Saturday, December 27, 2008

lelucon yang menyakitkan !

4.00 pm

... aku tergerak hati pulak nak mengadap skin komputer walaupun sesawang ruang chat dah lama aku on9 kan ... tapi aku abaikan jer sebab nak menyiapkan tugasan keratan akhbar ... ari ni pun pengguna x ramai ... x de lah bergelut sangat kat kaunter ... wah ! meriah gak ruang chat ni ... masing2 dlm ' keboringan ' ... kerje ari sabtu ni ' mood ' memang kantoi habis !

... dan yang buat aku rasa nak ' hangin ' jer ... bila aku dimaklumkan selasa ni cuti ( ... bukan le aku x suka ) ... kalau lah hari ni aku x chatting ... bermakna selasa ni ... aku dan semua kekawan dari perkhidmatan daerah sebelah sana akan bertugas la ... dan yang buat aku keliru masa sambutan deepavali dulu yang jatuh pada hari isnin jugak ... x de pulak cuti ganti ... dan aku dimaklumkan ini info terbaru ... erm ! x leh nak komen lebih2 ... ! sabo jer lah !

... dalam lelucon yang aku lalui sepanjang berkhidmat ... lelucon ni lah yang paling menyakitkan hati ... ingatkan setelah bergerak sejauh ni ... isu ' terlepas pandang ' dah pupus tapi aku terlupa pada ungkapan chedet " Melayu mudah lupa " ...!

* ... erm ! x tau nak kata apa dah ! ... so layan cuti isnin dan selasa ni !

menongkah arus ...

... membilang hari menjelang 1 muharam 1430 yang hanya berselang beberapa hari jer dengan 1 januari 2009 ... mengundang seribu harapan berteraskan keazaman baru seperti lazimnya tahun2 sebelum ni ... rasanya bukan aku seorang tapi ... kamu ... kamu dan jugak kamu pun begitu gak ... ingin memulakan sesuatu perubahan bertakwimkan pada tarikh2 tertentu atau pun sempena sesuatu perayaan yang dianggapkan punya simbolik istimewa ... so kali ni kena le buat azam berganda ... satu mungkin azam yang bersifat ukhrawi sikit sempena awal muharam dan satu lagi tentu berkaitan duniawi ... untuk semua yg membaca atau terjumpa blog ni ... selamat membina azam ... usahalah untuk meraihnya ... !

... azam aku ? ... rasanya masih macam tahun2 lepas gak kut ! ... sentiasa nak jadi yang terbaik dalam mencari ukhrawi dan duniawi tapi dengan cara yang telus dan diredhaiNya ... tak mau le tipu2 ...

... mengimbas rentetan sepanjang 2008 ... x banyak manisnya tapi lebih kepada kelat , masam dan pahit jer ! ... mungkin gak sebab langkah yang dipilih bagaikan ' menongkah arus ' ... teringat aku masa mula2 kerje dulu ... aku pilih jalan selamat ... mengikut ' arus ' walaupun jiwa bergolak ... tapi mengenangkan siapa lah aku ketika itu ... aku jadi pasif dan dungu ! ( ... oct 1994 titik mula aku keluar dari kepompong kedunguan ... )

... hari ini setelah bertahun2 melalui semua duga dan cabar ... hakikatnya aku masih gagal mengubah pesepsi itu ... aku tahu gak ada mereka2 yang bersuara sumbang ... mereka2 yang lidah bercabang ... mereka2 yang sentiasa menunggu peluang ... dan mereka2 kurang kerja tapi lebih menyembang ... aku berharap sangat2 ... mereka2 ni dapat nyahkan sikap yang ' x de maknanya' ni menjelang awal muharam isnin nanti !

... pagi tadi sempat gak berbincang dengan PPP pasal laporan & perancangan 08/09 ... semua ni ada hubungkaitnya sebelum aku memenuhi tuntutan ruang kosong kat borang SKT tu ... lagipun ' mood ' PPP ari ni ceria jer ... kiranya macam ambil kesempatan gak ... perbincangan 30 minit tu ... aku harap dapat diajukan pada pihak atasan ... walaupun beberapa isu tu dah boleh labelkan sebagai ' isu lapok ' ... tapi itu le masalahnya ... !

