Layar Putih ITBM

bersama Sasterawan Negara

DATO' BAHA ZAIN

" Derita & Bahagia Tugas Penyusun KAMUS "

Sempena Hari Kamus

16 OKTOBER



Saturday, October 10, 2020

#kitayangberbeza

 


 #kitayangberbeza

Hari ini cer kita pandang sekeliling , apa yang berbeza dengan semalam ... masa keluar dari rumah untuk ke ofis , aku perasan ibu kucing " Si manja " dah ada anak kecik 4 ekor , semalam x de ... masa drive tadi laluan jalanraya semalam pagi satu lorong yang agak sempit , hari ni dah boleh memotong kereta sebelah kiri ... alhamdulillah

Hari ni juga tentunya berbeza dari semalam kan ... sebab semalam hari jumaat dan hari ni sabtu ... semalam agak rileks keluar rumah untuk ke ofis sebab masuk waktu bekerja jam 9.00 pagi , so sempat singgah warong beli sarapan tetapi hari ni jadi serba sistematik kerana mesti keluar rumah tepat jam 7.50 pagi sebab waktu untuk mengetik kad perakam jam 8.30 pagi 😅

Aku selalu share #kitayangberbeza ni dengan Siti Khadeeja sebab bila aku dengar luahan dia pasal alam persekolahan yang dilalui macam complicate sangat apatah lagi remaja perempuan ... semua serba x kena pulak ... alhamdulillah sebab Ija ni ada sikap x ambik peduli sangat apa kata mereka yang ada disekelilingnya ... " selagi tidak mencederakan fizikal " itulah ayat yang selalu keluar dari mulutnya ... aku terdiam " isk ! adakah aku telah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak Ija " ... aku selalu ingatkan Ija yang paling penting jangan kasi mereka " cenderakan emosi " kita ... kalau mereka-mereka tu cederakan emosi kita " kena balas dua kali ganda " ... " eh ! acik ni cam kejam sangat " balas Ija dengan ketawa ... " ayat acik x habis lagi lah ... balas dua kali ganda kebaikan " ... " Ija tahu , selalu acik cakap cam tu " itu lah anak saudara aku Siti Khadeeja

Aku selalu berangan untuk buat sesuatu yang berbeza bila berpeluang kembali bertugas di tempat dimana aku bermula ... waima sehingga kini masih tidak pasti bila ianya akan siap sepenuhnya ... penantian yang penuh dengan pengharapan ... menghampir ke angka 3 tahun aku berkelana tugas demi amanah yang digalas ... rasa rindu sangat untuk kembali bertugas disitu 😢  

Ada juga aku bertandang ke tempat yang baru beroperasi selepas dinaik taraf hampir beberapa bulan ditutup ... tempat cantik , nyaman dan selesa ... ntah kenapa bila aku melangkah masuk , pandangan ini masih membayangkan situasi yang lama dan ntah kenapa aura keterujaan tidak hadir bersama ... mungkin aku sahaja yang berperasaan begitu kerana aku terlalu mengharapkan sesuatu kelainan yang luar biasa ... hehehe  

Sesuatu yang aku belajar dan usaha untuk menerima seadanya ... #kitayangberbeza