... Alhamdulillah , aku memulakan kerjaya seawal usia 21 tahun ... terima kasih Lina ( anak sepupu ) yang bertugas di JKR masa tu tolong ambik borang jawatan kosong ... dan tolong isi serta poskan sekali surat tu ... ketika tu memang aku sepenuh masa kat rumah ... sambil tolong arwah emak menjahit ( arwah emak ambil upah jahit baju , kelambu pengantin dan apa jer yang ada kaitan dengan menjahit ) ... temuduga pertama aku x hadir sebab surat dapat dah petang ... esok lak temuduganya ... x sempat nak cari kenderaan ... aku rasa kecewa sangat masa tu tapi arwah emak cakap " kalau kerja tu rezeki kita ... dapatlah tu "
... Seminggu selepas tidak hadir interview pertama ... aku terima lagi surat panggilan untuk hadir interview semula ... Allahuakhbar ... berkali-kali aku baca surat tu , rasa macam mimpi lak ... kali ni sepupu aku Kak Rahmah dan suaminya ( ibubapa Lina ) janji nak hantar gi interview ni ... arwah emak jahitkan baju kurung baru untuk aku ... x tau lah siapa yang excited sangat antara mak atau aku ... hehehe
... Aku sampai di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS - bangunan lama di Persiaran Indah ) yang tersergam indah tepat 9.00 pagi ... interview mula 10.00 pagi dan itulah kali pertama aku menjejakan kaki ke Shah Alam ... dan ini juga adalah interview pertama aku ... dalam perjalanan tadi Cikgu Rosnah ( kakak Lina dan arwah emak pun ikut ) banyak beri motivasi macam mana nak menghadapi penemuduga ... mulakan langkah dengan kaki kanan dan jangan lupa senyum dan baca bismillah ' itu pesan ringkas arwah emak ... antara penemuduga adalah Pengarah PPAS ketika itu Datin Paduka Shahaneem Hanoum ( dah arwah ) .
... Hari isnin minggu berikutnya , aku memulakan langkah sebagai warga kerja PPAS ... jawatan staf sambilan yang gaji dibayar mengikut hari bekerja ... rasa syukur sangat dan aku dimaklumkan yang pemilihan aku atas sebab kekosongan adalah di Daerah Sabak Bernam ... hari pertama bekerja memang aku kalut ... rasa segan pun ada ... aku ikut jer arahan dan mula menyesuaikan diri dengan Pn Zaiton Mohd Noor ( aku panggil Kak Eton ) dan En . Abd Hakim ( Perpustakaan Bergerak ) ... dua sifu ketika itu ... masa tu semua manual ... aku belajar susun kad keahlian peminjam mengikut turutan nombor perolehan ... shelving buku kat rak ... itu adalah subjek yang aku belajar untuk minggu pertama ... minggu kedua lagi mencabar sebab aku mula bersendirian mengendalikan kaunter pinjaman dan pemulangan ... berpeluh juga bila pengguna yang berurusan lebih dari seorang ...hehehe

... Masa terus berlalu , beberapa kali juga aku memohon dan interview untuk jawatan tetap tapi masih tidak berjaya ... kakitangan dan pegawai juga berselisih ganti ( bertukar ) tapi aku masih stay kat situ dengan status jawatan sama ... sehinggalah 16 Mei 1994 staf baru diambil mengantikan Kak Eton yang bertukar ke HQ kerana mengikut suami yang menyambung pengajian ... rasa lega dan gembira sebab ada geng ( rakan staf perempuan ) ... Bunga ( nama yang unik ) adalah sahabat pertama aku dalam PPAS ... banyak yang kami share pasal kerja ... awal September 1994 aku dan Bunga hadiri interview lagi untuk jawatan tetap ... 10 Oktober 1994 aku menerima surat arahan untuk bertugas di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... Pembantu Perpustakaan Tetap ... alhamdulillah , akhirnya penantian hampir 7 tahun berbaloi juga ... aku sebenarnya rasa gusar juga kerana memikirkan pelbagai spekulasi dan cerita-cerita mengenai tempat kerja baru ini ... lagi pun aku terpaksa naik bas dengan jarak 100 km ( pergi dan balik ) ... rasa teruja bila dapat jawatan tetap mula mengendur waima lagi ditambah dengan cerita-cerita negatif .
... " kita x boleh nak ubah orang , tapi cara kerja kita insyaallah boleh ubah orang " kata-kata ini ada kunci untuk aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi ... terima kasih kepada En. Mizuar Udin ( mantan pegawai PPAS ) yang sentiasa menyokong dan memotivasikan dalam menghadapi cabaran di tempat baru ... aku gementar untuk berhadapan dengan staf-staf senior yang dah berkhidmat bertahun-tahun , sedangkan aku baru menjawat dan x de pengiktirafan sebab x gi exam lagi pun ... " dari segi lama kerja mereka menang tapi dari jawatan kamu menang " ayat mantan pegawai ... aku mula tunjuk taring dan hati kering demi sebuah amanah yang digalas ... aku x tahu mengapa aku seberani dan setegar itu ... aku memahami dan sentiasa berusaha memahami setiap dari mereka ... sentiasa memberi peluang bukan sekali tapi berkali-kali ... mungkin kerana aku perempuan satu-satunya di situ ... tahun ketiga aku mula bertindak drastik demi perkhidmatan dan prinsip ... pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui mengubah aku jadi individu ' hati batu ' ( gelaran dari seorang sahabat ) ... ada juga yang berpandangan negatif dan mungkin ada yang terasa hati ... aku sendiri pun adakala macam nak mengalah jer ... biarlah segalanya macam sebelum aku berhijrah ... amanah dan amanat yang digalas membuatkan aku meneruskan juga .
... Sesuatu yang amat terkesan dalam diri apabila tindakan yang aku ambil ( meskipun ianya mengikut tertib dan disokong dengan bukti ) menyebabkan seseorang mengambil langkah drastik meninggalkan perkhidmatan ... berhari-hari aku memikul rasa bersalah sangat sehinggalah seorang staf yang lebih senior dari aku menerangkan dan menasihatkan dengan lembut " bila kita buat sesuatu yang betul dan kita yakin dengan tindakan kita ... teruskan ... dia berhenti atas pilihan dia ... lagipun memang dia bersalah ... tak jaga kerja ... tak jaga rezeki dia ... income dia diluar lagi tinggi dari gaji dia ... itu yang dia berani berhenti ... tak de siapa suruh dia berhenti ... arahan bertukar ... Mis pun kena tukar ke sini jugak kan " ... itu nasihat En. Hashim Kassim ( sekarang dah arwah - Al Fatihah )
... 16 tahun disitu penuh dengan warna warni ... staf silih berganti dan bersara , aku masih lagi tiada arahan bertukar ... sehingga aku beranikan diri menghantar surat permohonan untuk bertukar pada tahun 2004 ( aku dipanggil berjumpa pengarah dan dimaklumkan tiada kekosongan ... kekosongan yang ada untuk staf sambilan ) dan 2008 ( aku menerima maklumbalas tiada kekosongan ) kerana perkhidmatan desa jawatan penyelarasan ... selepas itu aku ambil pendekatan tunggu dan doa moga aku dapat berkhidmatan di daerah kelahiran ( sebab arwah emak tak sihat ) ... walaupun ketika itu aku dah memandu kereta dan berulang alik dari rumah ... tapi masa aku lebih banyak ditempat kerja dan perjalanan ... September 2010 aku dimaklumkan akan pertukaran staf dan nama aku antara yang tersenarai ... alhamdulillah , akhirnya walaupun di perkhidmatan desa ... ianya tidak menjadi masalah pada aku ... yang penting balik kampung halaman ... dua minggu selepas itu , aku dimaklumkan ada perubahan lokasi untuk aku berkhidmat ... dan aku masih beranggapan ianya khabar angin selagi x dapat surat arahan bertukar ... apatah lagi pelbagai berita bertebaran mengenai pertukaran ini kerana melibatkan ramai staf .
... Surat arahan pertukaran diterima dan diminta laporan diri pada 15 Okt 2010 di Perpustakaan Daerah ( tempat di mana aku bermula ) ... terdetik juga dalam hati " siapa yang aku ganti ni " kalau boleh aku x nak mengambil atau menggantikan ... kerana aku tahu bagaimana perasaan melalui situasi arahan bertukar ... aku memohon untuk tunda tarikh laporan diri kerana ingin menyerahkan tugas pada yang staf yang akan mengambil tempat aku ... 17 Okt 2010 adalah hari terakhir aku di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... terima kasih kepada Ela , Zam , Nora dan Hana yang adakan acara makan-makan ( nasi ambeng ) untuk aku ... Wisma PPAS tempat aku bernaung hampir 16 tahun ... kenangan manis aku terima pengiktirafan APC dan PJK di sini ... kenangan masam kelat aku dilabel ' detail sangat dan skema ' di sini dan kenangan sepahit jadam aku dianggap penyebab ' orang ' berhenti kerja ??? di sini.
... 19 Oktober 2010 aku mula bertugas di Perpustakaan Daerah sebagai staf baru ... rasa janggal dan sedih ( sahabat aku ditukar lokasi ) ... perasaan teruja berpindah hilang diganti dengan cabaran bukan sedikit ' Audit ' buat aku gementar ... banyak perkara yang wajib aku belajar dan mahir ... sistem virtua ( semasa di PPAS Cawangan x de sistem - guna manual ) ... kena faham dan study fail-fail ( mak ai banyaknya ) ... menyesuaikan diri dengan cara kerja staf lain ( al maklum kami dihimpunkan dari latar belakang kerja yang berbeza sangat ) ... aku x kisah bekerja dengan sistem dan fail tapi aku memang gusar bekerja dengan staf lain ... apatah lagi terdengar citer2 ... ada yang gusar kerja dengan aku ... minggu pertama aku bertugas ... aku dah buat seorang staf menangis ( x tahu apa sebab ... mungkin sebab cara aku agak agresif bila cakap pasal kerja kut ! ) ... Ann ( dari PPAS Pekan Dataran ) , Bib ( dari PPAS Pekan Sekinchan ) dan Ayu ( memang dari Daerah ) bergabung dalam satu team ... hehehe
... Aku risau kalau mereka x selesa dengan cara aku kerja ... seorang sahabat memberi pandangan 'staf perempuan agak emosional ... so pendekatan adalah perhati ... perhati ... perhati ... berhati-hati dan nilai ( alamak ! bocor rahsia ) ... perhati bermaksud ' faham perangai , cara kerja , pemikiran dan potensi ' ... berhati-hati bermaksud ' kenal hati budi , jaga peribadi ' ... dan nilai bermaksud ' dot ... dot ... dot ' yang ini x leh nak share ... hahaha
... Ada ketika kita x perlu nak fikir sangat , apa yang orang lain fikir ... biar pun ada masa airmata ni mengalir tanpa disedari ... aku anggap inilah dugaan ... acapkali aku pujuk hati ' lakukan dengan ikhlas kerana Nya ' banyak juga tindakan yang aku lakukan tanpa perasaan ... yang aku fikirkan matlamat untuk selesaikan tugas ... apatah lagi bila audit ... aku tahu semua orang stress sebab ini adalah pengalaman pertama ... yang mungkin mereka x tahu adalah aku akan chek semua fail dan cuba hadam kandungan dan tata kerja sebagai persediaan bila ditanya juru audit ... walaupun fail itu bukan dibawah seliaan aku .
... Di sini juga situasi sama aku lalui ... staf bertukar ... mula seorang staf berpindah ( bertukaran jawatan ) dan awal Januari 2017 ... arahan bertukar untuk dua staf serentak buat aku rasa gementar meskipun menerima kemasukan staf baru ... mungkin kerana aku dah terbiasa kerja dengan mereka dan masing-masing tahu posisi dan bidang tugas serta tanggungjawab yang perlu disettlekan ... aku rasa kesendirian yang amat sangat ... apatah lagi untuk mengharungi audit ... memgambil alih tugas dan fail yang ditinggalkan ... menyusun semula jadual tugas ... menyesuaikan diri dengan situasi baru ... arahan tugas yang dulu aku share dan fikir tindakan secara bersama kini kena buat sendiri ... selalu aku ingatkan diri sendiri ... hikmah ... hikmah ... hikmah ...!
... Cabaran dan kesukaran hadir bersama hikmah tanpa kita sedari ... bila kita lakukan sesuatu dengan kesungguhan , insyaallah akan ada jalan penyelesaian dan dipermudahkan ... sejak mula kerja lagi aku tiada masalah dengan kerja ... dengan kertas-kertas ... dengan fail-fail ... dengan buku-buku ... dengan pengguna yang silih berganti atau arahan kerja yang adakalanya tidak termasuk dalam skop kerja pun ... aku tetap usaha untuk buat yang terbaik kerana aku anggap itu semua adalah ilmu ...
... Awal Januari 2018 , aku melangkah lagi ke lokasi perkhidmatan yang baru ... kali ini arahan bertugas di Perpustakaan Pekan pula ... syukur alhamdulillah aku telah memenuhi atau merasai bertugas di semua perkhidmatan ( kecuali hq ) ... Daerah Sabak Bernam ( 1987 - Sept 1994 ) ... Cawangan Tanjung Karang ( Okt 1994 - 2010 ) ... Daerah Sabak Bernam ( 2010 - Disember 2017 ) ... PD. Tebuk Pulai ( 17 - 21 April 2017 ) ... Pekan Sekinchan ( Januari 2018 - hingga ?? )
... Cabaran dalam menjalankan tugas ada di mana-mana selagi kita bergelar pekerja ... yang paling penting adalah bagaimana cara kita mengolah cabaran menjadi pembelajaran , pengajaran dan pengalaman berharga ... sesekali aku juga menyelusuri laluan kenangan dari hari pertama bergelar pekerja hingga ke saat ini ... bukan sekali airmata ini menitis ... bukan sekali hati ini disakiti ... bukan sekali salah sangka bertebaran ... bukan sekali telinga ini mendengar diri diperkatakan ... bukan sekali tapi aku tetap meneruskan amanah ini ... kerana ini ibadahku ... kerana ini rezekiku ... kerana ini kerja yang aku pilih ...
... Moga 9 tahun mendatang ini , aku mohon Ya Allah tetapkan hatiku untuk kekal istiqomah pada jalan Mu ... cekal hatiku hadapi cabaran ... bekalkan hatiku dengan sabar dan tabah ... amin.

No comments:
Post a Comment