Thursday, September 27, 2007

...Seloka ingatan dan harapan

buat si manis 17 ' siti najuwa '
Sering ku ingatkan
membezakan baik dan buruk laku
akal jangan mudah terkeliru
katanya ' dia memang tahu '
aku tak perlu risau selalu
Sering ku ajar
pilih rakan ada sempadan
tersalah haluan terconteng arang
merana badan
katanya ' dia amat faham'
aku tak perlu rimas dan bimbang
Sering ku katakan
sebelum bertindak perlu berfikir
katanya ' insyaAllah , dia tak akan mungkir '
aku tak perlu pusing memikir
Sering ku lafazkan
hormat sesama manusia
tiada silap tiada ruginya
di mana kaki berpijak
di situ juga langit dijunjung
sedar diri dan tahu untung
seuntung sabut nasibmu terapung
.. lakukan yang terbaik , acik doakan semoga beroleh kecemerlangan dalam SPM ...

Wednesday, September 19, 2007

Dilema seorang aku ...

Ku mengintai ketenangan diantara kekalutan
kerana keinginan sering tidak seiringan
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
untuk bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan
Ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku pujuk hati ....
kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi langkah pertama
keperitan yang ku rasa
mengajar erti kesabaran
Ya Allah ...
dirimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
lantas ku sedar ...
Aku sedang diperhatikan

Friday, September 7, 2007

Indahnya ilmu ..

assalamualaikum ..

Alhamdulillah ! kursus Program Latihan ICT Pemberian perkhidmatan Sejagat ( USP) di De Palma Ampang selesai setelah berkampung selama 5 hari , kini semuanya kembali semula ke lokasi masing-masing dengan ilmu untuk di sebarkan sebaik mungkin kepada masyarakat dan pengguna perpustakaan.

Meskipun bukan kali pertama menghadirinya dan mempunyai asas dalam menggunakan komputer ..... terasa masih banyak lagi ilmu tentang IT yang perlu di terokai dan dipelajari . Terima kasih semua tenaga pengajar yang begitu sabar ( .... atau terpaksa bersabar ) membimbing kami semua ....... adakalanya terasa malu juga nak untuk bertanya .... tapi terpaksa tebalkan muka .... bertanya untuk ilmu !

InsyaAllah segala apa yang diperolehi akan dipanjangkan kepada sesiapa yang berminat untuk memanfaatkan Ilmu IT .... semakin dipelajari semakin banyak yang perlu dipelajari ....

Ilmu tuntutan sepanjang hayat !

jumpa lagi ....