Tuesday, April 13, 2021

... kerana sehelai kertas

 

Alhamdulillah ... berakhirnya penantian selama hampir 3 tahun untuk melihat bangunan di mana aku memulakan kerjaya siap ... 12 April 2021 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Naiktarif Perpustakaan Awam Daerah Sabak Bernam , Selangor ( PPAS ) .
 
Masa menunggu majlis berlangsung aku berkesempatan untuk berbicara berkaitan perancangan seterusnya bila Library  akan dibuka untuk semua ... antara yang dibincangkan semestinya adalah mengenai staf yang akan memikul tanggungjawab untuk bertugas di situ ... aku hanya mendengar bila beberapa nama staf di utara satu persatu ... setiap staf dicadangkan itu siap disertakan sekali dengan alasan ... tetiba aku rasa sesuatu  dengan alasan diberi untuk staf yang terakhir  " dia ada Ijazah ... kalau dia kerja dengan U mungkin dia akan berubah "  ... aku terdiam ... diam yang agak lama ... aku memerhati individu yang memberi usul dan pada masa tu juga aku mencari kekuatan dari dalam diri untuk berlaku sejujurnya  ... ada rasa sebak sehingga bergetar nada suara aku ... perkataan " Ijazah  " seakan bergema disegenap ruang .

Sehelai kertas yang pernah  juga menjadi impian ketika aku di alam persekolahan ... mungkin juga jadi igauan dan harapan semua orang tapi bukan semua dari kita berupaya untuk mengenggamnya ... teringat masa era tahun 80an dan 90an , sehelai kertas ni adalah lambang kecerdikan dan kejayaan serta menjadi kebanggaan seluruh keluarga , apatah lagi jika diperolehi dari negara luar ... aku  bukanlah anti dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni hanya aku selalu sangat ditakdir untuk berjumpa ... atau berurusan ... atau bekerja dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni dalam keadaan yang kurang menggembirakan ... selalu sangat melalui situasi yang sama , aku bagaikan hilang recpect pada mereka ni ( mungkin aku belum jumpa pemegang sehelai kertas ni yang benar-benar balance dengan nilai value sehelai kertas ini)

Di alam kerjaya  pula aku memang appreciate dan respect dengan 2 mantan pegawai yang aku pernah bekerja bersama ... memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati emas yang sentiasa memberi motivasi , menegur kesilapan tanpa mengaibkan , menjaga kebajikan bagaikan ahli keluarga ... adakala aku rindu situasi ini ... teringat semasa aku dan seorang lagi sahabat yang menerima panggilan temuduga pada hari yang sama ... sedangkan kami ni sama2 bertugas di perkhidmatan kaunter ... beliau sanggup mengalih alih tugasan kami dengan tanpa banyak fikir " pergi temuduga , biar saya jaga kaunter ... kaunter ni bukan bergerak pun " katanya melawak ... ( sampai saat ini aku masih mengikuti melalui post2 lewat mukabuku ) meskipun beliau telah lama meninggalkan organisasi tempat aku bekerja hingga kini.

Seorang lagi individu ( telah kembali ke rahmahtuullah - Al Fatihah ) yang sentiasa dalam ingatan dan doa yang tidak putus , mantan pegawai yang juga memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati dan sikap budiman , sentiasa ada solusi ketika aku gawat dihambat permasalahan dalam kerjaya , menilai melalui mata hati yang luhur , sentiasa memberi peluang untuk aku belajar tanpa melihat kelulusan kerana katanya " dalam kerja semua orang berhak untuk belajar dan perlu tahu sesuatu yang baru ... jangan kedekut dengan ilmu dunia " sesuatu yang aku simpan rapi dalam hati ... dan kini aku praktikkan dalam apa juga situasi , hanya terkadang aku x pasti apakah mereka yang ada disekeliling menghargai dan mengambil endah apa yang aku share !
 
Moga  suatu masa nanti , aku berdoa dan berharap penilaian mereka yang berada dipuncak sana serta punyai kuasa ... pandang dan nilai kami yang x punyai sehelai kertas bernama Ijazah ini dengan adil kerana kami juga punyai perasaan ... dan kena juga diingat punyai sehelai kertas ini bukanlah tiket hanya untuk mengarah tetapi juga pelaksana ...boleh gitu !! 😊😊
 


 
 

Thursday, April 1, 2021

usaha ke arah yang lebih baik ...

 

Orang Lemah Membalas Dendam
Orang Kuat Memaafkan
Orang Cerdik Mengabaikan