Thursday, December 30, 2021

aku hanya ingin tenang ...

 

" Jaga nawaitu dalam apa sahaja yang kita rancang nak lakukan , juga yang sedang kita lakukan ... insyaallah semua nya akan jadi mudah dan kita pun tak serabut " itu pesan seorang sahabat yang bakal melabuhkan tirai perkhidmatan sebagai penjawatan awam setelah berkhidmat 31 tahun ... bersara pilihan yang benar-benar pilihan yang tepat katanya . 

2022 ... moga ada titipan dari Nya kesabaran dalam mengharungi segala duga dan cabaran serta hati tenang , dah tak mahu serabut , kalut dan segala yang negatif 

Wednesday, December 29, 2021

AKU ...

 

Alhamdulillah ... 2021 bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi dan  30 Disember 2021 adalah hari terakhir aku berkhidmat untuk tahun 2021 kerana 31 Disember aku akan menghabiskan cuti rehat yang masih berbaki sehari ... dan tahun 2021 juga aku berjaya mencukupkan 160 hari untuk GCR dan buat pertamanya aku menyimpan cuti rehat untuk dibawa ke tahun 2022 ... so untuk 2022 cuti rehat 36 hari , harap aku dapat sesungguhnya rehat dari segala lelah .

2021 bakal menjadi kenangan yang tidak akan mudah dilupakan ... malam tadi aku memulakan bacaan untuk semua coretan dalam buku nota 2021 , 


Friday, October 22, 2021

... alah bisa tegal biasa !

 
Selagi daya ! ... dan mungkin akan kekal begitu , itu yang aku lalui sejak akhir-akhir ni dan aku dah semakin mangli dengan situasi yang sebegini ... moga Allah kekalkan istiqamah diri ini pada istilah " kita mudah urusan orang lain dengan harapan Allah permudahkan segalanya untuk kita .. Aamiin "
 
Hari ini aku terima lagi arahan ... arahan atas talian seperti lazimnya " baik ... saya cuba usahakan " itu sahaja yang mampu aku ucapkan " kalau boleh hari ni juga ye " arahan selanjutnya " baiklah " aku jawab sambil tangan mencapai handbag dan segala serahan yang telah dikumpulkan untuk aku buat laporan ... selangkah kaki menuju ke kereta bersama lafaz Bismillah , aku memandu dengan berhati-hati ... ntah kenapa banyak pula kenderaan dijalanraya hari ni  ... atau aku yang kalut nak cepat sampai ke lokasi yang di tuju ... yang ada dalam hati ni hanya nak settle arahan tugas ini dengan segera !

Sampai Lib Sekinchan , aku jamah dulu kuih yang dibeli depan Masjid Sekinchan ... usai urusan dengan Nya , aku memulakan urusan dengan komputer lak ... yang paling penting misi untuk menyelesaikan segala arahan diberi dapat di selesaikan hari ini juga .

 
 

Wednesday, October 20, 2021

... bezanya kita

 Catatan 1 September 2021

- Ada ketika kita berbangga dapat share apa kita ada , menerima pujian sehingga kita tertipu tanpa sedar hakikatnya kita menjadi bukan diri kita yang sebenar semata-mata untuk memenuhi hasrat orang lain

- Kadangkala kita memperguna orang lain demi menutup kelemahan diri tanpa rasa bersalah ... maka tertipu lagi mereka-mereka yang mencari sempurna

- Dalam banyak perkara apabila kuasa berada dalam genggaman kita hanya mampu memberi kata-kata nasihat tetapi dalam amal dan perbuatan kita gagal mengota apa yang dikata ...

