Friday, February 14, 2014

Analogi Kehidupan ... part 8 " takut "




kekadang tu aku rasa takut untuk memikirkan ... takut untuk membayangkan ... takut untuk menghadapi ... takut untuk melalui ... tapi aku tahu takut itu akan membunuh jati diti ... takut akan melenyapkan kejujuran ... takut akan membuang jauh keikhlasan ... !

Takut sebenarnya hanya mainan perasaan ...nak kongsi sikit pengalaman pertama  kena transfers ke Daerah lain ( ... lama dah , 20 tahun dulu ) ... masa tu aku dimomokan dengan situasi yang bakal aku hadapi ( semua tu dari cerita2 orang terdahulu ) ketika tu banyak  perkara yang membuat aku jadi takut ... al maklum semua staf yang ada kat situ semuanya otai sedang aku belum pun sah jawatan meskipun dari segi perjawatan melayakan aku untuk memberi arahan ( berkaitan tugasan ) ...

Bertahun juga aku hanya perhati untuk memahami sikap dan budaya kerja ... sebenarnya rasa takut itu sekadar ingatan buat diri sendiri ... credit untuk mantan PPP ketika itu En. Mizuar Udin kerana memberi cabaran " x usah ubah mereka tapi biar berubah mengikut cara kita " Alhamdulillah ... aku x ubah mereka pun ... sikit pun tidak ... tapi mereka sendiri berubah tanpa mereka sedari ... kalau aku cakap aku x takut untuk buat perubahan ... bohonglah aku x takut kan ... memang aku takut apatah lagi aku  bukan orang tempatan ... yang penting yakin ... usaha ... tawakal !

Kini aku lalui lagi situasi sebegini ... mungkin kali ini aku lebih bersedia untuk menghadapinya ... aku akan lebih takut jika aku mula rasa takut untuk berkata benar .... aku akan rasa lebih takut jika aku mula rasa takut menerima kritikan tapi lebih teruja bila dipuji ... aku lebih takut kealpaan akan menjauhkan aku dari rahmat - Nya


Wednesday, February 12, 2014

Analogi Kehidupan ... Part 7 " Hilang "



indah sungguh si bunga raya
ditanam orang hiasan laman
bila hilang rasa percaya
musuh tidak , kawan pun bukan

gula kabung manisnya tidak
banyak dijual di pekan sari
hilang hormat bukan kehendak
sekadar lindung diri sendiri

" tuntutlah ilmu hingga ke China "
bidalan orang zaman dahulu
kerana mulut badan merana
ingin menghilang bagaikan semalu

bagaikan ketam dengan si anak
hilang lurus mengiring ke tepi
fikir dulu sebelum bertindak
insyaallah hidup akan dihormati

hilang kabus nampaklah gunung
gunung terletak di bawah bayu
kalau ingin jadi tempat bernaung
ilmu dicari , janganlah jemu





Saturday, February 8, 2014

Analogi Kehidupan ... part 6 " ILMU "




















Kata orang arif :
" Apabila engkau mendapat wang , belikan
emas ; jualkan emas itu , belikan intan ;
jualkan intan , belikan manikam ; jualkan
manikam , belikan ILMU "


Analogi Kehidupan ... part 5 " Muhasabah "




" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah ( pula ) kamu bersedih hati ,
padahal kamulah orang yang paling tinggi ( darjatnya ) jika kamu orang 
yang beriman "

( suraah Ali-Imran , ayat 139 )

... rasa terkejut bila aku dimaklumkan hanya kerana perkataan " muhasabah diri " buat seseorang x leh nak tidur malam memikirkannya ... la ni aku lak memikirkan kenapa perkataan " muhasabah diri " yang memang sering kali aku gunakan tu , seolah-olah mengganggu gugat kehidupan  seseorang ... terdetik gak rasa bersalah  beb !

... so hari ni aku merajinkan diri untuk semak maksud " muhasabah " tu kat Kamus Dewan ... 

     muhasabah Ar perbuatan menilai diri ( fikiran , pendirian , dsb ) utk pembaikan diri sendiri ,
     introspeksi ;
     bermuhasabah membuat penilaian terhadapan diri sendiri : kita harus ~ supaya dapat dibina
     keyakinan diri yg lebih kukuh.

tidak ada yang luar biasa maksudnya ... perkataan itu sering aku gunakan sebagai ingatan untuk diri sendiri , kalau ada yang rasa tersindir atau sakit hati dengan perkataan ini ... aku sarankan , memang sewajarnya lah 
" muhasabah diri " ... sebab diri sendiri jer yang tahu apa yang berkeladak dalam hati kita ... apa yang berserabut dalam minda ... dan apa yang membayang dalam pandangan mata kita .... ! 

... jangan lak sampai x tidur 2 malam memikirkan apa yang tersirat disebalik " muhasabah diri " ... sebab semua jawapan tu ada pada diri sendiri ...

~ wallahuaklam ~

Friday, February 7, 2014

Analogi Kehidupan ... part 4 " Keberkatan "

" keberkatan "



keberkatan itu bukan sekadar lafaz
bukan juga sekadar harap
tidak jua hanya keinginan
tapi ...
keberkatan perlu sabar
keberkatan perlu ikhlas
keberkatan perlu istiqomah
dalam mencarinya ...

Tuesday, February 4, 2014

Analogi Kehidupan ... part 3 " Sabotaj "

" Sabotaj "



... pepagi lagi masa masuk ofis ... aku dah macam terbau sesuatu yang kurang enak ... selalu macam gitu , bila hati rasa x gembira ... mesti ada sesuatu ... orang kata instinct ( gerak naluri ) ... kekadang tu gerak hati kita x pernah silap ...

... x tau nak kata apa lagi dah ... label sabotaj yang dilemparkan kat aku ni , macam x relevan langsung ... sebagai staf bawahan macam aku ni ... yang x punya kuasa ... apalah sangat yang aku buat hingga timbulkan rasa tergugat ... cuma aku nak ingatkan aje ... apa saje yang kita buat ... apa saje yang kita niatkan ... Allah Maha Mengetahui ...

... x perlu lempar batu sembunyi tangan ... kalau berani labelkan orang lain dengan pelbagai tuduhan ... perlulah sertakan sekali dengan fakta ... bukan sekadar berani bercakap bila dibelakang ... bila berhadapan mula cipta cerita lain lak ... itu lagak orang pengecut !

... bila dah acapkali terkena macam ni ... mungkin aku yang perlu berubah !


Wednesday, January 29, 2014

Analogi Kehidupan ... part 2 " Jodoh "


" Jodoh "




... aduss ! bila bercakap bab jodoh ni , memang aku angkat tangan menyerah kalah ... lagipun aku dah malas nak fikir untuk cari jawaban nya ... nanti bila aku bagi jawaban skema macam biasa tu ... korang lak yang bosan kan ... so x perlu lah korang pecah kepala fikir pasal jodoh aku ... aku harap lebih baik korang doakan aku sihat sejahtera selalu

... kata yatie " ... jangan bosan dengan soalan macam gitu ... anggap jer diorang tu prihatin ...atau anggap jer itu doa diorang ... " eh ! gitu lak ... hakikat nya aku x marah pun cuma rimas ... sebab banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk di kemukakan pada aku ... nanti bila aku jawab gmacam gini " segala jawaban itu ada pada Allah " takut diorang terasa hati lak ...

