Thursday, April 27, 2017

akhirnya ...



akhirnya ...
setelah beberapa kali 
menunda
meminda
memikir
akhirnya ...
aku ada masa untuk diri sendiri !!!!
Cuti ....


' nasib baik ! '




... agaknya dalam sehari berapa kali kita ber ' nasib baik '? ... sekali ... dua kali atau berkali-kali ?... ungkapan ' nasib baik ' ni , kita ucapkan beberapa kali dalam sehari bila mana kita merasakan terlepas atau bebas   dari sesuatu yang kita tidak suka .

... hakikatnya apa yang kita rasa ' nasib baik ' itu lebih kepada peluang kedua yang Allah beri ( itulah luahan seorang sahabat yang bergelut dengan masalah jantung ) ...waima perkara yang kita x berapa nak buat kita gembira pun masih boleh dikira nasib baik ...  " x de istilah tidak bernasib baik bagi orang yang beriman " itu kata seorang sahabat .

... Alhamdulillah , aku diberi peluang kedua untuk merasai pengalaman bertugas di perkhidmatan desa ... meskipun hanya lima hari , ianya tetap pengalaman berharga kerana bukan semua orang berpeluang melaluinya ... dari daerah ditukarkan ke cawangan ... 16 tahun di cawangan , diarah pindah semula ke daerah ... walaupun  perancangan awalnya ke desa ... so bila terima arahan bertugas di desa , aku agak teruja sebenarnya ... mungkin bagi orang lain perpindahan adalah sesuatu yang amat dihindari atau ditakuti ... ada juga yang berharap untuk stay kat situ sampai bila-bila !

... setiap orang punya tanggapan atau pandangan yang berbeza ... bagi aku dalam apa jua situasi atau cabaran adalah peluang kedua atau pun nasib baik untuk aku ... jangan lihat kesukaran tapi lihat pengajaran yang kita dapat .

... nasib baik kerana dikelilingi sahabat , kawan dan taulan yang sentiasa positif ... !

Thursday, April 13, 2017

Jom Baca Bersama untuk 10 minit

siap sedia untuk Jom baca bersama 10 minit
tarikh : 25 April 2017
lokasi : ?

Friday, April 7, 2017

Aira Sofea

telatah Oya atau Ufia
1 tahun

... koleksi terbaru !


... buku lagi?  ... nak buat macam mana kan  dah hobi ... masa bertugas kat Lib Tanjong Karang dulu, hobi aku kumpul sampul surat hari pertama ... bila bertukar lokasi bertugas di Lib Daerah Sabak Bernam ... minat untuk menambah koleksi buku pula ... bila shopping buku bertambah mudah melalui online ... dah tu ada less dan postage lak percuma ... tu yang ketagih ... lagi pun aku memang suka membaca ... !

Koleksi novel yang dibeli semasa lawatan ke PSB 2017 SACC
1 April 2017

koleksi novel Jemari Seni , aku beli online .. novel Rooftop Rant karya Hlovate tu 
Shima yang empunya ... sekadar tolong belikan .

Noor Suraya adalah antara novelis yang jadi favourite ,

Bait kata ' benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai ? '
begitu puitis sekali tercatat di muka depan novel yang aku beli melalui
online amat bermakna sekali ... rasa bertuah sebab ada catatan dari penulis !

Flexipack untuk pembelian online Jemasi Seni ... postage RM 6.00

Novel Karyaseni ini pun aku beli online

Thursday, April 6, 2017

... selagi ada daya


... positif dan tidak mudah putus asa , itu perkara kedua dalam misi menyingkir mustahil ... berusaha dan terus berusaha ... untuk kekal positif  memerlukan ketabahan , kegigihan yang berterusan ... kena biasakan diri dengan situasi sekeliling yang selalu bikin pusing ... hehehe

... kekadang apa yang kita harapkan tidak semestinya akan jadi kenyataan ... tapi ini tidak bermakna kita akan berhenti berharap ... apatah lagi jika kita berharap dengan disertai doa ... insyaAllah , akan ada jalan penyelesaian tak kira cepat atau lambat ... 

... acapkali juga kita terperangkap dalam keadaan yang amat menyulitkan ... tersepit antara benar dan khilaf ... dihimpit antara realiti dan jati diri ... dikuasai emosi sehingga menghilangkan sifat baik dalam diri semata-mata demi survival ... 

... alhamdulillah , hari ini aku dah settlekan tugas-tugas hakiki ... hanya beberapa perkara yang berkaitan arahan semasa masih dalam proses ... aku  terhutang 2 kertaskerja ... baru 30 % siap , aku rasa macam hilang arah sekejap ... tu yang tertangguh ! hehehe

... azam untuk settle semua sebelum peghijrahan sementara ... semoga Allah permudahkan segala urusan . amin