Friday, May 29, 2020

... kita sebenarnya


... Alhamdulillah , 2020 telah menginjak ke hujung bulan Jun ... waima PKP ( Perintah Kawal Pergerakan ) dan kini PKPB ( Perintah Kawal Pergerkan Bersyarat ) masih berkuatkuasa yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 ...  aku masih tersangkut untuk menyelesaikan segala rutin yang dah bertahun aku lakukan , Alhamdulillah kepada mereka-mereka yang berusaha menyelesaikan tugasan rutin saban bulan dan menyumbangkan rasa gembira pada aku tanpa mereka sedar ... insyaallah isnin ni semua akan selesai ... itu seperti yang dijanjikan tadi bila aku call untuk ingatan mesra .

 ... Terima kasih kepada Shima yang banyak membantu untuk key in semua data setelah aku buat semakan ... terkadang tu terdetik juga dalam hati semasa menyemak semua maklumat statistik yang dihantar pada aku ... lama atau baru seorang pekerja tidak boleh dinilai dari hasil kerjanya ... melihat angka-angka tersusun kemas dalam petak yang disediakan memang cantik dan tiada apa yang salah pun ... hanya bila kiraan angka-angka tu dibuat baru le terserlah mana silapnya ...  

... PKPB ni bukan tiket untuk bersenang lenang meskipun user masih tidak pernah masuk ke dalam Library ... tugasan tetap dijalankan seperti biasa hanya dengan norma baru ... memula rasa janggal jugak dengan mask ... scan QR ... hand sanitizer ... insyaallah norma ini baru akan jadi kebiasaan demi keselamatan diri #kitajagakita

... Perubahan demi perubahan kena dilalui dengan penuh rasa tanggungjawab ... teringat semasa PKP bermula 18 Mac 2020 ... aku sendiri rasa stuck sebab kena kerja dari rumah ... handphone kena sentiasa disisi ... banyak perkara yang buat aku jadi stress sangat ... sebab banyak benda baru aku kena belajar ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… ... dengan line internet yang slow hingga terpaksa ikuti mesyuarat guna aplikasi ZOOM kat rumah member yang ada wifi .

... Sepanjang PKP dan PKPB ni ... setiap insan ada dugaan dan cabaran yang tersendiri , mungkin berbeza tapi hakikatnya semua dugaan dan cabaran ini memerlukan sabar dan tabah yang lebih dari biasa ... aku pernah rasa emosi amat terdera bila maklumat diminta pada segera berkaitan perkara yang berlaku pada tahun 2014 , 2015 dan 2016 ... kalut gak nak cari dan mengingat kat fail dan pendrive mana aku simpan dan save semua info ni ... alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan , ada manfaatnya juga aku masih simpan walaupun dah beberapa kali aku niat nak delete jer sebab dah lama kan .

... Sesuatu yang belajar adalah perkara yang kita rasa x penting ... akan jadi berharga bila saat kita perlu dia ada !!


No comments: