... Sesungguhnya dalam kehidupan ini samada kita bahagia atau derita , tenang atau tertekan , semuanya bermula daripada kawalan minda. Jika kita pandai mengawal fikiran melalui minda , emosi akan terjaga , dan akhirnya tindakan akan lebih rasional dan terkawal ... Aku berusaha untuk tidak menjadi orang yang dipengaruhi oleh persekitaran tetapi menjadi orang yang positif dan mempengaruhi orang dan persekitaran negatif menjadi positif ... analoginya jadilah kita seperti ikan di lautan , tidak menjadi masin biarpun hidup di dalam air laut yang masin .... ๐๐๐๐
... Minggu ini aku lalui dengan cabaran yang tidak diduga ... menerima dan melaksanakan arahan adalah sesuatu yang biasa ... tetapi ianya menjadi amat luar biasa bila arahan datang dari dua penjuru untuk tugasan yang sama ... aku bertindak mengikut arahan dan rasionalnya menyelesaikan tugasan ... pertimbangan dan perbincangan juga termasuk dalam skop sebelum tindakan lanjut diambil ... setiap pergerakan dan tindakan aku merujuk kepada pegawai yang memberi arahan tugas tersebut ... x tahu mana silanya ... isu pertindihan arahan tugas ini menjadi sesuatu yang amat merimaskan dan menimbulkan prasangka yang tidak berkesudahan.
... Aku berusaha untuk tidak terlalu memikirkan dan meneruskan tugasan yang lebih menjadi keutamaan ... biarlah prasangka itu terus bertebaran kerana aku tidak berupaya untuk menyekatnya waima ada ketika aku merasa letih sangat untuk melaluinya tetapi kata-kata semangat dari sahabat sentiasa menjadi pendorong untuk aku kekal positif ... x perlu ramai kawan untuk memahami kita cukup hanya Allah tahu apa yang ada dalam hati kita ... gembira dan tenangnya kita bukan sebab dunia di sekeliling kita betul tetapi dunia di sekeliling kita betul sebab kita gembira dan tenang ... alamak ! berbelit punya ayat ... harap difahami maqasid yang tersirat .
... Kata Prof. Dr. Muhaya Muhamad yang aku catat dalam buku nota kecil hasil pembacaan dari akhbar Mingguan Malaysia 7 Januari 2018 ... mengenai ketenangan dan kebahagiaan ... Bagaimana hendak menjadi seorang yang tenang ? Lakukan 5 perkara setiap hari dalam hidup kita ( saja nak share sebab kita x langgan akhbar ini ) ...
Pertama
" betulkan niat kita setiap hari "
bermula terjaga dari tidur maka bermulalah kehidupan kita untuk hari itu
ini bermakna bermulalah ujian Allah sama ada baik atau buruk yang direncanakan-Nya untuk kita
tanpa kita boleh mengelak
seharian kita ditempat kerja , niatkan untuk menjadi pekerja yang amanah dan dedikasi
betulkan niat kita untuk jaga silaturahim , dengan niat menjadi seorang pemurah suka memberi,
membahagiakan orang , sentiasa mendengar dan menghargai,
maksudnya di mana pun kita berada perbetulkan niat untuk mendapat redha Allah
Kedua
" Ikhtiar dengan bersungguh-sungguh "
niat adalah proses kehidupan yang berlaku dalam hati
ikhtiar adalah proses kehidupan secara fizikal atas dorongan niat yang telah kita tetapkan di hati
Ketiga
" Bersihkan hati "
bersungguh bersangka baik
Keempat
" Jadilah pemerhati diri sendiri "
muhasabah diri untuk melihat kekurangan diri dan perbetulkan diri
Kelima
" minta maaf dan memaafkan "
Allah anugerahkan kepada kita kecergasan akal , yang boleh menentukan emosi kita
dan emosi itu yang menentukan tindakan kita
dan tindakan itu pula yang menentukan keberhasilan kehidupan kita
Ketenangan
Kebahagiaan
Kesihatan
Kekayaan
No comments:
Post a Comment