"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Wednesday, July 22, 2009
Allah peduli
pastu aku mula memikirkan nak jadi emce lak ... fikir jadi emce le yang buat aku makan x kenyang ... mandi x basah !
... aku x pasti kenapa lah nama aku boleh tersenarai jadi emce ... walaupun bergandingan dengan seorang lagi staf tapi aku akui perasan gugup dan gementar adalah masalah nombor satu dalam diri aku ... 18 julai ... dewan harmoni , ijok ... ku lalui pengalaman pertama penuh emosi ... sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik tapi hasilnya tidak sebaik dan selancar yang diharapkan ... semua mengharapkan yang terbaik dalam menjalankan tugas ... begitu juga aku tapi nak buat macam mana kan ... !
... " .... blog akak 2 x blh wat private ke ? bahaya ar skrng ni ... " itu sebahagian dari mesej yang aku terima minggu lepas ... kenapa aku terima mesej ni ... x perlu le aku jelaskan ... aku memahami kerisauannya ... dan terima kasih kerana sikap prihatin ni ... aku rasa terharu kerana masih ada insan2 yang sudi memahami ...
... perubahan atau berubah dalam menjalani kehidupan adalah sesuatu yang biasa jer ... semua orang akan berubah ... samada kepada kebaikan atau sebaliknya ... itu adalah pilihan kita sendiri ... ada gak yang berubah kerana keadaan sekeliling berubah !
... ntah lah ! aku rasa pelik dan penat nak fikir pasal ni ... sebenarnya x de perubahan pun ... aku masih buat semua kerja ... masih melakukan kerja2 yang ' orang ' x minat nak buat ... malah dari dulu pun ... hampir 15 tahun aku kat sini ... aku berusaha untuk tidak menangguh amanah yang terpikul kat pundak ini ... hanya mungkin jugak pasal aku dah x berapa rajin nak bercakap kut ! bab malas nak bercakap ni ... aku x nak komen yerk !
... sejak akhir2 ni aku berani kan diri untuk x ambik kisah sangat apa ' orang ' nak cakap pasal aku ... walaupun kekadang tu terguris jugak tapi aku belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah aku pilih ... aku berusaha memerangi diri sendiri kerana aku yakin Allah peduli atas apa jua yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah sekalipun kebaikan atau keburukan ... Allah akan memperhitungkannya ... !
* ... sering khilaf menilai erti sahabat
Monday, July 6, 2009
aku ingin berehat ...

Saturday, July 4, 2009
selingkuh
" ... kurang bercakap pun baik sebagai terapi untuk minda ... kita akan lebih masa untuk berfikir dan boleh gak kurangkan dosa " ... itu komen dari fuzi
... aku tahu ada yang perasan akan perubahan yang berlaku ni ... tapi takut nak bersuara kat aku ... x ambik kisah pun apa tanggapan mereka ... aku yakin dalam hidup ni ... kita adakalanya terpaksa buat pilihan ... bila pilihan sudah dibuat ... kena lah belajar redha dan sanggup menempuh ranjaunya !
... bagi aku ... mereka x salah ... mungkin kerana aku yang ingin ' berhijrah '... kalau difikirkan ... siapalah yang rela hati keluar dari zon selesa ... hanya aku takut rasa selesa yang akan membawa binasa ! ... lagi pun aku x punya kuasa untuk mengubah segala ... tapi ingin lari dari biasa !
" ... yang paling penting dari hidup ini ... jangan selingkuh dengan diri sendiri dan tanggungjawab yang diberikan pada kita "
... jauhari jua yang mengenal manikam !
Wednesday, June 24, 2009
sesekali di uji ...
... isk ! nape le soalan2 yang terkena kat team aku ... betul2 dah jadi sejarah ... mana x nya ... semua soalan tu berkaitan kesultanan , pertabalan dan makam ... aduh ! semuanya melibatkan angka ... tu yang buat gelabah ! so untuk cuba nasib ... kami main teka je ! ... klu betui syukur ... tapi klu x ... redha je !
