Friday, October 15, 2010

budget untuk poket


... hari ni budget untuk 2011 dibentang kat Parlimen ... tapi aku x de peluang menonton ... bukan sebab x tv kat lib tapi malas dok kat ruang kanak2 tu ... takut mengganggu user lib nak study lak ! ... so tunggu le berita jam 8 malam nnti .
... untuk 2011 ni ... mungkin budget aku akan lebih terjurus untuk kos rawatan bapak ... itu yang aku bayangkan ... budget untuk diri sendiri pun mungkin akan dikawal selia dengan sebaiknya ... ni bukan le kedekut tapi demi memenuhi tuntutan pada perkara yang 5 bagi setiap hambaNYa
... budget untuk poket pun kena dikurangkan jugak ... nampak gayanya kena le ubah tabiat suka window shopping ... insyaAllah ... jika ada kemahuan mesti ada caranya !
* ... bonus ? kalau ada untuk budget 2011 ni ... syukur Alhamdulillah ... klu x de bonus ... tugas tetap terlaksana juga !

... antara kilauan kaca


sahabat ...
kau bak permata
gemerlapan diantara kilauan kaca
tak terdaya menyerlah sinar
pancaranmu kian kelam di bawa sirna
sahabat ...
tika kaca bercahaya memukau mata
ada keliru ... celaru dan tertipu
pabila akal dan nawaitu gagal bersatu
semua nilai menjadi palsu
sahabat ...
gilap semula jati dirimu
pancarkan sinar disegenap buana
biar terlontar jauh diperut bumi
tetap berharga bagi yang mengerti
sahabat ...
perjalanan masih terasa jauh
denai kehidupan tetap berliku
teguhkan sabarmu bersandar iman
singkirkan jauh semua gelodak rasa
yakinlah ...
sejauh mana ... dibumi mana
dirimu terdampar
kilauan cahayamu tetap memukau
* ... hanya jauhari yang mengenal manikam !
( titipan buat sahabat yang sentiasa dekat dihati ini )

Thursday, October 14, 2010

28 september lalu ...

4 sekawan ...Aan , me , bib n ayu



sesi makan2 ... !


birthday girl b'gambar b'sama yazid , bos n razif



hisk! kes x sabar nak potong kek ...

hadiah utk Aan


... gambar ni dirakam masa majlis potong kek birthday Aan yang ke tut ! tut ! ... x leh nak sebut sebab x dapat kebenaran empunya diri ... yang sebenarnya birthday dia 27 sept tapi memandangkan hari tu cuti ... so sambut le majlis tu lewat sehari ... x pe lah ... yang penting ada sesi potong memotong kek kan .. hehehe

... sebenarnya kami cuba jadikan majlis raikan harijadi untuk setiap staf kat ofis ni sebagai tradisi ... moga dengan cara ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah yang berpanjangan ... amin
... pasal gambar yang kelam dan kabur tu ... itu yang buat aku musykil ... bila aku dan kekawan bergambar berempat ... tu lah hasilnya ... kabur ... ngape ek !

* 21 okt ni ... birthday bib pulak ... erm ! tengah dok fikir nak bagi hadiah apa ek !

Wednesday, October 13, 2010

insan yang terpilih ...


... adakala bila masalah hadir dalam hidup kita ... hati mudah menyimpan seribu rasa ... minda x dapat lagi membeda antara baik atau buruk ... desakan naluri sering buat insan jadi keliru ... maka disaat itu juga bisikan2 syaitan mula menyapa ... kita jadi lupa pada segala !



... kita jadi lupa pada ketentuan yang telah ditetapkan ... setiap sesuatu kejadian yang Allah turun kepada hambaNya ... ada hikmah ... ada nikmat ... yang Allah sembunyikan ... tapi sebagai insan yang lemah ... kita sering tergelincir dalam memilih jalan yang terbaik



... bagi aku setiap insan yang menghadapi dilema atau musibah dalam kehidupan adalah mereka2 yang dipilih oleh Allah ... Allah menguji hambaNya kerana inginkan kita selalu dekat ... selalu rindu ... selalu berdoa dan memohon pada Nya ... bukan kah itu lebih baik daripada kita meminta2 atau mengharap2 pada sesuatu yang belum pasti ...



* indah sungguh kota melaka
megah berdiri lambang negeri
biar berdarah hati terluka
kekalkan cinta pada ilahi





Saturday, October 9, 2010

cik embun

dulu ... umur 3 tahun

sekarang ... umur 5 tahun

... cik embun @ siti khadeeja ni ... adalah ahli yang paling muda dalam keluarga aku ... memang dia tergolong dalam insan2 yang bertuah sebab semua ahli keluarga beri perhatian lebih kat dia .
* ... acik doakan sentiasa sihat walafiat dan jadi anak yang solehah ... pastu jangan le suka merajuk ... nnti cepat tua lak !

si bulat







... al kisahnya " si bulat " ni ... awer ( nak saudara ) yang jumpa kat belakang rumah dia ... aku cuma jaga si bulat ni 2 hari jer ... so masa kat rumah aku tu ... dapatlah si bulat ni main2 dengan si bucuk ...
... gambar ni dirakam masa aku gi ziarah ... eleh ! ziarah lah pulak ... si bulat yang mula menunjukkan tanda2 x sihat ... tapi la ni dah ok pun ... lepas gi bawak kat pej haiwan .
... aku memang x leh nak lari dari kucing ... kat rumah tu ada 20 ekor ... kekadang tu memang letih gak nak menguruskannya ... termasuk lah bab makan minum dan rawatan kesihatannya ... tapi dah suka kan ... nak buat macam mana !
* ... setiap rezeki yang Allah bagi kat kita ... sebenarnya ada terkandung hak untuk insan atau makhluk yang lain juga ...

Thursday, October 7, 2010

kita ... elegi buat seorang sahabat



kita ...
adalah kau dan aku
bersama meniti masa berlalu
teguh percaya saling membantu
hingga kini pun masih macam dulu

kita ...
dua insan yang berbeda
punya pendapat adakala x sekata
tapi itu semua bukan tanda sengketa
lebih kepada rencahan mesra

kita ...
terpisah bukan kerana benci
jauh sekali hasad dengki
sekadar memenuhi tuntutan duniawi
resam kehidupan memang begini
bila suka dipuji ... x suka di keji
kita ...
mungkin disalah sangka
kerana jarang bersua ... apa lagi bertegur sapa
dan kita pun x pernah nak ambik kira
biarlah apa mereka nak kata
kita ...
adalah sahabat
menyimpul segala yang tersurat dan tersirat
semoga ikatan sahabat mendapat berkat
dari dunia hingga akhirat
* ... jauh di mata ... tapi sentiasa di hati
bunga seroja di taman larangan
taman terletak di tengah kota
biar jauh dari pandangan
terasa dekat di hati kita

Tuesday, October 5, 2010

pelangi kehidupan ...

ku renung langit
dalam rintik hujan gerimis senja
terbentang jaluran indah berwarna-warni
aku leka ... subhanallah
bila titisan hujan semakin lebat
jaluran indah itu pudar dalam suram kelam
ku tutup daunan jendela
saat malam kian melabuhkan tirainya
ku selusuri denai kehidupan lalu
membilang antara titik hitam dan putih
menghitung bekas jejak yang ditinggalkan
masih terkesan warna kelabu
astagfirullah ...
hujan di luar masih lebat
ku ketuk pintu hati
ada sendu dan syahdu
Ya Allah ...
terlalu banyak kelekaan dan kealpaan
sehingga aku sering melalaikan Mu
dan kerap aku terlupa mengucap syukur
atas segala kurnia Mu
di keterbatasan hidup menuju noktah
aku lafaz syukur Alhamdulillah
kerana masih diberi ruang
mengotakan sumpah seorang hamba
dengan kalimah syahadah
LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADDAR RASULULLAH

Thursday, September 30, 2010

sabarlah hati .... !


..." aku yakin kesabaran itu pahit tapi Allah janjikan kemanisan disebaliknya " semoga aku berjaya melalui semua duga ini dengan penuh kesabaran dan keizinan dariNya jua -amin
* Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan ganjaran mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10) *

Saturday, September 25, 2010

yang orang x tahu ...

... masalah ! semua orang ada masalahnya sendiri ... tapi ada gak orang yang suka bagi orang lain masalah atau seronok jika orang lain ditimpa musibah di sebab olehnya ... pelik ? ... x pelik pun ... memang ada manusia macam gitu ... kat mana-mana pun kita akan jumpa insan macam gini ... mungkin dia x sedar atau buat2 x perasan atau mungkin gak ada benda yang dia x berapa yang nak sependapat dengan kita ... jangan lah sedih bila hadapi situasi macam ni ... ingat apa yang kita buat ... itu le yang dapat ... buat baik ... baik le yang dapat ... begitu gak sebaliknya !

... pasal cakap2 orang sekeliling tu ... dah jadi resmi manusia gitu ... hanya melihat apa yang tersurat dari yang tersirat ... jarang melihat dengan mata hati ... tapi mudah menuduh membuta tuli ... hehehe

... adakalanya kita x leh nak menyekat orang dari orang dari berkata2 ... sebab mereka x tahu apa yang berlaku ... dan cerita sebenar disebalik tabir ... dan kita pulak x kuasa bercerita yang akan mengaibkan dan menimbulkan lebih banyak prasangka ... so redha jer ! walaupun ada pepatah mengatakan berani kerana benar ... tapi apalah ertinya jika ia akan semakin merebakkan rasa amarah !

... abaikan jer yang orang tak tahu ... yang paling penting Allah tahu akan segala yang berlaku .

* ... cantik sungguh si bunga mawar
sama cantiknya bunga melati
jadikan zikir sebagai penawar
ubat luka di dalam hati


Thursday, September 23, 2010

mengapa mesti bohong ?


... " mengapa mesti bohong ? " ... ntahlah ! aku x faham mengapa mesti bohong ... bila dah ketahuan ... yang malukan diri sendiri jugak ... sebab tu lah aku memang x suka bohong apalagi dibohongi ... hehehe

... " bohong sebab takut ? " x de maknanya ! ... sebab berterus terang lebih terserlah sifat budiman ( berbudi dan beriman ... istilah yang diguna pakai Didi ) ... lagi pun apalah nak di takutkan dengan manusia ... lebih afdal takut kepadaNya .
... " bohong sunat ? " ... ermm ! ada ke bohong yang dapat pahala ... ada lebih baik diam daripada berkata2 tapi berbohong ... boleh gitu !
* ... kes malam tadi buat aku tersenyum ! bukan niat tapi x sengaja ... astagfirullah .

Wednesday, September 22, 2010

ke mana akhirnya .... ?


... sebenarnya aku x tahu nak mula dari mana ... atau bagaimana ... anehkan ? saat aku tercari-cari haluan sebenar kehidupan ... bukan le bermaksud aku jauh dariNya ... bahkan aku bersyukur sangat dengan apa yang aku nikmati ketika ini ... kurnia dari Nya ... cuma aku terkilan sering tidak memperdulikan kemampuan dan potensi yang dimiliki ... bah terlalu banyak titipan kurnia Allah yang tidak aku kembangkan agar dapat dimanfaatkan ...

... setelah berjalan sejauh ini ... alhamdulillah ... aku lebih memahami dan menghayati erti kemanisan ... keindahan ... kedamaian dalam meneruskan kehidupan yang masih berbaki ni ... la ni aku bertanya pada diri " apa yang kita cari ? " ... rasanya semua inginkan keberkatanNya ... tapi masih tercari-cari arah ke situ ...
... jika dulu aku terkadang gagal menyekat amarah ... dan agak emosi bila diterjah dengan masalah ... kerenah ... ragam mereka yang ada di disekeliling ... walaupun nawaitu aku ingin mengotakan sebuah amanah ... tapi sering disalah anggap ... maka timbul prasangka yang merenggang ukhuwah sesama insan ... lantas masing2 memilih jalan sendiri dengan keegoan yang menebal ... memang aku sedih sangat pada waktu itu ... hati jadi x tenteram dan tertutup untuk memulakan huluran kemaafan ...
... terlalu banyak perkara yang membuat aku teringin kembali mengulangi masa lalu ... untuk memperbetulkan segala kekhilafan ... tapi mustahil kan ! so kepada semua yang pernah terluka aku mohon kemaafan ...
... kini aku lebih mengerti " life is beautiful " ... lebih belajar erti hidup dan kehidupan ... menerima sesuatu kebaikan dan keburukkan ... semua dari Allah ... redha dengan setiap apa yang berlaku ... dan sentiasa fikir positif ... sentiasa bersyukur ... berusaha selalu dekat denganNya ...
* ... kerana sejauh mana perjalanan ini ... noktah penghujung perjalanan ini adalah sama ... untuk bertemu Nya .

Tuesday, September 21, 2010

sedih atau terluka ?


* ... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita ...

Wednesday, September 15, 2010

ombak kehidupan ...


*... ingatan buat diri yang sering leka dengan hiasan duniawi ...

Thursday, September 9, 2010

kemaafan ...


Selamat Hariraya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
salam kemaafan dihulur buat semua sahabat taulan
atas segala silap salah sepanjang ukhuwah terjalin
Ramadhan berlalu Syawal meniti
Tangan dihulur seikhlas hati
Saling bermaafan di Aidil Fitri
Terjalin ikatan kekal abadi

Thursday, September 2, 2010

bila waktu telah terhenti ...




Al Fatihah ( buat ibu saudara yang kembali ke Rahmahtullah hari ini 23 ramadhan 1431 )


"... dunia dipenuhi dengan hiasan ... semua dan segala ada akan kembali padaNya ... "


* ... dalam usia mencecah 99 tahun ... kami redha akan kepergiannya ... semoga Allah tempatkan roh nya bersama-sama orang yang beriman . amin


* ... setiap hidup pasti akan mati ...




Saturday, August 28, 2010

erti kemerdekaan


... salam kemerdekaan !
... apa agaknya pengertian merdeka bagi kita ek ! ... kalau kita tanya kat rakyat Malaysia ... apa yang mereka faham tentang merdeka ... memang sahih le pelbagai jawapan yang akan kita dengar dan dapat ... mereka yang lahir sebelum dan sesudah merdeka punya pesepsi berbeza bila bercakap pasal kemerdekaan ni ...
... perbedaan yang amat ketara ... aku salute kat semangat mereka yang lahir sebelum merdeka ... aku anggap mereka lebih memahami apa makna kemerdekaan atau kebebasan yang hakiki ... menyelami pahit getir ketika dijajah ... semangat kental mengharungi liku2 kehidupan pada waktu tu ... hingga kini kat kampung aku sendiri ... memang terbukti hanya rumah2 yang ada penghuni lahir sebelum merdeka jer yang berkibar megah jalur gemilang !
... ops ! aku x kata mereka yang lahir selepas merdeka x de semangat patriotik ... cuma mungkin mereka meraikannya dengan cara yang berbeza kan ! ... mereka meraikan dengan percikan bunga api ... atau sekadar menunggu detik 12.00 tengah malam untuk sama2 melaungkan merdeka ! merdeka ! merdeka ! ( ntah diorang faham atau tidak makna merdeka tu )
... klu aku kat tanya anak saudara ... jawapannya " ... merdeka sebab dah x de perang ... x de komunis ... dan cuti " ... hisk ! bebudak sekarang ni memang susah nak bagi faham ... !
... biar apa pun pesepsi mereka tentang merdeka ... aku panjat doa ke hadrat Ilahi semoga bumi bertuah ini ... bumi Malaysia akan terus aman .
* ... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53

Thursday, August 26, 2010

sujudku ...



Ya Allah
tika gelisah bertamu
mengisi di segenap ruang qalbu
ada benci ... ada sendu
amarah ... dan segalanya membeku
di situ !
Ya Allah
saat pintu hati diketuk insaf
Allahu Akbar ... Allahu Akbar
bergema antara syahdu dan airmata
membasuh segala dosa tanpa sisa
Ya Allah
ku bersujud padaMu
ampuni segala-segalanya
AMIN

Wednesday, August 18, 2010

ESQ



... 20 - 22 Ogos 2010 bersamaan 10 - 12 Ramadhan ... ni jugak kali pertama aku menghadiri kursus dalam bulan puasa ... tapi aku fikir positif jer ... cuma nak berulang setiap hari selama 3 hari tu yang buat aku mungkin keletihan dan banyak masa terbuang dalam perjalanan ... semoga dipermudahkan Allah . amin

... mula tu memang rancang menginap kat hotel jer ... tapi bila difikirkan semula ... ada kekawan yang nak pergi sama ni mempunyai keluarga dan masalah kesihatan ... x pe lah ! lagipun rasanya ini bukan le kali pertama aku berulang dari rumah bila ada kursus kat shah alam ... dan tentunya bukan kali pertama jugak ... aku keluar rumah seawal pagi macam ni !

... ESQ atau dalam istilah penuhnya Emotional Spiritual Quotient ... aku ada gak baca buku pasal ni dan layan info kat internet ... tapi selagi aku x menghadirinya sendiri ... sukar rasa untuk aku bayangkan ... " ... best esq ni ... rugi tau klu x gi ... " itu komen dari yatie yang terima ... tu yang buat aku teruja nak menghadiri ...!

* ... harum sungguh bunga kenanga
buat jambangan di pagi raya
bersihkan diri dari segala dosa
mantap iman tambahkan pahala

Thursday, August 12, 2010

akhirnya ...

... yup ! akhirnya aku memahaminya ... jika sebelum ni aku hanya mendengar ... mendengar ... dan mendengar dari mereka2 yang pernah melaluinya ... kini aku amat memahami perasaan mereka ... maaf ! jika sebelum ini aku kurang peka akan luahan hati korang ... bukan lah aku x percaya tapi ... aku takut untuk berprasangka ... aku betul2 takut !

... syukur alhamdulillah kerana aku diberikan peluang untuk melaluinya ... semoga Allah memberi ketabahan untuk aku lalui semua ini . amin .

* ... kita sering tertipu dalam sedar ! huhuhu ...