Friday, April 17, 2009

taklimat & demontrasi cegah kebakaran

ucapan ringkas oleh Peg. Perpustakaan Zon 1

khusyuk dengar taklimat

demontrasi menggunakan alat pemadam api


aksi suriya ( mek )
sempat posing lagi ... liza , sabah , ani n ela


14 april 2009


... lib Caw. Tanjong Karang menjadi lokasi untuk program taklimat n demontrasi cegah kebakaran dengan kerjasama Bomba n Penyelamat Tanjong Karang ... melibatkan semua kakitangan di perkhidmatan Zon 1B ( Sabak Bernam n Kuala Selangor ) ... so seramai 40 staf yang menghadirinya
... banyak jugak info yang dikutip sepanjang sesi taklimat n demontrasi tu ... aku sendiri x pasti samada aku mampu atau x nak angkat tong merah tu bila berlaku kebakaran ... yelah kalau dah berlaku bencana ... ditambah pulak dengan panik ... rasanya perkara yang terfikir kat minda masa tu ... adalah selamatkan diri !
... alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang ... al maklum lah sebagai tuan rumah ni ... aku berusaha sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada semua kekawan yang hadir pada hari itu ... jika terdapat kekurang harap maaf ek !
... terima kasih kepada En. Muhammad Nazim bin Md. Nor ( PBK 1 , Balai Tanjong Karang ) serta semua anggota bomba yang membantu demontrasi memadam api ... atas kerjasama baik sepanjang urusan permohonan untuk program ini .
* ... padamkan api kemarahan dalam diri dengan berzikir dan sentiasa dekat denganNya ... wallahualam .

Thursday, April 16, 2009

team tom tom chak !

penyampai hadiah oleh Pn. Suzliana yang diiringi oleh
En. Norkhairul Nizam .

petah ! ... menyampaikan cerita kisah nabi

khusyuk dengar cerita !

chicken dance bersama mek su n nora

aktiviti bersama


seronok menari n menyanyi !


sesi puppet show

sang arnab n sang belang memperkenalkan diri

tunggu giliran ! ... sang badak , sang buaya n sang katak



ni lah dia ... team tom tom chak !


... salam semua !

emm ... akhirnya aku berjaya gak posting cerita semasa aktiviti hari buku kanak2 antarabangsa kat lib daerah kuala selangor ... semua gambar ni ehsan dari honey ( terima
kasih le )

setelah 4 hari berlatih untuk puppet show ni ... 11 april 2009 tu kira klimaks bagi segalanya,
samada berjaya atau tidak ... x dapat le nak dinyatakan tapi itu saje le dapat dapat dilakukan!
aku sendiri dah 15 tahun x aktif dengan aktiviti bersama kanak2 memandang ruang kat lib cawangan tidak mengizinkan ...

... mula melakonkan watak sang arnab tu ... aku rasa pelik dan tergelak sebab kena kecikkan
suara ... alamak ! segan dan malu gak tapi terpaksa jugak buat sebab dah arahan kan ! ... x sangka pulak selepas berlatih berhari2 terasa seronok ... ala macam bebudak tu ... hehehe

... buat semua kekawan sang belang ( ita ) , sang badak ( yus ) sang katak n sang buaya ( hana ) dan kak yong ( reza ) @ team tom tom chak ... milah ( .. yang menyumbangkan ilmu
berlakon puppet ) honey ( yang set muzik ) mek su & nora ( chicken dance ) nor , ajijah & kak sal ( pengkritik masa latihan ) linda ( emce pd hari tu ) dan en.khairul ( pegawai perpustakaan zon 1B - sebab beri peluang pada kami ' bernostalgia ' zaman kanak ) ...

... sebenarnya banyak kisah cerita belakang tabir sepanjang latihan berjalan ... tapi pesan
orang2 tua " cerita hak baik-baik aje ... insyaAllah semua akan jadi baik2 belaka "

* ... buat sang badak , sang belang dan kak yong serta semua kekawan yang akan mengharungi
exam PNM ... akhir bulan ni study smart ok !













Tuesday, April 14, 2009

mula bertugas semula ..

assalamualaikum ...

terasa lama x menulis kat blog ni ... sepanjang minggu lepas aku dan beberapa kekawan dari perkhidmatan desa berkampung kat lib daerah demi tugas serta memenuhi arahan boss ... semuanya kerana sambutan hari buku kanak2 antarabangsa ... so lib daerah Kuala Selangor terpilih mewakili Zon 1B pada 11 april 2009 ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar serta dapat response yang baik dari audience dan Pn. Su ( ... walaupun masa rehearsal ... bos bagi komen ...emm ! puppet ok tapi nyanyian ' ke laut ' ) ... kini rasa rindu lak dgn team tom tom chak !

... hari kat lib cawangan ( tempat aku cari rezki da ... ! ) buat latihan cegahan kebakaran dengan kerjasama bomba ... semuanya ok ! ... aku banyak belajar perkara baru hari ni ... semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua duga dan cabaran ni ..

... esok aku x pasti apa akan berlaku ... yang pasti aku tetap akan menjalan rutin seperti biasa ..

* nak ucap terima kasih kat milah yang x jemu2 tunjuk ajar masa latihan puppet dan kat semua staf lib kuala sebab layanan anda membuat aku lupa segala masalah ... hehehe

Monday, April 6, 2009

kemesraan pudar warna

... aku x pernah terfikir pun pasal perkara ini ... sungguh ! ... aku selalu berharap setiap hubungan yang terjalin akan kekal erat selamanya ...

... tapi luahan rasa seorang teman pasal mesra yang semakin pudar dalam keluarganya ... aku x nak komen atau senang crita ... aku x layak pun nk beri komen apa2 sebab ... aku rasa x layak nk nak bagi komen sbb aku x de pengalaman dalam hal2 kehidupan berumahtangga ni ... tapi sebagai sahabat aku bersedia mendengar luahan hatinya jika itu dapat meringankan bebanan perasaannya .

... hanya aku ingin titipkan sedikit nasihat buatnya ... kita akan lalui beberapa fasa sepanjang hayat ... dan bertambahnya usia kita maka beranjak lah juga fasa dalam kehidupan ... kita selalu anggap orang sekeliling kita berubah ... tapi hakikatnya kita yang berubah ( tanpa kita sedari ) ... adakalanya kita berharap segalanya akan kekal macam 5 atau 10 tahun lepas ... tapi hakikatnya cuba kita cermin diri ... adakah kita masih macam dulu gak ?

... jangan cari lemah orang lain tapi cari lah kurangnya kita ... !

* ... barangkali aku juga sedang melalui fasa yang sama ... 15 tahun berada disini ... terasa begitu ' biasa ' ... ermm ! segala2nya jadi begitu ' biasa ' .

Friday, April 3, 2009

aku bukan sesiapa ...


aku bukan sesiapa ...

kisah semalam penuh emosi
aku kelu dalam kejutan
perubahan akan tetap berlaku bila tiba masa
tiada yang kekal selesa selamanya
tiada salah sesiapa
aku hanya memenuhi arahan seperti yang dipinta
walau dalam hati berhimpun segala rasa
aku tertanya juga .... salah kah aku ?
tapi
aku bukan sesiapa
sekadar meluah rasa tanpa kuasa !

* ... " seharian aku membodohkan diri " !

Tuesday, March 31, 2009

pusing kepala ...

... pagi tadi menghadiri mesyuarat kat lib daerah ... fokus perbincangan berkaitan aktiviti sempena hari buku kanak2 antarabangsa yang biasanya disambut pada 2 april ... tapi aktiviti kat lib daerah ni akan diadakan pada tarikh 11 april ni ... program ni melibatkan kanak2 dari tadika Pasti dan Perpaduan ... kanak2 yang terlibat dalam sekitar 180 orang .

