Wednesday, March 31, 2010

salahkah aku ...


... alahai ! minggu ni ... banyak betui perkara yang bikin kepala rasa pusing sikit ... dengan batuk yang belum kebah sepenuhnya ... dengan kes salah faham yang bikin sakit sangat kat hati ni ( ... aku dah pun memaafkan sebab x mahu titik hitam menjadi karat ) ... ditambah lak dengan hawa kat ofis yang semakin bahang membara ... dan semalam aku dimaklumkan odit dalaman 6 april ni ... isk ! rasa kalut betul ...
... pasal bab batuk tu ... aku x salahkan sesape pun ... mungkin salah aku ... sebab bila cuaca kat luar panas dan kat ofis pun berbahang ... pilihan untuk legakan rasa dahaga semestinya air berais ... natijahnya kenalah tanggung sendiri ... huhuhu
... pasal bab salah faham ni ... aku dah kasi settle sebab dah malas nak dengar suara sumbang korang nyanyi lagu " maafkan kami ... maafkan kami ... maafkan kaaamiii " setiap malam ... kacau kusyuk aku nak menelaah jer ! ... cuma aku nak bagi peringat kat korang ... dalam kehidupan perlu ada rasa saling percaya dan jujur ... klu boleh tu jangan le layan khabar angin ... insyaAllah aman dunia akhirat ... mudah2an !
... pasal bab ofis aku yang berbahang ni ... aku x leh nak komen apa2 pun ... sebab aduan dan laporan telah pun dihantar ... cuma aku rasa x selesa sangat nak shelving buku ... baru susun satu rak ... badan dah berpeluh ... ada gak pengguna suarakan masalah ni ... jalan penyelesaikan hanya minta pengguna isi borang aduan/ cadangan ... harap sesangat pihak yang berkenaan akan ambik perhatian akan masalah air cond rosak ni ... tolonglah kami !
... yang last ni pasal odit dalaman 6 april ... walaupun ini bukan lah perkara baru bagi aku ... tapi ini adalah pengalaman pertama odit dalaman kat lib daerah yang dah bertaraf ISO ... risau gak sebab kebanyakan staf yang lama dah bertukar ke lokasi baru ... aku berusaha untuk mengemaskini berpandukan fail2 yang ada ... lagipun terasa sangat kurangnya sebab dua staf sedang menghadiri krsus ...
... salahkah aku menyuarakan apa yang berlegar kat minda saat ini ... bukan harap simpati pun sekadar pengertian jer !
*... moga Allah permudahkan segalanya . Amin

Saturday, March 27, 2010

Virtua

... Virtua ... ini bukanlah nama saintifik bagi buah atau haiwan ... tapi system baru yang menggunakan aplikasi IC / Kad Pengenalan sepenuhnya sebagai penganti kad keahlian ... kiranya sedikit canggih le dan lebih memudahkan kerja ...

... mula2 tu memang pening lalat sikit ... biasalah perkara baru mesti terasa janggal sikit tapi bila dah tahu stepnya ... alhamdulillah semuanya jadi senang ... mekasih kat ayu yang seharian semalam mengodam untuk mencari kaedah mudah ini ... !

... sejak hijrah kat lib daerah S/Bernam bulan feb lepas ... sebenarnya aku baru nak berjinak2 dengan system JDA ... belum mahir sepenuhnya pun ... tapi kira ok lah jugak ... !

... la ni kami hanya key in data user untuk Jan - Mac yang mane belum diupdate dengan system baru ni ... penggunaan sepenuhnya insyaAllah bermula April nnti ... itu termasuklah kadar baru denda lewat iaitu 50 sen setiap buku/hari .

... sebenarnya aku x sangka setelah berkhidmat hampir 20 tahun secara manual ... kini berpeluang mengguna system yang lebih mudah ... syukran !

... minggu depan aku akan bertugas berdua dengan bib sebab dua lagi rakan setugas ... ayu & raihan akan mengikut Krsus Pengurusan Perpustakaan bermula dari 29 mac - 2 apr ... harap diorang akan timba sebanyak mane ilmu yang boleh untuk dikongsi bersama kami yang tinggal ni ... !

* ... banyak lagi kena belajar pasal Virtua ni ... terutamanya pasal Statistik ... huhuhu !

Thursday, March 25, 2010

alahai bosannya ... !


... hari ni aku bertugas 2 orang jer ( ... bersama staf yang terpaksa diimpot dari lib pekan ) ... dengan cuaca kat luar yang lembab ( baru lepas hujan beb ! ) ... pastu tu user pun x berapa nak ramai ... memang lah terasa sangat kebosanannya !
* ... bila kebosanan melanda ... rasa mengantuk pun menjelma .... Aghhh !