... walaupun gagal menjadi juara atau naib juara ... aku tetap bersyukur gak berada di posisi ke tiga ... rasanya setimpal lah dengan usaha kami selama 2 hari ni ... membaca dan mengingat !
tahniah kat PPD ( ... semua diwakili cikgu sekolah ) dan JAIS Daerah kuala ( ... steady je diorang ni ) ... untuk jabatan yang x berjaya tu ... boleh cuba lagi tahun depan ek !
... yang x bestnya ... hari ni kami hanya terima sijil penyertaan jer ... hadiah akan disampaikan pada 18 Julai kat Dewan Harmoni ... sempena kempen gerakan membaca peringkat daerah ... jumpa lagi disana ... !
* ... sesekali di uji ... terasa banyak sangat yang aku x tahu !
Tuesday, June 23, 2009
hanya kerana Allah
... terima kasih sifu atas komentar tu ... cuma adakalanya ... sebagai insan serba serbinya penuh kelemahan & kekurangan ... aku sering jugak " tergelincir oleh amukan emosi " ... apalagi bila duga & cabaran menerjah tanpa hentinya ...
... alhamdulillah kerana masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri olehNya ... rasa insaf atas segala lemah & kurang ini ... bagi aku adalah satu anugerah dariNya ... kini aku belajar " bertatih " mendidik hati & nawaitu ... bersabar dan redha atas segala duga ... sesungguhnya titian hidup ini " hanya kerana Allah "
Monday, June 22, 2009
kejutan yang melemaskan ...
... alahai ! ngapa lah ... selalu sangat info diberi last minute ... walaupun sejak lahir aku dah bermastautin kat negeri bertuah ni ... itu x bermakna aku boleh tahu tentang segalanya ! ... ni tengah pening nak cari maklumat ... pastu kena mengingat pulak ... memang le boleh pilih jawaban A.B.C.D ... tapi x kan main terjah je ...!
* ... emmm ! kembali membaca le nampak gayanya ...
lelaki itu ...
seawal lahir ke dunia ... bersama kalimah dibisik ke kuping ini
aku dibesarkan dengan penuh sederhana dalam segala ...
tertumpah segala kasih ... segala sayang hanya untuk aku !
... sehingga usia ke tujuh ... aku mula terasa kasih terpaksa dikongsi ...
mak kata ... aku menangis seharian bila adik aku dilahirkan ...
semalam ku perhatikan lelaki itu ...
dengan tenaga dan penglihatan yang dimamah masa
dengan perginya orang yang di sayang
dengan kesibukan anak dan cucunya
aku tahu pasti dia kesepian ...
... hingga kini walau tidak terzahir ungkapan kasih & sayang
aku yakin ... amat yakin ... jauh disudut hatinya ...
rimbunan semua perasaan itu adalah untuk anak2 & cucunya !
sebagaimana juga perasaan ini terhadapnya ...
... selamat hari bapa ... biar pun tidak terungkap kata namun kesejahteraan dan keberkatan tidak pernah putus dalam doa ku ..
* kasih sayang bukan sekadar lafaz tapi lebih bermakna jika dihayati ...
Friday, June 19, 2009
sebenarnya ...
... semalam lib tempat aku berkhidmat ni ... antara yang tersenarai untuk di odit ... memang aku rasa gementar gak ... sehari sebelum tu ... memang aku berusaha lebih dari biasa untuk memastikan semuanya mengikut piawaian yang ditetapkan tapi memandangkan lib aku ni masih mengguna sistem manual ... so sistem kerja agak istimewa ( ... terpaksa aku anggap gitu ! ) semuanya kena tulis dan failkan ( sebagai bukti )
... alhamdulillah ... sebab semuanya ok jer ! ... x le teruk sangat pun hanya ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini ... kekadang tu banyak perkara kena fikir dan terus buat mengikut apa yang kita rasa perlu demi memudahkan kerja ... tu yang kerap berlaku antara lib pun boleh ada yang x seragam ... pelik kann !
... lagi pun aku ambik sikap telus ... kalau perkara tu memang aku buat ... aku cakap ada ... kalau memang aku x buat ... aku cakap je x de ... aku catat ... dan aku akan buat lepas odit ... sebab selama ni pun ... apa yang aku wujudkan pun ... kebanyakkan info ... aku dapat dari tinjauan atau bertanyakan dari staf lib lain ...
... sebenarnya ... x ada apa pun yang perlu dirisaukan sangat pasal odit ni ... kalau kita dah buat semua kerja tu sebagai rutin harian dan amanah yang memang wajib digalas ... lain lah kalau kita buat sebaliknya ... memang kacau jiwa raga hingga terpaksa mohon bantuan luar ... jujur lah dengan diri ... !
* ... hidup sebagai mana yang kita inginkan !
Wednesday, June 17, 2009
mungkinkah aku akan gagal lagi ...
" insyaAllah ... saya akan cuba yang termampu & terbaik " ... itu janji aku !
... seperti yang aku janjikan ... hari ini aku berusaha untuk menyelesaikan segalanya ... seperti yang diarahkan ... dan mengemaskini semuanya ... dan seandainya masih terdapat kekurangan atau kelemahan dimana2 semasa odit esok ... aku anggap sebagai ' khilaf ' yang x dapat elak sebagai insan yang lemah ...
... sebenarnya aku x lah risau sangat pasal odit ... aku lebih rasa resah bila teringat kata 2 peg.perp. diakhir perbualan tadi ... tetiba jer ... aku rasa sedih ... terasa macam aku akan gagal ... gagal dan gagal lagi ...
... dan kesedihan bagaikan berganda dalam diri ... bila dimaklumkan hanya mereka2 yang tertentu saje terpilih ... dan apakah aku perlu jadi seperti mereka ? ... apakah aku harus membina ' titik hitam ' dalam diri ? ...
... Ya Allah ... begitu mahal harga sebuah ' penghijrahan ' ciptaan manusia !
* ... aku dalam kesedihan teramat sangat ! ... huhuhu
Friday, June 12, 2009
logo baru PPAS
Thursday, June 11, 2009
aduss ! pusing ...
... dari 8 aktiviti yang aku senaraikan masa memohon budget hanya 4 yang diluluskan ... dan semua hadiah telah disediakan dan seragam antara semua perkhidmatan ... ini sesuatu yang baru ! ... sebab sebelum ni pihak HQ hanya beri budget dan kami kena arrange semuanya mengikut budget sedia ada ... aku pun x lah ambik kisah sangat hal tu ... biasalah setiap perubahan atau kelainan yang dilakukan tetap akan wujud pro dan kontra ... hanya yang buat aku sikit pusing bila tiada peruntukan untuk hadiah saguhati ... lazimnya aktiviti yang melibatkan bebudak berusia 6 tahun ke bawah ... hadiah saguhati ni dah jadi macam wajib ada ... kalau x akan adalah yang menangis ... almaklum lah bebudak kan ...!
... pasal peruntukan jamuan ... budget diberi mengikut jenis perkhidmatan ... lib cawangan dapat budget RM 350.00 ... so ni dok fikir dan dok cari katering untuk jamuan ... dan kena belanja berhemah untuk tampung beli barang2 yang diperlukan semasa aktiviti ... masa menghadiri bengkel tempohari cuba2 mohon barang utk akt ni ... tapi dimaklumkan barang tu x de dlm setor !
... satu lagi arahan ! ... semua akt ni mesti berjalan dalam bulan Jun ... laporan mesti dihantar awal Julai ... kepilkan sekali dengan gambar , bil jamuan ( ... ini bermakna kena keluarkan duit sendiri ... pastu claim .... huhuhu ! )
... dimaklumkan juga pasal audit dalam bulan Jun ni ... walaupun lib aku x tersenarai tapi kena jugak buat apa yang patut ... memandangkan lokasi lib aku ni betul2 dekat dengan laluan untuk ke lib daerah S/Bernam ... tapi ... emm ! ntah lah ... sebab aku sorang jer yang gundah gulana ... untuk preparation apa yang patut ... huhuhu !
... satu lagi arahan khusus untuk aku ... fikirkan tarikh yang sesuai untuk tutup perkhidmatan ( ... kepada pengguna ) bagi melakukan kerja2 suai atur landskap dalam lib ... aku dimaklumkan pelan susun atur dah siap ... !
* ... kerja ... kerja ... dan kerja ... huhuhu !
Friday, June 5, 2009
piawaian kelas pertama
... dalam suasana yang mula reda kat Perak ... tetiba jer timbul lak berita gempaq pasal ' runtuh '
itu le kes kat kuala t'ganu ... bila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak runtuh 2.6.2009 ... kejadian jam 9.30 pagi tu meranapkan RM 292 juta kos pembinaan dalam sekelip mata ... walaupun baru setahun digunakan !
... sebelum tu kes runtuh gak berlaku kat P. Jaya ... melibatkan bangunan lama yang pernah menempatkan Jaya Supermarket ... yang bezanya tu bangunan lama yang memang nak dirobohkan ... dan mengorbankan nyawa mereka2 yang gigih mencari rezeki .
... dan seperti lazimnya bila berlaku musibah maka bermulalah kajian dan siasatan dijalankan mencari punca atau sebab musabab atau mula mulalah mencari silap dan salah ... kat dada akhbar pun laporan berkaitan kes akan berterusan untuk beberapa hari ... mungkin berminggu2 ... lepas tu senyap ... semnetara menunggu lagi berita2 hangat dan tergempar yang baru ...
... itu hakikat dan realitinya !
al kisahnya ...
... seorang sahabat yang bertugas sebagai guru ... tetiba dikejutkan dengan pakej percutian ke Tioman ... 3 hari 2 malam bersama keluarga dan sepenuhnya ditaja oleh bekas pelajarnya yang dapat result cemerlang SPM 2008 ... " x sedar airmata menitis " ucap sahabat aku tu ... sebab dia x sangka akan terima penghargaan yang sebegini ... dan dia sendiri pun x pernah mengharapkan balasan ... tugas mengajar tu adalah amanah ... dan dia hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan ... itu je !
... teringat gak masa mohon masuk maktab dulu ... kami gi sama ... dia dapat tapi aku x b'jaya ... masa tu aku sedih sangat dan berlaku lah " perang dingin " antara kami ( ... aku rasa macam bodoh jer bila ingat kisah tu ... hehehe ) ... tapi dia selalu cakap sebenar kerjaya aku ni lebih banyak menyumbang kepada masayarakat ...
... buat fuzi dan famili ... selamat bercanda si pantai ... jangan lupa lak ole 2 ek !
... apa yang aku nak kongsi pasal kisah2 ni ...
* dalam mengharungi cabaran globalisasi seharusnya tumpuan setiap dari kita adalah ' keinsanan ' yang terbina dari falsafah hidup , agama dan moral ... bukan lagi kemewahan semata2 ... sebenarnya aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu sudah bosan bila bercakap pasal piawaian minda kelas pertama ... mungkin jugak ungkapan piawaian kelas pertama ini hanya layak dijadi artikel untuk tatapan tapi tidak ada penghayatan ...
* mungkin jugak kita kurang menghayati nilai ilmu , sikap tidak proaktif , tidak berakhlak luhur , mementingkan diri dan kurang menyumbang ... atau mungkin jugak tuntutan gaya hidup mengikis semua nilai baik dalam diri ... maka berlakulah kronisme , rasuah dan ampunisme ...
* kalau lah dalam organisasi yang kecil pun dah menular titik2 hitam ini ... apatah lagi organisasi besar yang tentunya lebih banyak ruang dan peluang untuk merebaknya wabak bahaya ini ... yang kesan lebih dirasainya oleh segenap masyarakat dan negara !
* ... kehidupan tetap diteruskan ....!
Monday, June 1, 2009

* terima kasih kat raihan sebab sudi bagi award ni kat akak ...
peraturan nak jawab tag ni ialah : -
1 ) copy badge " 2009 Cute's 3logger Award " untuk diletak kat blog anada
ok ! dah ...
2 ) link / ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda
raihan ... yang rajin update blog dia
3 ) setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima
award seterusnya ( anda ditag )
* untuk sentiasa berusaha jadi yang terbaik
* suka sangat dengan kucing
* geli dengan ulat atau ape2 jer yg same spesis dengannya ... yerk !
* suka baca buku2 motivasi , novel n puisi
* masih lagi meneruskan hobi mengumpul ' sampul surat hari pertama '
* suka pasang volume radio kuat2 ketika memandu ... nk hilang ngantuk beb !
* " hidup adalah satu perjuangan " itu kata2 motivasi bila aku dilanda duka ... hehehe
Wednesday, May 27, 2009
cakap banyak ... cakap sikit !
" ... awat lame x menulis ... x habis lagi layan emosi ek ! ? " ... hisk ! kesitu pulak ... tolong lah jangan kusut kan minda tu dengan prasangka k ...
... bulan ni aku memang sibuk giler beb ! ... pastu ditambah pulak dengan masalah2 peribadi yang perlu disettlekan segera ... lagi pun kesihatan x berapa ok ... dan line internet pun x berapa ' cantik ' ... maka atas semua alasan itu le ... aku berehat sat dari menulis :-)
... semalam aku dijemput menghadiri majlis pelancaran logo baru PPAS di Perp. Raja Tun Uda , Shah Alam ... majlis mula 10.00 pagi tapi staff diminta datang jam 9.00 ... so semalam seawal 6.15 pagi dah keluar rumah ... pastu ambik dayah , nora dan hani ... ada kawan sembang sepanjang perjalanan tu ...
... dan semalam jugak uniform baru mula dipakai ... tapi aku , hani dan nora x dapat sebab kehabisan saiz ... aku x leh komen pasal uniform baru ni sebab samada suka atau tidak kena jugak terima ... yelah sape le aku nak menolakkan ... hehehe ...
... antara kandungan ucapan yang aku masih ingat " ... jadikan lib sebagai tempat lepak ... dan anggap lib sebagai second home " ... harap sesangat pengguna lib punya pesepsi pengertian yang dengan hasrat kerajaan negeri ... lepak bukan sebarang lepak beb ! tapi lepak yang bermanfaat dan berilmu .
... so sebagai menyahut hasrat untuk menjadikan lib sebagai hub ilmuwan ... adalah lebih kita memulakan memikirkan " cakap banyak sikit kerja atau cakap sikit banyak kerja " ... bukan lah kutuk atau mengata tapi lebih kepada ingatan pada diri sendiri ...
... cakap banyak walaupun sekadar meluahkan apa yang berselirat kat hati adakalanya lebih banyak mengundang padah dan musibah ... dan bertambah haru bila ditambah pulak dengan prasangka ... maka keadaan yang sedia keruh akan bertambah gelodaknya !
... cakap sikit pun adakalanya susah juga ... walaupun asal niat nak redakan suasana ... tapi kalau itu pun masih lagi dianggap dosa ... kena lah reda dan terima seadanya ....!
:-)
Tuesday, May 19, 2009
dan masa pun berlalu ...

* ... ikhlas bukan sekadar lafaz ! ... tapi lebih kepada penghayatan yang menjadi amalan .
... wallahualam ...
Thursday, May 14, 2009
" x de kemelut pun ... semuanya biasa jer ! "
... setiap dari kita ni mesti akan lalui atau telah lalui beberapa fasa dalam kehidupan ... x kira le ... suka ... duka ... pahit ... manis ... indah atau sebaliknya ... itu dah jadi asam garam kehidupan ... mungkin situasinya saja yang berbeza ... !
... ChAnGe ! ... itu yang cuba aku lakukan dalam rutin kehidupan ... x tau lah mengapa aku perlukan perubahan ? ... mungkin gak sebab keadaan persekitaran yang dah terlalu biasa ... atau mungkin jugak dengan orde baru yang memerlukan anjakan pemikiran ... atau mungkin kesan dari rebranding tempohari kut ! ... atau memang seharusnya kita mengikis tabiat lapok yang dah bertapak bertahun-tahun lamanya ... atau " ... apa dah jadi dengan aku ni ! "
... tapi percaya lah semua ni ... x de kaitan pun dengan mereka2 yang ada disekeliling aku ... hanya mungkin sedikit kejutan ... sebab semua dah x macam selalu ... !
* ... kita selalu percaya kita dah buat yang terbaik ... tapi di mata orang kita x sempurna mana pun !
Tuesday, May 12, 2009
alahai si manja !
... si manja dengan ubat selesema n vitamin
tertidur lepas makan ubat ... siannya !Thursday, May 7, 2009
emm ... leh caya ke ni !
... semalam aku singgah kat lib daerah s/bernam ... hantar kutipan hasil untuk april ni ... so sebab x buat janji temu ... aku call boss " ... tunggu 10 minit " kena le tunggu dan sepanjang masa menunggu tu ... aku tinjau gak kat ruang bacaan yang sering dilanda banjir kilat tu ... x sangka lak begitu banyak air bertakung ... sampai terpaksa pecahkan dinding cermin sebab nak alirkan air keluar ... !
... selesai urusan serahan kutipan hasil ... ada gak beberapa yang dibicarakan oleh boss tapi sori lah kena off rekod ... sebab ia banyak menyentuh kerenah birokrasi yang adakalanya menyukarkan perkara2 senang yang sepatutnya dapat diselesaikan segera ... aku ambik sikap lebih mendengar tanpa memberi komen ... takut lak komen laser aku ni akan merobek sensitivity orang tanpa sedar ... so aku sempat gak buat lawak bodoh " ... boleh ke mereka2 yang diatas tu menerima komen atau kritikan " ...( x tau lah macam mane soalan ni leh terkeluar dari mulut aku ! ) ... " ... saya sedia menerima komen atau kritikan demi kebaikan perkhidmatan ... " itu komen yang aku terima ... tapi aku ambil jalan selamat ... x kan menyuarakan kritikan atau komen sebab aku x berapa yakin " kata akan dikota " ... seram gak klu nama aku akan tersenarai kat puncak " black list " ... dah jadi resmi manusia kan ... mana lah suka kelemahan dan keburukan diri di war-warkan !
... emm ! leh caya ke ni ... !
* ... aku kagum kat bunga , yazid , ayu , intan , jef , mas , liza dan termasuk boss jugak yang rela hati ( ... x tau lah rela dlm terpaksa kut ! ) menolak air keluar setiap kali hujan turun ... syabas ! atas khidmat yang tercurah tu ! ...
segalanya mungkin ...
... dan atas sebab segalanya mungkin ... juga mengambil iktibar dari apa yang sedang aku lalui saat ini ... " tidak suara " atau dalam istilah mudah " diam " ... aku rasa ini cara terbaik meleraikan segala kusut ... aku tahu mungkin khabar angin telah tersebar ... tapi aku dah janji tak akan bersuara ... biar pun diam ini akan mengundang pelbagai tanggapan ... aku hanya redha ... aku pasrahkan segala padaNya ...
... dan atas alasan segalanya mungkin ... aku takut untuk terperangkap sekali lagi dalam keadaan yang sama ... seperti awal kehadiran aku di daerah ini ... mungkin aku yang kurang belajar mengenal budi dan hati ... mungkin aku yang lemah dengan rasa ehsan sesama insan ... dan mungkin aku yang bersalah kerana tidak berterus terang akan situasi sebenarnya ...
( ... seperti kata yatie 12 tahun dulu " ... kes ni wajib di khabarkan ... klu x kesannya akan dirasai kemudian hari " ) ... so hari ini aku dah terasa tempiasnya ...! " ... jangan cari khilaf orang tapi cari khilaf diri sendiri ... " itu pesan yatie
... adakalanya ingin juga meluahkan apa yang berselirat kat hati ni ... tapi x tau pada siapa ... aku takut kata akan bertukar nista ... bicara bertukar caci cerca ... dan saat ini pun aku dah keliru nak bezakan sapa kawan ... dan sapa lawan !
* ... segalanya mungkin ! ... so kena redha dan muhasabah diri ...
( tq yatie )
Tuesday, May 5, 2009
bila rindu menyapa ...
menerjah disegenap ruang rongga
ingatan dan gamitan kenangan mengintai
aku lemas dalam emosi dan airmata
rindu menyapa lagi ...
tak mampu terucap bicara
hanya jiwa terasa begitu terseksa
aku lemah dalam gelodak yang terkata
bila rindu menyapa ...
ku pujuk hati nestapa
ku titip doa setiap masa ketika
semoga sejahtera dirimu di sana ... di sisi Nya
mak !
sesungguh saat ini ...
aku benar-benar merindu
... al - fatihah ...
* ... kesibukan memenuhi tuntutan kehidupan adakalanya menjadi kita alpa pada mereka yang melahirkan kita ... ! sesungguhnya rindu kehilangan " abadi " amat memeritkan untuk dilalui ...