... antara aktiviti yang dirancang antaranya persembahan puppet show dan menyanyi bersama kak mis serta bertandingan mewarna kulit buku ... emmm ! yang buat aku pusing kepala tentunya akt menyanyi bersama kak mis ... aku dah tinggalkan semua akt bersama2 bebudak selama hampir 15 tahun sejak aku berhijrah tugas kat daerah ni ... tu yang buat aku risau dan pusing kepala memikirkan tema persembahan pada hari tu ... lagi pun dah lama x beraksi dengan bebudak dan depan audience , aku takut lidah aku ni jadi kelu dan kaku ... hehehe

... nampak gayanya kena le pratik dan korek balik ilmu2 yang dah berkurun terabai tu ... dan sebagai permulaan aku akan mula membaca buku kanak2 atau apa2 jer yang sewaktu dengan nya ... !

* ... buat kekawan kat luar sana ... klu ada idea tu ... lontarkan le kat aku yang tengah pusing ni !

sekitar majlis maulidurrasul

Ustaz Mohd. Noor bin Hj. Mohd. Sahar

... tahniah kat linda sebab berani mencuba !

khusyuk !

sessi soal jawab ...

zam , din dan jef ... wakil kaum adam !

sessi makan2 ... honey , me , mek , hana , nora n kak limah

salam semua ...

... majlis sambutan Maulidurrasul ni dah berlangsung pun pada 27 mac ... hari jumaat lepas tapi x sempat menulis dan edit gambar ... alhamdulillah majlis ini julung kalinya dibuat kat lib daerah ni ... so dapat le semua staf dari 2 daerah ni berkumpul ( ... walaupun bukan semua dpt hadir )
... aku berharap sesangat kawan2 yang hadir pada hari itu mendapat natijah yang baik dari kisah pekerti Nabi Muhammad s.a.w ... mungkin mustahil untuk kita menjadi maksum seperti baginda tapi sekurang2nya pahatkan sedikit peribadi mulia baginda dalam hati dan minda kita dalam laluan tugas harian dan rutin kehidupan ini .

... macam biasa lah juga ... kalau dah bertemu adakalanya kita terlupa dimana kita berada ... masa majlis berlangsung ... terdengar2 gak suara sembang bergema ...! mungkin juga sebab kisah ini dah biasa sangat kita dengar kan ... so bagai tiada apa2 yg baru ... terpulang lah !

... nak ucapkan tahniah kat linda sebab menyempurnakan tugas dengan baik ... memulakan sesuatu yang baru memang menyukarkan tapi bila dah biasa ... semua akan jadi senang !

* ... sebenarnya banyak lagi gambar2 masa majlis tu !


Friday, March 27, 2009

jom kita sahut cabaran ini !


Gelap !
.. anda berani berada dalam gelap dan kegelapan malam ?
.. kalau berani jom kita sahut cabaran ini ... padamkan lampu 28 Mac ini ... selama 1 jam ... 8.30 - 9.30 malam ... sebagai sokongan untuk selamatkan bumi kita !
... itu pun kalau anda berani ... !

AWAS ! anda sedang diperhatikan ...

... syukur sangat sebab exam PTK dah berlalu ... walaupun aku rasa soalannya x le sesusah yang aku bayangkan ... so tunggu jer resultnya akhir tahun nanti ... klu capai aras 4 alhamdulillah tapi klu sebaliknya ... cuba lagi tahun 2010 !

... sepanjang 3 hari lepas ( ... masa aku cuti n gi exam ) aku dapat beberapa info tentang lawatan kerje ( ... senang cerita pantauan ) oleh staf dari lib daerah ... ada le juga soal selidik untuk staf kat sini ... aku x kisah pun dan x akan ambik kisah pun ... x de apa yang nak ditakutkan ... cuma rasa nak tergelak jer bila yang buat pantauan dan soal selidik dilakukan oleh staf luar jangkaan ! itu yang buat staf kat sini rasa blurr dan x respect langsung ... aku x leh komen sebab masa soal selidik tu aku cuti n gi exam ...!

... sebenarnya , samada pantauan atau soal selidik dibuat ... waima oleh sesiapa pun ... x kira le apa jawatan ... berstatus orang lama atau orang baru ... kalau kita dah menunaikan amanah seperti yang seharusnya ... x perlu le rasa gundah gulana ... kecuali le kita bersikap ssebaliknya !

