al kisah semalam ... 22 / 11 / 2013
kipas baru untuk ruang bacaan ... Aan dah macam model iklan kipas ! hehehe
kipas lama yang telah dibersihkan
... syukur alhamdulillah dan tq kepada pihak pengurusan PPAS kerana prihatin akan situasi yang kami lalui beberapa bulan kebelakangan ini akibat masalah aircond yang tidak berfungsi ... 10 unit kipas yang dibekalkan bagaikan satu rahmat bagi pengguna ... apatah lagi di musim cuti sekolah ni ... !
al kisah jumaat minggu lepas ...
kenderaan bergerak perlahan ..
masing2 nak elak air ...
dalam perjalanan balik ... !
... ni cerita jumaat minggu lepas 15 / 11 / 2013
pagi tu ... jam 6.00 aku dah keluar rumah ... hujan renyai ( macam seram jer kan ... ) aku dah set untuk sampai kat Kuala Selangor sebelum 7.15 ... sebab hanya aku sorang ... memandu awal pagi ... jalan pun x sesibuk mana pun ... memang aku tekan minyak ( selalu tu aku memandu ala2 skema gitu ... ) ... aku singgah caltex Sekinchan dan terus kan perjalanan ... sampai kat rumah Ella jam 7.00 ( kira sampai awal 15 minit dari masa yg aku target )
kami guna satu kereta jer ( jimat minyak beb ! ) alamak ! lupa lak nak cerita hala tuju kami ... ikut maklumat yang dimaklumkan oleh HQ ... 8.00 pagi kami kena gerak ke SUK ( Dewan Jubli Perak) ada Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013 dan sebelah petang jam 3.00 meeting MBJ Bil. 4 / 2013 di tingkat 4 Perpustakaan Raja Tun Uda ...
hari ni aku jadi penumpang ... Ella yang memandu ... so rilek sikit ... memula tu perjalanan ok jer ... hingga le sampai kat tol Sg. Rasau ... kenderaan bagaikan x bergerak ... " x pernah berlaku macam ni ... ada excident kut kat depan tu " kata Ella ... dalam dok fikir tetiba radio sinar maklumkan ada excident dan banjir ... tu yang sesak giler ... alamak ! risaunya hati " mesti lambat sampai SUK " ... hampir 2 jam tersangkut dalam perjalanan ... jam 10.00 kami sampai kat SUK ... majlis dah mula pun ... lepas daftar dan sarapan ( yang disedia oleh pihak penganjur ) ... masuk dewan ( duduk kat lokasi paling atas ... yg kat bawah semua dah penuh ) ... banyak juga info berkaitan gred dan gaji diperbincangan walaupun lebih menjurus kepada gred N dan J ... selesai sesi soal jawab ...12.30 selesai ! ... ambil pack food makan tengahari ... kami gerak ke HQ
sampai kat HQ ... kami makan tengahari di kafe ... solat dan selesaikan dulu segala urusan yang dibawa dari Daerah ... jam 3.00 pm meeting MBJ bermula ( inti pati meeting x leh nak cerita kat sini ... ! )
jam 5.15 pm ... meeting selesai ... minum petang ... jam 6.00 pm kami gerak balik ... masa ni aku dah mula rasa pening lalat sikit ... mungkin sebab pagi tadi aku sarapan lewat ... aku cuba gak kawal minda untuk lawan rasa sakit kepala ni ... tapi aku x berdaya ... thanks kat Ella yang sudi singgah kat Petronas untuk aku memuntahkan segalanya ... selepas telan 2 biji panadol ... aku cuba untuk rehat dan memejamkan mata ( ... terus terlelap ) ... tau2 celik mata jer dah sampai Tesco Kuala Selangor ... rehat kejap kat rumah Ella ( basuh muka nk hilangkan rasa ngantuk )
8.15 pm ... memandu untuk balik ke rumah sendiri ...
9.45 pm ... alhamdulillah sampai kat rumah ... aghh ! letih nya ...
11.00 pm ... tidurrrrrrr .............zzzzzzzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment