Wednesday, December 30, 2009

LaMbAiAn 2010

... pada aku ' benda ' ni harus ada !

... nape ek mesti ada bunga api bila
sambut baru ?

... bila nk masuk tahun baru ... terjumpa je kekawan ... mesti tanya ' apa azam tahun 2010 ? ' ... ntah lah ! susah nak cakap ... sebab banyak sangat perkara2 yang sepatutnya aku capai pada 2009 atau tahun2 sebelumnya masih lagi x sempurna ... so 2010 ni ... aku harap dapat langsaikan semuanya ... boleh gitu ?
... hanya untuk 2010 ni aku berharap sangat dapat jalankan amanah sebaik mungkin ... x kira lah sebagai pekerja ke ... sebagai umat ... atau sebagai hambaNya ... klu boleh x nak ulangi lagi perkara2 yang bikin sakit hati atau kepala pusing macam tahun 2009 !
... buat semua kekawan Semarakkan 2010 dengan kegemilangan !

Tuesday, December 29, 2009

khabar angin !

... fuhh ! tadi aku dapat info yang berkaitan dengan ruang lingkup yang ada kat sekeliling aku ... tapi aku ambik sikap x endah jer ... malas nak fikir atau nak ambik tahu lebih2 ... selagi x ada hitam putihnya ... selagi tu lah aku ragui kesahihannya

... aku x nak perkara lama berulang lagi ... sebab sesiapa pun berhak bercakap ... aku serik dan x rela dianggap pencetus gelora walaupun hakikatnya tidak begitu ... meskipun aku yakin akan kebenaran tetap ada tapi adakalanya aku kalah dek emosi ... !

* ... terima apa saje ... sesungguh Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya

Saturday, December 26, 2009

tertunai sudah janji ...

adib & ammar




















aku rasa lega sebab dah tunaikan janji pada adib & amar
walaupun bukan aku yang bawak diorang gi bercuti kat Lumut
tapi abang & kakak ipar
sekurang2nya terubat jugak rasa kecewa diorang
sebab
x dapat ikut aku masa hari keluarga kat Sunway tempohari
mula tu memang aku nak ikut sekali
tapi terpaksa batalkan sebab mata aku ni sensitif sikit dengan cahaya matahari
sejak diserang sakit mata awal november lalu
sampai la ni masih x baik sepenuhnya


lepas ni aku cakap kat diorang
malas nak janji lagi !

walaupun tempat ni x le sehebat Sunway
kira ok gak ... sebab ada kolam renang
melihat aksi mereka berendam
aku yakin sangat diorang seronok !

terima kasih kat abang
yang sudi menunaikan janji bagi pihak aku
dan terima kasih sebab belikan aku kasut ... hehehe

so


sekarang ni aku berjanji kat diri aku sendiri
nak settle semua kerja
walaupun bukan kerja hakiki aku


*
... ingat untuk diri
jangan suka berjanji
kalau x pasti akan mampu dipenuhi
dan
jangan suka mungkiri janji






























Wednesday, December 23, 2009

pelangi petang



... semalam masa balik ofis dalam hujan lebat tu ... aku terpandang sejalur pelangi ... hati terdetik " subhanallah ... subhanallah ... subhanallah " ... aku memandu perlahan kat lorong kiri dan klik .. klik ... inilah hasilnya


... aku x tahu bila kali terakhir aku melihat pelangi ... rasa dah lama sangat pun ... cuma aku rasa pelangi yang aku lihat semalam agak aneh sikit ... sebab dalam hujan lebat ...!

* ... Allah maha mengetahui atas setiap kejadian ciptaanNya

Tuesday, December 22, 2009

menikmati juadah yang ada ...

kenangan yang x mungkin pudar

2 kek untuk mas


sebak ! semoga Allah permudahkan segalanya
untuk mas
sepatah kata dari mas ...

teman2 yang hadir ...


... ni gambar semalam ketika majlis perpisahan untuk Normasitah yang akan melanjutkan pengajiannya ... sebenarnya majlis dah rancang lama tapi memandangkan masing2 sibuk dengan
rutin harian ... so semalam adalah tarikh terakhir yang difikirkan sesuai sebab ramai kekawan yang sedang bercuti dapat menghadirinya !

... pagi tu aku rasa cemas jugak sebab info yang aku terima " ... mas x dapat dihubungi " ... alahai ! macam mana pulak ni ... kalau orang yang nk diraikan x dapat dikesan ... hingga lah jam 1.30 ... aku terima mesej " ... majlis jadi " ... dan aku mula pening kepala nak bawak apa ni ... jam
2.00 ptg apa yang aku rancang nk masak dan bawak masih x siap lagi ! terpaksa le beli kuih je !

... alhamdulillah , walaupun juadahnya nampak sempoi jer ... tapi yang penting hasrat untuk meraikan sebagai tanda persahabatan yang terjalin sepanjang 4 tahun mas berkhidmatan terlaksana ... terasa sebak jugak bila mendengar kata2 aluan dari nya ... walaupun aku bukan le
dari daerah perkhidmatan yang sama tapi rasa aku lebih terasa dekat mungkin sebab aku dari
daerah sebelah sini .

... dari kaca mata aku ... mas yang aku kenal begitu sederhana dalam segala hal ... rajin dan tahu
apa yang diinginkannya dalam hidup ... aku doakan dia berjaya dalam pengajian , kerjaya dan
kehidupan .