... sedarkah kita yang selama ini pun ... kita sentiasa dalam perhatian dan pantauan ? dan yang lebih menakutkan hasil pantauan itu hanya diketahui setelah kita x berdaya membetulkankannya !

... ingatan untuk diri sendiri ... setiap gerak kerje jika dilakukan dengan ikhlas ... insyaAllah ! baik le balasannya .

* ... buat semua teman2 yg hadir kat majlis mauliddurrasul ... semoga berolehi keberkatannya.

Friday, March 20, 2009

25 Mac ...

emmm ... 25 Mac ni aku ada exam PTK ... so isnin & selasa aku akan bercuti ... nk study ( ... kununnya le ) ... ni baru jer dpt info dari member " ... berkumpul kat Shah Alam jam 8.00 pagi ... kenderaan disediakan " ... syukur alhamdulillah !

insyaAllah hari rabu ni ... seawal pagi yang terdaya aku dan bunga akan memulakan perjalanan ... semoga semua selamat dan dipermudahkan Allah . amin .

tiada yang abadi

Al Fatihah ....

... salam takziah buat keluarga mantan Pengarah PPAS ... En. Mohdi bin Darim yang kembali ke rahmatullah semalam.

... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama-sama mereka2 yang beriman dan bertaqwa ... amin .

* ... bila sampai janji Allah kepada setiap hambanya ... tiada siapa dapat menduga !

Thursday, March 19, 2009

titik hitam


... " kehidupan dan masalah adalah asam garam dalam rutin harian " ... aku akui akan perkara ni ... tapi kekadang tu bila terlalu banyak masalah melanda pada satu masa ... emosi aku dah capai tahap maksima ! ... tu yang aku rasakan saat ini ...
... aku jadi ' bisu ' dan malas nak ambik tahu apa berlaku kat sekeliling ... lebih fokus pada kerje jer ... adakalanya aku rasa lebih baik gini ... bila cerita kat seorang teman " ... itu tanda dah ada satu titik hitam kat hati kita " itu komentar darinya !
... berhari2 gak aku memikirkannya ... tapi aku masih gagal memujuk emosi ! ... entah lah ... aku keliru ... aku sedih ... dan aku benci ... aku merasakan ketidak adilan ... semua itu menyatu menjadi satu ! Ya Allah keluarkan aku dari kemelut ini ... ku mohon !
... mungkin juga tembok kesabaran semakin menipis dalam diri ... atau aku sudah x terdaya berselindung ... atau aku sudah bosan pada kepura2an ... mungkin juga sudah ada keberanian untuk meluah apa yang berselirat dalam minda ini ... atau mungkin juga titik sedar mula menular dalam segenap raga ... !
... memang orang selalu nampak titik hitam tapi x ambik kisah pula pasal warna putih disekelilingnya ... kesilapan / kelemahan yang sedikit sering diperkatakan hingga memudarkan semua kebaikan ada ... apa nak buat kan ... dah jadi resmi manusia gitu !
... maka berusaha lah semula membina reputasi cemerlang yang dah tercalar !
* .... yang pasti aku ingin kuburkan semua ' biasa yang kini dah jadi bisa ' ... insyaAllah !

Saturday, March 14, 2009

semalam terima dua info dari member kat lib dua daerah ... !

... info pertama , aku dimaklumkan tarikh exam PTK 1 pada 25 mac ni ... lokasi kat Cheras ... transport x disediakan ( ... dalam kata lain " kena pergi sendiri le " ) ... info tu pun dapat dari orang kat HQ yang call ... tersenarai 2 nama jer ... ek ! apasal nama aku x de ni ... sebab masa isi dan hantar borang sama ... mungkin gak sebab aku ambik PTK 2 so tarikh exam pun x sama ... alahai ! haru gak kalau tarikh x sama dengan diorang ni ... aku kalau pasal lokasi2 kat KL tu memang hancus !! ... kecuali PNM ... itu pun sebab dah pergi beberapa kali ...

... info kedua , ... selasa ni 17 mac ada mesyuarat kat lib daerah ... jam 10.00 pagi ( dpt maklumat semalam ) hari ni baru di confirmkan ... apa isu atau mandat baru yang akan dibincangkan ? so kena le tunggu selasa ni ... pasal bab ni aku memang x leh atau malas nak komen lebih2 ... takuuuttt ! hehehe ...
cuma aku bercadang nak berbincang pasal aktiviti gabungan antara lib kat daerah ni ... dan mungkin bangkitkan semula beberapa perkara berkaitan permohonan yang dikemuka tahun lepas tapi masih x de respon pun ... !

* ... emm ! kembali membaca buku akta dan lib ... sebagai persediaan awal ... al maklum dah tuo2 ni ... hehehe !

Friday, March 13, 2009

anda merokok ? ...

salam jumaat !

" anda merokok ? ... merokok pembunuh dalam diam ! ... itu lah isu yang aku pilih untuk pameran bulan mac ni ... setelah memikirkan beberapa isu ... ini jer isu yang aku rasakan relevan sepanjang masa ... ! lagipun kat dada akhbar sejak akhir2 ni lebih fokus pada isu politik ... dan pengguna pun lebih berminat membaca terus di akhbar untuk info terkini atau tonton berita kat tv ... kalau nak tau pasal politik !

* ... ni tengah fikir isu apa untuk pameran april lak ... cepatnya masa berlalu !

Thursday, March 12, 2009

antara priority dan really

... bagaimana rutin harian anda hari ini ? ... sibuk ... ? ... biasa2 je ... ? ... atau ntah ! x tau ... aku buat apa hari ni ek ! ? ... siapa yang kena cari jawaban bagi semua persoalan ni ? ... x de sesiapa pun boleh bagi jawaban kecuali diri sendiri ...

... sejak akhir2 ni aku memilih untuk jadi pemerhati ... pemikir ... dan buat analisis sendiri tentang apa yang berlaku dalam kitaran harian kehidupan ... x tahu lah ... mengapa hal2 macam ni yang suka sangat aku nak fikir ... bukan lah nak cari khilaf atau bongkar aib sesama insan ... hanya sekadar buat perbandingan antara priority dan realiti ... sebab kekadang aku sendiri
' tersangkut ' dalam situasi ni ...!

... dalam tugas harian , adakala kita merasakan terlalu banyak tugas yang perlu dibereskan ... dari menjejakkan kaki awal pagi kat ofis hingga le melangkah keluar jam 6.00 pm ... maka bermula tugas hakiki ... melunas tanggungjawab yang terpikul di pundak ( ... kerje kat lib ni memang x de istilah ' tugas selesai ' ) ... segala priority untuk hari itu bagaikan ternoktah bila waktu ofis berakhir ... so semasa memandu balik ke rumah ... cuba kita fikirkan realitinya ( ... kena lah berlaku jujur pada diri sendiri ) ... datang awal pada ke ofis ' ok ' ... tugas hakiki yang dapat dibereskan ? ... berapa lama masa yang kita ambik untuk pekena teh tarik waktu pagi ... lunch dan minum petang ...? jumpa kawan ... dan macam2 lagi ( semua x de kena mengena pun dgn tugas ) ... so agaknya berapa % nak bagi kat diri kita ek !

... dalam iklim politik hari ni pun macam gitu gak ... sebagai rakyat jelata yang kuasa pun x de
( .. ada kuasa bila pilihanraya jer ! ) seribu harapan tercurah kat pihak pimpinan ... tentunya priority yang tuntut ... bina negara ... semarakkan ekonomi ... merdeka dari belenggu kemiskinan ... noktahkan segala masalah sosial ... lahirkan ramai ilmuwan ... dan bersatu lah demi perpaduan ummah ... jadikan impian ini satu kenyataan !
... tapi realitinya ... saat rakyat bergelut meneruskan kelangsungan hidup ... mengharung perit dan jerih ... mereka masih bertelanggah ... masih berebut ... saling menuduh ... fitnah jadi mainan ... agh ! sebenarnya aku sendiri dah penat jadi penonton ... dan tentu anda diluar sana pun dah bosan ... kekadang ' kenakalan fikiran ' singgah jugak minda ini " apakah akan jadi 10 tahun akan datang ? " ... ngeri untuk difikirkan !

* ... menjadi tua adalah satu keharusan ... tapi untuk menjadi matang dan dewasa adalah satu pilihan !

Wednesday, March 11, 2009

... mana air ni !


ermm ... ahad lepas aku dan keluarga pergi
sarapan pagi kat pantai ... juadah semua bawak
dari rumah ... lagipun pantai BNO tu bukan le
sangat dari rumah ... lebih 10 km jer ! ... tapi
aku jarang jugak ke sana ... cuma yang teruja
nak pergi tentunya ija dan aiman !
masa tiba kat sana ... air surut so x de menarik
sangat pemandangan ... lagipun nawaitu asalnya
pun hanya nak bersarapan dan menikmati bayu
laut yang bertiup !
memenuhi permintaan ija dan aiman yang nak
cari ' remis ' ... alahai ! kesiannya dia hanya
3 ekor jer ... mungkin sebab cuaca panas masa
semua remis tu sembunyi dalam pasir ...

untuk tidak menghampakan bebudak tu ...
bermain le kat alur ... janji air laut gak !

* ... buah saga warnanya merah
manakan sama buah keranji
ija .. jangan lah jeling dan marah
lain kali kita datang lagi .. acik janji !






Friday, March 6, 2009

indah hanya khabar

salam jumaat ...

... rasanya setiap dari kita memang suka pada benda2 atau perkara2 yang indah ... cantik ... sempurna atau ape2 je yang membawa maksud yang sama dengan ' indah ' ... sebab tu le adanya ungkapan ' indah khabar dari rupa ' ... emm ! orang dulu2 kaya dengan sopan santunnya ... kalau nak menegur pun melalui kiasan ... bukannya diorang tu takut untuk berterus terang atau ' straight forward ' tapi dah jadi adat dan amalan untuk menjaga 'aib ' orang yang nak ditegur ... dan itu pun selepas dikaji akan kesahihan dan kebenarannya !

... hari ini mungkin berbeza cara dan kaedahnya ... kita lebih suka terus terang atau cakap jer apa yang terlintas kat minda masa tu ... x de nak berkias lagi ( ... ataupun memang kita dah x tahu apa itu kiasan ! ) ... lepas meluah apa yang tersurat baru le nak fikirkan kesan atau natijah dari apa yang dah kita luahkan ... ! so sekarang kalau nak bercakap pun kena le fikir jugak pesepsi orang ... takut dituduh mulut ' celupar ' ! ... kenalah diam ... kerje ... diam ... dan kerje !

... dan disebabkan semua orang suka pada yang indah2 atau perkara2 baik belaka ... maka berusaha le semua untuk menyerlahkan segala yang indah dan baik belaka ... yang kalut tu semua ' sorok ' belakang pintu ... kekadang tu sebab nak capai nilai indah dan baik ni ... kita dengan rela hati untuk tidak berlaku jujur pada diri sendiri ... tugas boleh ' diswastakan ' dengan sedikit imbuhan ... memang le x de siapa tahu ... janji kerje beres jer ... tapi jangan lupa padaNya yang tidak sedetik pun berhenti memerhatikan kita ...

... susah juga bila nilai indah dan baik hanya dinilai dari khabar !

* ... sukar mengakui kekhilafan tapi yakin Allah Maha Mengetahui nawaitu yang di hati kita ... !

Wednesday, March 4, 2009

langkah pertama ..



... setiap sesuatu yang berlaku atau apa je yang akan kita lalukan dan kita lalui mesti bermula dengan langkah pertama atau dalam istilah orang putih " first step " ... bagi setiap muslim/muslimah memulakan sesuatu dengan lafaz bismillah sudah jadi satu kemestian ( ... bagi mereka2 yang mengamalkan lah ! )

... langkah pertama ni sama le macam kita buat azam setiap awal tahun ... semangat berkobar2 untuk bertahan pada langkah2 seterusnya hingga capai ke takat tertinggi ... dan kena gak diingat ... x semuanya berjaya meneruskan langkah ! ... sebab kegagalan hanya diri sendiri jer yang tahu !

