"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Saturday, February 27, 2010
Aktiviti kolaj
perempuan

... isu mengenai perempuan aku labelkan sebagai isu global sebab macam2 isu yang boleh dikaitkan dengan perempuan ... contohnya kat Malaysia ni ... isu pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki ... isu ramai perempuan yang masih mengenalkan status single ... dan terkini isu kununnya perempuan @ wanita menguasai sektor awam seperti yang didakwa oleh CUEPACS ...
... mulanya aku malas nak komen apa pun ... tapi memandangkan aku sendiri punyai pengalaman sejak dari kecik lagi yang sentiasa dikeliling oleh golongan perempuan ni ... so boleh dikongsi bersamakan .. !
... dalam keluarga aku hanya ada 2 lelaki dan 4 perempuan ... yang lelaki tu ...bapak dan abang jer ! ... masa kat sekolah rendah nisbah lelaki dan perempuan masih ok lagi ... kiranya sama banyak tapi masa kat sekolah menengah ... hanya sampai form 3 jer yang yang nisbah nya masih setara ... bila masuk form 4 dalam kelas aku hanya ada 30 % jer murid lelaki yang selebihnya kaum perempuan ... ( masa tu klu x lulus mate x leh masuk form 4 ) ...
... dan kini dalam alam pekerjaan pun ... aku masih lagi dikelilingi oleh perempuan ( ... termasuk le aku ! ) ...kat ofis aku lah ni hanya ada 2 staf lelaki ... so mungkin ada kebenarannya dakwaan CUEPACS tu ... cuma aku x berapa setuju le klu ini dijadikan alasan untuk menyekat peluang golongan perempuan dalam membina kerjaya di sektor awam ... bagi aku lelaki dan perempuan punya peluang yang sama dalam mencari pekerjaan ... dalam menuntut ilmu atau dalam apa jua ... hanya mungkin golongan lelaki ni tidak fokus atau bersungguh kut !
* ... tetap akan ada berbezaan antara lelaki & perempuan !
Wednesday, February 24, 2010
maaf !!!

Monday, February 22, 2010
tahniah ! kat semua team Zon 1B
game terakhir yg sengit ... tahniah kat ZON 1B munculjuara !
as . asrina , sabah , hana , me ,liza m ain... tahniah kat kekawan yang bermain semalam ... sebab muncul juara dah ! ... x sangka kan ! tapi secara peribadinya aku respect kat korang sebab main bersungguh2 ... walaupun aku x pegang bola pun sebab selesema ... dan tahniah jugakkat team bola tampar dapat tempat ketiga pun dah ok le !
Thursday, February 18, 2010
titipan buat mereka tinggal ...
... dan hari ini juga aku dikejutkan dengan sesi makan2 bersama ela , zam , nora dan hana ... x tau lah bila diorang rancang semua ni ... aku betui2 rasa terharu amat ! ... thank's kat korang semua ... tu yang terpaksa menahan airmata ... huhuhu
buat ela ...
... sebenarnya banyak yang kak mis nak ucapkan tapi x tau nak meluahkan ... so apa yang kak mis nak beritahu ... kita adalah dua individu yang amat berbeza ... banyak sangat perbezaannya dari persamaan ... sepanjang hampir 13 tahun sebumbung ... macam2 cabaran yang kita lalui ... semuanya ada ... masam , pahit , kelat dan manis ... dan adakalanya kita gagal mengawal emosi dan egois ... tapi alhamdulillah kita masih berjaya mengharunginya ... ! semoga persahabatan ini akan terus terjalin walaupun kini berlainan daerah
buat zam ...
... walaupun kita hanya sempat satu ofis 3 tahun jer ! ... terima kasih kerana sentiasa sudi menerima tegur dan arahan ... kak mis minta maaf sebab kekadang tu bila dah bercakap memang susah nak berhenti tapi percaya lah tiada niat nak marah pun sekadar ingat seorang kakak untuk adiknya ! ... satu lagi nak pesan ... kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput ! .. ingat tu
... akhir sekali ... terima kasih sangat2 sebab raikan perpindahan kak mis dengan kek & nasi ambang ... memang sedap dan terharu sangat ! ( alahai ! ... x sempat nk masuk gambar masa sesi makan2 tu ... insyaAllah akan menyusul kemudian )
* kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
insyaAllah kita akan jumpa lagi
Saturday, February 13, 2010
Gong Xi Fa Cai
kabut !

Wednesday, February 10, 2010
hari-hari terakhir ...
... tentunya aku akan merindui semua kekawan dari daerah ini ... walaupun pernah ada ketika hati terguris ... terluka tapi semua itu aku anggap asam garam kehidupan yang pastinya menjadi memori indah untuk diingati
... buat semua kekawan dari lib daerah kuala ... honey , mila , ajijah , nor , linda ( akan bertugas di lib Pekan BB ) & kak sal ... dan team puppet ita @ sang harimau , yus @ sang badak ), reza @ kak yong ) , PD.SGG ( hana @ katak & buaya ) serta semua kekawan dari lib desa ... maya , mayang , nurul , farah , aini , faniza , liza , nora dan arnita ... x lupa maah dan mek ( yg akan gantikan tempat aku ) ... aku mohon maaf sangat2 jika sepanjang aku bertugas kat daerah ni ... ada perkara2 yang aku terlepas pandang atau terlepas cakap kat korang semua ... yang buat korang terluka atau berkecil hati ... kemaafan yang diminta ... klu boleh aku nk jumpa sangat jumpa korang tapi mungkin x kesampaian !
... hari2 terakhir ni ... aku berusaha untuk melangsaikan segala tugas yang masih bersisa ni ... dan seandainya aku gagal melunaskan semua ... harap mek x marah kan ! ... dan hari ini jugak aku mula pack semua barang2 aku ... dan menyahkan barang2 yang perlu aku lupuskan
... jangan tanya samada aku sedih atau x ... walaupun aku rasa seperti bebola tapi aku memang malas nak fikir ... biarlah ianya jadi rahsia aku dan Allah
* ... semoga Allah permudahkan segalanya .amin
Monday, February 8, 2010
no comments
keluar dari rumah pagi tadi pun ... mood aku memang x berapa ceria sebab selsema dan baju uniform aku yang x sempurna ni ... " Ya Allah ampunilah hambaMu " ... itulah yang aku lafaz kan sebab ada rasa amarah dalam hati ...
... selesai majlis ... aku berpeluang berbincang pasal pertukaran aku ... dan sekali lagi aku terkejut bila dimaklumkan ada rombakan senarai staf yang bertukar ... dan sekali lagi aku terlibat ... walaupun aku amat memahami segala sebab musababnya tapi ntah lah ... hati kecil ini tetap rasa hiba ... " Ya Allah ampuni hambaMu "
... dan kesahihan segalanya seakan pasti bila terima call dari HQ ... 17 Februari 2010 ... aku akan lapor diri ditempat baru
* ... no comments ... tunggu dan lihat apa kesudahannya !
Thursday, February 4, 2010
sesi memanaskan badan !
santai ! ... kak jis , yazid , ija & ayu
rebut ! ... jgn x rebut !
masing2 jaga posisi !
... hampa ! bila bola gagal dijaringkan
masih bersemangat walaupun panas terik !... gambar ni aku rakam semasa latihan bola jaring kat Sg.Besar ... walaupun x ramai hadir tapi masih lagi boleh wujudkan 2 team ... kira ok le tu ! ... dalam cuaca yang boleh tahan jugak panasnya ... aku respect kat semua kekawan yang sanggup bermain sambil belajar skil ... aku sendiri pun masih kalut dengan peraturan permainan ... so wisel pun sentiasa menjerit ! ... dan kerana bola jaring jugak ... jari tangan kiri aku terseliuh ... sampai la ni masih sakit walaupun bengkaknya dah hilang ... !
Friday, January 29, 2010
menanti detik ...

... sebenarnya aku malas nak fikir pertukaran ni ... sebab masih x terima apa2 surat dari HQ walaupun isnin lepas aku dah dapat info ... aku masih berpegang pada prinsip selagi x terima surat pengesahan ... selagi itulah aku akan buat kerja macam biasa !
... ada gak tanya apa perasaan aku ... gembira ??? ... ntah lah ! aku x nak komen pasal tu ... bagi aku mudah jer di mana bumi di pijak , di situ lah langit dijunjung ... kalau nak ikutkan hati memang lah seronok sebab bertugas kat daerah sendiri ... dekat dengan rumah ... dan dapatlah jimatkan kos minyak kereta ... tapi meninggalkan tempat kerja sekarang ni pun mengundang seribu kesedihan jugak ... sebab kat sini lah aku belajar erti kehidupan sebenarnya ! ... terasa begitu mahal harga pengalaman sepanjang berada di sini ...
... aku masih menanti detik kesahihan semua info ini dalam penantian yang amat memenatkan !
* ... buat kekawan yang terlibat sama ... fikirkan hikmah yang Allah sembunyikan dari jangkauan kita ...!
Wednesday, January 27, 2010
CaTuR KeHiDuPaN

Tuesday, January 26, 2010
HuJaN ...

... ku lihat keluar dari jendela ofis
hujan turun ... kadang-kadang lebat kadang-kadang gerimis
melihat titisan air jatuh ... bagai melagukan irama duka
mungkin saat ini jua ...
ada hujan di hati antara kita
cepatlah berhenti hujan
agar mentari bisa menyinar
di hati yang kian basah ....
* ... kehidupan ini hanya sebuah persinggahan ... tiada yang abadi !
Thursday, January 21, 2010
rezeki
... masa aku kursus pemantapan diri tahun lepas ... ada gak disentuh pasal " kerja nak cari duit atau nak cari rezeki ? " ... x tahu samada member2 yang gi sama aku dulu ... masih ingat atau dah lupa pasal ini ... tapi bagi diri aku sendiri ... semuanya masih terpahat kat minda ... bukan apa pun ... sekadar ingatan buat diri dalam mengharungi liku-liku alam pekerjaan ini ... adakalanya kita tergelincir gak dari landasan yang sepatutnya
... lagi satu cari rezeki ni amat berkait rapat dengan keberkatan ... itulah selalu ingin aku jaga ... sebab aku masih ada tanggungjawab serba sikit menyara bapak ... takut juga bila punca rezeki yang di terima tiada keberkatan untuk menyara keluarga ... ! sebab ada yang kata rezeki yang tiada keberkatan walaupun mudah dapat dan lumayan tapi kita tetap rasa kurang dan masih ada jer masalah yang biasanya berkaitan dengan wang !
... sebab tu aku selalu tanya diri sendiri ... sejauh mana aku jujur dan ikhlas dalam memikul amanah dalam pekerjaan ... x perlu tanya orang lain pasal semua ni ... sebab hanya Allah dan mungkin kita jer yang tahu apa yang berserabut kat pemikiran kita ... x perlulah berbohong atau berpura-pura ! ... x kan dengan diri sendiri pun nak selingkuh kan !!!
... mungkin jugak setiap dari kita punya cara sendiri memantau rezeki yang masuk ke kantung setiap bulan ... sewajarnya kah dibayar kita sebanyak itu jika tugas yang dipikul seringan kapas ! ... redhakah kita menyuap rezeki hasil titik peluh orang lain !
* ... sesama lah kita saling ingat mengingati selagi masih diberi peluang !
Wednesday, January 20, 2010
rindu
... dah seminggu aku pendamkan perasaan ini ... x banyak gambar emak yang aku simpan sebab semasa hayatnya emak memang x suka bergambar ... klu ada pun hanya gambar candid jer ! ... dulu bila rasa rindu pada emak ... aku akan pakai baju kurung kedah emak tapi semua tu dah x de lagi ... dah lusuh dan aku x tau kat mana semua baju tu ...
... semalam aku menangis semasa memandu balik dari ofis ketika melalui tanah perkuburan tu ... ntah lah tiba2 jer hati jadi sayu ... sampai ke malam aku masih dalam emosi !
... Al - Fatihah untuk arwah emak
Monday, January 18, 2010
kita hanya merancang ....
... hari ini baru dapat siapkan kertas kerja perancangan aktiviti tu ... kalau ikut sasaran aktiviti yang diberi masa mesyuarat ... lib cawangan kena buat 40 aktiviti untuk 2010 ... semuanya kalau boleh tidak melibat kos ... tu yang buat aku rasa pening lalat sikit ... hehehe !
... dalam kalut tu ... aku hanya fikir positif jer ketika buat kertas kerja ni ... aku hanya merancang untuk aktiviti ... soal pelaksanaan ... atau macam mana nak melaksanakannya ... aku akan fikir bila sampai masanya !
... sebab tu lah baris terakhir kat kertas kerja tu aku tulis " pelaksanaan bagi perancangan di atas adalah mengikut kesesuaian masa dan keadaan " ... sebagai manusia kita hanya merancang ... Allah yang tentu samada berjaya atau tidak ... ini bukan bermaksud aku tidak berusaha ... cuma aku tidak mahu dipersalahkan jika ianya gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan
* ... adakalanya kita mudah mencari kesilapan ... dari mencari punca kesilapan ... manusia memang begitu gamaknya !
Thursday, January 14, 2010
Brainstorming Outcomes Aktiviti 2010
khusyuk !
mek , nora & me

berkongsi idea utk aktiviti12 - 13 January 2010
... aku pun tengah pusing memikirkan ... klu nak buat kat lib aku ni ... dimana lah ruang yang paling sesuai ... aku harap sangat permohonan untuk bilik tingkat 1 tu berjaya ... kalau x aku mesti gagal untuk capai sasaran 40 aktiviti setahun ...
... so terpaksa lah aku ambik mana2 akitiviti yang sesuai dengan situasi lib ... dan drafkan untuk setahun ... set kan jugak 3 aktiviti yang boleh mohon budget !
... rasanya dah hampir 16 tahun ... itu lah rutin kerja aku di awal tahun ... memang nampak biasa jer ... boleh jer kalau nak copy paste dari tahun2 sebelumnya tapi hati aku ni degil ... rasa jemu lak buat benda sama ... klu aku sendiri dah jemu ... apatah lagi bebudak & pengguna
Thursday, January 7, 2010
Doa
... mungkin jugak sebab aku lebih banyak diam jer ... so dia bagi satu lagi cadangan untuk aku jadikan azam 2010 ni ... kena lupuskan status single ... ek ! ke situ pulak dah ... hampir 30 minit gak aku dengar ceramah melalui gagang talipon ( ... nasib baik dia yang call aku ... klu x haru gak nk bayar bil )
... cuma yang aku nak kongsi kat sini ... bila dia sentuh pasal doa anak-anak soleh / solehah yang bakal menjadi bekalan bila nyawa tiada dijasad ... selain dari amalan dan amal jariah sepanjang hidup kita ... dia kata aku dalam golongan yang kerugian sebab masih sendiri ... emm ! sebenarnya aku teringin nak mencelah tapi kesakitan ini menghalang ... so aku cakap kat dia " ... nanti lah aku cakap kat blog yerk ! " ... hehehe
... aku setuju sangat atas hujah panjang lebar dia tu ... cuma aku nak ingatkan kat dia ... soal jodoh , rezeki , ajal dan lain2 tu ... semua Allah yang tentukan ... sebagai hambaNya kita hanya usaha dan doa ... dan kepada sesiapa saja yang ada anak tu ... selain didikan yang baik ... pastikan jugak kita sebagai pemikul amanah ni ... carilah rezeki dengan cara yang diredhai ... sumber yang diredhai ... jalan yang diredhai ... sebab apa yang dinikmati akan jadi darah daging .... takut kecewa bila doa yang kita harapkan tidak kesampaian saat kita amat memerlukan !
* ... terima kasih ek ! ... sebab selalu mengingatkan bila aku sering terlupa ...
Tuesday, January 5, 2010
masih disini

Wednesday, December 30, 2009
LaMbAiAn 2010
... pada aku ' benda ' ni harus ada !Tuesday, December 29, 2009
khabar angin !
... fuhh ! tadi aku dapat info yang berkaitan dengan ruang lingkup yang ada kat sekeliling aku ... tapi aku ambik sikap x endah jer ... malas nak fikir atau nak ambik tahu lebih2 ... selagi x ada hitam putihnya ... selagi tu lah aku ragui kesahihannya... aku x nak perkara lama berulang lagi ... sebab sesiapa pun berhak bercakap ... aku serik dan x rela dianggap pencetus gelora walaupun hakikatnya tidak begitu ... meskipun aku yakin akan kebenaran tetap ada tapi adakalanya aku kalah dek emosi ... !
* ... terima apa saje ... sesungguh Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya
Saturday, December 26, 2009
tertunai sudah janji ...
adib & ammar











aku rasa lega sebab dah tunaikan janji pada adib & amar
walaupun bukan aku yang bawak diorang gi bercuti kat Lumut
tapi abang & kakak ipar
sekurang2nya terubat jugak rasa kecewa diorang
sebab
mula tu memang aku nak ikut sekali
tapi terpaksa batalkan sebab mata aku ni sensitif sikit dengan cahaya matahari
sejak diserang sakit mata awal november lalu
sampai la ni masih x baik sepenuhnya
lepas ni aku cakap kat diorang
walaupun tempat ni x le sehebat Sunway
kira ok gak ... sebab ada kolam renang
melihat aksi mereka berendam
aku yakin sangat diorang seronok !
terima kasih kat abang
yang sudi menunaikan janji bagi pihak aku
so
sekarang ni aku berjanji kat diri aku sendiri
nak settle semua kerja
walaupun bukan kerja hakiki aku
... ingat untuk diri
jangan suka berjanji
kalau x pasti akan mampu dipenuhi
dan
jangan suka mungkiri janji
Wednesday, December 23, 2009
pelangi petang


... semalam masa balik ofis dalam hujan lebat tu ... aku terpandang sejalur pelangi ... hati terdetik " subhanallah ... subhanallah ... subhanallah " ... aku memandu perlahan kat lorong kiri dan klik .. klik ... inilah hasilnya
... aku x tahu bila kali terakhir aku melihat pelangi ... rasa dah lama sangat pun ... cuma aku rasa pelangi yang aku lihat semalam agak aneh sikit ... sebab dalam hujan lebat ...!
* ... Allah maha mengetahui atas setiap kejadian ciptaanNya





candid !
thank's kat semua member2 yg beli kek ni !