... mungkin jugak sikap ' menongkah arus ' ni akan menjerumuskan aku sebagai celupar atau disenarai ' hitam ' kan ... memang sukar untuk berubah apalagi apabila melibatkan banyak pihak yang menpunyai ' status ' tersendiri !

... semasa memandu ke office tadi ... aku dimaklumkan satu ' kedangkalan ' manusia yang rasa punya kuasa tapi ' menyahkan ' amanah demi ... dot ... dot ... dot ! ( ... rasanya baru jer aku suarakan pasal ketelusan ) ... kini nyata lah ... tiada satu pun yang terkesan kat hati ... mulut dan hati x sehaluan dalam tindakan .

... 2009 - insyaAllah aku akan teruskan misi ' hijrah ' yang kantoi ... harap sesangat kali ni berjaya ... mungkin misi bermula sekitar feb / mac nanti setelah semua perkara dapat diselesaikan .

* ... kata orang ' banyak cakap , banyak dosanya ' ... tapi kalau x disuarakan maka kekal khilaf tu sampai bila2 ...

Tuesday, December 23, 2008

" agenda tesembunyi " ...

... semalam cuti terakhir aku bagi tahun 2008 ( ...insyaAllah ) walaupun masih berbaki 7 hari ( untuk masukkan dlm GCR ) ... sebenarnya semalam jugak aku merancang untuk turun ke lib daerah ... tapi aku batalkan kerana dimaklumkan ada taklimat untuk semua staff ... rasa segan pulak ! ...

... so semalam aku habiskan cuti dengan lepak jer kat rumah sambil belek2 buku untuk exam PTK ... terasa macam ' bebudak sekolah ' pulak ... bezanya kali ni aku study tanpa rasa tekanan ...
' ... dah kerja pun belajar lagi ' tanya adib
' ... semua orang kena belajar kalau nak berjaya '
( ... harap dia faham ! )
... dan rasanya bukan aku sorang jer yang kembali ' belajar ' ... sebab ramai gak kekawan yang yang menikmat status jawatan tetap juga mula berjinak dan berkenalan dengan buku perintah am dan akta pekeliling ... ada gak yang mengeluh " ... susahlah nak mentelaah ... otak dah berkarat " dan macam2 istilah untuk menggambarkan betapa sukarnya kembali menghadapi exam ... ala ! hanya 2 paper jer ... masa zaman sekolah dulu lagi banyak buku yg terpaksa dibaca ! ... gurau aku kat seorang member " ... kalau x masuk gak apa yg dibaca ... rendam jer buku tu ... minum air nya ... hehehe " ... sori lah kat dayah ... tu satu cabaran tau !
... pagi tadi sebelum gi kerja ... aku call member ' kerje ke ... cuti lagi ' dan sempat gak kami sembang pasal ' agenda tersembunyi ' ... aku terkedu gak atas keterujaan itu ... semasa memandu ke office ... aku masih memikirkan rasionalnya ... dan aku putuskan sebenarnya setiap dari kita punya ' agenda tersembunyi ' ... mungkin sebutannya jer agak drastik tapi hakikatnya mungkin tidak begitu ... bila kita telah mula melangkah ... maka tentunya kita berusaha untuk langkah ... langkah ... dan langkah seterusnya ...!
... tapi biarlah langkah ke arah ' agenda tersembunyi ' tu seiring dengan usaha gigih ... ikhlas walaupun terpaksa bertatih ... bukan mengharap ehsan kerana pandai ' berteman ' ... !
* ... apa agaknya ' agenda tersembunyi ' anda ? ... anda fikir ... anda tentukan !

Thursday, December 18, 2008

kita bukan sesiapa ...

kita bukan sesiapa ...
sejak dilahirkan lama dulu
lebih banyak menerima dari memberi
lebih berkerenah dari berhemah

kita bukan sesiapa ...
sehingga semalam atau hari-hari sebelumnya
masih lagi banyak meminta
... tapi kurang berusaha
mengikut arus demi kuasa
... tapi kosong jiwa

kita bukan sesiapa ...
hari ini dan mungkin selamanya
kalau masih leka diulit selesa
amanah dikurnia tapi disalah guna

sesungguhnya ...
kita bukan sesiapa tanpa redhaNya

Wednesday, December 17, 2008

kita sering terlupa ...