Jauh- jauh seluang melaut
Ke lubuk jua ia kembali
Semoga ikat ukhuwah sentiasa bertaut
Bagaikan tali tersimpul mati

* ... kekadang tu aku berfikir nakal " ... nape ye ... mereka2 yang punyai wawasan sering
beralih arah dan berpaling dari sini " ... kenapa ek ?????



sekadar coretan ...

bersama bunga & sumariah

aina & baby

aina , bunga, baby & salizah

... gambar2 ni aku rakamkan kat dalam bilik hotel masa hari keluarga PPAS dua minggu lepas ... kat hotel Pyramid Tower , Sunway PJ...
12 Disember ... berkumpul kat depan Pej. Daerah seawal jam 5.00 pg ... disebabkan bukan semua tahu jalan ... so pagi tu kami pergi berkonvoi lah ... biasalah kalau dah pegang stering tu adakalanya memang kita x perasan pada kelajuan dan kekawan lain yang membontot kat belakang ... aku x bawak kereta pun sekadar menumpang jer !
... tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai kat lokasi ... selepas selesai pendaftaran di tingkat CP3 ... kami berhimpun kat Dew. Pyramid 1 untuk teambuilding 11 ... pengisian dalam taembuilding 11 ni ... aku anggapan sebagai kesinambungan dari rebranding yang pernah diadakan kat Blue Wave sekitar bulan Februari lepas ... bezanya cuma kali ini melibatkan ahli keluarga ... diharapkan semoga pengisian ni dapat diterjemahkan dalam kehiduapan seharian ... insyaAllah
... aku ambik kesempatan jugak nak ucapan tahniah kat Ita ( PD. Ijok ) yang menerima anugerah khidmat cemerlang bagi tahun 2008 !
13 Disembar ... aktiviti hari ni lebih kepada indoor games ... sesekali terlibat sama dalam akitiviti macam gini best jugak ek !
... aku sampai kat rumah sekitar jam 5.00 ptg ... terima kasih bunga yang sudi hantar aku sampai kat depan rumah !
* ... x berani nak bagi komen lebih2 ... sebab setiap dari kita punyai pesepsi yang berbeza !

Thursday, December 17, 2009

.. bermula dengan kosong

salam ... salam Maal Hijrah 1431

... tiada apa-apa lagi yang tinggal kecuali nama baik ... itu pun kalau barangkali nama baik ini masih kekal baik atau setidak-tidaknya pernah tercemar dan terpalit lumpur ... namun pedulikan semua itu ... kerana hidup perlu diteruskan ... x kira lah apa tanggapan orang pada kita !

... ku toleh ke belakang untuk menyuruti jejak-jejak yang pernah ku lalui sepanjang 2009 ... dan mencari ' aku ' dalam setiap langkah ... nyata ' aku ' masih keliru dalam menilai segala-gala yang ada disekitar ini ... bila kita suka pada yang indah yang melalaikan ... bila teruja pada puji dan sanjung ... bila gagal menilai yang tersurat dan tersirat ... maka aku putuskan yang aku sebenarnya telah gagal untuk merealisasikan azam ... !

... dan esok aku akan bermula dengan kosong ... semoga kali ini aku akan lebih tabah ... cekal ... sabar dan bersemangat untuk memulakannya sekali lagi ... demi amanah serta nama baik !
setiap langkah yang akan ku atur biarlah setara ... lebih mendengar dari berkata2 ... kerana itu rasa lebih baik untuk semua .

* ... buat semua teman semoga 1431H ini lebih berjaya !

Wednesday, December 16, 2009

dari dalam diri ...

tertanam seketul daging dalam diri
terkadang gembira... adakala nestapa
tersimpul sejuta rasa ... tak terungkap dengan kata
nyata dari pandangan mata tapi kabut dalam nyata
terperangkap dek kepura-puraan yang menyeksa !

ku sujud pada Mu
ku mohon sangat-sangat
beriku petunjuk lorong keredhaan Mu
beriku hidayah Mu dalam setiap langkah
beriku nur Mu menyuluh disegenap nurani

Ya Allah ...
sesungguhnya ku mohon .

Monday, December 7, 2009

sama tapi x serupa !

along ... didi dan akmal ( berdiri )
am ... alif dan adib




... gambar ni lak .. aku rakam kan masa raya aidil adha lepas ...! aku hanya shoot 3 keping jer ... sebab diorang bukan nya suka sesangat nak bergambar ... nak suruh buat gaya lain pun ... semuanya malu2 ... so ini lah gambar " sama tapi x serupa " tu !
* ... acik doakan semuanya berjaya ek !

layan gambar ek !

linda .. aku ... farah & ayu

aini .. maya .. ija ... mayang & kekawan lain yg sama kump.
dgn aku ( maaflah x ingat nama )


ni lah game yg buat kami semua teruja ! ... hehehe


semua khusyuk dengan game ni ... !

salam ...
gambar ni aku rakamkan masa menghadiri bengkel I-Play anjuran PPAS kat Shah Alam , 20 nov lepas ( satu tarikh yang akan kekal dlm ingatan aku ) ... peserta bengkel ni melibatkan staff dari PPAS dan PDPNM dari beberapa daerah ... sebab tu x ramai yang aku kenal ...!
... semasa bengkel tu kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan ... so masa tu le baru aku kenal beberapa kawan baru ... sebenarnya x banyak game yang dapat dimainkan sebab kekangan masa ... tapi yang bestnya bila semua kena main ala2 game galah panjang ! teringat lak macam masa kecik2 dulu .... hehehe
* best jugak bila ada bengkel macam ni ... yelah masa aku bebudak dulu mane game macam gini ek !