Tuesday, October 31, 2017

membudayakan tabiat


" Kris Taming Sari tidak dibuat dengan
mudah. Besinya diketuk sekuat-kuatnya
dan dibahangkan sepanas-panasnya. Besi 
itu kemudiannya diketuk semula bertalu-talu.
Cukup masa , besi itu diangkat dan
dicelup ke dalam air lalu dibiarkan seketika.
Prosesnya berulang sehinggalah rupa dan
tajamnya dapat dibentuk sebaiknya. 
Begitulah seorang usahawan. Dia akan
dipukul dengan ujian, dimarahi dengan 
ketegasan , ditegur dengan kelembutan ,
dan dinasihati dengan kebenaran . Tidak
lain tidak bukan ia adalah ujian membentuk
keistimewaan sebagai sang pahlawan "

SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI KEHIDUPAN

... kata-kata yang tertulis kat kulit belakang buku " Budak Kelas Belakang
Langkahnya Panjang " karya Kaizan Nazlan
 
 ... kata seorang sahabat " Allah beri kita kelebihan untuk dikongsi dan Allah juga beri kekurangan agar kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ... kelebihan bukan untuk dibangga , kekurangan bukan ruang untuk kita putus asa " 

... Alhamdulillah kerana berada dalam lingkungan sahabat yang sentiasa mengingatkan dan positif dalam mengharungi rencah kehidupan yang serba mencabar ini ... ada ketika cabaran itu hadir bersama hikmah tanpa kita sedari ... bila cabaran atau masalah melanda kita lebih fokus mencari formula menyelesaikan dari mencari hikmah yang tersembunyi ( ingatan untuk diri sendiri ) ... itulah yang dinamakan tabiat ...

...dulu masa bebudak ... bila buat sesuatu yang mak ( arwah ) x berkenan mesti mak cakap " ... ha buat ... buat selalu biar jadi tabiat " masa tu aku x ambil kisah pun ... sebab marah mak selalu x lama tapi aku paling takut jika aku buat sesuatu mak cakap " buang tabiat " hehehe 

... Tabiat ni kalau dirujuk Kamus Dewan mambawa makna yang pelbagai yang saling berhubungkait dengan diri sendiri antaranya budi pekerti , perangai , tingkah laku dan watak kita sendiri ... tabiat ni kalau zaman aku kecik lebih merujuk pada perangai yang x berapa nak gembirakan mak bapak ... berbeza dengan sekarang ... perkara yang baik juga boleh dikekal sebagai tabiat ..perkara baik kan !

... cuba pandang sekeliling kita ... pandang dengan mata hati dan renung-renungkan ... kalau ada masa senggang cuba pandang sekeliling , pandang dengan mata hati , renung-renungkan dan fikir apa sebenarnya tabiat yang dah jadi budaya ? ... dan kita anggap perkara salah sebagai kelaziman waima kita tahu tidak sepatutnya.

... membudayakan tabiat lebih takut pada manusia dan menipu diri sendiri juga sudah boleh diterima pakai ... hingga sekecil-kecil perkara ... catatan di buku kehadiran bertugas pun kita takut nak tulis yang sebenar apatah lagi hal yang lebih besar ... 

... ada tadi citer2 atau lebih kepada sembang-sembang mengenai pandangan individu yang boleh dianggap sebagai antara individu yang mengawal selia juak-juak ... aku tersenyum jer bila terkeluar bait kata " diorang ni bekerja sebab gaji dan sebab dah x dapat kerja lain ... bukan minat dengan kerja yang diorang buat sekarang " ... hehehe

...secara peribadinya aku x nak komen pasal pandangan ini ... sebab aku dulu pun bercita-cita dan berusaha untuk mencari pekerjaan lain ( masa tu bertugas sebagai staf sambilan ... gaji dibayar mengikut hari bekerja )... berkali juga aku menghadiri ujian bertulis untuk jadi cikgu ( sebab arwah mak suka sesangat kalau aku jadi cikgu ,  sesuai utk orang perempuan dan banyak cuti ) ... itu pun aku dah syukur sangat sebab ada kerja ... apatah lagi sekarang ... syukur berkali ganda sebab jawatan tetap dan tempat kerja pun dekat dengan rumah ... alhamdulillah

... apa pun yang kita lakukan kebanyakannya dipengaruhi oleh tabiat ... dan tabiat ni, kita jer kena usaha untuk ubah ... minat boleh dipupuk kalau bersungguh , yang payahnya mengubah tabiat ... lagi susah nak ubah kalau dah jadi budaya ... 

... ada ketika kita perlu menyelusuri jauh ke benak hati ( ingatan utk diri sendiri ) ... dalam apa juga situasi berusahalah untuk buat yang terbaik ... dalam kehidupan sendiri ... dalam kehidupan berkeluarga ... dalam kehidupan bermasyarakat ... dalam kerjaya ... dan yang paling penting dalam kehidupan kerana-Nya

... tabiat ni ada yang positif dan ada yang negatif  ... biasalah dalam kehidupan ni nak jadi positif keseluruhan ... memang mustahil le , tapi ikhtiar untuk jadi positif juga tidak mustahil kan ! ... 
 

No comments: