Wednesday, December 30, 2020

Jangan pernah berhenti ...

 

... 2021 bakal hadir meskipun tanpa undangan , seperti saban tahun berlalu juga tiada azam baru untuk 2021 ni , aku hanya memperbaharui serta up grade azam yang lama kerana ada yang berjaya digapai ... ada yang separuh tercapai dan ada yang juga tergelincir dari sasaran ... hanya untuk tahun ini berusaha lebih lagi untuk menjaga hubungan dengan Maha Pencipta itu yang jadi keutamaan .
 
... Moga jiwa kental tetap utuh diposisinya , jangan pernah goyah waima apa sahaja yang cabaran yang mendatang ... mohon Allah titipkan lebih kesabaran kerana pastinya tahun ini lebih mencabar dan dengan ragam serta kerenah yang pelbagai .
 
... Usaha untuk lebih memahami rentak laku mereka yang aku ibaratkan " setenang air di kali " dan sentiasa " bermanis mulut " juga mereka yang " berhati tisu " ... usaha untuk jadi lebih diam ( antara azam 2020 yang tergelincir dari sasaran ) ... ntah lah azam yang satu ni amat sukar untuk aku laksanakan waima gandaan usaha lebih dari biasa ... aku tahu benar situasi ini buat banyak hati yang tercalar dan terluka sehingga aku dianggap " berdosa " hanya aku mengeluarkan kata  pertanyaan dengan nada sedikit tinggi dari biasa ... maka terungkaplah di status whatssap untuk luahan hati dan tersebar luas bila ada lak yang x tahu citer sebenar turut terheret oleh rasa ehsan serta simpati yang amat sangat ... bertambah lagi dosa seorang " aku " ... Alhamdulillah ... terima kasih Allah kerana jadikan aku bukan seorang pendendam ... meskipun aku sedih kerana tidak upaya mengatakan apa yang sebenar ... aku hanya mampu  diam diri serta membiarkan citer itu berlalu .
 
... Jangan pernah berhenti untuk jadi lebih baik , itu kata-kata keramat dari seorang sahabat yang aku semat rapi dalam hati ... menjadi pembakar semangat untuk aku terus melangkah dan kekal positif  dalam apa mengharungi semuanya ... untuk yang pernah melalui pengalaman dihina , difitnah , dituduh , diremehkan , direndahkan , moga  tetap sabar kerana ALLAH kan ada ... 
 

 

Tuesday, December 29, 2020

next ... 2021

 

Alhamdulillah 2020 semakin menghampiri garisan penamat , tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang bukan sedikit ... tahun yang meninggalkan nostalgia paling sedih untuk aku serta seisi keluarga ( Al fatihah untuk arwah kakak sulung )

Saturday, December 26, 2020

sampai waktunya ...

 ... Alhamdulillah , hari ini aku dah settle perbincangan mengenai majlis persaraan seorang sahabat yang telah bulat tekadnya untuk menamatkan perkhidmatan pada usia 50 tahun ... setelah berkhidmat selama 15 tahun ... dan dapat aku rasakan kegembiraan yang terpancar diwajah setiap kali diajukan bertanyaan " betul ke Bib nak bersara pilihan , jangan menyesal tau " usik aku " ye betul Kak Mis , saya nak lebih masa dengan keluarga " jawaban luhur dari hati dan aku pasti itulah yang terbaik .

 
... InsyaAllah , akan ada majlis untuk Bib meskipun x se gah mana , yang paling penting ingatan dan penghargaan dari sahabat yang lain ... tetiba aku sebak bila memikirkan begini pengakhirannya perjalanan kerjaya Bib ... apatah lagi telah dimaklumkan tiada majlis di HQ kerana kekangan covid ... Alhamdulillah keizinan untuk majlis ini telah mendapat restu dari KB ... moga kelancaran majlis di hari kejadian dipermudahkan Allah ... dalam situasi sebegini segalanya penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga ... kepada sahabat handai yang tidak dapat hadir kerana ramai yang bercuti hujung tahun janganlah resah dan gundah gulana ye ... majlis ini hanya simbolik sahaja , yang pasti ukhuwah akan tetap terjalin selagi hayat dikandung badan .

... Terima kasih kepada Si Bobot yang banyak membantu untuk menjayakan majlis ini , 100% aku letak segala urusan kejutan untuk majlis ni ke bahunya ... walaupun sedang bercuti !
 
... Sampai waktunya , saat kaki melangkah keluar dari fasa kerjaya ke dunia bebas tanpa kongkongan dan ikatan protokol dan prosedur ... maka lalui lah dengan rasa tenang kerana kita memberi khidmat dengan sepenuh hati ... moga Bib happy melalui fasa sebagai pesara berjaya  ! 



 
 

Thursday, December 24, 2020

belajar untuk siap siaga ...

 
 
 
 .. Hari ini bertugas berdua sahaja , sahabat yang lain bercuti ... alhamdulillah Library masih lagi menjadi tempat kunjungan dan pilihan untuk study serta pinjam pulang buku ... walaupun dunia gadjet seolah-olah menakluk dunia ... buku masih lagi ada pengikutnya tersendiri .

... Dan hari ini juga , aku buat penyerahan Kit Reading Seeds bagi penyertaan area Pekan Sekinchan ... tahniah kepada yang menerima Kit Box Reading Seeds walaupun beberapa kali tertunda kerana penerima berada di luar kawasan ... semua happy hari ini

... Kejutan untuk hari ini adalah apabila arahan melalui whatssap pada jam 15.06 pm untuk semua staf iaitu pembukaan semua perkhidmatan pada hari sabtu minggu ke empat terakhir bagi tahun 2020 ... aku pun terkejut le juga ... tapi x de lah sampai menangis hanya terkesima jer ! ... lagipun aku memang x de perancangan untuk bercuti di luar kawasan atau merentas negeri , sekadar lepak-lepak kat rumah masa cuti krismas sambil layan si bulus ... itu jer !
 
... Hanya aku rasa simpati kat kawan-kawan yang dah rancang untuk bercuti rentas daerah atau negeri , apatah lagi jika dah booking penginapan bagai ... cer bayangkan perasaan gumbira seisi keluarga tetiba lenyap macam tu sahaja ... 
 
... Norma baru kehidupan ni perlu diperkemaskan lagi dengan belajar siap siaga dengan arahan baru last minute bukan sekadar patuhi SOP sahaja ... perlu sentiasa bersedia juga dalam pelbagai situasi serta plan tindakan .
 
... Kehidupan ini adalah pilihan , itu yang selalu aku ingatkan diri sendiri ... setiap dari kita ada tugas dan keperluannya yang tersendiri ... ada ketika penerangan yang jelas perlu sangat diperingatan beberapa kali al maklum bila dah terlalu sangat melalui PKPB terkadang tu terlepas pandang kan !
 
... Maka banyak perkara perlu di update untuk  melangkah ke tahun 2021 ... terutama doa yang berterusan untuk bebas dari musibah covid ... tiada lagi leka dan alpa serta ambil mudah , tanamkan juga muhasabah diri ( ingatan untuk diri sendiri ) dan sentiasa untuk siap siaga atas segala kemungkinan ... selamat tinggal zon selesa yang dah sebati serta berakar umbi tu ...

Thursday, December 17, 2020

Seadanya aku ...

 


 " Kita tidak ditakdirkan untuk di sukai semua orang . 
Yang benci , biarlah benci dengan alasan-alasannya sendiri . Jangan berusaha menyakinkan sebab dia akan tetap lebih yakin pada kebenciannya "

Wednesday, December 16, 2020

aku dan kertas

 

Alhamdulillah , selesai sudah laporan Audit Aset setelah beberapa hari melalui kerja-kerja menyemak , mencari no inventori pada setiap aset , mencatat , merekod , memasukkan data dan menyemak semula ... terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang banyak membantu dalam usaha menyiapkan semua ini , tanpa kalian semua ini tidak akan sesempurna ini ... terima kasih kepada Suzana ( bobot ) PD. Parit 14 yang adakalanya terpaksa duduk dibawah meja utk mencari inventori ... Bunga PD Parit 8 yang sentiasa dalam mood standby seiring dengan usia kami yang sama ni ... Ayu PD. Tebuk Berihun yang sentiasa siap siaga membantu dan Along ( Noor Fazilla ) selalu membantu memudahkan urusan tugasan aku setiap akhir bulan ... terima kasih sangat moga kalian sentiasa dalam Rahmat Nya ... Aamiin 

Selesai sudah part laporan audit aset yang telah aku emailkan semalam , tarikh akhir yang diberikan 15 Okt ... bukan niat untuk melewatkan penghantaran tetapi kekangan masa yang ada ketika tidak terkejar atau mungkin juga aku yang gagal menguruskan masa dengan baik kut ! 13 lokasi semuanya dan setiap satu lokasi ada cabaran yang tersendiri ...al maklum tempat yang dah beroperasi ditambah pula dengan aset dah uzur serta no inventori pun ada yang samar-samarsahaja kejadiannya ... ada juga yang dalam list tapi aset tiada ... satu hari aku dan kekawan yang membantu hanya akan buat audit aset melibatkan 3 lokasi sahaja atau sebelum jam 1.00 pm ... jam 2.00 pm aku usaha untuk sampai ke ofis untuk rekodkan ... adakala berhari-hari juga aku stay jer kat ofis sebab staf yang aku nak audit bercuti .

Bila diimbas semula dari mula kerjaya aku ni ... aku dan kertas macam irama dengan lagu , bagai ombak dan pantai lak ... x dapat dipisahkan , dulu2 masa memula kerja selalu buat aktiviti guna kertas warna warni ... macam2 kraftangan dan origami ... time tu setiap hari sabtu dan cuti sekolah adalah hari sibuk aku ... kehadiran user ke Library amat memberangsangkan ... era 80 an dan 90 an adalah era buku , itu yang selalu sembang dengan Siti Khadeeja ( Ija ) ... masa tu juga buku catatan dan diari ada satu kemestian ... Ija gelak sakan baca diari dan buku catatan era 90an aku ... " nape lak acik tulis guna pen dakwat merah , pastu semua guna huruf besar " tanya Ija " ermm .. time tu acik tengah marah kut " bersahaja jer aku jawab ... benda dah bertahun berlalu mana nak ingat sangat kan ! boleh gitu ..hehehe

Kini pun aku masih bergelut dengan kertas juga ... Program Reading Seeds , alhamdulillah sudah ada peserta yang memohon awal telah terima kit box reading seeds dengan gembiranya ... insyaallah jika ada kelapangan aku akan update gambar-gambar penerima ... target 30 unit kit box reading seeds semua dah habis ... terima kasih kepada Library Daerah Kuala Selangor sebab topup 10 unit lagi dan 40 unit lagi pihak HQ topup ... 80 unit kit reading seeds untuk Daerah Sabak Bernam ... terima kasih juga untuk semua staf Lib Daerah Sabak Bernam ... berusaha ! berusaha ! 

Minggu-minggu terakhir tahun 2020 ni ... kesibukan mula melanda lagi meskipun tahun ni tiada lagi laporan aktiviti yang perlu aku settlekan seperti tahun-tahun sebelumnya tapi tahun ni cabarannya lebih lagi  ... dan aku dilanda selsema agak teruk ( bukan sebab penyakit yang merebak sekarang ye ) ... bagi yang kenal aku dengan baik akan tahu lemahnya aku bila stress melanda ... hanya beberapa tahun kebelakangan ini berkat dorongan kekawan aku sudah mampu mengawal dengan cara sendiri ... alhamdulillah 
 
 

Friday, November 27, 2020

Aku hanya rindu ...


 Emak ! malam tadi hujan lebat sangat dan tanpa sedar airmata ni mengalir sederas air hujan di luar ... terasa begitu sunyi dan sepi alam sekeliling meskipun titisan air hujan menghempas bumbung zink begitu bingit kedengaran ... x tahu kenapa aku begitu ... lama dulu, dah lama sangat aku x rasa perasaan begini ... aku biarkan sahaja air mata ini mengalir sehingga aku tersendu dalam esakkan ... aku hanyut dalam perasaan yang x upaya untuk aku luahkan dengan kata-kata ...

Emak ! baju kurung kedah  yang mak pakai hari terakhir tu masih tergantung kemas kat pintu bilik tidur ni ... warnanya dah agak pudar sikit tapi biarlah , mungkin juga sebab selalu aku pakai bila teringat dan rindu ... baju kurung cotton corak bunga berwarna merah tu pun masih ada lagi aku simpan sebab baju tu penuh nostalgia ' terima kasih Mak ... sebab siapkan baju dalam sehari jer untuk aku pakai masa temuduga  kerja yang sekarang aku sandang ni ' .

Emak ! anak mu sedang diduga dengan pelbagai ujian , terkadang terasa terlalu letih sangat ... kalau dulu emak selalu pesan ' biarlah orang nak cakap , penat bercakap berhenti lah dia ' tapi aku dah x sesabar dan setabah dahulu ... hati kering ini semakin mudah tercalar dan rapuh ... aku berusaha untuk tidak ambil peduli tetapi aku tetap insan lemah yang penuh dengan rasa .

Emak ! segala pesanan dan nasihat tetap terpahat rapi dalam hati ... aku selalu doa semoga ianya kekal disitu sebagai azimat sumber kekuatan ... masih teringat lagi kasih dan sayang emak dan bapak waima tidak terungkap dengan kata tapi tahu aku emak selalu lebih aku dalam segala hal ... emak selalu tenang bila aku mengadu pasal apa yang berlaku seharian di tempat kerja ... banyak perkara yang aku adukan tapi kerapkali juga emak akan kata " sabar " ... hanya itulah perkataan yang keluar dari bibir emak dan aku terdiam ... itulah yang akan berlaku setiap kali aku mengadu sehingga aku mula memahami setiap masalah perlu ditangani dengan sabar ... terima kasih emak

Emak ! setiap detik nafas ini akan sentiasa ada doa untuk emak dan bapak serta kakak dan abang ipar ku ... moga Allah ampun segala dosa dan tempat mereka bersama-sama mereka yang bertaqwa Aamiin 😒😭😭

Ya Allah ... bukan aku tak redha atas ketentuan Mu ... aku hanya rindu

 

 

 

 

 

Thursday, November 12, 2020

Nostalgia Jiran Kaunter Sebelah

 

 imbas kembali 2010 - 2017

2020 adalah tahun ke 14 aku menulis di Blog atau sebagai Blogger ... memula tu aku menulis sekadar untuk mengisi masa terluang dan memenuhi minat suka menulis sebab aku suka membaca ... mereka yang suka membaca akan suka menulis secara umumnya begitu ... mula menulis di blog pada tahun 2006 , masa tu aku menulis apa sahaja yang aku lalui ... adakala aku tulis juga pengalaman atau citer yang kekawan share ... Duniaku itulah trademark bolg aku 

Bermula Disember 2006 , aku akan menulis apa sahaja kerana aku anggap blog adalah diari so setiap hari aku akan post ... lagipun masa tu dunia blog x meriah seperti sekarang ... keasyikkan aku menulis sehingga satu ketika aku dikejutkan dengan panggilan yang meminta aku delete satu artikel yang aku post di blog ... terkesima kejap " eh ! kenapa ek perlu delete " ... itulah pengalaman yang mengajar aku sesuatu berkaitan benar , kebenaran , membenarkan ... jujur dan kejujuran bukan lah sesuatu boleh dibanggakan ... berkata benar atau jujur adakala dianggap sebaliknya 

Aku menulis di blog secara konsisten sehingga bulan September 2010 ketika bertugas di Perp. Cawangan Tanjong Karang ... situasi di situ banyak idea tercurah kerana 16 tahun punya cerita bermula dari tahun 1994 semua aku lakarkan sebagai kenangan pahit manis kehidupan dalam melunaskan amanah merentas daerah ... terkadang aku rindu masa lalu yang memberi inspirasi untuk aku terus melangkah meskipun pelbagai ranjau ... selalu aku ingatkan diri sendiri " inilah kehidupan " .

