Friday, August 17, 2018

Beritahu Hal Sebenar




Alhamdulillah , akhirnya selesai sudah buku " KULIAH TERAKHIR - THE LAST LECTURE " aku baca ... buku karya Randu Pausch diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Elainee Hassan dan Wan Norazah Wan Chik , diterbit oleh ITBM ( Institut Terjemahan & Buku Malaysia ) pada tahun 2015 , buku ini adalah antara koleksi buku terbaru yang ada di Perpustakaan Pekan Sekinchan .
 
Aku suka buku ini sebab gaya bahasa dan penulisan yang mudah difahami ... ringkas tetapi penuh dengan pengajaran ... terbahagi kepada 6 bab dan dari setiap bab ada lagi beberapa pengkisahan yang amat menarik ...ada juga diselitkan gambar-gambar penulis dan keluarga serta rakan taulan ...buku setebal 234 mukasurat ini boleh dijadikan bahan bacaan santai yang boleh memberi impak positif kepada pembaca ... harga buku RM 40.00 sahaja ... kalau di Perpustakaan Pekan Sekinchan , susun atur buku ini di rak PSIKOLOGI - No Klas buku : 158.1 Pa 
 
Daripada 6 Bab yang terdapat dalam buku ini ... aku nak share satu penulisan dari Bab V ( PANDUAN MENGHARUNGI KEHIDUPAN ANDA ) dan aku pilih tajuk 48 , mukasurat 179 
 
" Beritahu Hal Sebenar "
 
Jika saya diberikan tiga patah perkataan untuk nasihat , perkataan
tersebut ialah "Nyatakan yang benar. " Jika saya diberi tiga lagi 
perkataan , saya akan menambah:"Pada setiap masa."Ibu dan Ayah 
mengajar saya bahawa "Kamu adalah sebaik kata-kata kamu," dan
tiada cara yang lebih baik untuk menyatakannya
 
Kejujuran bukan sahaja benar secara moral, tetapi juga cekap . Dalam
budaya semua orang bercakap benar , anda dapat menjimatkan
banyak masa untuk memeriksa buat kali kedua. Semasa mengajar di
University of Virginia , saya amat suka akan kod kejujuran. Jika pelajar
sakit dan perlu mengambil peperiksaan pada hari lain , saya tidak perlu
membuat soalan baru. Pelajar hanya perlu "berjanji"bahawa dia 
tidak akan bercakap dengan sesiapa tentang peperiksaan tersebut , dan
saya akan memberi peperiksaan yang sama.
 
Manusia menipu kerana banyak perkara , selalunya untuk
mendapatkan apa yang diinginkan tanpa bersusah payah. Namun,
sebagaimana strategi jangka pendek lain , ini tidak akan berkesan
untuk jangka panjang .Anda akan berjumpa juga dengan mereka pada
kemudian hari , dan mereka akan ingat kepada anda kerana anda pernah
menipu mereka. Mereka juga akan memberitahu orang lain tentang
penipuan anda. Inilah yang menghairankan saya tentang sikap menipu.
Kebanyakan orang pernah menipu menganggap mereka akan
terlepas ... namun , hakikatnya tidak .
 
 ... Hakikatnya dalam realiti kehidupan hari ini ... " beritahu hal sebenar " semakin sukar untuk direalisasikan ... di mana kedudukan kita ...? 

No comments: