Wednesday, November 19, 2008

selagi terdaya ....

... info terkini yang aku terima ari ni " odit dalaman ... 25 - 28 nov ni ... buat persediaan " arahan klise yang sering kedengaran setiap kali odit ... seperti biasa gak ... aku x tahu nak buat persediaan apa dan bagaimana seharusnya untuk menghadapi odit ? ... apa yg aku lakukan hanya meneruskan rutin harian macam biasa jer ... itu le jugak yang aku lakukan masa odit dijalankan kat office aku dulu ...

... dalam situasi kesihatan yang x berapa memuaskan sejak akhir2 ni ... amat membataskan pergerakan tangan kiri ... sedikit sebanyak mengugat jugak tugas rutin harian aku ... apatah lagi hampir 90% kerja hakiki terpikul kat bahu aku ... walaupun berkali2 pengagihan tugas diadakan tapi berkali2 jugak gagal dilaksanakan ... aku x tahu mana silapnya ... selamanya hampir 14 tahun ... dengan staff yg silih berganti tapi masalahnya tetap sama ... dan dengan semua ni gak ... aku lalui hingga lali ...

... khabar yang aku terima dari seberang sana ... buat aku tersenyum panjang ... ura-ura odit ni buat semua orang bagai hilang kewarasan diri ... aku pun x faham mengapa setiap kali perkhabaran tentang odit tersebar maka semua bagai ' cacing dimusim kemarau ' ... mula le terdengar di sana sini ... semuanya bercerita pasal kesibukan berganda untuk menghadapi odit ... semua perkara mesti nampak ' tip top ' ... yang tiada sebelum ni ' wajib ' diadakan ... tiada lagi yang sunat atau harus ... segala ' wajib ' belaka ... dan bagi memenuhi semua tuntutan ni ... maka tenaga luar terpaksa ' diimport ' bagi merealisasikan agenda terancang ni ...

... sebenarnya x de apa yang aku nak komen sebab semua ' atas arahan ' ... hanya aku terfikir pasal hasrat pengarah dan pengerusi untuk ' rebranding ' atau penjenamaan semula organisasi ni ? ... berjaya atau gagalnya hasrat murni ni ... banyak bergantung kepada ' aku ... kamu ... kamu ... kamu dan jugak kamu semua ... warga kerjanya ' ... akan tercapaikah ... jika tugas kat luar lebih diutamakan ... tugas hakiki gagal diikuti ... amanah dipikul dengan rasa amarah ... arahan dikota , dalam hati mengata ...

... belajar lah dari khilaf yang lalu ... memang sukar mengubah laku ... kalau di hati masih terbuku ... cuak dan resan makin membeku ... mencengkam merosak kalbu ... tapi semua ini akan berubah jika ada kemahuan dari diri sendiri ... aku pernah lalui semua ini walaupun tidak le ' seteruk ' mana ... apa yang lakukan ialah belajar menerima kekurangan orang sebagai
' anugerah ' dari Allah ... belajar bersabar dalam menangani cabaran kerana aku percaya akan ganjaran Allah kepada orang2 yg sabar ... memujuk hati berprasangka baik ( ... ini la perkara yang paling sukar aku lakukan )

* ... sesekali ' tergelincir ' dari laluan akan mengajar kita lebih berhati2 untuk laluan yang seterusnya ...

3 comments:

Sifu Mirza said...

salam,

satu posting monolog yang baik & menarik...

kesturi said...

salam sifu ..

terima kasih atas komentar ini ..

selimut patchwork said...

Selimut Cantum: ada masa sila la layari auraqishcollection.blogspot.com TQ