- Aku telah lama hilang apa disebut " percaya ! "


Hujan

 



Friday, September 3, 2021

Rumah kaca

 

Alhamdulillah ... malam tadi dapat berbual bicara dengan seorang sahabat yang menunggu saat ketika untuk meninggalkan sepenuhnya alam bekerja atau kerjaya ... last kami berbual di hp bulan Februari lepas, memang banyak perkara yang kami sembangkan ... antara yang menarik adalah apabila dia dengan serius kata " perasan tak ... sekarang ramai orang yang sibuk bina rumah kaca ? " aku terdiam sambil fikir apa nak balas balik pertanyaannya ... lama juga aku fikir dan dalam hati juga terlintas dia ni tanya yang realiti atau sekadar kiasan bahasa " alahai ! tak payah nak berkias bagai ... terus terang lagi bagus tau dari meneka dalam kesamaran " aku jawab dalam nada bergurau , aku dengar dia ketawa berdekah dengan kata-kata aku ... 
 
" U ada facebook  tak , ada instagram tak atau ada twitter tak ... ada semua tu atau ada fb jer ? eh ! masih ada lagi pertanyaan " I ada fb jer ... itu pun sekadar baca citer dan share artikel yang x sempat nak dibaca masa tu ... U jangan macam2 tanya lagi ek "  jawaban jujur dari hati 😍😍 lagi pun aku memang ada fb jer ... itu pun dah sekadar membaca perkhabaran atau posting dari rakan-rakan sahaja ... dan fb ni pula hanya sempat dilayari waktu senggang sebelum aku tidur ... so fb ni bukanlah sesuatu yang akan buat aku teruja ... sebab aku pilih buku yang masih tersusun rapi dalam rak dan ada juga masih dalam plasik menunggu giliran untuk dibaca πŸ˜…πŸ˜…

Agak lama juga aku sembang berkaitan perancangan selepas bersaranya dia ... isu semasa ... isu vaksin ... termasuk le hal2 politik ( bab yg aku x berapa nak suka ni ) ... " share lah apa tu " Rumah kaca " ... apa sebenarnya ? tetiba itu yang kata yang tanya ... dia gelak jer " eh ! saje nak potong ek " teka nya
" haah lah ... nak citer pasal vaksin , dah complete 2 ye ... sembang bab politik memang tak minat sangat " itu jawab aku

" Orang sekarang ni sibuk bina rumah kaca dalam kehidupan ... nak tahu siapa  kekawan kita yang berlumba-lumba bina rumah kaca ... rajin-rajinlah singgah ziarah fb diorang ... apa yang diorang share dan post ... hehehe " jawabnya dalam nada bersungguh  
 
" ermm , biasalah tu ... nape tak bagus ke ... sharing is caring kan ! lagipun aku pernah lah terdengar ada yang cakap fb ni macam diari sebab ada tempoh tertentu fb akan imbas kembali sharing yg pernah kita post ... okey kan nostalgia tu  " aku luahkan pendapat  
 
" memang bagus kalau share sesuatu yang memberi manfaat atau buat kenangan ... tapi camner lak yang share sesuatu agak peribadi mungkin bagi bagi aku lah 😜contoh ek ! suasana dalam rumah atau apa yang dalam rumah ... sampaikan pinggan mangkuk , beriuk belanga hatta juadah pagi , tengahari , malam pun dipertontonkan ... itu belum lagi post suasana keliling rumah pastu nampak kan sipi-sipi deretan kenderaan dalam garaj  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜πŸ˜ ... aku pun macam U jugak ada fb tetapi sekadar ada ... untuk elakkan di kununkan member-member " dalam lembut dia menjelaskan .
 
" Yang sabar puan kaunselor ... " aku berseloroh 
 
" Ntah lah Mis ... dunia akhir zaman ni , manusia semakin aneh sifatnya ... nilai murni semakin pupus , semua berlumba-lumba mempamer budi untuk meraih perhatian , mainan politik bukan lagi dipentas PRU tetapi dah merebak dalam ofis ... yang nampak cerdik dan kuat drama membuat keputusan , yang cerdik tertindas tiada pembelaan ... bak kata P. Ramlee ' inilah resam dunia ' luah nya lagi ... aku terdiam dan tak tahu nak komen apa ... aku merenung sekitar bilik tempat aku aku beradu ... aku capai buku yang ntah kali ke berapa aku baca , teringat juga setiap kali aku diuji ... buku inilah yang dicapai untuk redakan emosi selain Qalam Suci ... sesuatu sangat ayat ditulis pada bahagian kulit buku " Indahnya Tasawuf dan Kehidupan Sufi " ... nak tahu bait kata tu kena baca post terdahulu ek ! 😍😍