Oktober 2010 ... aku mula berhijrah ke lokasi baru ( atau pun lebih tepat tempat aku bermula ) setelah 16 tahun merantau di luar daerah ... jumpa rakan ofis baru ( hakikatnya dah lama kenal ) ... Bib , Aan dan Ayu yang semuanya ibarat adik-adik aku sahaja ... proses suai kenal antara kami x de lah luar biasa sangat tapi sebab masa tu semua bergelut dengan audit serta  x de pengalaman dengan audit ... seingat aku akrab antara kami sebab saling membantu , perlu memerlukan dan memulakan dari zero ... alhamdulillah " Dream Team "  ini  berjaya melalui first audit walaupun banyak yang teguran ... pengalaman ini amat bermakna bagi aku .

Blogger " Kisahku " adalah jiran aku di kaunter sebelah ... bestnya sebab kami ada minat yang sama iaitu membaca dan menulis ... aku panggil dia " beb " jer ! 😍😍😍 ... masa tu juga kami peminat tegar novel-novel terkini ... aku sendiri akan shopping online untuk novel dan buku karya Hamka ... memandangkan kaunter kami bersebelah maka setiap hari sebelah petang biasanya kami pilih satu topik untuk dibincangkan ... sambil mata mengadap screen komputer dan jari di keyboard untuk siapkan tugasan ... mulut pot pet pot pet berbalas pendapat dan pandangan ... bukan selalu kami sekata tau ... adakalanya x sehaluan juga tetapi tidak sampai berbalah kan beb ! ... berbezaan pendapat tu normal sebab kami usia kami yang berbeza ... dan akhirnya kami akan menulis di blog memasing ... rindu sangat saat itu 

Jan 2017 ... ketentuan Nya lagi , kami terpisah bukan sahaja dengan blogger kaunter sebelah tetapi melibatkan Ayu yang selalu menjadi pendamai dan pendengar setia ... masa itu rasa sendiri sangat apatah lagi untuk kebimbangan untuk menghadapi audit ... waima ada bidalan " patah tumbuh , hilang berganti " semesti yang tumbuh dan berganti tidak kan sama dengan yang patah dan hilang " ... 

Kini 3 tahun berlalu ... dan aku sendiri diarah tugas sementara ke lokasi baru sehingga penempatan sebenar siap rebranding ... adakah kami akan berjiran kaunter lagi di masa akan datang ?? ... aku tiada jawaban nya 

 

 

Friday, October 16, 2020

HARI KAMUS




 Alhamdulillah ... dapat ikuti Wawancara Layar Putih ITBM

bersama Sasterawan Negara

DATO' BAHA ZAIN

" Derita & Bahagia Tugas Penyusun KAMUS "

Sempena Hari Kamus

16 OKTOBER



Saturday, October 10, 2020

#kitayangberbeza

 


 #kitayangberbeza

Hari ini cer kita pandang sekeliling , apa yang berbeza dengan semalam ... masa keluar dari rumah untuk ke ofis , aku perasan ibu kucing " Si manja " dah ada anak kecik 4 ekor , semalam x de ... masa drive tadi laluan jalanraya semalam pagi satu lorong yang agak sempit , hari ni dah boleh memotong kereta sebelah kiri ... alhamdulillah

Hari ni juga tentunya berbeza dari semalam kan ... sebab semalam hari jumaat dan hari ni sabtu ... semalam agak rileks keluar rumah untuk ke ofis sebab masuk waktu bekerja jam 9.00 pagi , so sempat singgah warong beli sarapan tetapi hari ni jadi serba sistematik kerana mesti keluar rumah tepat jam 7.50 pagi sebab waktu untuk mengetik kad perakam jam 8.30 pagi πŸ˜…

Aku selalu share #kitayangberbeza ni dengan Siti Khadeeja sebab bila aku dengar luahan dia pasal alam persekolahan yang dilalui macam complicate sangat apatah lagi remaja perempuan ... semua serba x kena pulak ... alhamdulillah sebab Ija ni ada sikap x ambik peduli sangat apa kata mereka yang ada disekelilingnya ... " selagi tidak mencederakan fizikal " itulah ayat yang selalu keluar dari mulutnya ... aku terdiam " isk ! adakah aku telah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak Ija " ... aku selalu ingatkan Ija yang paling penting jangan kasi mereka " cenderakan emosi " kita ... kalau mereka-mereka tu cederakan emosi kita " kena balas dua kali ganda " ... " eh ! acik ni cam kejam sangat " balas Ija dengan ketawa ... " ayat acik x habis lagi lah ... balas dua kali ganda kebaikan " ... " Ija tahu , selalu acik cakap cam tu " itu lah anak saudara aku Siti Khadeeja

Aku selalu berangan untuk buat sesuatu yang berbeza bila berpeluang kembali bertugas di tempat dimana aku bermula ... waima sehingga kini masih tidak pasti bila ianya akan siap sepenuhnya ... penantian yang penuh dengan pengharapan ... menghampir ke angka 3 tahun aku berkelana tugas demi amanah yang digalas ... rasa rindu sangat untuk kembali bertugas disitu 😒  

Ada juga aku bertandang ke tempat yang baru beroperasi selepas dinaik taraf hampir beberapa bulan ditutup ... tempat cantik , nyaman dan selesa ... ntah kenapa bila aku melangkah masuk , pandangan ini masih membayangkan situasi yang lama dan ntah kenapa aura keterujaan tidak hadir bersama ... mungkin aku sahaja yang berperasaan begitu kerana aku terlalu mengharapkan sesuatu kelainan yang luar biasa ... hehehe  

Sesuatu yang aku belajar dan usaha untuk menerima seadanya ... #kitayangberbeza


Tuesday, September 29, 2020

menyemai impian ...

 

 

Bila menyemai impian tidak memerlukan modal 

untuk beli tanah atau baja

hanya berbekal usaha dan doa 

😍😍😍😍😍


Saturday, September 26, 2020

alahai letihnya ...



 
... Kehidupan ini sebenarnya tidak sesukar mana pun , buat perkara yang disuruh dan jauhi perkara yang dilarang , mudahkan ! ... yang menjadi kesukaran apabila kita hilang fokus dan ikut sesuka kita jer ... pastu buat low sendiri walhal masa menuntut ilmu yang diajar lain tapi praktiknya lain maka yang tampak x ok adalah sifu yang mengajar ... kesian kat sifu yang bertungkus lumus share ilmu
 
... Agaknya apa yang first word yang keluar dari bibir korang bila kita bantu sehabis baik , tetiba time kita ziarah semula tempat tu keadaannya seperti sedia kala ... pastu owner kalut dan serba x kena serta sibuk semacam  ... kita pulak yang rasa macam nak pening lalat 😜😜
 
... Aku ni dok perhati jer , sebab dah letih nak fikir solusi terbaik untuk share dengan owner ... ye lah kita ni pun belajar ala-ala biasa jer ... tapi dok fikir 32 tahun dahulu bukan senang nak dapat kerja so bila Allah pilih untuk memikul amanah ini ... rasa syukur tu bertahan sampai hari ni ... moga ianya kekal istiqomah hingga ke garisan penamat sebagai penjawat awam ... bayangkan dari puluhan yang memohon Allah pilih kita ... sedangkan yang lain bergelut mencari pekerjaan apatah lagi bidang tugasan x memerlukan aku berpanas terik ( hanya bila aircond rosak atau black out ) kecuali kalau ada tugasan di luar .
 
... Terima kasih lah untuk kekawan yang selalu ada dan tidak berkira dalam membantu ketika aku bergelut menyelesaikan arahan tugas ... ada juga kedengaran suara-suara sumbang bila kejadiannya hanya mereka yang sama sahaja membantu 😊😊😊 ... alahai itu pun jadi isu !  
 