... gini lah jawaban terkini aku :-

" bila bercakap soal jodoh
 ramai memilih untuk berusaha keras mencari ...
walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan
tapi ...
bila bercakap soal hidayah
ramai pula memilih untuk menunggu
biarpun sedar hidayah itu perlu dicari
bukannya datang sendiri "

sesungguhnya Allah beri bukan apa yang pohon tapi apa yang kita perlu ...
~waullahuaklam ~

Saturday, January 25, 2014

analogi kehidupan ... part 1 " Stres "

" ... stres ? "



... sejak akhir tahun hingga la ni ... aku masih lagi x pulih sepenuhnya dari serangan selsema ... dah berpapan pil selsema aku telan tapi kesembuhan terasa masih jauh ... kekadang tu macam main tarik tali ... sekejap ok , sekejap x ok ... Allah sedang menguji hambanya ... Alhamdulillah ... masih diberi kudrat untuk menyelesaikan semua urusan kerja meskipun agak kurang selesa ...

... mereka anggap aku stres ... memang pun aku stres ... stres dengan semua yang ada disekeling ... stres dengan kerenah mereka yang meletakkan amanah bukan untuk digalas tapi sekadar alas kaki ... aku stres kerana x upaya menzahirkan kebenaran atas kekhilafan , sedangkan aku tahu ... aku rasa berdosa membiarkan !

... aku hanya upaya memerhati dan berdoa ... teringat kata-kata yatie " tahun pertama adalah untuk kenal ... tahun kedua untuk perhati ... tahun ketiga untuk perhati dan nilai ... dan tahun2 seterusnya adalah untuk perhati , nilai dan berhati-hati "  kini memahami apa yang tersirat ... tq yatie kerana sering mengingatkan aku .

... sesuatu yang sering aku abaikan adalah part perhati dan nilai ... bila minda positif bergerak aktif maka aku anggap setiap kata yang aku lontar adalah perkongsian dari pengalaman , pengetahuan ( yang x berapa pun ) , kemahiran ( x semahir mana pun ) ... itu sahaja ! ... dan tanpa sedar adakalanya kata2 itu telah menimbulkan suasana negatif ... salah sangka , terluka , terasa , marah , benci , menjauhkan diri ...
pada mereka semua ... " dengan rendah diri , kemaafan yang diminta " ...

... mungkin aku yang harus berubah ... x perlu memikir ... x perlu berkongsi ... x perlu respon ... x perlu ... x perlu ... x perlu ambil tahu kecuali yang ada kaitan dengan skop kerja ... x perlu komen apa -apa ... hanya perhati , nilai dan hati-hati !


Monday, January 20, 2014

Alhamdulillah ...


" Alhamdulillah ... " selesai sudah ...

... terima kasih kepada mereka yang memberi peluang dan mencipta ruang untuk aku mempraktik dan menterjemahkan maksud  SABAR dalam erti kata yang sebenarnya ... meskipun adakalanya aku rasa bosan menunggu dan mengingatkan perkara yang sama berulangkali ... tapi hakikat kehidupan insan sememang begitu ...  acapkali juga bila hati mula berbisik ... sedetik itu ' astagfirullah ' dilafazkan ...


Tuesday, December 31, 2013

2014







anak bapak .... !


rayyan haziq n babahnya
( ... x sabar nak jumpa budak comel ni ... )

Monday, December 23, 2013

... dari dalam diri


... Ya Allah ... kenapa x leh nak login blog ni ? ... tetiba jer aku rasa macam nak menitis air mata ... kenapa lah x boleh nak login blog aku sendiri ? ... berkali-kali cuba tapi masih gagal ... mesti ada cara untuk handle benda ni ... yang aku x leh nak terima  email untuk login pun dah bertukar kepada hakkerajaan11@...... . setelah melalui pelbagai step ... dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ... aku mencuba sekali untuk login ... alhamdulillah ... berjaya ! ... ingatan buat diri sendiri " kena sentiasa logout " walaupun meninggalkan komputer dalam jangka masa singkat ... sebab kita x tahu apa yang ada dalam hati setiap orang .

... pagi jumaat yang barakah ( minggu lepas )aku dipanggil ke dalam ... pagi2 lagi dah kena briefing ... pasal apa ?  x payah lah nak cerita ... biarlah ianya menjadi ingatan untuk diri sendiri ... nak bercerita pun ... x tahu nak mula dari sudut mana ... sebab manusia ni ada banyak kelemahan ... bila kita nampak kelemahan orang lain ... begitu jugak le orang nampak kelemahan diri kita ...

... lagi satu ... sape le kita nak ubah semua orang ikut cara kita ... sedangkan kita sendiri  x le sehebat mana pun ... sebenarnya banyak perkara yang berlaku adakalanya berpunca dari diri kita sendiri ... terlalu banyak memberi ruang untuk orang lain mencipta kekhilafan ... membiarkan kekhilafan berterusan walaupun ada kuasa untuk mencegah ... bila sampai satu tahap kita sendiri dah  x upaya nak mengubahnya ... maka mula lah kita rasa tergugat dan memcari altenatif untuk menyalahkan orang lain .

... selalu aku ingatkan diri sendiri ... belajar ... belajar ... belajar dan sentiasa belajar  ... jangan despair bila diasak dengan pelbagai perkara ... anggapan semua itu cabaran untuk lebih berjaya ... tiada jalan pintas untuk berjaya ... bila aku putuskan untuk mengaplikasikan apa yang aku lalui ... untuk dikongsi bersama ... aku tahu x semua punya tanggapan positif ... sebab aku bukan sesiapa pun ... aku hanya sekadar memberi ruang kerana aku yakin setiap dari kita ini sebenarnya ada potensi ... ada kemahiran ... ada keistimewaan ... dan ada kelemahan ... yang penting adalah dari dalam diri kita !

... hari ini mungkin aku rasa ' kesendirian ' tapi aku x rasa sedih sebab aku yakin ' mereka2 yang terasa hati dengan tindakan aku hari ini  akan mula membuka minda ... belajarlah ... berusahalah ... kerana apa saje tindakan kita ... itulah le sebenarnya diri kita

* segala kebaikan adalah datang dari Allah .
 

Friday, December 13, 2013

sumbangan

kerja2 pengasingan baju yang di terima

baju sumbangan yang siap di kotakkan 

... selepas terima arahan untuk buat kutipan sumbangan kewangan dan pakaian terpakai yang masih elok ... terima kasih kepada sahabat2 dari Perkhidmatan Zon 1B Sabak Bernam ... turut membantu memberi sumbangan dalam menjayakan arahan yang diberi ... tq untuk PD. Tebuk Mufrad , PD. Batu 38 , PD. Parit 14 di atas sumbangan pakaian ... dan juga untuk sahabat2 dari semua PD termasuk  PD PNM yang menghulurkan sumbangan kewangan ... jumlah terkumpul sebanyak RM 410.00 ... semua sumbangan telah diserahkan pada 10 /12/2013 melalui Pen. Peg. Perpustakaan .

... semoga sedikit sumbangan dari kita ini dapat meringankan beban sahabat di Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang .... amin.


Hari Bertemu Pelanggan PPAS Daerah Sabak Bernam


HARI BERTEMU PELANGGAN PPAS DAERAH SABAK BERNAM
12 DISEMBER 2013
10.00 AM - 4.00 PM
AKTIVITI : ISI BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN / KEMPEN KEAHLIAN / MENCARI MAKLUMAT  / TEKA KACANG  / CROSSWORD / TEKA SILANGKATA

DOORGIFT :  GULA2 / BEBOLA COKLAT / NOTE BOOK / BUKU

gambar2 sekitar Hari Bertemu Pelanggan




dok fikir berapa jumlah kacang dalam balang ... hehehe

ayu dan wani



wani ,ayu n nasar



warga emas dan pesara yang turut serta HBP


melayan kanak2 yang mengisi silang kata dan crossword

user bertuah ... mengisi borang maklumbalas pelanggan ya ke 25


melayan pelanggan terakhir


* sehingga pelanggan terakhir ... tiada siapa dapat meneka jumlah kacang dalam balang kecil tu dengan tepat ... apa pun alhamdulillah selesai sudah HBP untuk tahun 2013

Friday, November 29, 2013

"... kita yang terpilih "


" ...kta yang terpilih " ungkapan ni selalu aku katakan bila ada yang menyuarakan rasa kecewa jika masalah melanda ... dan minggu lepas kata-kata ni juga aku guna pakai untuk meredakan rasa x puas hati Along ( anak saudara )

... masalah ni kat mana-mana pun ada ... kerja makan gaji ke ... kerja sendiri ke ... selagi kerja kita tu ada hubung kaitnya dengan manusia ... selagi tu le akan ada masalah ... hatta kalau kita kerja sendiri pun akan ada jer masalah nye ! ... aku faham sangat apa yang Along rasa dan lalui ... situasi kerja tapi macam x kerja ... mencuri waktu kerja ( bukan curi barang tau ... tapi curi tulang ) ... x fokus ( ada gak yang x tahu apa sebenar kerja sendiri ) ... apatah lagi dia bekerja ruang lingkup yang ramai staf ... memang macam2 perangai ... aku selalu pesan " biarlah mereka buat perangai ... asalkan kita x buat perangai " ... ingat tujuan kita bekerja bukan sekadar cari rezeki tapi cari juga keberkatan ... !

... x perlu fikir kita tertindas ... anggaplah diri kita adalah orang-orang yang terpilih ... Allah pilih kita untuk diuji dengan sedikit duga ... agar kita tahu makna sabar dan ikhlas ... kita buat kerja dengan baik ... dan jangan berhenti berdoa ... urusan yang lain tu biar Allah putuskan.

... memang akan rasa sakit di hati , bila membiarkan kepincangan berlaku sedang kita tahu ... tapi di atas kita masih ada mereka2 yang mempunyai kuasa untuk bertindak ... kalau mereka membiarkan walhal mereka juga tahu ... x perlu komen apa-apa !

... cuma aku pesan kat Along " kekadang  tu bila sekali kita buat silap dan kita ditegur atau kita dikritik ... itu tanda Allah dan orang disekeliling masih sayang kan kita ... sebab Allah dan mereka yang ada disekeliling  x nak kita hanyut dalam kesilapan yang berterusan ... lagi sedihkan kalau bila kita buat silap tapi orang sekeliling x berani nak tegur atau kritik  ... adakah itu juga tanda sayang mereka dengan membiarkan kita hanyut dalam kesilapan tanpa noktah "  wallahuaklam .


Saturday, November 23, 2013

rindu sesangat kat ...










... rindu sesangat kat budak comel ni ... mungkin kali ini  akan lama x jumpa sebab ariel nak balik kelantan ... anak cikgu ... bila emak cuti so anak pun ikut bercuti gak ... huhuhu

kisah hari jumaat



al kisah semalam ... 22 / 11 / 2013

 kipas baru untuk ruang bacaan ... Aan dah macam model iklan kipas ! hehehe

 kipas lama yang telah dibersihkan

... syukur alhamdulillah dan tq kepada pihak pengurusan PPAS kerana prihatin akan situasi yang kami lalui beberapa bulan kebelakangan ini akibat masalah aircond yang tidak berfungsi ... 10 unit kipas yang dibekalkan bagaikan satu rahmat bagi pengguna ... apatah lagi di musim cuti sekolah ni ... !

al kisah jumaat minggu lepas ...

kenderaan bergerak perlahan ..



masing2 nak elak air ...

dalam perjalanan balik ... !


... ni cerita jumaat minggu lepas 15 / 11 / 2013

pagi tu ... jam 6.00 aku dah keluar rumah ... hujan renyai ( macam seram jer kan ... ) aku dah set untuk sampai kat Kuala Selangor sebelum 7.15 ... sebab hanya aku sorang ... memandu awal pagi ... jalan pun x sesibuk mana pun ... memang aku  tekan minyak ( selalu tu aku memandu ala2 skema gitu ... ) ... aku singgah caltex Sekinchan dan terus kan perjalanan ... sampai kat rumah Ella jam 7.00 ( kira sampai awal 15 minit dari masa yg aku target )

kami guna satu kereta jer ( jimat minyak beb ! ) alamak ! lupa lak nak cerita hala tuju kami ... ikut maklumat yang dimaklumkan oleh HQ ... 8.00 pagi kami kena gerak ke SUK ( Dewan Jubli Perak) ada Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013 dan sebelah petang jam 3.00  meeting MBJ Bil. 4 / 2013 di tingkat 4 Perpustakaan Raja Tun Uda ...

hari ni aku jadi penumpang ... Ella yang memandu ... so rilek sikit ... memula tu perjalanan ok jer ... hingga le sampai kat tol Sg. Rasau ... kenderaan bagaikan x bergerak ... " x pernah berlaku macam ni ... ada excident kut kat depan tu " kata Ella ... dalam dok fikir tetiba radio sinar maklumkan ada excident dan banjir ... tu yang sesak giler ...  alamak ! risaunya hati " mesti lambat sampai SUK " ... hampir 2 jam tersangkut dalam perjalanan ... jam 10.00 kami sampai kat SUK ... majlis dah mula pun ... lepas daftar dan sarapan ( yang disedia oleh pihak penganjur ) ... masuk dewan ( duduk kat lokasi paling atas ... yg kat bawah semua dah penuh ) ... banyak juga info berkaitan gred dan gaji diperbincangan walaupun lebih menjurus kepada gred N dan J ... selesai sesi soal jawab ...12.30 selesai !  ... ambil pack food makan tengahari ... kami gerak ke HQ

sampai kat HQ ... kami makan tengahari di kafe ... solat dan selesaikan dulu segala urusan yang dibawa dari Daerah ... jam 3.00 pm meeting MBJ bermula ( inti pati meeting x leh nak cerita kat sini ... ! )

jam 5.15 pm ... meeting selesai ... minum petang ... jam 6.00 pm kami gerak balik ... masa ni aku dah mula rasa pening lalat sikit ... mungkin sebab pagi tadi aku sarapan lewat ... aku cuba gak  kawal minda untuk lawan rasa sakit kepala ni ... tapi aku x berdaya ... thanks kat Ella yang sudi singgah kat Petronas untuk aku memuntahkan segalanya ... selepas telan 2 biji  panadol ... aku cuba untuk rehat dan memejamkan mata ( ... terus terlelap ) ... tau2 celik mata jer dah sampai Tesco Kuala Selangor ... rehat kejap kat rumah Ella ( basuh muka nk hilangkan rasa ngantuk )

8.15 pm ... memandu untuk balik ke rumah sendiri ...

9.45 pm ... alhamdulillah sampai kat rumah ... aghh ! letih nya ...

11.00 pm ... tidurrrrrrr .............zzzzzzzzzzzzzz


Friday, November 22, 2013

... x perlu tunggu hingga esok !


" ... x perlu tunggu hingga esok ... kalau kita boleh lakukannya hari ini " itu adalah refleksi spontan aku ... bagi aku mengapa perlu tunggu hingga esok untuk berubah jika kita berpeluang melakukannya sekarang !

akan adakah situasi harmoni sebegini ... ?

  ... minggu ni macam-macam berlaku ... semuanya buat minda aku berputar 360 darjah ... sejuta persoalan berlegar-legar bagai cakrawala mengelilingi paksinya  ... selalu tu aku x ambik kisah sangat pun ... atau lebih tepat malas nak ambik kisah ... tapi sejak akhir-akhir ni ... aku dah reset kat minda sesuatu yang biasa perlu dijadikan luar biasa .

 ... membiarkan kesilapan berterusan ... atau menutup mata bila berlaku kesilapan ... adalah kesilapan besar yang sering terjadi ... " macam mana nak ubah ? " ... memang sukar untuk kita  mengubah orang  lain ... kecuali orang itu sendiri yang berubah atas kehendak diri sendiri ... tapi kita masih tertakluk pada Yang Maha Pencipta ... kalau Dia berkehendak berlakunya sesuatu maka tiada siapa dapat menghalang ! keberanian bukan lah bermaksud berani untuk terus melakukan kesilapan , tetapi berani mengakui kesilapan dan tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut

... " perubahan memerlukan pergorbanan "  kata-kata ini ada tertulis kat buku Nikmati Kehidupan Anda , aku setuju sangat ... acapkali berlaku perubahan akan membuat kita hilang kawan ... perubahan akan menyebabkan kita dikritik ... perubahan juga boleh jadi punca kita terasing ... itu adalah lumrah lehidupan ... yakinlah jika perubahan akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya ... dan jika kita bersungguh-sungguh mahukan perubahan ... maka mulakannya sekarang  ... x perlu tunggu hingga esok !

 

Monday, November 18, 2013

realiti kehidupan


... alangkah bagusnya kalau realiti kehidupan macam kita tonton telemovie atau drama kat tv atau macam kita baca novel-novel yang melambak kat pasaran sekarang  ... semuanya berakhir dengan happy ending ! x de sedih hiba atau duka nestapa ... ada ke realiti kehidupan yang macam tu ... ? yang Allah x uji langsung dengan cabaran ?

... tetiba aku teringat 20 tahun dulu ketika aku diarah berhijrah ke daerah lain ... hingga kini aku masih terasa apa yang pernah aku lalui ... perasaan dan semangat itu masih tetap sama dan kekal ... kerana realiti kehidupan sememangnya begitu ... ada sedih ... ada duka ... ada kesakitan ... ada cabar ... ada duga ... ada uji ... ada senyum ... ada suka ... ada gembira ... ada masnisnya !

... kemarin ... semalam ... hari ini ... esok ... dan hari-hari seterusnya adalah realiti kehidupan yang perlu kita lalui ... yang perlu diperjuangkan ( ... eh ! macam nak gi berperang lak  ) ... apa yang kita lalui kerapkali memberi impak positif dan negatif ... begitu juga nilaian mereka yang ada di persekitaran kita .

... kehidupan tanpa cabaran ... macam hidup tanpa jiwa ... kata-kata ini adalah motivasi diri sendiri bila cabaran melanda ... x kisah lah walaupun aku rasa amat tertekan dengan semua duga yang sentiasa mengiringi perjalanan  hidup ini ...aku berusaha untuk fokus " kehidupan aku adalah milik Allah " ... x perlu fikir sangat apa yang orang fikir tentang aku ...

... kekadang tu apa yang kita lihat bukanlah realiti kehidupan tapi sekadar lakonan tanpa pengarah ... nampak indah dan cantik pada pandangan mata kasar ... hakikat kebenaran yang terselindung hanya Allah yang tahu ... banyak perkara yang hakikatnya aku dan kamu tahu tapi demi kelangsungan sebuah kehidupan ... biar Allah putuskan segalanya .




Monday, November 4, 2013

Jom Hijrah ..


... Salam Maal Hijrah

" ... hijrah bukan setakat sekadar ingat tarikh ... skop hijrah sebenar sangat luas "  kata wani 
itu antara intipatinya bila sambutan maal hijrah dibicarakan ... memang setuju sangat ... bagi aku hijrah bukan sekadar sambutan atau cuti tapi lebih dari itu ...

... semasa menghadiri Seminar Mini Kompas Hijrah minggu lepas ... banyak input baru yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan ... bagaimana ia dapat diaplikasikan hanya diri kita saja yang tahu ... bila cakap pasal hijrah ni ... x perlu tunggu bulan Muharam pun ... bila Allah dah beri hidayah masa tu maka hijrah lah !


DOA Awal Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.






 " apa azam baru ? " ... tanya yatie

 " ermmm azam baru ? ... setiap hari ada azam baru ... azam untuk jadi lebih baik ... hehehe " 
    ... itu jawab skema dari aku
 " memang begitu seharusnya ... untuk motivasi diri " ... itu balas yatie
Salam Maal Hijrah 1435