Wednesday, March 24, 2010

inilah kehidupan


" ... inilah kehidupan " ... itulah kata2 yang aku bisikan kat hati sendiri ... demi meredakan rasa amarah ... aku x tahu macam mane aku leh tersabit dalam cerita yang x de kena mengena langsung dengan aku ... aku berhak untuk meluahkan rasa marah sebab kesalah kefahaman antara kamu dan dia ... mencetuskan gangguan emosi untuk aku !
... aku x berdendam pun atas apa yang berlaku ... cuma aku terkilan dengan sikap kamu dan dia ... kalau pun ada sengketa ... tolonglah jangan libatkan orang lain ... tolong jangan putus ukhuwah dan rasa percaya yang terjalin hanya kerana emosi korang !
... walaupun sejuta kemaafan dan penjelasan yang kamu dan dia berikan ... meskipun aku amat memahami apa sebenarnya berlaku tapi ntah lah ... ! aku x leh nak kata apa2 ... bukan lah aku x sudi nak memaafkan ... tapi aku betul2 x tahu nak kata apa !
* ... Ya Allah aku mohon keampunan dan keredhaanMu ... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui . Amin .

Tuesday, March 23, 2010

aku takut terlupa ...

aku belek2 buku perintah am
dan aku selebek jugak fakta2 mengenai perpustakaan
dan ini bukanlah kali pertama
dan bukan jugak kali yang terakhir ... mungkin
pelbagai kaedah dicuba
agar apa yang aku baca tersemat kemas
di segenap ruang kotak fikir ku
semua ini demi exam
aku benar2 takut
yup ... !
aku takut terlupa


akhir2 ini ...
aku sering bernostalgia tentang dia
saat aku dipeluk manja
ketika rambutku disisir
aku sering teringat
tika dia menemani aku menelaah
sentiasa ada di saat amukan gelora di jiwa
biarpun dia bukan sesiapa
tapi ...
dia amat bermakna dalam hidup ku
dipanjat doa ke hadrat Ilahi
kekalkan ingatan ku pada dia
dia ... Ibu ku
sesungguhnya aku takut ...
aku takut terlupa !

* ... semoga aku sentiasa ingat pada Nya .

Wednesday, March 17, 2010

seadanya ...

... malam tadi terima call dari classmate zaman sekolah menengah dulu ... yang baru tahu aku dah berhijrah tempat kerje ... itupun setelah dia baca blog aku ni ... rasanya dah hampir sebulan aku kat bertugas kat daerah ni ... baru dia perasan aku dah berpindah ... katanya dia lambat dapat maklumat gara-gara internet kat rumahnya ada masalah sikit ... apapun aku terima jugak lah ucapan " ... tahniah lah sebab dah dapat balik ke daerah sendiri " walaupun dah agak basi ! huhuhu ...

... cuma aku nak dia tahu yang pertukaran aku ni bukan lah atas permohonan tau ... tapi arahan ! memang aku pernah mohon untuk bertukar 6 tahun lepas ... x berjaya pun ... so jangan tanya apa kabel aku guna lak ... sebab pertukaran ini x melibatkan orang dalam atau orang berpengaruh ... lagipun perkhidmatan aku x sama dengan perkhidmatan guru ( jawatan yang dia sandang ) ...

... sebenarnya hingga saat dan ketika ini ... aku masih lagi belajar ... belajar dan belajar ... banyak sangat perkara yang perlu aku belajar dan lalui ... mungkin termasuk dalam kategori belajar sepanjang hayat kut !

... sesekali tu adalah aku teringat jugak kat ofis lama aku tu ... biasalah dah bertahun kat sana kan ... bak kata orang " tempat tergelincir lagi diingat ... inikan pula cari rezeki kannn ! " ... ada gak user2 dari lib lama yang call dan terkejut bila tau aku pindah ... ye lah sebab mas nak pindah dulu pun aku x sempat nak buat mengumuman ... lagipun diorang kata aku x macam orang nak pindah pun ... !

... aku pun x lah teruja sanagt atas perpindahan ini ... tapi jauh disudut hati sejuta kesyukuran aku panjat kepada Allah .

... yang penting aku x kan buat perbandingan atas apa jua yang telah aku tinggalkan dan yang kini aku hadapi ... sesungguh aku ambik jalan tengah ... jalani dan lalui segala dengan seadanya !

*... seadanya !

Saturday, March 13, 2010

biar betul ... !!

... hahaha ! ... hari ini aku tersembang dengan staf lib dari pantai timur yang sama gi kursus pemantapan diri kat janda baik tahun lepas ... aku ni bukan jenis yang suka nak chat kalau aku x kenal sangat ... tapi di sebabkan hari ini user x ramai ... so klik kat nama2 yg on9 ... terkejut gak aku bila dia kenal nama glamer aku .. isk ! biar betul mamat ni ... !

... bila aku ingat2 lupa ... x tau samada aku pernah chat atau sekadar email ... dah lama sangat sebelum aku pindah ke daerah ni ... tapi bila dia bagi tau kenal dengan member yang sama gi krsus hari tu ... aku pun nak ingat yang mane satu ek ! ... cuma aku teringat insiden ' terkunci ' kat tandas ... alahai ! memang dia yang terperangkap tu ... !

... aku x rasa insiden tu memalukan tapi pengalaman yang berharga ... bukan semua orang merasa terkunci dalam toilet tau ... !

* ... mintak maaf ek ! sebab tulis cerita awak kat blog saya ni ...!

Friday, March 12, 2010

sesekali ...

Sesekali ...
marilah kita mengguman muhasabah
dalam fikiran basah
menerobos maknawi
mengukur manusiawi
di petak usia yang bersegi

Sesekali ...
tika dihantar ujian dan masyaqqah begini
apa sebenarnya yang bertingkah pada lisani
peritnya dijepit nestapa
memamah resah dan gulana

Atau
marilah kita tempur bala menimpa
dengan utuh durga
kerana gelodak menerpa
adalah peringatan dari Nya
buat kita-kita
yang selalu buat-buat lupa
menimbun dosa
melekit sebati
dalam gaulan daki dunia !


* ... puisi kat atas ni aku ambik dari akhbar semasa buat paper cutting ... macam best jer untuk dikongsi bersama ... so layanzz !

Wednesday, March 10, 2010

bolehkah kita berubah ... ?

... bolehkah kita berubah ? ... itulah yang aku fikirkan ... so aku tujukan persoalan ini untuk semua yang baca ... atau terbaca blog aku ni ... bukan apa2 pun sekadar nak kongsi ... kalaulah korang ada pandangan yang lebih bernas leh sama2 dapat manfaatnya .

... melihat apa yang berlaku kat sekeliling kita ni ... pernah ke kita terfikir atau tanya diri sendiri " bolehkah aku berubah atau perlukah aku berubah ? " ... jawapan nya kena lah fikir sendiri ... atau lihat ke dalam diri ... tapi kenalah jujur ... sebab kalau kejujuran x de dalam diri sendiri jawapan kita dapat tu penuh dengan kepalsuan ... x gitu !

... lepas dapat jawapan bagi persoalan kat atas tu ... kena jugak tanya diri sendiri sekali lagi " ... sanggupkah aku berubah ? " .... huhuhu ! sebab untuk berubah ni banyak kebiasaan yang terpaksa dikorbankan ... mengubah kebiasaan ni sama lah macam nak cabut duri selumbar ... banyak yang kantoi bab ni ... lagipun keinginan untuk berubah ni perlu lahir dari diri sendiri bukan sebab cabaran kekawan ... insyaAllah akan berjaya !

... " ada 2 perkara penting yang perlu ada dikalangan mereka yang mahu berubah ... pertama , ilmu dan kedua ialah motivasi atau semangat ingin berjaya . kedua2 ini perlu seiring " ini kata2 yang aku petik dari Saranan Salleh ( akhbar utusan )

... selain tu kenalah hindari diri dari sifat cemburu , dengki , khianat , fitnah atau aniaya sesama sendiri ... sekarang ni perkataan yang kerap digunakan ialah " sabotaj " ...

... bagi aku mudah jer ... kita memang perlu berubah demi kebaikan ... sebab dulu aku agak sukar untuk menyatakan sesuatu perkara atau menyuarakan pendapat sebab takut akan disalah anggap tapi la ni aku lebih berterus terang atau beri pandangan ... samada ianya diterima atau sebaliknya terpulang lah ... aku x suka pendam atau berpura2 jadi orang lain semata2 untuk mengiya sesuatu yang pada hakikat memang salah !

* ... menyatakan yang benar adakalanya memang pahit untuk diterima tapi fikirkan lah kemanisan disebaliknya ... wallahua'alam



Tuesday, March 9, 2010

sujud ku


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a...s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
* ... kata2 kat atas ni ... aku copy paste jer dari email yang aku terima hari ni ... saje masukkan kat blog sebab aku x sempat nak email kat member2 ... lagi satu sebab nya kerana aku paling x suka di gelar kedekut tau ... apa pun untuk kongsi apa salahnya kan !

Thursday, March 4, 2010

mencari satu titik ..

... adakalanya aku fobia nak berkata-kata ... sebab banyak sangat yang salah atau tersalah memahami maksud yang ingin aku suarakan ... agaknya salah aku jugak sebab kurang memahami apa yang tersirat dan berselirat ... maaf ... maaf ... dan maaflah ! itu lah yang mampu aku suarakan

... nape ek ! setiap kali aku menyuarakan apa aku rasa ... pasti akan menimbulkan kontroversi atau spekulasi yang akhir akan buat aku pening lalat dan rasa bersalah ... hish ! hari ni pun aku dah bikin sikit kecoh ... alahai ! aku dah salah cakap lagi ke ?

... dan hari ni jugak ... aku dengar pelbagai cerita ... tapi aku malas nak bersuara atau bagi pendapat sebab aku ngeri akan bikin kecoh lagi ... huhuhuhu !

... so hari ni aku dah siap kan jadual tugas dan senarai tugas kekawan yang lain untuk penilaian pen. peg ... apa pun keputusannya selepas itu aku dan kekawan ikut jer ...

... sebenarnya aku masih lagi mencari satu titik persamaan untuk dijadi tunjang dalam menjalankan tugas ... sebab dulu kat ofis lama hanya ada 3 staf jer ... la ni kat ofis baru ada 6 staf termasuk pen. peg ... dulu aku akan buat apa yang aku fikirkan baik untuk memberi perkhidmatan kat pengguna ... la ni aku kena bincang dulu dengan kekawan pastu serah kat pen. peg untuk buat keputusan ..

... apa pun masih terlalu awal menilai setiap dari kita ... al maklumlah setiap orang punyai perangai yang berbeza ... tapi aku percaya akan satu titik persamaan antara kami ... biar masa menentukan ... lagi pun aku dan kekawan x tau sampai bila akan berada kat sini ... sampai bersara ke atau akan berhijrah lagi ...

* ... buat kekawan yang mungkin saat ni melalui apa yang rasa ... percayalah akan ada satu titik yang akan menyatukan ... !

Wednesday, March 3, 2010

kalau lah ....

... pagi tadi aku dan kekawan kat ofis ni hadir untuk sesi bual bicara buat kali pertamanya dengan pen.pegawai ... sejak jejakkan kaki sepenuhnya pada 23 feb lepas ... memang x de peluang pun nak bincang pelbagai perkara berkaitan tugas ... asyik sibuk belajar berkaitan dengan sistem jer ! ... so hari ni baru le dapat berbincang ... memberi pandangan dan meluahkan apa yang tersirat kat hati masing2 ... tapi x tau lah samada yang terluah tadi tu lahir dari kalbu atau x ... hanya Allah tahu kan !

... tapi sebenarnya aku bukan lah nak menulis tentang apa yang dibual bicara tadi ...

... cuma terfikir semalam masa drive balik dari ofis ... rasa sekejap sangat dah sampai rumah ... 10 minit dah sampai ... x sempat nak layan perasan pun ... ! aku teringat dan terfikir ... kalau lah ... kalau lah ... kalau lah .... bla.. bla ... bla ...

... kalaulah itu ... kalaulah ini ... kita memang selalu terfikir atau berfikir atau terpaksa fikir dengan mengunakan istilah kalaulah ! ... yup ! kalau lah !

... aku pun tefikir jugak kalau lah aku masih bertugas kat ofis lama ... selama 15 tahun lepas berapa banyak lah masa yang terpaksa aku habiskan di perjalanan untuk pergi dan balik ofis ... tapi semua tu ada hikmah tersembunyi ... sekurang2nya memahirkan aku dalam pemanduan kereta ... lagi satu aku lebih fokus pada kerje dan masa ... ! hingga kini minda aku masih lagi bagai kan telah diset untuk bangun seawal 4.30 pagi ... !

... hari ni aku membayangkan kalau lah aku dapat menyelami hati2 kekawan yang kena berhijrah tempat tugas ... dan mereka2 yang masih stay kat tempat sama ... apalah yang ada dan bergelojak kat jiwa mereka kan ... apakah mereka pun sejiwa ... serasa dan segelora dengan apa yang aku rasakan saat ini ...

... buat semua yang masih terasa disebabkan hijrah ni ... sabarlah dalam hadapi cabaran ni !

... kalaulah ... aku dapat selami dihati korang ... !