... Setiap dari kita amat berbeza dan perbezaan itulah yang membuat kita semua istimewa ... so bagi diri ini semua mereka yang berada disekeliling aku adalah istimewa ... x kiralah dalam lingkungan pekerjaan atau pun komuniti hatta saudara mara dan adik beradik juga ... bila berbezaan pastinya cara pendekatan dan layanan juga berbeza ... ada kawan yang boleh aku share dan sembang apa sahaja tanpa ada rasa " terasa hati " atau " sentap " sebab mereka kenal dengan baik sikap dan perangai aku ... ada kawan yang aku layan bagaikan puteri dan aku jaga betul tutur kata takut disalah erti serta menimbulkan fitnah dan paling dielak takut menjadi isu dan viral ... ada kawan yang aku hanya boleh share bab kerja sahaja , selain bab kerja tidak boleh sama sekali " takut bikin huru hara yang buat aku pusing dehh ! " πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
 
... Semua dari kita akan ada sebegini kan ... atau mungkin aku sahaja yang beranggapan macam ni ... ntah lah ! so buat mereka-mereka yang terasa atau sentap tu ... aku dengan rendah hati mohon maaf ... insyaAllah aku akan berusaha untuk buat perbaiki kelemahan diri ... meminjam kata-kata mantan pegawai yang pernah mendidik aku 28 tahun dahulu " kita x usah ubah orang tapi kita ubah cara kerja kita ,nanti diorang akan berubah tanpa diorng tahu " ... tq En . Mizuar bin Udin ( moga sentiasa dalam keberkatan dan lindungan-Nya ) ... memula tu agak blurr juga nak faham ... aku hanya lakukan kerja macam biasa , x de kelainan , bak kata bebudak sekarang " ikut flow " tapi kesannya luar biasa biar pun laluan amat berliku .
 
#kitayangberbeza
 

Tuesday, September 15, 2020

melukut

 

 

... September ni agak kalut dengan pelbagai arahan yang menuntut keikhlasan hati dalam memaknakan sebuah kebenaran , so untuk elak bias aku putuskan menunda membuat penilaian pada waktu dan tarikh yang lain ... sekadar scroll melihat pengisian apa yang perlu dinilai sahaja ... dan akhirnya aku abaikan jer ! bukan niat untuk menongkah arus kebiasaan tetapi aku hanya mengikut gerak hati 

... Kerapkali aku rasa sedikit keliru dan kalut dengan arahan yang x konsisten berkaitan sesuatu perkara sebab arahan sentiasa berubah mengikut siapa yang memberi arahan ... dalam banyak hal aku ambil pendekatan lebih kepada memerhati dan menunggu arahan seterusnya serta berusaha keras untuk memberi yang terbaik atas semua permintaan .

... Arakian , berbaki 7 tahun ini ( dengan izin Nya ) aku hanya ikut flow , lebih memerhati , berusaha memenuhi arahan ( ... x kira masa ? ) , berusaha untuk kurangkan bersuara ( eh ! macam susah sangat kan ... hehehe ) .

... Ada ketika bila menyelusuri denai pengalaman yang pernah aku lalui ... aku teringat selalu buat perbandingan berkaitan perkataan " melukut "  

Thursday, September 10, 2020

STRESS ...

 


Apa itu Stress ?
 
Suatu keadaan yang dinamik
menyebabkan individu berdepan 
dengan peluang , kekangan atau
desakan terhadap apa yang 
dihasratkan. Pada masa yang sama 
wujud ketidakpastian akan hasilnya
dan hasil tersebut adalah penting
kepada individu tersebut
( Robbins , 1993 )

Apakah yang akan terjadi
sekiranya saya tidak ambil berat 
masalah stress yang dihadapi ?

1  . Mudah keletihan dan cepat penat
2  . Kekecewaan
3  . Hilang semangat " burn out "
 
Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stress?
 
1  . Perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stress
2  . Kenal pasti punca yang menyebabkan anda stress
3  . Pelajari teknik dan kaedah pengurusan stress
4  . Sekiranya tiada perubahan dalam TAHAP stress yang anda hadapi
( selepas tiga minggu anda amalkan teknik pengurusan stress )
berjumpalah dengan pakar / kaunselor dan dapatkan bantuan

Tips Mengatasi Stress dengan 10 B
( Amalkan Tips Mudah tangani Stress Serta Merta )
 
Bertenang
Bernafas Secara Dalam
Berkata " relaxlah "
Beribadat
Berkongsi Perasaan / Masalah Dengan Seseorang
Berurut
Berehat Dan Mendengar Muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran Positif
   
 PERBEZAAN STRESS DAN DEPRESI
 
" STRESS " 
 * mempunyai pencetus yang jelas
* berkaitan dengan peristiwa hidup
* berkaitan dengan peristiwa semasa
* stress positive : membawa kepada hasil yang diperlukan
* stress negatif : membawa kepada kemudaratan diri
* masih boleh diurus oleh diri
* masih boleh diurus oleh diri sendiri @ dengan bantuan orang lain
 
" DEPRESI "
* berasa sedih melebihi 2 minggu
 * terlalu mudah tersinggung
 * hilang keyakinan diri , emosi berubah-ubah
 * sering mengalami perasaan bersalah dan sering rasa terganggu
* kerap memikurkan tidak mahu meneruskan lagi kehidupan harian
* mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap tugasan , rutin harian

 
~ sekadar perkongsian ~

      

Wednesday, September 9, 2020

... balas 2 X

 


... Alhamdulillah , selesai sudah salah satu proses rebranding yang memerlukan kudrat dari kawan-kawan , selama 2 hari berkampung waima dengan team yang berlainan ... terima kasih daun keladi untuk semua yang terlibat ... gotong royong hari pertama 7 September agak meletihkan kerana melibatkan kerja-kerja angkat mengangkat , mengasing , memindahkan serta memasukan buku-buku ke rak yang telah siap di  labeling sementara ... apatah lagi cabaran memindahkan buku-buku dari GF ke tingkat 1 melalui tangga dengan kaedah rantaian guna tenaga ... maaf lah sebab memilih atau lebih kepada paksaan jer untuk merealisasikan jayanya semua buku rujukan sampai ke destinasinya ... Ayu , Fazilla , Raihan , Mar , Shima , Zamri , Din , Jaf  ... termasuk tuan rumah Faie , Nurul dan Kak Jis .

 ... Hari ke 2 , gotong royong melibatkan staf  lain lak , antara yang terlibat Suzana , Bunga , Fikah , Shima , Jaf dan Din serta staf tuan rumah ... gerak kerja agak lebih santai tapi memerlukan kesungguhan dan kesabaran sebab ianya melibatkan penyusunan semua buku mengikut klas dan proses mengira jumlah keseluruhan buku yang berada di rak ... alhamdulillah atas kerjasama  semua staf  terlibat selama 2 hari ... kerja dapat diselesaikan seperti yang dirancang ... terima kasih juga pada tuan rumah untuk jamuan yang best ...😍😍😍

 ... Tetiba aku teringat semasa perbincangan mengenai perancangan untuk gotong royong dijalankan , aku telah diarahkan untuk menunggu kehadiran Pegawai dari HQ di PD. Kampung Banting ... ok lah sebab ketika itu aku masih menguruskan kutipan hasil , bil utiliti , kad perakam dan hal-hal lain di PD. Batu 38 untuk dibawa ke HQ pada hari jumaat ... memandangkan lokasi antara keduanya tidak jauh dan masih dalam kawasan aku setuju sahaja ... aku gerak ke Kampung Banting ... alhamdulillah semua buku telah tersusun kemas ... tahniah fikah 😍😍

 ... Perincangan mengenai perancangan gotong royong bersambung di Pekan Dataran Sabak ... memula tu aku ambil pendekatan diam sahaja ... kerana aku aku anggap ulang siar perbincangan di Kampung Banting ... aku sekadar mencatat untuk rekod segala arahan ... aku terkesima kejap bila tetiba nama aku disebut untuk turut serta dalam gotong royong dan ntah kenapa ... spontan jer pulak boleh terkeluar ayat "  saya perlu bawak rotan sekali ke " hehehehe  ... ek ! awat lah ayat brutal ni leh terkeluar ... walaupun dalam nada bergurau aku dapat rasakan aura berbezaan pada mereka yang mendengarnya ... bak kata pepatah pepitih " sekilas ikan di air , tahu jantan betinanya " tapi apa nak dikatakan kata telah terlontar ... redha jer lah apa komen diorang .

 ... Mungkin ada yang tertanya dan tersalah sangka bila kerap sangat ungkapan ni aku lafazkan " kalau korang sekali , kak mis akan balas 2 kali " ayat ni aku lafazkan untuk motivasi diri sendiri sebenar atau sekadar memujuk diri untuk tidak ambil peduli sangat atas tindakan atau perbuatan yang mengguris hati ... setiap kali hati ini terluka atas perbuatan mereka ... aku akan balas 2 kali ganda kebaikan kepada mereka , itulah terapi untuk hilangkan rasa sedih dalam hati πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Saturday, August 22, 2020

saat mata hanya mampu memandang ...