Buat sahabat yang sentiasa tenang menenangkan saat aku di amuk emosi negatif , meredakan amarah dan sentiasa jawab call aku ... kita lalui perkara yang sama , kita dah berusaha memberi yang terbaik dalam setiap khidmat kita ... hidup adalah satu perjalanan yang aneh kan , tidak selalunya bagus tetapi Allah sentiasa memberikan yang baik .


Wednesday, August 18, 2021

kata ...

 
Kata ...
Aku dengar kata berlegar disekeliling
Kata penuh nasihat
Mereka mendengar mengiya kata
Aku hanya perhati tanpa kata 
Sebilangan diam tanpa sepatah kata
 
Kata ..
Kata dilontar lagi ... lagi dan lagi
Mereka , aku dan semua hanya diam tanpa kata
Ku capai sebatang pensil dan sehelai kertas bisu tanpa kata
Ku catat segala kata-kata tanpa paksa 
 
Suatu masa dan ketika
Aku dah tidak mahu sekadar kata 
tetapi 
Kata yang dikota

Wednesday, August 11, 2021

yang lama disimpan , yang baru sedia berkhidmat ...

 

 


 
 
 
 
 
alhamdulillah ... setelah berkhidmat sejak 
februari 2021
sehingga helaian terakhir pada 6 Ogos 2021
maka berehatlah ... tersimpan segala info yang pastinya akan
tetap dirujuk



Buku nota baru
pilihan Siti Khadeeja
diceriakan dengan aksi comel meow
untuk hilangkan stress katanya
😍😍😍😍😍
 


Thursday, August 5, 2021

... kembali ke landasan

 

Alhamdulillah ... setelah 10 hari menjalani kuarantin dan 2 hari cuti tahun , aku kembali ke landasan untuk menyelesaikan semua tugasan yang tertangguh atas sebab virus jahat ni ... jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita ... perkongsian pengalaman ... tetapi bila aku melalui sendiri apa yang dinamakan kuarantin , ini memang satu pengalaman yang menginsafkan sangat ... terpenjara tanpa jeriji !
 
 

Friday, July 16, 2021

... masih di sini

 

 Aku tidak pergi
Aku masih di sini
Aku hanya berhenti untuk
PEDULI 


 

 

Tuesday, June 22, 2021

Bohong

 

" Bohong satu kali adalah laksana nila setitik dimasukkan ke dalam susu sebelanga. 
 Bohong satu kali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan sesama manusia 
untuk selama-lamanya. 
Jujur dan benar adalah sifat semulajadi manusia. 
Suara hati yang asli adalah jujur dan tidak mahu berbohong.

Orang yang berani berkata terus-terang, 
adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. 
Dan orang yang berani menerima perkataan terus terang 
adalah orang yang membimbing jiwanya kepada kemerdekaan. 
Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, kebenaran itu adalah KEMERDEKAAN. "
 
~~ HAMKA ~~
 
Sesuatu sangat semalam bila diminta memberi respond untuk survey yang diadakan berkenaan cadangan pelaksanaan program yang menjadi acara tahunan tetapi tidak dapat dijalankan kerana pandemik covid 19 ... aku melihat kepada keseluruhan pendapat  , cadangan serta pelbagai idea yang dilontar dalam group whatsApp ... lantas aku share dalam team yang menghimpunkan kekawan untuk melihat reaksi ... aku hanya letak " setuju / tidak setuju " berserta list nama ... info tambahan " jika ada cadangan atau idea yang berkaitan boleh share di group sebelah .
 
