Sesuatu yang agak lama aku tinggalkan , x berapa nak fokus sangat adalah membaca , kalau dulu sebuah buku boleh selesai dibaca dengan sedikit nota kaki ambil masa paling lama 3-4 hari ... la ni sebuah buku selesai dibaca sepenuhnya ambil masa seminggu ... so banyaknya naskah-naskah yang menunggu giliran untuk dibaca ... masa menjelajah ke rak buku dirumah , rupa-rupanya masih ada naskah yang aku beli masa PBS 2018 kekal dalam balutan plastik ... ditambah dengan belian semasa PBS 2019 , maka bertambahlah juga naskah yang akan menunggu giliran panjang .
Hobi yang satu ini memang dekat dengan hati walau kekadang tu berbulan-bulan x pegang mesin jahit tetapi seminggu sekali tetap gak usahakan untuk pegang jarum sambil ditemani manik dan pelbagai bentuk serta jenis butang ... hilang rasa lelah bila dah mengadap kain dan perca ... terima kasih kepada arwah emak yang menurunkan ilmu jahit menjahit ni ... sekurang-kurangnya kalau setakat baju sendiri dan kekawan yang rapat boleh le dipakai bajunya ... ni aku fokus untuk jahit beberapa tote bag untuk memenuhi janji dan permintaan ... prinsip aku tote beg mesti sesuai dengan aura penerimanya ... limited edition gitu !
Rutin yang sukar untuk dilepaskan adalah Sudoku , apatah lagi kalau banyak perkara yang bikin fikiran serabut ... terapi untuk minda aku adalah sudoku ... aku bayangan kaedah penyelesaian seperti aku selesaikan sudoku ... bila dapat selesaikan sudoku aku rasa macam semua masalah aku dah settle ... dalam hp aku ni hanya ada game sudoku jer !
Al kisah yang masih dalam pembikinan ( ... ntah x tahu bila boleh selesai !😉 ) tapi aku usahakan juga untuk menulis walau terkadang tu hampir berbulan-bulan aku tinggalkan kerana kekangan masa dan tiada idea ...lagipun aku hanya menulis pada waktu-waktu malam yang aku susah nak lelapkan mata ... sebab masa itu aku akan menulis nota kaki sebagai penanda aras sebelum aku kembangan idea itu melalui aksara di papan keyboard lak ... ! alhamdulillah setelah melepasi bab 13 ni ... aku rasa lebih bersemangat untuk terus menulis
Ada banyak me time yang aku nak share ... insyaallah nnti kita sambung lagi !
No comments:
Post a Comment