... kredit untuk Kisahku-ainraihan.blogspot.my yang menghadiahkan buku comel yang begitu berharga pada aku ... dan kemudiannya buku ini aku hadiahkan pula kepada Akmal Arif ( anak saudara ) yang ketika itu bekerja jauh nun di pantai timur ... masa aku bagi buku ni " Acik ... kat tengah-tengah laut tu ... x tahu lah sempat ke idak nak membaca " itulah ayat yang keluar dari mulut Akmal bila aku selitkan buku ni di beg sandangnya " bawak jer ... bukan besar pun ... nak tidur malam kalau x penat ... kalau x baca pun selak-selak jer mukasurat nya " tegas nada suara aku " ye lah " jawab Akmal .
... kisah antara jemput dan cari ni selalu aku share dengan dua lagi anak saudara aku yang sudah berkeluarga ... Khairil Ajmain dan Khairil Affendi ( abang kepada Akmal ) ... konsep yang selalu aku perbetulkan adalah dari segi pemahaman ... sebab bagi aku istilah yang acapkali digunakan dalam mendapatkan rezeki adalah mencari ... bayangkan kalau rezeki itu dicari ... istilah cari itu sendiri sudah cukup merumitkan dan akan ada keluhan ketidak cukupan selalu ... sebab kita x tahu rezeki tu di mana ? ... kalau rezeki dijemput maka segalanya akan lebih mudah sebab kita dah tahu punca rezeki tu di mana ... sebagaimana yakinnya kita atas perkara-perkara seperti ajal maut ... jodoh pertemuan dan rezeki adalah ketentuanNya ... setiap rezeki kita semua dari Yang Maha Esa , majikan hanya orang tengah ... selalu aku pesan pada Along ( Khairil Ajmain ) dan Didi ( Khairil Affendi ) ... bila kita bekerja , lakukan dengan bersungguh kerana kerja adalah amanah dan ibadah ... aku amat memahami cabaran bekerja di bandar dengan kos sara hidup dan pelbagai rencah yang akan buat kita hilang arah jika tidak diperbetul nawaitu ...
... hari ni Akmal Arif ada interview , dan dalam perjalanan dia menghantar aku ke ofis pagi tadi ... sempat gak aku ingatkan dia akan konsep jemput dan cari ... ingatkan dia pasal nawaitu hari ini adalah untuk jemput rezeki ... jaga adab ketika di interview ... kena yakin diri ... berlaku jujur dengan diri sendiri dan nyatakan yang sebenar ... bagi aku mudah ' jika langkah pertama dalam menjemput rezeki kita dah x berlaku jujur ... mana kan dapat keberkatannya '

No comments:
Post a Comment