"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, August 8, 2008
debaran
... aku x pasti samada nama aku termasuk dalam senarai atau tidak ... segalanya masih samar ! aku juga dimaklumkan pertukaran kali ini akan melibat PD gak sebab semua petugas desa dah di ' upgrade ' kan ... so kemungkinan mereka bertugas kat lib daerah atau cawangan memang x boleh dipertikaikan lagi ...
... terdengar gak desas desus kat HQ ... adanya staff dari sana yng mohon untuk berkhidmat kat daerah dan caw'gan ... juga kedengaran staff desa / pekan yang abis krsus hari ni ... keberatan untuk berpindah tugas ke tempat lain ... pada aku seharusnya mereka x leh le nak ' demand ' pasal ke mana nak di tukarkan ... setelah sekian lama menunggu untuk diserapkan ke jawatan tetap ... tapi biasa le ... nama pun manusia ... untuk terima perubahan memang susah !
... aku berharap sangat jika nama termasuk dalam senarai reshuffle ... biar le lokasinya lebih dengan tempat kelahiran ... rasanya 14 tahun bertugas diluar daerah ... aku dah penat ... seawal pagi bergegas ke pejabat ... jam 7.00 pm baru le sampai kat rumah ... 2 jam perjalanan pergi dan balik ... adakalanya membuat aku hilang fokus ... apalagi dengan kenaikan harga minyak ... !
terasa amat memeritkan ... !
... ada gak suara2 nakal yang bertanya " sanggup ke jika dapat transfer kat PD ? .... jawaban aku mudah jer ... " kat mane pun same ... kerja , kerja , kerja ... yang paling penting dekat ngan umah ! " ...
apa pun kena tunggguuuuuu ..........!
Thursday, August 7, 2008
... hati yang rapuh !
menghayati bait2 senikata ... ditambah pulak dengan kemerduan suara ... membuat aku leka sat
... terasa pulak lagu macam kena pada aku pada saat ni ...
semalam gak hari terakhir untuk aku putuskan ... samada meneruskan hasrat untuk ' berhijrah ' atau tidak ... bila mengingatkan banyak kenangan dan pengalaman yang ku kutip sepanjang bertugas kat sini ... ditambah pulak dengan beberapa penghargaan yang dititip ... rasa sayang sangat untuk beralih arah ... aku tau gak akan timbul pelbagai tanggapan yang salah ... tapi aku perlu berani ... kerana peluang terbaik tidak datang selalu ...
... tadi aku cuba cari lirik lagu tu ... kat internet !
hayati le bait2 senikatanya
Wednesday, August 6, 2008
sekitar akt lib S'kinchan
kreatif .... kelopak mawar dari daun pisang
masakan rendang dan puding
... aktiviti kat lib Pekan S'kinchan pada 3 ogos lepas ... kali pertama mengadakan aktiviti secara terbuka untuk pengguna perpustakaan ... tahniah ! berjaya merealisasikan segala perancangan walaupun terdapat sedikit kesilapan dan agak kalut semasa aktiviti berjalan ... masih boleh diperbaiki ...
... aku menghadirkan diri pun tanpa dirancang ... apapun semuanya ok !
Tuesday, August 5, 2008
semalam yang meletihkan ...
... aku bercuti sebab hantar ' bapak ' ke hospital Daerah Teluk Intan ... seawal pagi aku dan adik dah keluar rumah ... sebab nak berurusan dengan hospital ni memang rumit dan adakalanya amat memerlukan kesabaran yang tinggi ... yelah ! nak uruskan orang2 yang kebanyakannya sakit ... lagipun aku malas nak menunggu lama ...
... masa dalam kereta lagi aku dan adik dah rancang cara terbaik untuk elakan kelewatan ... sebab 2.00 pm ada satu lagi janji temu kat hosp. daerah sabak pulak ... memandu awal pagi dengan suasana berkabus dan lalulintas lancar ... membuat aku alpa pada had kelajuan ... " laju ni " ... tegur bapak ... aku jeling kat papan meter ... erm ! tak perasan pulak ... 100 km ! ... biar betul ... tetiba aku terfikir " patut le ada orang yang suka pandu laju .... memang seronok ! "
... 8.15 - tiba kat hospital ... terus gi kat bahagian radiologi ( utk x-ray ) ... alhamdulillah orang x ramai lagi ... dapat giliran ke 3 ... kira ok le tu ... pastu kat tempat menunggu ada tv pulak ... so x le boring sangat ... lepas x-ray ... gi pulak kat klinik 1 ( bah. rawatan pesakit luar ..) ... x sempat panas kerusi yang duduk lagi ... bapak dah keluar ... " 25 ogos ni .. kena datang lagi ...." biasa le untuk rawatan susulan ...
... aku gi kat farmasi untuk ambil ubat ... adik dan bapak gi kantin untuk makan ... kesian gak kat bapak sebab sejak 10.00 mlm tadi tak makan apa2 kecuali minum jer ... sebagai persediaan untuk x-ray ... sebenar aku dan adik pun x sempat sarapan pagi tadi ...
... kat farmasi aku dapat no 2086 ... masa dok menunggu giliran tu sempat gak aku sembang dengan " makcik " kat sebelah ... dia ambik ubat untuk sakit darah tinggi ... pesannya kat aku
" jaga kesihatan kena dari muda ... klu dah tua ni susah sikit sebab daya tahan dah kurang " ...
tapi aku lupa nak tanya dia tinggal kat mane ... sebab dia jemput gak " kalau nak makan durian kampung ... datang le rumah " ... hehehe
... abis urusan kat hospital ... dalam perjalanan balik ... singgah makan rojak dan mee rebus kat
' azizi mastan ghani ' lokasinya lepas trafik .. menghala ke Hutan Melintang ... memenuhi hajat adik ... yang beria sangat nak makan kat situ ...
... hampir 12.00 baru sampai rumah ... mandi dan relaks sekejap ... pastu 2.00 gi pulak ke hosp. Daerah Sabak untuk janji temu ... warga emas !
... 4.30 aku ke pusat servis proton ... bersyukur sangat sebab x perlu tunggu lama ... pastu gi temankan adik shooping baju raya ... eleH ! bulan syaaban baru bermula dah sibuk untuk persiapan raya ...
... ari ni memang meletihkan betui ! ...
Friday, August 1, 2008
syukur alhamdulillah ....
... bila aku maklumkan kat staff yg aku anggap macam 'adik ' ... ada riak kecewa walaupun cuba dinafikan ... eleh ! hani ... akak tau tahu masa tu mesti frust kan ... tapi nak cover line le tu ... tapi masa tu aku hanya cakap ... ' masih ada harapan lagi sehingga jam 5.00 pm ' ...
... apa pun tahniah ! tahniah ! tahniah ! ... buat kekawan yang berjaya tu ... rasanya ramai gak ...
antaranya hani , dayah , roseneta , raihan , kak jisma , kak hana dan nora ... lagi sape ek yang dapat ... selamat menempuh cabaran dan semoga sukses selalu ...
... hanya aku di saat ini masih mencari kekuatan untuk melakukan satu langkah dalam tindakan mencapai hasrat yang dah lama terpendam ...
Wednesday, July 30, 2008
Saturday, July 26, 2008
selamat ulangtahun ke 3
sekitar kempen gerakan membaca daerah ...
dari kiri .. nor, ita , maya , roseneta dan reza
..... sempat posing dengan bunga
Friday, July 25, 2008
... mengurus hati

Thursday, July 24, 2008
posisi anda ... gambaran peribadi
Baca dan fikirkan dimanakah anda... rasanya apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
AIR - kedua, keenam, kesepuluh
API - ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN - keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.
:- jangan le percaya sangat ... klu ade persamaan pun mungkin ' kebetulan ' jer !
Friday, July 18, 2008
sabar
... Al-Alammah Ibnu Qayyim di dalam Madarij as-Salikin , memetik dari Iman Ahmad, katanya
" perkataan sabar di dalam Al- Quran disebut melebihi sembilan puluh tempat " ... begitulah bermaknanya ungkapan sabar dalam hidup seharian kita selain daripada memenuhi tuntutan dari Nya ... tapi berapa ramaikah diantara kita yang begitu memahami dan mengamalkannya ..?
... kala dilanda musibah dan bencana ... kita sering terbuai oleh rasa kecewa dan meratap nasib malang yang menimpa ... ada juga yang mengambil jalan singkat bagi mengakhiri penderitaan ...
tapi mereka2 yang sabar maka terhindarlah dari gejala2 yang dimurkai Allah dan merugikan diri sendiri ...
.. firmanNya dalam Suruh an-Nahl:126-127
" Dan jika kamu memberikan pembalasan, hendaklah dibalaskan serupa dengan kejahatan yang diperbuat kepada kamu, dan kalau kamu bersabar, maka sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar , dan tidaklah ( ada ) kesabaran itu melainkan dengan ( pertolongan ) Allah " .
... pagi tadi semasa singgah kat lib daerah ... berjumpa sat dengan member yang meluahkan rasa berdebar menunggu keputusan interview yang telah dihadirinya ... aku amat memahami sebab aku dulu pun pernah melalui ... bukan sekali tapi berkali-kali gak ... tapi mungkin disebabkan
dah sifat dan sikap aku ni ... x pernah putus asa walaupun berkali-kali gagal ... so percubaa ke 6 baru le berjaya ...
... so pada mereka2 yang masih dalam ' penantian ' tu ... ambil lah ikhtibar dari firman di atas tu .. insyaAllah ! hati jadi tenang dalam menerima apa jua keputusan yang bakal diterima ...
Thursday, July 17, 2008
disebalik tabir dan takdir ...
... antara sedar atau tidak jugak ... kita sering berserah pada takdir ... kerapkali juga kita pasrah atau meredhakan segalanya tanpa sedikit pun nawaitu untuk berusaha ... kecuali la kalau kita sudah berusaha dan berbuat sehabis baik ...
... melihat , mendengar serta menilai pelbagai isu dalam ruang lingkup persekitaran organisasi tempat aku bertugas ... bagi aku bukan le isu atau perkara baru ... dari mula berkhidmat hingga kini ... semuanya statik ... kalau ada pembaharuan atau penambahbaikan pun hanya dari segi luaran atau lahiriah jer ...! tapi pengisiannya tetap sama ... semuanya terpulang pada individu itu sendiri ... kalau lah kita merasakan perlu kepada anjakan perubahan demi rezeki halal maka fikir lah arah tujuan kerja kita ... jadikan kerja kita sebagai salah satu ibadah kepada Nya ... tapi klu kita hanya fikir x buat apa pun ... gaji tetap dibayar ... terserah ! ...
... baru ni terdengar gak soseh-soseh berkaitan individu yang kononnya ... kecewa sesangat pasal nama x tersenarai dalam katogeri ' insan bertuah ' ... maka tersebar pelbagai spekulasi yang kebanyakannya lebih menjurus kepada ' padan muka ' daripada bersikap ' ihsan ' ... melihat kepada situasi yang berlaku aku jadi ' gerun ' ... aku simpati bukan le sebab mudah didekati tapi lebih kepada nilai budiman ... rasanya bukan sebab kecewa tidak berasas tapi lebih kepada tidak dinilai adil dan dihargai ... kepada mereka2 ' bertuah ' ... syukur nikmat atas kurniaNya ...
... misi ke t'gganu dah selesai ... walaupun x le berjaya sangat ... rasanya dimasa depan kena berani buat perubahan ... cerita dari sembang2 dengan individu yang pergi ... banyak perkara yang x sepatutnya berlaku ... dan perlu le dijadikan ikhtibar ... ' ayam tambatan ' yang dibawa semuanya bagaikan ' x bertaji ' ... isu ikhtiari dan ikhtilaf sepatut tak de dalam kontijen ... dua tahun lagi mungkin bertanding ke Johor lak ...
... tahniah buat 2 member ( ... sally dan faizah ) yang diserapkan ke jawatan tetap ... semoga anugerah ini sebagai perangsang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ... kepada member2 lain yang tidak berjaya tu ... jangan berhenti berharap sebab insyaAllah giliran korang akan sampai gak ... jangan putus asa ... atau korang kena tunggu sebab dalam organisasi kita ni ... biasanya ikut ' ranking ' ... so sabar jer le !
... disebalik tabir ... macam2 cerita tapi takdir Allah tersisip seribu rahmat yang tidak terjangkau akal manusia ...wallahualam
Tuesday, July 15, 2008
... rentetan bercuti
bercuti tu bukan le bermakna ... aku pi makan angin atau ape2 jer yang membawa maksud berehat ...tapi lebih kepada lari dari rutin harian biasa ... kerja ...kerja ... kerja ... dan kerja
... rentetan sepanjang bercuti ....
11 julai ...
seawal pagi aku dah mula operasi mengeluarkan pinggan mangkuk , periuk dan kuali ... sebab hanya aku jer yg tau kat mane semua barang tu tersimpan ... rumah aku kan ... hehehe
pastu aku dan kakak gi shopping untk barang dapur pulak ... memang le penat tapi bila kenangkan arwah mak ... rasa penat tu hilang ...
3.00 pm aku terima call dari teman kat lib sg besar ... katanya ada berita hangat terbaru ... biasa le pompuan klu x bergossip x seronok kan ... tapi bukan mengumpat tau ...
3.45 pm aku dah sampai kat sana ... banyak jugak le cerita2 terkini ... tentang macam hal berkaitan organisasi dan berkaitan dengan kerje gak ... sambil tu minum petang ... jamah kuih dan minum nescafe susu ... ingatkan nak singgah sekejap jer ... tapi bila dah jumpa panjang pulak cerita ... sebenar bukan senang nak bersembang kalau time kerje tu ... singgah klau ada hal jer ... last nya petang tu aku balik jam 6.00 pm ...
12 julai ..
seawal pagi gak aku , along dan didi dah pergi pasar untuk beli barang basah untuk kenduri malam ni ... " acik jadi mem ari ni " bila aku suruh dia memandu ... ala ! bukan ape ... aku saja jer nak merasa naik kereta dia pulak ... lagi pun aku dah penat memandu ...
.. alhamdulillah ! semua saudara mara dan adik beradik berkumpul malam tu ... ketika majlis tahlil tu aku tetiba rasa sebak sangat ... " semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman " amin ...
13 julai ...
selepas kenduri malam tadi aku dimaklumkan biras kepada adik kemalangan jalanraya dan kembali ke rahmahtullah ... dengan berpandukan kepada alamat yang diberi ... aku , adik , adik ipar dan kakak tawakal jer pi cari rumahnya ... walaupun tersesat kat pekan setiawan , perak ... dan terpaksa bertanya kat balai polis ... akhir kami sampai gak walaupun terlewat ... masa balik sempat gak singgah kat tepi jalan tu ... beli durian kampung ... huh ! mahal la ...
14 julai ...
rasa rileks sikit ... selepas kemas dan masukkan pinggan mangkuk dalam stor ... aku dan adik gi shopping kat pekan sg besar ... sebenarnya aku x beli barang pun sekadar jadi pemandu jer ...
15 julai ...
ari ni le ... aku memulakan rutin seperti biasa ... kerje .. kerje .. kerje dan kerje !
Thursday, July 10, 2008
kalau niat baik ....
... tapi semalam bila di tegur oleh keluarga ... baru le aku ambil masa untuk fikir semula ... fikir kebaikan dan keburukannya ... apalagi bila keputusan ini juga melibatkan orang lain yang tentunya bukan mahram ... mengapa lah aku x terfikirkan perkara ni ...
... malam tadi sukar gak aku nak lelapkan mata ... mencari alasan yang baik dan sesuai seperti yang dicadang oleh seorang teman ... aku berusaha untuk tidak berdusta walaupun boleh le di anggap " bohong sunat " ...
... pagi tadi sebelum bertolak ke ofis " 24 haribulan ni kenduri kat rumah mbah ... khamis malam jumaat " ... fuhh ! aku senyum lega ... x perlu le aku menipu dalam bulan Rejab yang mulia ni ....
pastu aku pening gak memikirkan cara terbaik untuk mintak maaf dan menerangkan situasi ni ..
tapi alhamdulillah semuanya dah settle ...
... lain kali aku kena beringat bila nakbuat sesuatu tindakan ... walaupun agak terkilan gak sebab x dapat menghadiri majlis tu ... yelah bukan senang nak dapat peluang menghadiri majlis AMIM tu
tapi aku bersyukur sangat sebab disedarkan ...
... meskipun aku berniat baik ... kalau implikasi dari niat tu akan menimbulkan fitnah dan masalah ... tak de makna nye ..,
Wednesday, July 9, 2008
bulan Rejab
- info ni di copy/paste dari mail kiriman seorang teman (... ija ) ...
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Monday, July 7, 2008
bila dah tak sehaluan .....
... ketika rakyat masih lagi bergelut dengan kenaikan harga minyak , beras dan barangan harian ... sekali lagi dikejutkan lagi kenaikan takrif elektrik pulak ... pastu la ni heboh pulak pasal kes berprofil tinggi yang melibatkan ' mereka2 yang ternama dan berkuasa ' ... kat Malaysia ni arus perdana politiknya memang sentiasa meriah dan bergelora ... kutuk mengutuk atau fitnah dah jadi asam garam ... begitu gak saman menyaman dah perkara biasa ... sampai bila masyarakat rela dalam terpaksa menjadi penonton ... x tau la !
... la ni gaya hidup mereka dah menularkan pulak dalam kehidupan bermasyarakat ... dulu kat warung kopi di lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota ... makan semeja masih lagi nampak harmoni walaupun berlainan parti ... tapi kini duduk semeja tapi tutur bicara kena dijaga ... takut melarat bermasam muka ... agaknya diorang ni lebihkan dunia dari tuntutan agama ...
... kat kantor la ni lain pulak cerita ... jika dulu galak bergurau senda dan sanggup berkongsi suka duka ... la ni jangan kan nak bersua muka ... nak jeling mata pun dah x kuasa ... jika dulu jadi teman bicara ... la ni kelu tanpa suara ...
... buat semua yang mungkin terlibat atau akan mengalami situasi ... jangan sesekali ucapkan
" salam perpisahan " ... kerana ditakuti jika satu masa nanti ... orang tu akan kembali menjalinkan persahabatan semula ... macam gak dalam dunia politik ' hari ni kawan , esok mungkin jadi lawan dan x mustahil lusa akan teman ' ....
Thursday, July 3, 2008
7 perkara ...
so layan jelah ...
7 perkara tentang aku :
- suka makan
- suka masak walaupun x le sesedap chef wan
- suka bercakap adakala tu dah masuk bab membebel
- takut berada kat tempat tinggi - gayat la
- geli ngan ulat atau ape2 jer yang spesis dengannya ...ehh !
- suka buat sesuatu yang merangsang otak ... contohnya ape ek !
- mudah tersentuh hati bila melibat hal2 keluarga terutamanya - senang cerita mudah nangis le !
7 perkara yang buat aku takut :
- darah yg banyak - tengok orang kemalangan
- tak berapa suka tengok medik tv
- dapat berita sedih
- takut kena pindah tempat kerja jauh dari rumah ... hehehe
- takut x dapat berikan sumbangan buat keluarga
- takut klu suatu hari nanti apa yang kata kat orang kena balik kat aku - nauzubillah
- paling aku takut bila kurangnya bekalan yang bakal dibawa ke ' sana '
7 lagu yang aku suka nak dengar :
- kasih - hety koes endang
- kasih kita - aishah
- setia kasih - haliza
- suara kekasih - alleycat
- kekasih awal dan akhir - jamal abdillah
- apa lagi ek !
- sebenarnya aku suka dengar semua lagu ...
7 perkara yang amat aku hargai :
- Dia
- hidup aku
- diri aku
- keluarga aku
- kawan , teman dan sahabat yang aku ada
- kenangan2
- peluang yang Allah berikan pada aku
7 ' first time' thing yg aku x lupa :
- terima surat cinta masa form one " cinta monyet " la ... suka pun ada tapi takut yang lebih ...
bila ingat kelakar habis ...
- kantoi terima surat layang ' salam perkenalan ' masa belajar kat PLPM , Perak ... warden dok
baca dulu setiap surat yg diterima ... terukkan ??? .. sampai hari ni aku masih tertanya siapa le
yang kenakan aku tu ...
- kantoi gak masa aku belajar trengkas ... bila cikgu perasan aku salin nota dalam tulisan biasa
aduss ! lastnya aku mengundur diri dari kelas tu ... malu beb ! ... buat cikgu hamidi terima kasih
- pertama kali masuk rumah hantu kat Batu Gajah .. Tmn S.M Noor ... punya le takut masa tu ...
taubat aku kan masuk lagi ...
- pertama kali gi interwiew jawatan ' kerani ' kat pej daerah s/bernam ... aku disuruh sambung
belajar ... masa tu umur 18 tahun ... alahai ! sabar je ..
- hari pertama aku memulakan tugas jawatan sekarang ni ... masa tu sambilan lagi ... aku berdoa
semoga masa cepat berlalu sebab terasa macam sentiasa diperhatikan .. huh ! tension betui
- ' kehilangan abadi ' seseorang yang aku anggap sebagai nadi dalam kehidupan ...
... aku dah jawab semua soalan tu ...
mesti saat ni ko ngah dok mengata dan mengutuk aku ... hehehe
Saturday, June 28, 2008
bila dah berjumpa .... macam-macam cerita
... seperti yang diwar-warkan sebelum ni ... semalam hampir sembilan puluh peratus kakitangan menghadiri mesyuarat yang menggabungkan dua daerah .... memang meriah dan ikatan ukhuwah dapat dijalinkan ...
... sebagai tuan rumah ... aku dan kekawan berusaha untuk memberi layanan dan keselesaan pada semua yang hadir walaupun dalam sesak sebab ruang yang terhad ... kami telah berusaha memberi yang terbaik ... kalau terdapat cacat cela pada majlis semalam ' maaf jua yang diminta '
... walaupun pun terdapat keluhan sebab jauh dari tempat bertugas ... ada juga kakitangan yang bermotosikal untuk datang ... sememangnya amat dihargai atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukan tu ... ada juga yang tidak hadir atas urusan yang tak dapat dielakkan dan juga bercuti mengejut atas alasan yang dapat dipastikan ... emm ... biarkan lah ... sebab sebagai manusia biasa ... kita kena belajar untuk berprasangka baik selalu ...
... aku terkejut gak semalam apabila disuruh jadi s/u ... sebenarnya aku berusaha untuk menolak tapi sebagai tuan rumah segalanya aku lakukan rela dalam terpaksa ... tapi lain bulan ... lain tahun ... maaf jer le ... tak suka aku asyik terkena jer ... kena bagi gak kat orang lain merasa sama ...
... pelbagai maklumat dan mandat baru ... semuanya perlu diberi perhatian ... maka bertambah le tugas bila balik ke tempat masing-masing ... seperti peringatan dari ' boss ' ... kena berkerja lebih proaktif sebab semua yang kita lakukan akan dipantau selia oleh satu badan lantikan kerajaan negeri sekarang ... ntah lah ! ... mungkin akan terdapat sedikit tekanan .. tapi sama2 le kita berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik ...
... berkaitan isu pertukaran tempat bertugas antara kakitangan ... aku ' no komen ' dan susah hati nak komen isu ni ... sebab ia bagaikan mengembalikan nostalgia 14 tahun lalu ketika aku terpaksa bertugas kat daerah ni ... masa tu aku rasa gembira sebab dapat jawatan tetap ... tapi dukacita bila dimaklumkan kena tukar tempat bertugas ... hampir setahun gak aku ambik masa nak sesuaikan diri ... al maklum lah masa tu kat sini semua staf lelaki kecuali aku ... pastu tiap hari kena bergelut dengan kenderaan awam ... merana le jiwa raga ... nasib baik le emak aku
( ... sekarang arwah ) sentiasa beri motivasi terbaik ... ' kena sabar ' mudahkan orang tua beri nasihat ... walaupun kini aku x le berjaya sangat tapi aku amat2 bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ni ...
... bila perempuan dah menguasai dari segi kuantiti kehadiran ... maka x dapat le nak elakkan soseh-soseh dan gossip ... macam2 berita dan info yang kedengaran ... bagi aku itu semua rencah dan ragam manusia kan ... dengar , faham dan sendiri mau ingat le ...
... aku ' tabik spring ' le kat 3 member ni ... pasal idea kreatif yang boleh buat duit ... hehehe
korang kena le bagi diskaun kat aku sebab semalam laris gak jualan korang sampai kena buat tempahan baru ...
... la ni aku betui2 tengah pening lalat nak siap minit mesyuarat tu .... harap ada sesiapa sudi menolong .... !
Friday, June 27, 2008
seloka orang kita ... part two
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal iuniversiti
masih berdagang di rumah sendiri
menikan dengan pantun
menyanggah dengan senyum
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
Watak melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
segala yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
" Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran "
Bagaimanakah melayu abad dua puluh satu ?
masihkah tunduk tersipu-sipu ?
jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan;
jangan segan mentang larangan
jika yakin pada kebenaran;
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan;
jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara MERDEKA
- dimanakah situasi kita ......
sekian ...