... ' mulakan hari dengan senyuman ... insyaAllah ... hati akan ceria sepanjang hari ' itu coretan yang temui dari buku motivasi yang pernah aku baca ... mungkin gak ada betulnya ... tapi aku lebih suka mulakan dengan kalimah ' bismillahi rohmanir rohim ' sebagai tanda syukur kerana masih diberi ruang untuk meneruskan hidup ini ...

... sebelum keluar rumah pagi tadi ... aku call member kat lib daerah ' ... ari ni kerje ke ? ' untuk kepastian jer ... ingat nak singgah kejap untuk laminate ( ... tolong member office ) dan bincang pasal borang SKT ... sambil tu nak gak tengok gambar masa kat langkawi ari tu ( ... dari kamera seorang lagi teman ) ... biasa la ! ... bila semua orang dah ada kamera digital ... maka banyak le gambar2 candid dirakam ... aku save semua gambar tu kat pendrive ... bila ada masa nnti baru le boleh pilih untuk di print ...

... tujuan lain aku singgah kat lib daerah ari ni ... untuk jumpa individu yang masih belum nampak tanda2 ke arah memulangkan apa yang dipinjam ... memandangkan odit telah lama berlalu ... dan tahun 2008 pun tinggal beberapa hari saja lagi ... dan aku sendiri saat ini sedang berusaha ke arah menyiapkan kerja2 tertangguh ( ... bukan niat untuk melambatkan kerje ... tapi barang keperluan sering gagal diperolehi walaupun permohonan sudah diajukan ) ... so terpaksa le aku ambik dari lib daerah ... kalau boleh menjelang 2009 nanti ... aku dah malas nak buat kerja yang tertangguh pada 2008 ... misi kali ini gagal sebab beliau bercuti !

... sampai kat office pulak ... aku dapat info pasal kes air yang x settle lagi ... aduss ! satu lagi kes tertangguh ... aku dan kekawan kat office dah larat lagi nak bawak air dari rumah ... dah x kuasa betui ! ... aku ingatkan bila dah buat cek kali ke2 ni ( bukan mudah nak dapatkan cek dari HQ ) ... semua beres tapi disebabkan sikap ' sengal ' kontraktor yang dipilih tu ( .. ' kunun ' pilih orang kita , nak tolong bangsa sendiri tapi ...ummp ! hampeh ) ... la ni kena mula semula dari
' zero ' ... pilih kontraktor baru yang boleh buat kerja ... x kira apa bangsa pun ...

... aku merasakan betui gak kata bekas mantan perdana menteri ' melayu mudah lupa ' ... dan memang pun kita sering terlupa dan x pernah belajar dari pengalaman lalu ... sebab kita sering beranggapan akan ada kawan membantu bila dilanda masalah ... dan kita masih lagi berpegang
' jika bangsa sendiri tidak menolong ... siapa lagi ' ... dan tanggapan ini juga membuatkan kita leka ... hanyut ... dan mungkin jugak akan musnah tanpa disedari ... nauzubillah !

* ... sentiasa berusaha membantu ... tapi adakalanya bantuan bagai tiada erti bila tidak dihargai dan menimbulkan masalah pada diri sendiri ...

Saturday, December 13, 2008

aku dan kehidupan ...

13 dec

... 4.30 am - jam loceng membingitkan subuh yg hening ... aku bingkas bangun dan mamai kejap .. aduss ! aku kalut terus ... ' ari ni kerja ke ...? ' aku pasang lampu ... tengok kalendar kat dinding ... erm ! minggu kedua ... so kerje le ari ni ... aku tutup semula suis lampu dan cuba pejamkan mata semula ( ... jam loceng tu memang aku set begitu ... sebagai isyarat awal )

