Tuesday, June 22, 2021

Bohong

 

" Bohong satu kali adalah laksana nila setitik dimasukkan ke dalam susu sebelanga. 
 Bohong satu kali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan sesama manusia 
untuk selama-lamanya. 
Jujur dan benar adalah sifat semulajadi manusia. 
Suara hati yang asli adalah jujur dan tidak mahu berbohong.

Orang yang berani berkata terus-terang, 
adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. 
Dan orang yang berani menerima perkataan terus terang 
adalah orang yang membimbing jiwanya kepada kemerdekaan. 
Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, kebenaran itu adalah KEMERDEKAAN. "
 
~~ HAMKA ~~
 
Sesuatu sangat semalam bila diminta memberi respond untuk survey yang diadakan berkenaan cadangan pelaksanaan program yang menjadi acara tahunan tetapi tidak dapat dijalankan kerana pandemik covid 19 ... aku melihat kepada keseluruhan pendapat  , cadangan serta pelbagai idea yang dilontar dalam group whatsApp ... lantas aku share dalam team yang menghimpunkan kekawan untuk melihat reaksi ... aku hanya letak " setuju / tidak setuju " berserta list nama ... info tambahan " jika ada cadangan atau idea yang berkaitan boleh share di group sebelah .
 
Seharian juga semalam handphone terasa lemas dengan info yang bertali arus menerjah masuk 😅😅😅 ... aku hanya mencatat setiap pendapat yang diberi ... boleh dikatakan semua bersetuju dengan pelbagai cadangan dan sokongan yang padu ... dalam pada itu di group sebelah satu lagi ... pelbagai maklumbalas juga aku terima  ... secara lahiriah semua bersetuju sebab masing-masing berada dalam dilema atau persimpangan perasaan yang terungkap ibarat kata " Diluah mati mak , ditelan mati bapak " ... aku juga terperangkap dalam dilema ini ... berperangan dengan perasaan sendiri " setuju atau tidak setuju " aku sedih sangat dengan keputusan atau pilihan yang terpaksa aku buat ( bukan lah aku orang suka berbantah tetapi dalam situasi masakini ) tetapi aku tiada pilihan kerana suara majoriti tetap akan menang ... hanya aku salute pada seseorang yang mengambil langkah berbeza ( alhamdulillah ) yang bersuara tidak setuju dengan alasan tersendiri ... terdetik dalam hati  mohon agar Allah  dengar suara hati hamba Nya yang kerdil ini .
 

No comments: