Friday, June 14, 2013

duniaku ...


... akhir-akhir ini aku terasa amat memenatkan ... minda jadi lesu ... aku gagahkan diri untuk fokus agar semuanya berjalan seperti yang mereka mahu ... mencari-cari dalam diri , ke mana hilangnya duniaku yang dahulu ?

... aku rindu duniaku yang dahulu ... aku yang mudah memaafkan ... dan aku yang mudah melupakan ... aku yang sentiasa berusaha untuk tersenyum bila mana hati disakiti ... aku benar2 rindu duniaku yang dahulu ... terlalu baikkah aku yang dahulu ?

... hari ini aku penat menjadi aku ... kenapa ? aku seperti tidak menghargai diri sendiri ...  aku seperti menzalimi diri sendiri bila tidak upaya melindungi diri ... membiar diri diperlekeh ... membiar diri disakiti ... aku membiarkan segalanya ... terkadang aku merasakan lebihnya aku atau kurangnya aku... semuanya  bagaikan tidak berguna !

... mungkin aku perlukan duniaku yang baru ... membina semula jati diri ... membina semula semangat baru ... menoktah segala kesakitan ... belajar untuk menghargai diri sendiri ... membentuk kelebihan diri dari sudut yang berbeza ... 

* jika tiada kejujuran manakan teguh pendirian


2 comments:

CintaDalamHati said...

Relax, take a deep breath.. everything will be fine sis...

kesturi said...

tq honey ...