"... JADILAH diri kita yang sebenarnya , kerana orang menjadi dirinya yang sebenar adalah seorang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan ...Orang menerima hakikat dirinya yang sebenar , hidup dengan penuh kesyukuran dan keredhaan ... andainya hidup didatangi kejayaan demi kejayaan , mereka akan bersyukur dan yakin , bahawa semua yang mereka miliki itu bukan kerana kehebatan mereka , tetapi kehebatan Allah yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka .
... Jika hidup mereka dalam kesusahan atau kegagalan , diterima semua perkara negatif itu sebagai ujian dan tidak berfikiran negatif - menyalahkan , merungut dan berputus asa . Orang positif akan sentiasa menpersiapkan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang lebih besar dan jangan takut mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita "
oleh
Prof. Dr. Muhaya Muhamad
Mingguan Malaysia 15 April 2018
... Saat membaca artikel ini sepenuhnya , aku menyelami keseluruhan ruang dalam diri , menyelusuri denai-denai kehidupan yang pernah aku lalui ... tanpa sedar air mata menitis bukan kerana aku rindukan nostalgia lama tetapi aku mencari-cari ke mana hilangnya kekuatan , kecekalan , kedegilan , kesabaran dan ketabahan yang dulu mekar mewarnai onak ranjau kehidupan ini ... di mana hati kering yang dulu begitu tegar demi amanah dan prinsip ... mungkin juga aku terheret dalam ingatan dan pesanan yang tidak pernah jemu dari sahabat nun jauh di selatan ... " jangan stress sebab tabiat manusia masa kini hanya ambil jalan mudah dan pentingkan diri ... usah hanyut dengan kerenah yang akan mengugat kesihatan , ketenangan dan rasa aman dalam kerja kita ... "
... Menyimpul mati semua ingatan dan pesanan yang tidak pernah putus dari sahabat-sahabat ... terima kasih kerana berusaha memahami apa yang aku lalui ... terima kasih menitipkan ingatan dan pesanan ... terima kasih atas segalanya
...
No comments:
Post a Comment