Akhirnya ....
Alhamdulillah , akhirnya aku menulis di blog buat kali pertama bagi tahun 2023 ... terasa sedikit janggal juga sebab terlalu lama sangat tinggalkan dunia penulisan .
So hari nak tulis pasal tipu ... tertiba jer pagi tadi dapat idea nak pasal ' tipu ' ... pagi tadi masuk ofis terawal sikit dari biasa dengan nawaitu nak settle kan kerja-kerja yang tertangguh semalam ... shelving buku kat rak , semalam dapat buat separuh sebab bila perkhidmatan dibuka dan user dah mula masuk agak terganggu juga , lagipun tak nak user rasa tidak selesa bila cari bahan da rak.
Berbalik kepada isu ' tipu ' , apa yang korang rasa bila terlihat perlakuan selamba punch kan kad kekawan yang belum sampai ke ofis ... atau pura-pura punch kad di mesin perakam walhal hakikatnya kawan dah tolong punch kan .
Persoalannya mudah ... yang lakukan sikap sebegini " korang sebenarnya tipu siapa ? Boss ? Rakan ? atau siapa ? , sedangkan korang tahu ... Tuhan sentiasa ada dengan korang .
Ingatan untuk diri sendiri ... benar itu pahit tapi kemanisan tetap ada
No comments:
Post a Comment