Seharian juga semalam handphone terasa lemas dengan info yang bertali arus menerjah masuk πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… ... aku hanya mencatat setiap pendapat yang diberi ... boleh dikatakan semua bersetuju dengan pelbagai cadangan dan sokongan yang padu ... dalam pada itu di group sebelah satu lagi ... pelbagai maklumbalas juga aku terima  ... secara lahiriah semua bersetuju sebab masing-masing berada dalam dilema atau persimpangan perasaan yang terungkap ibarat kata " Diluah mati mak , ditelan mati bapak " ... aku juga terperangkap dalam dilema ini ... berperangan dengan perasaan sendiri " setuju atau tidak setuju " aku sedih sangat dengan keputusan atau pilihan yang terpaksa aku buat ( bukan lah aku orang suka berbantah tetapi dalam situasi masakini ) tetapi aku tiada pilihan kerana suara majoriti tetap akan menang ... hanya aku salute pada seseorang yang mengambil langkah berbeza ( alhamdulillah ) yang bersuara tidak setuju dengan alasan tersendiri ... terdetik dalam hati  mohon agar Allah  dengar suara hati hamba Nya yang kerdil ini .
 

Monday, June 21, 2021

Hilang ...


 " Kata adalah kota " sejak akhir-akhir ni , aku kerapkali flashback beberapa perkara yang telah aku lalui ... mungkin ada yang berpendapat perkara yang lalu jangan diingat lagi atau lebih tepat lupakan sahaja kerana  akan membuat hati rasa tersayat ... tetapi aku manusia biasa , sudah memaafkan tetapi sukar melupakan ... hehehe
 
Ada ketika aku mengharapkan seseorang akan berubah ke arah lebih baik , sejajar dengan peningkatan usia serta peredaran masa ... aku tahu akan ada yang kata " kita ni manusia yang lemah ... tiada yang sempurna " bagi aku Allah beri kita banyak peluang untuk berubah ke arah lebih baik ... tetapi kita memilih untuk selesa disitu tanpa usaha untuk berubah
 
Aku hanya memerhati sahaja sebab semua rasa telah " Hilang "  dari benak hati ini , x tahu ke mana hilangnya semua rasa itu ... mungkin juga aku dah mangli dengan semua keadaan so perhati ... perhati ... dan perhati ... bersuara hanya bila perlu sahaja .
 





 

Tuesday, April 13, 2021

... kerana sehelai kertas

 

Alhamdulillah ... berakhirnya penantian selama hampir 3 tahun untuk melihat bangunan di mana aku memulakan kerjaya siap ... 12 April 2021 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Naiktarif Perpustakaan Awam Daerah Sabak Bernam , Selangor ( PPAS ) .
 
Masa menunggu majlis berlangsung aku berkesempatan untuk berbicara berkaitan perancangan seterusnya bila Library  akan dibuka untuk semua ... antara yang dibincangkan semestinya adalah mengenai staf yang akan memikul tanggungjawab untuk bertugas di situ ... aku hanya mendengar bila beberapa nama staf di utara satu persatu ... setiap staf dicadangkan itu siap disertakan sekali dengan alasan ... tetiba aku rasa sesuatu  dengan alasan diberi untuk staf yang terakhir  " dia ada Ijazah ... kalau dia kerja dengan U mungkin dia akan berubah "  ... aku terdiam ... diam yang agak lama ... aku memerhati individu yang memberi usul dan pada masa tu juga aku mencari kekuatan dari dalam diri untuk berlaku sejujurnya  ... ada rasa sebak sehingga bergetar nada suara aku ... perkataan " Ijazah  " seakan bergema disegenap ruang .

