Monday, July 22, 2013

sebuah kata


" aku memilih untuk tidak berkata "
x perlu kata jika ia sekadar mengundang sengketa dan salah sangka
biarkan saje mereka yang berkata-kata
cuma terkadang rasa hampa menyapa
bila adanya aku tapi bagaikan tiada

" aku memilih untuk tidak berkata "
tiada apa pun lagi dalam ruang ini
aku ibarat berdiri dalam ruang yang kosong
hanya ada aku ... dan NYA

" aku memilih untuk tidak berkata "
tika aku ingin pasrah menyerah
melabuhkan segala lelah
hati berbisik " Allah menguji semampu hambaNya "
Ya ... Rabbi  ampuni aku

" aku memilih untuk tidak berkata "
saat semua harus aku mulai semula
dengan lafaz ' bismilahirrahmannirahim '
ku pahat di ingatan
sesungguhnya aku hidup ... dan aku mati
hanya kerana Mu ... Ya Rabbi


Tuesday, July 16, 2013

smile and silence

terapi minda untuk hari ini 
" senyum dan diam "
lebihkan senyuman tapi kurangkan berkata-kata
duniaku aman dan bahagia ...
x gitu !!!!
 

Saturday, July 13, 2013

manisnya ujian Allah




reset minda untuk hari ini
" positif dan sabar "
cakaplah apa saje !
anggaplah apa saje !
insyaallah ...
aku masih mampu tersenyum
kerana
aku ingin merasai
manisnya ujian Allah



Friday, July 5, 2013

menongkah arus kehidupan


... kata mereka " jauh perjalanan luas pandangan " tapi kata aku " lagi lama bekerja maka makin banyak ragamnya " ... untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini seterusnya aku lebih bersedia ... mungkin lebih cabarannya ... insyaalah selagi berada dilaluan kebenaran , keyakinan dan tahu apa yang kita mahukan ... Allah akan permudahkan segalanya . amin  ... aku amat yakin itu !

... adakalanya apa yang kita lalui bukan sekadar menguji sejauh mana kekuatan dalam diri sendiri ... tetapi juga untuk mengajar kita mengenal siapa sebenarnya mereka2 yang ada disekeliling kita ... belajar menerima perbezaan pemikiran , prinsip dan semestinya cara bekerja ... x perlu terlalu banyak bertanya tapi mengota apa yang dikata ... usah hirau sangat apa mereka kata tapi selesaikan kerja kita ... !

... ada ketika gerak hati adalah sahabat paling setia ... dengar sekadar untuk tahu ... lihat sekadar untuk menilai ... lalui sekadar untuk peringatan ... tapi fikir ... doa ... dan tawakal untuk cari keputusan terbaik .


lagi gambar2 semasa Audit

cik mohairah

pn. sabariah di rak majalah

perbincangan serius ni ... ! :-)

ayu n pn. norhaida

pn.sab , pn.su n moi

berbaris untuk  menerima arahan seterusnya ... hahaha

moi n pn.sab

tolong semak fail PPP ... semua muka ketat ! hehehe

masing2 layan perasaan utk result audit

minum petang ... mee bandung

camera man sedang di audit

Thursday, July 4, 2013

Audit MS ISO 9001:2008

taklimat sebelum audit bermula

dari kiri En. Ramli , En Zahir , Cik Moihairah , Pn. Sabariah & Pn. Suzliana ( Timb.Pengarah PPAS )

audit bermula ... En. Ramli & Pn. Norhaida

penerangan oleh ayu sambil dipantau oleh Pn. Su & En Zahir

me & Pn. Norhaida ( odit utk fail aduan n cadangan )

odit untuk fail pendaftaran keahlian

odit ujilari OPAC ... cari buku di rak ... alhamduilillah semua ok !

odit Bah.Rujukan ... ayu n nasar

minun petang sebelum penutupan n keputusan odit

taklimat akhir selepas odit ... berdebar-debar rasa di hati

cenderahati untuk En. Ramli

cenderahati untuk Pn. Norhaida

isyarat " bagus " ... terbaik dari kami di PPAS Daerah Sabak Bernam

mesej untuk juru audit ... hehehe

... alhamdulillah , audit dah selesai ... masing2 dah boleh tarik nafas lega ... so lepas odit ni bukan le masa untuk berehat sepenuhnya ... banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan ... yang dulu x de ... lepas odit dah kena ada ... mana yang dah ada perlu sentiasa dikemaskini ... alhamdulillah ... kami punya team yang boleh berbincang ... memberi dan menerima pendapat ... saling membantu ... sentiasa ingat mengingat antara satu sama lain ... walaupun terkadang tu stress melanda ... hehehe

... tq kepada Ketua Unit Perkhimatan Daerah ( Zon 1B ) di atas lawatan dan sokongan sebelum odit diadakan , juga kepada juru audit dalam ( 4 /6/ 2013 ) Pn. Suzliana , En. Zainudin , Pn. Zuriyanti & Pn. Hikmah ... semua cadangan n kritikan yg diberi semuanya kami take note

...tq jugak untuk yazid n shima yang datang membantu last minit hari sabtu ... terima kasih dengan ingatan tulus ikhlas jasa mu dikenang

... walaupun audit dah selesai ...  tapi peringatan untuk diri sendiri " perjuangan belum selesai "

u/p ; lepas ni post untuk gambar2 kandid masa odit lak ...