 

 

 
 ... Terkadang mata hanya mampu memandang , memandang dan memandang ... tanpa terucap kata " itu adalah lebih baik " pesan seorang sahabat ... aku selalu ingat pesanan ini , ada ketika terasa-rasa dihujung lidah ini untuk melontarkan kata , cepat-cepat aku istighfar untuk menghalang terluahnya kata dan segera berpaling ke arah lain .
 
... Ada ketika hati terasa sebak dan sedih , ntah kenapa akhir-akhir ni aku agak emosi sikit bila melihat laku dan attitude  tidak sepatutnya ada dalam diri sebagai individu yang menerima imbuhan bulanan dan kalau bernasib baik menerima bonus juga ... sesekali melalui lorong itu terlihat kelibat susuk tubuh melepak sambil mengeteh ... " aduhai ngapa le aku lalui jalan ni ... hahaha " kalau boleh aku elak untuk terserempak dalam situasi cam gini , tapi seperti kata orang " rezeki untuk tahu apa sebenarnya " so ini memang sesuai dengan istilah " nampak dengan mata kepala sendiri " ... hihihi
 
... Setiap dari kita ada citernya yang tersendiri , 2017 aku berhijrah ke sini atas arahan bertugas waima perancangannya hanya setahun , kini dah berlarutan mendekati ke angka 3 tahun ... masa memulakan  berhijrah , aku ambik masa berbulan juga set masa perjalanan ... walaupun tidak merentas daerah tapi agak jauh juga ... time tu ok jer sebab tiada penyelenggaraan jalan ... kalau memandu secara konsisten 30 minit dah leh sampai ofis ... kini dengan penyelenggaraan yang x tahu bila sudahnya ... aku ambil masa 45 - 50 minit meskipun memandu secara konsisten ... memang meletihkan tapi dah rezekinya di sini ..." syukur alhamdulillah " masih dalam daerah ... teringat masa bertugas luar daerah selama 16 tahun dulu ( 6 tahun duduk menyewa + 10 tahun berulang alik ) pun sanggup ditempuhi ... aku anggap ini semua cabaran .
 
... 3 tahun disini , aku masih hanya mampu memandang , taraf penempatan sementara membataskan tindakan untuk membuat keputusan meskipun banyak kali aku redah jer ... mungkin banyak kali juga ada hati yang sentap tapi nak buat camne kan ! ... acapkali terlintas dihati ini " apa sebenarnya makna kerja ? " ... hari ini aku bertugas berdua sahaja ... kami berdua ni adalah staf taraf penempatan sementara ... staf permanent cuti mohon dan seorang lagi cuti maklum ( mengejut ) ... maka terkejut le kami berdua ... hehehe
 
... Betul ke semangat kerja ni macam pasang surutnya air di laut  ? bagi aku x de kesahihannya sebab x kajian dibuat kut ... teringat lak buku Prof. Dr. Muhaya Muhamad " Tempat kerja saya adalah ladang pahala saya " ... aku suka buku ni sebab tu ulang baca sampai 3 kali bagi faham bersungguh , pastu aku tambah sikit kat minda ni " tempat kerja ni adalah lubuk rezeki " so setiap hari aku bayangkan jemput rezeki berserta keberkatanNya sekali ... selalu aku pesan kat anak saudara yang bergelut dengan masa dan persekitaran " rezeki ni jangan dicari tetapi dijemput , kita tahu rezeki ada ditempat kerja kita ... kerjalah dengan sebaiknya , kalau kita asyik cari rezeki memang susah nak jumpa , tu sebab ada yang datang kerja tapi cari rezeki kat kedai kopi , duk lepak bersembang , ke hulu hilir tiada tujuan walhal lubuk rezeki dah ada depan mata .
 
... Saat mata hanya mampu memandang ... terkadang hati berbisik nakal ... sampai bila aku mampu bertahan dengan hanya memandang tanpa bicara ?? ... 

Wednesday, August 12, 2020

salah siapa ...

Minggu ni agak meletihkan dengan pelbagai isu dan selalu sangat aku terjebak dalam situasi yang tidak menggembirakan ... meminjam kata-kata semangat dari seorang sahabat " kita insan terpilih untuk hadap semua ini kerana Allah Maha Mengetahui sejauh mana kekuatan hamba Nya " hati ini jadi sejuk sikit ... aku mengambil pendekatan " DIAM " ... diam kerana aku terikat dengan amanah untuk tidak share dengan sesiapa sehingga ada keputusan ... diam kerana aku berpendapat itu adalah yang terbaik ... diam kerana aku tidak mahu serabut memikir sedangkan banyak perkara lain yang perlu aku selesaikan .
 
Salah siapa ... atau siapa salah bukan isunya , yang menjadi isu apabila kita saling menyalahkan antara sama lain ... hampir 3 tahun disini , istilah penempatan sementara seolah-olah tiada memberi maknanya ... setiap hari bergelut dengan masa ... perjalanan kekadang tu menjadi terlalu lama dengan naiktaraf jalan yang ntah bila sudahnya ... ada ketika aku hanya jadi pemerhati setia lagak laku yang saban hari jadi tatapan mata ini ... x tahu salah siapa atau angkara siapa situasi sebegini berakar umbi serta dah jadi sebati ... di sana menyalahkan di sini , di sini menuduh di sinun , di sinun menunding di sana ... yang diduduk di atas tahu tapi x buat-buat x tahu sebab yang melibatkan individu-individu yang bukan biasa-biasa ... akhirnya ibarat luka yang kecil menjadi barah .

Aghh ! kapan bisa keluar dari sini ... bantuin dong ! πŸ™πŸ™πŸ™

S

A

L

A

H


S

I

A

P

A

?

?

?


...


...


...


M

O

G

A


A

D

A


S

I

N

A

R


U

N

T

U

K


S

E

M

U

A


I

N

I



AAMIIN







Friday, July 24, 2020

x suka ? ... x apa




" ermmm , pernah x korang alami atau rasa ada orang x suka dengan korang ... pernah x ?? " itu soalan yang aku terima melalui aplikasi whatssap dari seorang sahabat nun jauh di JB ... isk ! apa ke hal nya hantar soalan bebudak lak ni ... ini mesti kes x de kerja kannn 😊😊!

... Eh ! korang pernah x alami atau rasa ada orang x suka dengan korang ... pernah x ?? , hurmm ! mestilah pernah kan ... adat kehidupan manusia mana pernah sempurna kan ! kalau dulu aku kerapkali x ambil kisah sangat orang suka atau x suka dengan aku ... tapi la ni aku ambil kisah sikit berkaitan suka dan x suka ni ... sebagai penanda aras untuk terus perbaiki diri sendiri ke arah lebih baik dan melatih diri untuk menghargai apa sahaja pandangan , kritikan hatta kutukan sebagai motovasi diri mengharungi cabaran yang lebih besar .

... Aku teringat kata-kata sempoi dari Siti Khadeeja ( Ija - anak saudara ) bila aku ajukan persoalan " pernah x Ija rasa ada member kat sekolah yang x suka dengan Ija " sambil tu aku perhati reaksinya " ntahlah ... ada kut " selambanya nada suaranya  " ada kut ?? "  nada terkejut aku " yelah ... kekadang tu bila berselisih jalan kita senyum , dia buat x tahu jer ... kalau sesekali x pe , ni selalu macam tu ... Ija anggap jer dia x suka dengan Ija " jawab Ija dengan nada bersungguh " lagipun dia ada group dia sendiri , Ija x kisah pun ramai lagi kawan lain ... biar je lah dia " itulah Siti Khadeeja ... kekadang aku mengambil motivasi dari sikap Siti Khadeeja 

... Tipulah kalau aku kata aku x rasa sesuatu pun ketika mendengar ada orang memperkatakan sesuatu tentang diri kita kan ... ada ketika aku jadi lemah sangat ... rasa letih sangat ... rasa down sangat tapi semua tu aku usaha untuk x nak fikir ... hampir 31 tahun mengharungi dunia pekerjaan dan bakal menghampiri garisan penamat 7 tahun lagi ... sebenarnya tiada apa pun yang perlu aku ambil hati sangat sebab rasanya lebih dari ini telah dilalui ... hanya mungkin atas faktor usia yang membuatkan hati mudah terasa dan terguris ... itu pun x lama , rasa terguris tu hanya bertapak sekejap dalam hati sebab aku selalu bisik kat hati " x suka ? ... x apa " hahaha

... Kehidupan ini , bukan sekadar memenuhi atau menjayakan keinginan orang lain kan ... bukan juga untuk menggembirakan orang lain ... lalui semuanya dengan cara sendiri ... perbaiki diri ... berlapang dada ... raikan perbezaan dengan belajar menerima kelebihan dan kelemahan ... berbahagialah dengan cara kita sendiri .