Sehelai kertas yang pernah  juga menjadi impian ketika aku di alam persekolahan ... mungkin juga jadi igauan dan harapan semua orang tapi bukan semua dari kita berupaya untuk mengenggamnya ... teringat masa era tahun 80an dan 90an , sehelai kertas ni adalah lambang kecerdikan dan kejayaan serta menjadi kebanggaan seluruh keluarga , apatah lagi jika diperolehi dari negara luar ... aku  bukanlah anti dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni hanya aku selalu sangat ditakdir untuk berjumpa ... atau berurusan ... atau bekerja dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni dalam keadaan yang kurang menggembirakan ... selalu sangat melalui situasi yang sama , aku bagaikan hilang recpect pada mereka ni ( mungkin aku belum jumpa pemegang sehelai kertas ni yang benar-benar balance dengan nilai value sehelai kertas ini)

Di alam kerjaya  pula aku memang appreciate dan respect dengan 2 mantan pegawai yang aku pernah bekerja bersama ... memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati emas yang sentiasa memberi motivasi , menegur kesilapan tanpa mengaibkan , menjaga kebajikan bagaikan ahli keluarga ... adakala aku rindu situasi ini ... teringat semasa aku dan seorang lagi sahabat yang menerima panggilan temuduga pada hari yang sama ... sedangkan kami ni sama2 bertugas di perkhidmatan kaunter ... beliau sanggup mengalih alih tugasan kami dengan tanpa banyak fikir " pergi temuduga , biar saya jaga kaunter ... kaunter ni bukan bergerak pun " katanya melawak ... ( sampai saat ini aku masih mengikuti melalui post2 lewat mukabuku ) meskipun beliau telah lama meninggalkan organisasi tempat aku bekerja hingga kini.

Seorang lagi individu ( telah kembali ke rahmahtuullah - Al Fatihah ) yang sentiasa dalam ingatan dan doa yang tidak putus , mantan pegawai yang juga memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati dan sikap budiman , sentiasa ada solusi ketika aku gawat dihambat permasalahan dalam kerjaya , menilai melalui mata hati yang luhur , sentiasa memberi peluang untuk aku belajar tanpa melihat kelulusan kerana katanya " dalam kerja semua orang berhak untuk belajar dan perlu tahu sesuatu yang baru ... jangan kedekut dengan ilmu dunia " sesuatu yang aku simpan rapi dalam hati ... dan kini aku praktikkan dalam apa juga situasi , hanya terkadang aku x pasti apakah mereka yang ada disekeliling menghargai dan mengambil endah apa yang aku share !
 
Moga  suatu masa nanti , aku berdoa dan berharap penilaian mereka yang berada dipuncak sana serta punyai kuasa ... pandang dan nilai kami yang x punyai sehelai kertas bernama Ijazah ini dengan adil kerana kami juga punyai perasaan ... dan kena juga diingat punyai sehelai kertas ini bukanlah tiket hanya untuk mengarah tetapi juga pelaksana ...boleh gitu !! 😊😊
 


 
 

Thursday, April 1, 2021

usaha ke arah yang lebih baik ...

 

Orang Lemah Membalas Dendam
Orang Kuat Memaafkan
Orang Cerdik Mengabaikan 
 
 

Wednesday, March 10, 2021

Aduh ! ... ini bukan sinetron

 

 Minggu2 terakhir PKP kali ini penuh dengan tragedi dan sandiwara ... apatah lagi bila ada lawatan mengejut ke beberapa lokasi , maka gempak gempita dengan cerita-cerita yang hanya berani dibelakang layar sahaja ... sembang bagaikan mereka adalah mangsa keadaan dan terasa dianiaya ... aku ambil pendekatan hanya perhati dan diam seribu bahasa atau lebih tepat " no komen " , sebenarnya tiada apa pun yang perlu diperdebatkan ... tetiba aku terimbas semula apa yang yang berlaku semasa mesyuarat beberapa tahun lepas ... perkataan yang aku terlafaz ketika itu " istiqomah " menjadi bahan sendaan dan sindiran ... masa tu aku terpinga-pinga juga " eh ! salah ke ? " 

Aku anggap mereka semua ni kena culture shock sebab dah terlalu lama berada dalam zon selesa serta sentiasa dilindungi ... bila menerima teguran dan kritikan cepat emosi dan melatah , pastu share kat group yang penghuninya semuanya sehati sejiwa ... soal kebenaran dan kesahihan cerita tolak tepi ... yang diperdebatkan adalah untuk back up kekawan yang kununnya tidak sewajar diperlakukan sedemikian rupa ... bak kata Tan Sri P. Ramlee " inilah dunia "

Perkataan " Muhassabah " pun pernah jadi isu bila ada yang tidak boleh lelap mata memikirkan maksud yang tersirat dan surat serta berselirat ! ... sedangkan ketika kata-kata itu aku lontar , niat dihati adalah untuk ingatan diri sendiri ...lagipun ketika itu siapa aku untuk berlawan debat ... tapi itulah bila apa yang terlafaz dianggap sindiran ...

#syukurselalu pernah jadi trademark suatu ketika dulu ... semua suka dan bersetuju dangan perkataan syukur selalu ... kan bagus kalau perkataan syukur selalu ni diapklikasikan dan dijadikan amalan dalam kehidupan dan kerjaya ... mesti semua happy tanpa ada istilah terasa hati ... #syukurselalu sebab tempat kerja hanya sepelaung dari rumah atau dalam persekitaran kampung yang sama ... #syukurselalu sebab tempat kerja ada aircond , paling tidak pun ada kipas x perlu berpanas mandi peluh ( kecuali time black out ) ... #syukurselalu sebab x perlu bermasam muka dengan rakan sekerja sebab bertugas sendirian , so nak buat apa pun kat rumah kedua ku tiada siapa nak marah ... #syukurselalu sebab x perabis duit gaji untuk kos minyak sebab jarak dari rumah x sampai 10 km ... #syukurselalu sebab setiap bulan dalam akaun akan tetap dibank in duit gajian walaupun kerja ala2 jer serta acapkali hilang dari radar ... dan ... dan ... dan ... #syukurselalu sebab bla ... bla ... bla ...

Memamg mudah menyalahkan orang lain utnuk melindungi kesilapan sendiri , rasa bangga kerana berjaya menutup bangkai gajah dengan sehelai daun ... sesuatu yang aku belajar dari pemerhatian beberapa perkara yang menjadi isu besar adalah apabila adalah terjahan lawatan yang tidak diduga ... sepanjang aku mengiringi lawatan terjahan ini ... tidak terdengar dicuping telinga ini perkataan " maaf " yang aku kira akan dapat meredakan suasana ... dari raut wajah hanya emosi amarah terlihat walhal semua ni berpunca dari diri sendiri 

Aneh sekali ! pesalah menyebar luaskan berita apa yang berlaku kepada kalangan dan lagi aneh 
( berganda ) apabila kalangan memberi komen menyokong malah menokok tambah bukan sebagai penenang keadaan ... maka berterusanlah mereka berada dalam situasi tidak boleh menerima teguran , sukar menerima pandangan , berat hati menerima pembaharuan ... so kekal lah mereka di situ sehingga Allah jentik naluri mereka untuk bermuhasabah ... aku berdoa moga sebelum tirai persaraan berlabuh ... akan ada suasana kerja yang pernah aku lalui dahulu ... Aamiin



Monday, March 8, 2021

8 Mac 2021

Salam untuk semua Wanita

 

Wednesday, January 27, 2021

Saje nak share ... hehehe

 

 Saje nak share up date status whatssap seseorang yang aku baca
 ( selalunya memang aku malas nak check status whatssap  )
  sebab kebanyakannya asyik share pasal bisnes dan jual produk 
TAPI
tulisan kata-kata ni memang menarik
" IKHLAS " itu diam
kalau heboh sini sana
itu adalah " IKLAN "

 πŸ™†πŸ™†πŸ™†πŸ™†

 

Sebening air mata

 throwback Februari 2019

... Alhamdulillah , dua minggu lepas aku berkesempatan memenuhi permintaan seorang sahabat lama yang sedang menjalani rawatan di IJN ... waima ketika itu rasa lesu masih belum hilang kerana pada sebelah malamnya aku menghadiri Apresiasi PPAS di SACC ... atas rasa tanggungjawab sebagai insan dan sahabat aku sematkan di minda bagaimana jika aku berada di tempat dia ? 