... 5.30 am - alarm kat handset lak berbunyi ... aku baru nak lena terjaga semula ... isyarat kedua ni bermakna aku kena gak bangun ... buka tingkap dan sedut udara segar ( ... orang2 tua pesan kena buka tingkap awal pagi ... bagi rezeki masuk ...boleh percaya ke ! ) ... ada gak yang tanya kenapa aku bangun seawal tu ... sedangkan aku gi office jam 8.00 am ( ... masuk kerja jam 9.00 )

... rutin harian aku bermula dengan merebus ikan ( ..untuk kucing ) ... pastu menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya ... pastu basuh kandang kucing ( ... masa ni la peluang nak membelai ' si manja ' ) ... pastu bagi makan 'si manja ' ..kemas rumah pun ala kadar jer ! ... pastu baru bersiap untuk ke office ... biasanya aku ' tumpang ' sarapan kat rumah sebelah ... ( .. ari ni x sempat )

... ari ni aku sampai awal sikit dari biasa ... selalu tu aku memang berusaha untuk sampai awal ( ... bukan selalu lewat pun kecuali jika ada hal kat lib daerah ) ... memulakan tugas harian macam biasa ... tu la rutin aku setiap hari ... dan paling aku boring setiap hari kena memandu sejauh 100 km ( pergi + balik ) ... tu yang buat aku rasa boring sangat lebih2 lagi ari sabtu ... ntah la ... setiap ari sabtu minggu ke 2 + minggu ke 4 ... memang mood ' kantoi ' habis !

* ... nasib baik ada 14 ekor ' si manja ' ...

Wednesday, December 10, 2008

gamitan Mahsuri ...

... kat dataran lang

kenangan ... Perpustakaan Awam Langkawi

saliza & nora


me & saliza


me & bunga


insiden lucu ! ... minyak habis

en. harun & the gang !

nani , bunga , me & nora



posing kat pintu masuk Langkawi Geopark Info Center

bunga & me ( bird paradise langkawi )


naz & suzana ( ... dlm bas )

bunga , jef & naz


... 28 nov lepas ... aku dan beberapa orang kekawan mengotakan impian untuk pi jalan2 ke Langkawi ... setelah beberapa kali tertunda dan hampir jugak dibatalkan atas sebab2 yang memang dapat telah kemungkinannya ... aku sendiri pun rasa x percaya perancangan ini dapat di realisasikan ... aku salute kat bunga dan beberapa teman yang bersungguh menjayakannya ...
walaupun pelbagai masalah yg timbul last minute ... semuanya dapat di settlekan ... syukur alhamdulillah !
... rombongan seramai 15 ( .. termasuk dreber ) bertolak dari lib daerah sekitar jam 9.00 mlm ... ( sempat gak solat isyak kat lib ) ... kami guna kenderaan yg disewa dari pejabat daerah S / Bernam ... perjalanan waktu malam memang tiada yang menarik pun ... hanya kegelapan dan hujan gerimis ... duduk kat kerusi posisi paling belakang ... aku , bunga , jef dan naz ...sukar nak lelapkan mata ... masa lebih banyak terisi dengan sembang kosong dan makan ( bos belanja kerepek ) ... sesekali tu rasa risau gak memikirkan perjalanan seterusnya ... aku berdoa semoga dipermudahkan Allah ...
... 12.00 mlm - singgah kat RR Bukit Merah ... tentunya toilet sasaran utama ... aku beli teh O panas dan bateri untuk camera ... perjalanan seterusnya lebih terasa kesunyiannya sebab masing2 dah terlelap ... kami kat belakang cuba gak nak lelapkan mata tapi x leh nak lena pun ... sekadar ' tidur2 ayam ' jer ... ( kerusi paling belakang ... faham2 jer la ... bila bas terlanggar lopak kecil pun ... gegarannya aduss ! ) ... so malam tu kami kat belakang ni lebih banyak ketawa dan terkejut jer ...
... 3.00 subuh - singgah kat RR Gurun ... cari toilet jugak ... masing2 dah keletihan ... muka pun dah x leh ceria ... memang mengantuk ... meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis ... aku dah terlena sungguh ... rasa macam tidur kat rumah ...
... 5.00 subuh - kami semua sampai kat Kuala Perlis ... kat masjid Rahmahniah ( ... pintu masjid pun x buka lagi ) ... nampaknya bukan kami jer yg akan menumpang mandi & solat kat situ ...
sebab ada sebuah lagi bas rombongan pun punya tujuan yang sama ... bila dah ramai tu ... kena le banyak sabar ... nak mandi pun kena ikut giliran dan segala pun buat ala kadar jer ...

... lepas solat subuh tu ... kami bergegas ke jeti Kuala Perlis sebab kami akan naik feri pertama jam 7.00 pagi ... walaupun bukan pengalaman pertama naik feri ( ... sebab pernah naik feri masa
gi Pulau Pangkor ) tapi tetap rasa teruja gak ...

( ... sambung menulis semula ... hehehe ! )

... 8.00 pagi - tiba kat jeti Kuah ... lepas angkat beg masing2 ... akhirnya kami sampai gak kat bumi Mahsuri ni ... alhamdulillah semuanya ok ... x de pulak yang mabuk laut !
kat sini gak bermulanya cabaran ... almaklum la semua yg menyertai lawatan ni x de pengalaman pun ... kami sekadar berani ambik risiko ... lagi pun apa nak risaukan masih dalam negara lagi ... dan kat pulau lak tu ... kalau sesat pun x ke mana ... pi mai pi mai ... tang tu gak !

... dengan 2 van yang disewa ... kami berpecah dalam 2 kumpulan ... dalam perjalanan mencari tempat penginapan di Seri Bayu Resort tu ... perut mula berkeroncong ... erm ! patut le pun ... matahari dah tinggi pun ... kami singgah makan kat gerai ... dan sempat gak aku beli 2 kain batik , t'shirt dan minyak gamat ...

... sampai kat resort pun masih awal lagi ... so lepas beg ... kami gerak lagi ... hajat hati nak gak merasa naik cable car ... baru le ada gempaqnya tapi terpaksa dibatalkan sebab kesuntukkan masa ... sekadar dapat melihat jer ! ( ... insya Allah jika peluang ... Langkawi aku akan datang lagi )

... tempat2 yang kami sempat singgah termasuk le makam Mahsuri , birds paradise dan selebihnya tentu le tempat shopping pinggan mangkuk ... coklat ... dan kain batik ... disebabkan lawatan ni dirancang pada saat akhir ... segalanya dilakukan secara spontan hasil perbincangan bersama semasa dalam perjalanan ...

... ada jugak beberapa insiden yang menguji kesabaran dan muafakat antara kami ... alhamdullilah semua dapat ditangani ... walaupun mungkin mengecewakan individu terbabit ... dalam situasi apa pun sering aku ingatkan tujuan kita ke sini adalah untuk relax dan meluaskan pandangan ... cari pengalaman jer ..!

... bagi kekawan yang minat pinggan mangkuk memang berbaloi berbelanja kat sini ... memang murah ! ... tapi aku lebih teruja dengan coklat ... rambang mata di buatnya ... semua nampak macam enak je ! ... tapi kena kawal nafsu shopping ... so beli ala kadar jer untuk buah tangan keluarga dan kekawan kat office ...

... hari ke 2 kat sana ( terakhir ... 2 hari 1 malam ) ... kami singgah kat lib langkawi ... pastu pi sat kat dataran lang ... 9.45 pagi - hantar semula van yang sewa ... kami dok lepak dan jalan kat sekitar jeti Kuah sementara menunggu 1.00 tengahari untuk menaiki feri ke Kuala Perlis ...
masing2 dah keletihan dan tentunya memikirkan bagaimana nak bawa semua barang2 ni ...
bagi aku dan bunga ... kami tetap macam tu gak ... pergi dengan satu beg ... balik pun tetap dengan satu beg gak ... cuma saiz beg jer yang bertukar !

... melalui pemeriksaan kastam ... semuanya ok ... x kena tax pun ... hanya seorang member jer yg kena tax ... itu pun x banyak mana ... hanya RM 10.00 sahaja ... dalam feri ( ... perjalanan balik ) ... semua happy jer ... siap buat perancangan nak datang lagi tu ...

... 2.00pm - sampai kat Kuala Perlis ... selepas settle semua urusan bayaran sepanjang trip ke Langkawi ni ... ada perancangan baru pulak ... nak gi jalan ke Padang Besar ... memandang ramai
yang angkat tangan nak gi ke sana ... kami memulakan semula perjalanan ke Padang Besar ...
berhenti makan tengahari dan solat kat sebuah gerai di Arau ... tempat makan yang selesa dan
menyediakan ruang solat yang juga selesa ( ... lupa lak nama tempat makan ni )

... 4.00 pm - tiba kat Padang Besar ... pertama kali aku tiba kat sini ... masa tu hujan renyai ...
tapi bagaikan x terasa ... apa yang aku perhatikan kebanyakan peniaga adalah dari negara jiran
harga barangan memang murah dan banyak pilihan tapi bila cakap pasal kualiti tentunya sukar
nak di pastikan ... aku hanya beli 2 narita ( tu pun rasa x larat nak bawa ... ) dan pulut hitam ...

... 6.00 pm - memulakan perjalanan balik ... keadaan dalam bas pulak penuh dan padat dengan
hasil shopping kat langkawi dan padang besar ... kami yang kat belakang ni memang x leh nak bergerak ... dan kami semua memang x leh bergerak ... laluan tengah dah penuh dengan narita
( ... bila rombongan di kuasai wanita ... x dapat nak elakkan situasi ni )
perjalanan balik lebih terisi dengan tidur je !

2.00 pg - kami sampai kat lib daerah S/ Bernam ... erm ! keluarga masing2 pun dah tunggu ...
esoknya seperti dijangka semua yang gi langkawi bercuti ...
* ... apa yang belajar dari tripp ni ... semangat setiakawan ... nilai kejujuran yang tinggi ( ... sepanjang perjalanan ini ... bayaran untuk semua kos kecuali sewa van ... kami bayaran pada hari terakhir di Jeti Kuala Perlis ) ... terima kasih ' angah ' ...

kabut dan kabur

... gambar yg sempat dirakam

... semalam , aku ke pejabat lebih awal sedikit dari biasa sebab 2 staff lagi menghadiri PTK untuk N1 ... so semalam tu kiranya aku bertugas sendirian ... tapi nasib baik gak 2 anak saudara ( adib & idhzam ) menawarkan diri untuk ikut sekali ... rela dalam terpaksa tu aku setuju jer ... janji ada kawan kat lib nnti ... bukan x nak pelawa diorang gi ke lib tetapi bila memikirkan masalah ' ketandusan ' air yg masih belum berakhir terpaksa bagi pelbagai alasan kat diorang ... semalam tu memang kes terpaksa ...



... sepanjang perjalanan semalam ... cuaca memang cerah ... matahari menyinar terasa silau la pulak ... bila sampai kat pekan S'kinchan ... aku rasa seperti terperangkap dalam kabut ... jarak pandangan pun makin kabur ... " ... acik ! pasang lampu ... bahaya lah " ... ermm ! banyak le jugak kenderaan yg pasang lampu ... terasa macam memandu waktu senja ...



... sampai kat T'jung ... x lak kabus ... semua macam biasa jer ! ... fenomena alam tiada siapa dapat menduganya ...




Friday, December 5, 2008

' Q ' dalam diri ....

*** salam tahniah ! buat semua kekawan yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang semalam ... jadikan pengiktirafan yang diterima semalam tu sebagai rangsangan untuk bergerak setapak lebih kehadapan ... kalau boleh biarlah mutu perkhidmatan serta nilai pekerti yang mulia tu dapat dijadikan ikutan atau ' ikon' dikalangan staff yang lain ...

... suka rasanya nak kongsi intipati ucapan pengarah semalam ( ... aku sempat gak mencatat serba ringkas sebagai ingatan dan panduan untuk diri ) ... kat bawah ni aku senaraikan beberapa perkara yang aku minat nak kongsi dengan kekawan antaranya :

* ikhlas dalam perkhidmatan - setiap dari kita perlu ikhlas dalam memberi perkhidmatan ... sejauh mana kita ikhlas ? ... sejauh mana kita ikhlas dalam memikul tugas yg diamanahkan ? ... memandang ikhlas tidak dapat lihat ... apalagi di ukur ... makanya yang paling penting ... belajarlah ikhlas dengan diri sendiri ... macam mana nak ikhlas dengan sendiri ? ... emmm ! fikir2 le sendiri ...