... so nak ucapkan selamat berjaya kat awer yang dah memulakan langkah pertama untuk tampil bergaya masa konvo x lama lagi ... keazaman yang kuat untuk berubah adalah titik mula terbaik ... sebab ia lahir dari hati dan diri sendiri ... x de siapa dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri ... ! so anggap le ini cabaran dari acik ... dan buktikan pada semua ... !

* ... setiap hari adalah langkah pertama untuk jadi yang terbaik !

Saturday, February 28, 2009

dari dalam diri ...

malam tadi terima sms dari zam ( ... rakan ofis ) " esok kerje ke ? " ... aku jawab " kerje ! " ... emm .. dia balas balik " esok kan sabtu minggu pertama ? " ... hisk ! biar betui budak ni ... so sms terakhir tu aku biarkan je ... tanpa balasan ... bertugas hari sabtu mood memang kantoi habis ... ditambah pulak dengan pengguna yang kurang ... memang sunyi sepi ! so masing2 sibuk dengan dunia sendiri ... aku tetap dengan rutin harian macam biasa ... aggh ! banyaknya kerje yang perlu aku bereskan ... tu yang kekadang rasa macam cepat waktu berlalu ... x terkejar rasanya !

... dari minggu lepas hingga hari ni ... aku dah capai target yang aku buat sendiri untuk settlekan kertas minit fail keahlian ... alhamdulillah berjaya ! so minggu depan aku set untuk paper cutting lak ... apa lagi dah dapat arahan berkaitan kaedah baru yang perlu dibuat ... x jauh beza pun hanya sedikit perubahan untuk memudahkan capaian pengguna ... dan lebih spesifikasi jer ... masa mula2 surat arahan ni dulu ... aku panik jugak ... aduss ! banyaknya ! ... bila dihalusi ... ala macam biasa jer ... cuma yang aku runsing pasal nak minta fail dan kertas dari HQ ... punya le susah nk dapat ...

... sejak balik dari kursus team building ni ... tersisip gak satu dua perkara kat hati aku ... dan tentunya aku berusaha untuk ia kekal di situ selamanya ... so kesimpulan kursus tiga hari dua malam tu adalah ... kenali diri sendiri ... apa matlamat hidup kita ... berubah jadi lebih baik atau setia kekal begitu ... lakukan kerana Allah atau kerana takut sesama insan ... dan yang paling terkesan kat minda ialah sejauh mana kejujuran kita dalam mengharungi kehidupan dan memberi perkhidmatan ... so kena le x-ray rohani masing2 !

... keinsafan adalah titik mula bagi setiap perubahan ... tapi ada gak suara2 sumbang yang memperlekehkan bila ada yang menitiskan air mata sebab rasa insaf singgah dan bertapak kat hati ... " ala mereka2 yang menangis tu sebab banyak dosa " ... ek ! insaf dan taubat kerana rasa diri berdosa atau khilaf adalah lebih mulia tau ... dari orang2 yang x pernah insaf kerana merasakan diri bebas dari dosa ... dan anggap orang lain jer yang buat salah ... tu tanda2 hati yang mati ... !

* ... adakalanya sikap prihatin ... memerangkap diri sendiri !

Tuesday, February 24, 2009

munajat ku ...

Ya Allah ...

ku bersujud pada Mu
disaat hati dilanda gundah
disaat hati hiba menangis
disaat kewarasan akal sedaya upaya memujuk diri
disaat keteguhan diri hampir lumpuh ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon petunjuk Mu ... ku pohon kekuatan dari Mu

Ya Allah ...

ku bersujud pada Mu
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurang diri
ku kesali kejahilan ini
di lalui hidup yang entah bila titik akhirnya ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon keampunan Mu ... ku pohon keredhaan Mu

Ya Allah ...

ku bersyukur pada Mu
masih diberi ruang kembali ke jalan Mu ...

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...

* ... kita bukan sesiapa tanpa redhaNya ! ...