... Sebening air mata menyambut ziarah aku ... terkejut , terkedu , terkesima ... semua ' ter ' ada masa tu ... dia x sangka aku akan memenuhi permintaan dia yang ntah ke berapa kali ... aku pulak memang nak ziarah dia lebih awal tapi kekangan masa ( macam sibuk sangat kan ! πŸ˜‰ ) ... prinsip aku mudah selagi tugas hakiki x selesai bagaimana nak bercuti dengan rasa tenang . 

... Sepanjang 2 jam masa lawatan tu , aku hanya mendengar sahaja ... bagi peluang orang sakit bercakap dan bercerita ... seperti yang selalu aku cakap kat sahabat aku ni ... bukan semua orang Allah beri peluang ke dua ... kekadang peluang ke dua ni tak pernah ada ... tapi itu bukan bermakna kita boleh berputus asa , perlu terus usaha , semangat untuk terus lakukan yang positif .
 
... Sesekali dia mematikan bicaranya dengan helaan nafas yang panjang , aku hanya memerhati sahaja bagaikan tiada perasaan ... sebenarnya dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu ... meskipun semasa dalam perjalanan untuk ziarah ini telah aku susun ayat untuk diperbualkan ... aku buang jauh semua itu kerana melihat kesungguhan dan keceriaan atas perjumpaan ini ... biarlah orang yang dilawat sahaja mengungkap kata .
 
... Sehingga kini aku masih x upaya untuk meluah atau mengungkit cerita semalam , biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia abadi daripada mengundang nostalgia kedukaan ... lagi pun sesuatu yang berlaku ada hikmah tersembunyi untuk dijadikan tauladan dan sempadan ... apatah ketika ini kami telah saling memaafkan dan redha atas ketentuan Nya ... alhamdulillah

... Allah atur segala kejadian dengan cukup indah dan sempurna ... kita bertemu dalam suasana yang cukup harmoni ... dititipkan rasa bahagia dalam jiwa ( meski sementara ) , kita harungi semua kepedihan itu dalam diam seribu bahasa , kita biarkan sahaja situasi itu berlarutan dengan iringan doa yang tidak pernah putus ... sehingga suatu ketika aku memberanikan diri untuk berbuat sesuatu  di luar jangkaan ... x tahu dari mana datangnya rasa tega itu ... aku tahu tindakan ini amat melukakan dan bagi aku sendiri juga tetapi itu adalah yang terbaik kita ... aku x suka salahkan sesiapa dan aku juga x suka menyakitkan hati orang lain , apatah lagi hati seorang ibu ... kerana aku juga punya seorang emak yang rela berkorban apa sahaja untuk anaknya .

... Moga keakraban persahabatan ini berterusan selagi hayat dikandung badan ... seperti yang selalu aku ungkapkan tiap kali dia cuba untuk menyingkap kenangan lama ... " Jika sahabat melukakan hati , lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi ... jika dia membuat kebaikan , pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan " hehehe
 

 

Monday, January 18, 2021

Library di hati - part 2

 ... Alhamdulillah ... hari ini aku bertugas meskipun masih dalam suasana PKP , moga Allah permudahkan urusan hari ini dan lindungi kami dari segala musibah ( covid ) ... atas permintaan user yang ada final exam online dan menghadiri class online ... terima kasih juga kepada KB ( Ketua Bahagian ) En. Zahir Yahaya dan Pn. Norafidah Mohd Wirsat yang memberi kebenaran dan kepercayaan untuk aku membuka ofis bagi memenuhi dan menyantuni adik-adik ini ... 







Saturday, January 9, 2021

Library di hati

 

 


 


 " MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA "
moga Rayyan Haziq dan Ayra Sofea
kekal istiqomah suka buku ... suka suasana library
dan jadi anak Soleh dan Solehah