* fungsi yang sama - setiap dari kita punya fungsi yang sama dalam memacu PPAS ke arah kecemerlangan ... ianya membawa maksud setiap warga kerja perlu bergerak selari ... senada ... dan seirama bagi merealisasikan misi dan visi ... tanpa mengira status jawatan ... so setelah bergerak sejauh ini ( ... hampir 37 tahun ) apakah kita telah berjaya membuang ego ... mengikis sikap prejudice ... itu pun ' sendiri kena ingat le ... '

* sikap proaktif - dalam rantaian kehidupan untuk berjaya sikap proaktif adalah tunjang utama ... tapi kena gak seimbang dengan yang buat mereka pembuat ' keputusan ' ... sikap toleran sesama insan tanpa mengira status perlu ' di semat ' kemas dalam kotak ' fikir ' dan hati ... pas ni .. kena le ' x - ray ' hati masing-masing !

* ke arah minda positif - emm ! bila cakap pasal minda positif ... memang susah nak dijayakan atau di acu bentuk ... sebab ia melibat makhluk bukan benda ... lazimnya untuk perkara2 yang positif sifatnya memang sukar digapai apalagi nak dicapai ... akhir kata untuk capai minda positif ni ... kena gak kembali kepada diri sendiri ... tiada cara ... tiada kaedah ... dan mungkin juga tiada formula ... kecuali diri sendiri dengan rela ... dengan redha ... dengan usaha ... dengan doa ... dengan tawakal ... untuk berubah positif ... sesungguhnya ! ...

- banyak juga perancangan dan harapan yang disuarakan pengarah semalam ... aku jugak berharap semuanya akan berjaya dilaksanakan ... kalau boleh biarlah ' setiap kata ... dikota ' ...

- tahniah ! buat mantan pegawai yang juga penerima anugerah semalam ... buat kekawan yang masih belum menerima atau ' terlepas pandang ' oleh PPP dan PPK ... jangan la rasa kecewa ... sebab ' Q ' dalam diri hanya kita yang tahu ... sebab tu la kita kena belajar jujur dan ikhlas dengan diri sendiri ... x perlu pertikaikan kemenangan ( ... walaupun dalam hati berkata2 ) sebab sebagai manusia yang lemah sifat dan sikap ... memang sukar menilai antara permata dan kaca ...

- buat kekawan yang ' berjaya ' ... awasi kerja anda kerana anda sebenarnya sedang diawasi dan dinilai oleh banyak mata ... tepuk dada tanya minda ... hehehe

* .... rasa bangga jugak sebab semalam bawak ' mereka2 ' yang cemerlang belaka ... so bila lagi nak belanja makan ni .... !

Wednesday, December 3, 2008

... ada masalah ke ?

... dah beberapa hari x menulis ni ... timbul pulak pertanyaan dari seorang teman ' ... ada masalah ke ? ' ... ek ! ke situ pulak ... x ada masalah apa pun ... hanya sibuk dengan kerje ... kerje ... dan kerje ...! mungkin gak dia tertunggu2 posting seterusnya ... dan aku tahu dia suka membaca tulisan kat blog ni ...
... masalah dan kehidupan memang x dapat nak dielakkan ... yang membezakan ... ada masalah ... ada masalah kecik ... dan bagaimana cara mengatasinya juga berbeza ... x de siapa boleh tolong selesai kecuali diri sendiri ... kekawan sekeliling hanya boleh bagi pandangan dan pendapat tapi keputusan tetap kat tangan kita ... so kena le kita kembali kepadaNya ... sebagai manusia yg lemah ni ... mengadu ... memohon ... atau meminta pun biar le kena pada tempatnya ... rasanya mengadu ... memohon ... atau pun meminta sesama manusia ... mereka pun ada kelemahan ...

* ... mengadu ... memohon ... dan meminta le kepadaNya ... kembali kepadaNya ... bersujud kepadaNya ... wallahualam .