Tuesday, July 7, 2020

pilihan ...

kenangan bersama Juliana Es ( Nana ) Puan Mastura ( Pengarah PPAS )
Bib ( Habibah ) & Me 
gambar agak kelam

kenangan bersama Pn. Sab (KB HR ) , Pn. Suzliana ( Timb. Pengarah PPAS ) 
Me , Pengarah PPAS , Bib & Nana



3 Julai 2020
- akan kekal dalam ingatan ini , meskipun ada rasa sebak kerana akan hilang seorang sahabat dalam bidang kerja namun aku yakin ukhuwah antara kami akan terus akrab meskipun dah tiada dalam ruang lingkup yang sama ... aku pasti Bib yakin pilihan yang dibuat dan doa akan sentiasa mengiringinya ... dan aku juga tahu ramai yang terkejut dengan pilihan Bib ... dan pelbagai juga pandangan dan nasihat yang diberi agar Bib berubah fikiran ... " terima kasih Kak Mis sebab memahami saya " lafaz itu masih lekat dalam hati ini .

- bagi aku mudah , hanya Allah dan kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri ... mungkin ada yang melontar kerugian kerana pilihan untuk bersara awal ... dan Bib juga telah mengambil kira pandangan keluarga serta ada perancangan untuk memulakan perniagaan ... selain lebih banyak masa bersama keluarga ... adakala ketika kita terpaksa memilih salah satu ... mohonlah kepadaNya , insyaallah .

- terasa sesuatu ketika Puan Pengarah meluluskan permohonan Bib ... suasana tertumpu melihat Bib dan aku melihat wajah yang ceria seolah-olah tiada kesal atas pilihan yang dibuat ... dalam banyak perkara rasa gembira dan bahagia x boleh ditukar dengan wang ringgit kan !

- tatkala berurusan dengan Bah. HR pun , aku lihat Bib banyak senyum walaupun diusik dengan Naza dan Chem ... Bib dengan yakin " insyaallah " itulah ayat Bib ... aku gelak jer bila " Kak Bib akan dapat pencen bila umur 55 tahun ye " kata Naza " ye akak tahu " balas Bib yakin ... " kalau Kak Bib nak ubah fikiran masih boleh lagi ni " kata Naza lagi " x mau lah ... akak memang nak bersara awal " kata Bib

- last day untuk Bib ( Habibah Ahmat ) adalah 31 Disember 2020 ... 1 Januari 2021 , Bib akan memegang status persara ... seperti yang selalu kata " Pesara yang berjaya dan bahagia " ... PPAS akan kehilangan staf yang konsisten dalam memberi laporan statistik seperti kata Ija ( Saliza Rahman ) 

Saturday, June 27, 2020

norma baru ...



... " Norma baru " istilah yang semakin kerap didengar selepas kita melepasi PKP , PKPB dan PKPP  dan kita semua pun secara istiqamahnya dah boleh terima serta melaksankan tanpa banyak bicara , apatah lagi bila memikirkan natijahnya jika disebabkan ketidak patuhan kita menyebabkan rantaian covid 19 bagaikan tiada akhirnya .

... 17 Mac 2020  bermulanya norma baru dalam kehidupan aku , bila arahan penutupan perkhidmatan untuk orang awam bermula 17 - 31 Mac 2020 , masa staf masih bekerja seperti biasa dengan nasihat menjaga kesihatan diri dan mematihu langkah-langkah pencegahan penularan covid 19 ... semenjak itu aku menerima arahan hanya melalui whatssap dan hp kena selalu ada bersama " macam kuku denga isi " serta kena sentiasa dalam " mood standby " .

... Bermula April , sepenuhnya bekerja dari rumah , sesuatu yang baru bagi aku adalah bermesyuarat secara atas talian menggunakan perisian zoom ... seharian juga aku berusaha untuk install zoom kat dalam hp aku tetapi gagal ... so first meeting zoom pada 13 April tu memang aku x dapat follow tapi aku dapat info berkaitan inti pati mesy dari member yang ada wifi kat rumah ... selepas tu bermula lah norma baru bekerja dari rumah ... arahan dan info sentiasa update dalam group whatssap ... tanpa mengira waktu dan hari ( hatta lepas waktu ofis 9 am - 6 pm dan juga pada ahad ) ... ada ketikanya aku sendiri jadi keliru juga kerana arahan yang amat penting melibatkan jadual kerja dimaklumkan melalui whatssap bermula jam 10.00 pm di mana ketika itu adalah waktu tidur aku ... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… 

... Jika ditanya atau diberi pilihan " bekerja dari rumah atau ofis " aku pilih bekerja di ofis sebab aku memang x leh sentiasa berkepit dengan hp , lagipun area rumah memang line internet slow sangat , kalau kat ofis aku guna wifi ... kekadang terasa hati juga bila gagal untuk beri komitmen berkaitan arahan yang memerlukan tindakan dan keputusan segera akan dilabel sebagai tidak memberi kerjasama sehingga diberi ingatan mesra " ni puan maklumkan sesape yg tak join meeting nnti puan nak arahkan suruh datang kerja lah "  aku hanya istighfar jer !

... Syukur alhamdulillah bila dimaklumkan 15 Jun 2020 , perkhidmatan dibuka seperti biasa dengan syarat patuh SOP ... masa tu hati berbunga-bunga gumbira , teruja nak masuk ofis dan rindu nak ngadap buku-buku semula ... rindu kembali pada rutin pergi balik kerja 😍😍😍😍

... Ada sesuatu norma baru yang ada unsur kejutan sangat ... adalah bila iklan perjawatan dan tarikh tutup iklan hanya berselang satu hari ... jarak untuk dipanggil interview juga hanya berselang 3 hari dari surat mohon dihantar  melalui email ... maka terkejut juga mereka yang memohon ... dan lagi memberi kejutan bila mana ... staf yang tidak memohon juga diarahkan hadir interview dua hari berselang selepas interview pertama ... dan jemputan untuk hadir interview dihantar melalui whatssap jam 12.07 am ... dan lebih memeritkan bila lantikan untuk jawatan adalah daripada interview kedua iaitu melibatkan mereka yang tidak memohon ... cian kan untuk mereka yang ikut prosedur ... x pe lah bukan rezeki diorng , cuba lagi ek ... jangan pernah bosan untuk mencuba !

... Norma baru yang penuh cabaran yang akan jadi kebiasaan ... sanitizer , facemask dan infrared thermometer dah rutin ... #kitajagakita ...  moga covid 19 cepat berakhir .

Thursday, June 25, 2020

kasut



akhirnya aku beli juga kasut bagi menggantikan kasut lama ( hadiah besday tahun lepas ) yang mula uzur bahagian tapaknya ... walaupun masih boleh digunakan sebab aku dah repair bahagian tapaknya ... bukan aku kedekut nak beli baru tapi rasa selesa dengan kasut tu ... so bila aku jumpa kasut yang patern hampir sama ... ermm beli jer lah 😍😍 

Tuesday, June 23, 2020

Suatu ketika ...


" Jika seorang alim sudah rakus dan mengumpul harta ,
maka kepada siapakah orang bodoh hendak mencari teladan.
Jika seorang fakir ( sufi ) sudah menyukai dunia , mencari kesenangan
dengan pakaian , harta dan perempuan,
maka kepada siapakah orang yang hendak membersihkan diri
mesti mencari ikutan "

bait kata dari buku " Indahnya Tasawuf Dan Hidup Sufi "
oleh
Ustaz Yusri Abdul Karim

... Suatu ketika , pernah aku lalui situasi yang membuat aku bertindak meninggalkan meja perbincangan demi menjaga aib orang dan selebihnya kerana aku menyedari tahap kesabaran diri , waima kelihatan seperti biadap tetapi ketika itu aku merasakan itulah adalah pilihan terbaik ... aku x suka didesak untuk membincangkan sesuatu isu yang sememangnya sudah diketahui jauh dari benar nya ... dan aku memilih untuk diam ... diam itu bukan bermaksud membenarkan pendustaan yang berlaku ... hanya ketika itu aku berpandangan andai aku lontarkan juga kata-kata , ianya akan lebih merumitkan situasi dan sekali kata terlafaz natijah lebih pedih dan kekal dalam ingatan .

... Suatu ketika , dalam perjalanan balik dari ofis aku memandu kereta dengan airmata yang  mengalir ... terasa begitu sebak dengan apa yang berlaku dan aku lalui seharian ... terasa lega dan hapus semua rasa sebak serta sedih sangat tu  ... lain orang lain cara , ada orang suka cerita kat sahabat ... ada orang luah semua rasa kat muka buku ... aku memilih untuk diam ... dan simpan semua rasa tu sendiri ... bukan aku x nak share ... bagi aku diam adalah langkah yang terbaik ... ada juga aku kias-kias dalam perbualan sebagai terapi untuk elakkan stress .

...  Suatu ketika , saat semua yang ada disekeliling seakan menunding jari ke arah aku ... hari yang aku rasakan kesendirian teramat sangat tanpa ada sesiapa yang cuba memahami apa sebenarnya berlaku ... aku hanya mampu memandang insan-insan penakut untuk melontarkan kebenaran ... menyembunyi diri dibalik kuasa ... saling sandar menyandar antara satu sama lain ... salah ke atau berdosa ke untuk berkata benar ...

... Suatu ketika , aku dah x tahu nak kata apa yang ada dalam kotak fikir saat itu ... terasa bergetar suara ini memberi salam bila mana saat kaki melangkah " %&*# ...%&*# ...%&*# " dihamburkan kata-kata yang x terjangkau dek akal waras ... aku memandang seolah-olah telinga ni tuli dan aku membiarkan sahaja bebelan dengan nada suara yang sengaja ditinggikan ... aku berusaha mengawal suara dengan tangan dan kaki yang gementar menahan gelojak rasa ... semua gara-gara peristiwa 9 Mei 2019 yang akan kekal dalam ingatan meskipun pahit , hanya kerana kunci ... yup kerana kunci yang ada dalaman simpanan aku ( itu pun atas pengetahuan pihak atasan ) ... salahnya aku guna kunci itu juga atas arahan pihak yang aku x upaya untuk engkar ... meskipun aku mohon pengertian untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada individu yang berkenaan ... maka bertebarlah fitnah dari mereka yang aku anggap adik-adik ... hingga saat ini bila membaca semula perbualan dalam whatssap yang memperkatakan mengenai perkara ini " kunci stor brg2 daerah amanah kat H jage ... rupenye M ( aku lah tu ) duplicate kunci ... mrah lah dia " kata Z  " Mmg la kalau cam tu , Belum2 dah nak berkuasa tu " balas W " tp mmg ptt lah kne mrah ...arahan kuase pgang kunci xde ..pandai2 copy ... mndapat lah " balas Z " kantoinye td..kunci kt H .. tibe2 stor M dh bukak " kata Z " lpas tu org saklam anggap kak M pegawai kat berbanding H " balas W ... begitu sekali tanggapan mereka pada aku ... bila aku bersemuka dengan individu H yang mengamok sakan berkaitan kunci ini ... lain lak jalan ceritanya ... dari 3 kunci yang ada dalam simpanan H , bila aku minta H kira depan aku ternyata hanya ada 2 sahaja ... ini bermakna aku x buat pendua pun kunci tapi aku ambil dan ianya dalam pengetahuan H ... aku ambil keputusan menyerahkan semula kunci dan semua fail yang berkaitan kerana aku nekad untuk tidak ambil tahu lagi segala urusan yang ada hubungan atau sebagainya.

... Suatu ketika , budak Z ni ada bercerita berkaitan status perjawatan yang masih kekal begitu walaupun dah hampir 5 tahun berkhidmat ... aku tetap sudi meminjamkan telinga ini dan meluang masa untuk mendengar luahan hati nya ... aku buang jauh rasa marah atas perbuatan yang telah dilakukannya ... aku bukan pendendam hanya lebih berhati-hati dalam setiap kata yang terlontar ... serik rasanya dan aku takut x mampu untuk bersabar lagi ... untuk individu W , aku dekati agar lebih faham dan kenal aku ... waima dalam beberapa hal aku perhati jer , sebab selagi aku boleh bersabar ... aku akan bersabar meskipun aku ada banyak peluang dan ruang untuk balas baik apa yang mereka buat kat aku πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

... 

Monday, June 22, 2020

KUBAK - Part 2


Kami JUARA !!!

... Syukur  alhamdulillah , pentas Pesta Buku Selangor 2020 di SACC menjadi saksi untuk kejayaan team KUBAK ... walaupun masa yang singkat untuk latihan dan memasing lak bertugas di lokasi berbeza apatah lagi melibatkan dua daerah ... memang mencabar sungguh untuk mencari tarikh yang semua staf terlibat boleh turun latihan ... terima kasih kepada semua yang memberi komitmen padu dalam menjayakan latihan di Lib Daerah Kuala Selangor .

... Terima Kasih Bobot@Suzana Isrum yang mencetuskan idea  untuk watak Bobot yang memang owsome ... Rama-rama@Che Ta , Kucing@Syikin , Pingu@Ayu , Arnab@Izawati , Kuda belang@Nora dan watak Pokok Bunga@Mila ,Faie,Linda&Me ( yang sentiasa bergoyang ) juga x lupa @Bro Yazid & En.De ( tukang jaga music ) 

28 Februari 2020
jadi saksi 
KAMI JUARA !!














aksi dirakam sebelum beraksi atas pentas

aksi atas pentas

kenangan bersama kekawan peserta dari daerah lain & team "Lobak Gergasi "

Alhamdulillah ... Kita Juara !!

Si Bobot




Friday, June 19, 2020

... eh ! ada juga ek orang cam gini ... hihihi


... " Menerima arahan dari masa ke semasa " seperti termaktub dalam klausa terakhir  akujanji yang telah aku tandatangan masa memulakan kerjaya sebagai penjawat awam hampir 27 tahun ... so bebaru ni bila aku diarahkan untuk bertugas menggantikan staf yang cuti bersalin dan bersambung lak dengan cuti sebab PKPP ... aku terima jer tanpa banyak soal walaupun masa tu kerja aku sendiri ada lagi x settle ... " x pe lah ... ambil pengalaman kerja tempat orang apatah lagi staff yang aku gantikan ni bukan kaleng-kaleng sebab ada Sijil besar jika nak dibandingkan dengan aku ni yang hanya ada sijil sekolah Atap jer ! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

... Aku pilih tarikh 5 Jun iaitu hari jumaat untuk meninjau  persekitaran , aku sebenarnya teruja juga bila menerima arahan tugas ni ... sebab last aku bertugas gantikan tempat staff  yang menghadiri kursus induksi dalam 4 tahun lepas ... sekejap jer pun dalam 5 hari yang aku nilai penuh dengan tandatanya ... kali ni aku akan bertugas sehingga 15 Jun ( itu kata Tuan Pegawai ) tapi aku dimaklumkan oleh owner nya sehingga 16 jun ... aku ni jenis malas nak fikir benda remeh temeh macam ni ...  dah tolak cuti bagai , aku akan bertugas kat situ dalam 5 hari jer !

... First day , aku ke situ ... aku dah teruja dengan hijaunya sawah yang luas terbentang ... lagi lah bila angin bertiup ... rasa damai jer ... aku mula buka gril dan pintu ( kunci telah diserahkan sehari awal ) dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim ... dan aku kuak pintu kayu utama perlahan , bukan sebab aku takut tapi lebih kepada berhati-hati ... almaklum bangunan di pinggir sawah dan dah lama lak di tutup sebab PKP dan PKPB ... aku pandang sekeliling ( ayat macam seram jer ... heheheh ) , lama gak aku terpaku , x tahu nak kata apa ... aku hanya mampu mengungkapkan astaghfirrullahalazim berulang kali ... pastu aku call Sifu kepada staff yang aku ganti ni ... bukan apa aku hanya inginkan pandangan dan idea untuk kasi settle semua semak yang ada kat depan mata aku ni .

... Selesai berbincang tindakan yang seharusnya untuk settle dan beri wajah baru serta mendapat kelulusan ... maka diputuskan beberapa solusi yang terbaik perlu dilakukan ... terima kasih pada yang sudi meringankan beban dan sesama berganding bahu ... semua laporan sebelum dan selepas telah dimaklumkan kepada yang berkenaan ... alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan pada 9 Jun .

... 10 - 11 Jun , aku hanya kerja bertugas half day kat situ sebab kena settlekan tugas hakiki aku di penempatan aku sekarang ... 12 Jun aku ke HQ hantar pelbagai yang menjadi rutin aku setiap bulan .. so 15 Jun aku bertugas seharian di situ ... aku sekali teruja menunggu kunjungan dari user dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm ... sesambil tu aku ubah lagi susun atur perabot untuk keselesaan jika tamu datang bertandang ... sesekejap aku berdiri di depan pintu utama memandang sawah padi dan menikmati damainya tiupan angin ... hati terdetik " mana semua orang ni ... mai lah datang sini " πŸ˜”πŸ˜”

... 16 Jun , hari last aku bertugas kat situ ... aku hanya duduk sambil semak fail-fail jer ... x nak usik kerja-kerja orang sekadar tengok2 dan susun bagi kemas ... ye lah nak baca buku-buku yang ada kat situ memang x lah ... atas faktor kesihatan aku memang x akan sentuh tanpa pakai glove ... lagipun aku memang jarang baca buku kat tempat kerja ... itu prinsip aku ! , aku pusing keliling bangunan letak sesuatu untuk hindarkan makhluk kecik comel dari menghuru-hara khazanah berharga dalam bangunan ... kat dalam pun aku letak juga di lokasi yang x tercapai oleh user .

... 4.30 pm , aku dikejutkan dengan kehadiran owner " eh ! awalnya nak ambil kunci " aku berbisik sendiri ... apakah owner pun teruja nak tengok hasil tinggal sebelum PKP ... semasa PKP dan PKPB ... la ni PKPP , aku dok perhati jer dan tunggu jer reaksi dan lontaran ayat pertama yang akan menerjah gegendang telinga ni ... hehehe

... " kak ... saya sebenarnya masuk kerja hari ni , terlepas pandang lak " dengan suara manja itu lah ayat pertama yang aku dengar ... " akak memang dah tahu sepatutnya masuk kerja 16 Jun ... tapi bila dimaklumkan akan mula kerja 17 Jun ... akak stay sini " itu nada tegas suara aku ... lepas tu aku hanya dengar sahaja owner bercakap dengan alasan ... demi alasan ... dan alasan , sambil matanya dok perhati keliling ... aku pulak sibuk mengemas barang peribadi untuk keluar ... aku istighfar dalam hati ... itu yang terbaik ! ... memandangkan itu hari terakhir tugasan di situ ... aku terangkan serba ringkas berkaitan SOP yang perlu dipatuhi dan beberapa perkara yang perlu owner tahu ... masa menyerahkan kunci kepada pemiliknya ... " akak serahkan semula kunci ni ... dan minta maaf berkaitan fail yang terkena air tu sebab x di maklumkan ... isi ye borang cuti untuk hari ni dan esok ... " bila dimaklumkan esok akan ada urusan anak dan peribadi yang perlu disettlekan ... " eh kat mana ye borang cuti nya " keluhnya lagi ( ermm tempat sendiri pun x tahu mana simpan )" ada kat tray tu ... akak dah kemaskan " mendatar jer suara aku ( ... kelemahan aku adalah x boleh selindung kalau aku x berkenan dengan sesuatu perkara ) .

... 4.50 pm , maka berakhirlah tugasan aku di situ , pengalaman  berharga yang akan sentiasa jadi kenangan ... kekadang aku terfikir apakah sebenarnya yang berlaku ... masa menghidupkan enjin kereta , aku merenung lama bangunan dan sekitar yang damai ... alangkah ruginya tempat indah ( kalau dijaga dengan baik ) tetapi tidak dimanfaat dengan sepatutnya .

... hari-hari seterusnya , aku hanya mengintai suasana di situ lewat status whatssap yang diupdate ... meskipun hanya sekadar yang indah-indah belaka dan tanpa ungkapan terima kasih ... aku harap semua yang telah dipercantikkan akan kekal begitu ... x perlulah nak buat gotong royong lagi ... jangan dilupa ye ... gambar sebelum dan selepas tersimpan kemas untuk dirujuk jika ada keperluannya dibelakang hari .

... memang ek ! orang yang ada sijil besar ( bukan semua ye ... jgn sentap 😜 ) ... perkataan terima kasih tiada dalam perbendaharaan kata diorng ... so aku pesan kat kekawan yang terlibat kasi settle tempat ini dari  setinggan kepada villa ... x yah lah nak kecik hati ek !! πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

... terima kasih semua ... Parit 14 , Parit 8 , Tebuk Berihun , Batu 38 dan bro yang kasi settle bab air tu ... jasa korang tetap dalam ingatan ...

Wednesday, June 3, 2020

sekadar catatan



Ada ketika , perlu korbankan perasaan sendiri
demi kehendak orang lain
Ada ketika , orang tak hargai pun pengorbanan kita
Ada ketika , kita menyimpan rasa terkilan 
demi memuaskan hati orang lain
Ada ketika , orang nampak salah kita ,
tapi tidak nampak puncanya dari mereka
Ada ketika , kita rasa letih di atas semua ini
Tapi ...
Suatu ketika , pasti semua ini ada jawapannya selagi
kita memilih untuk
BERSABAR

Tuesday, June 2, 2020

... antara tenang dan senang


... "antara tenang dan senang , pilih yang mana ? "  itulah soalan sempoi diajukan oleh seorang sahabat yang berada nun jauh di selatan tanah air melalui aplikasi whatssap ... bila aku jawab " kedua-duanya " ... " itu tamak namanya " komennya ... eh ! tetiba lak tuduh aku tamak 😏😏 ... so aku pilih jawapan selamat " mestilah pilih tenang tapi kalau dapat sekali senang ... itu termasuk dalam syukur ganda dua " spontan jer aku jawab sebab malas nak fikir dah dan persoalan tenang dan senang tu tersekat kat situ jer

... Hari ni aku macam terimbas semula berkaitan tenang dan senang ... aku selalu ingatkan diri sendiri ... kehidupan yang kita jalani adalah pilihan ... ada yang pilih untuk senang dengan semua perkara dan perbuatan waima tahu salah tapi demi senang sanggup singkirkan tenang ... meskipun adalah peluang memiliki kedua-duanya sekali ... aneh kan !

... Bila cakap pasal senang , semua orang nak senang ... hidup senang , kerja senang ... segala berkaitan dengan senang semua orang suka ... giler kalau cakap x suka senang ... sebab masa zaman bebudak dulu , bila nampak orang ada rumah besar atau kereta besar ... emak akan cakap " orang senang " ... x pulak emak sebut " orang kaya " ... masa tu macam blurr sikit nak hadam ... bila dah menginjak remaja setiap kali berbasikal ke sekolah melalui rumah yang ada kereta dan rumah besar , terdetik dalam hati " best nya kalau ada rumah macam ini " ... mula le pasang angan-angan untuk belajar bersungguh-sungguh ( masa tu x fikir pun ... angan-angan jer lah ... bukan kena bayar pun ! hehehe )

... Dua zaman itu telah aku lalui ... kini aku pilih untuk menghayati dan nikmati kehidupan dengan tenang dan senang ... selesaikan tugasan sebaik mungkin meskipun ada ketika bukan senang tapi hadapi jer dengan tenang ...