Friday, March 15, 2024

3 RAMADHAN1445 H

 

Bahagia itu tidak pernah pergi ,
Bahagia itu ada di dalam diri orang yang
pandai mensyukuri 


#syukurselalu

Wednesday, March 13, 2024

2 RAMADHAN 1445 H

 

Terus melangkah
walaupun lelah
Tetap gagah
walaupun payah
Kekal tabah 
walaupun susah
Jangan menyerahkan
walaupun rebah

Kerana hidup ini 
tidak pernah
menjanjikan 
yang mudah-mudah

#syukurselalu




Tuesday, March 12, 2024

1 RAMADHAN 1445 H

 

Hidup bukan 
tentang
mendapatkan apa
yang kamu inginkan,
tetapi tentang
menghargai apa
yang kamu miliki

#syukurselalu



Wednesday, August 30, 2023

tipu

 

Akhirnya  .... 

Alhamdulillah , akhirnya aku menulis di blog buat kali pertama bagi tahun 2023 ... terasa sedikit janggal juga sebab terlalu lama sangat tinggalkan dunia penulisan .

So hari nak tulis pasal tipu ... tertiba jer pagi tadi dapat idea nak tulis pasal ' tipu ' ... pagi tadi masuk ofis terawal sikit dari biasa dengan nawaitu nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh semalam ... shelving buku kat rak , semalam dapat buat separuh sebab bila perkhidmatan  dibuka dan user dah mula masuk agak terganggu juga , lagipun tak nak user rasa tidak  selesa bila cari bahan di rak.

Berbalik kepada isu ' tipu ' , apa yang korang rasa bila terlihat perlakuan selamba punch kan kad kekawan yang belum sampai ke ofis ... atau pura-pura punch kad di mesin perakam walhal hakikatnya kawan dah tolong punch kan . 

Persoalannya mudah ... yang lakukan sikap sebegini " korang sebenarnya tipu siapa ? Boss ? Rakan ? atau siapa ? , sedangkan korang tahu ... Tuhan sentiasa ada dengan korang .

Ingatan untuk diri sendiri  ... benar itu pahit tapi kemanisan tetap ada 

Thursday, October 27, 2022

eermmm ...

 

27/10/2022 - Hari ni , aku bertugas sendirian sebab rakan sekaunter ada terlibat dengan kursus di HQ , alhamdulillah akhir namanya tersenarai dalam list untuk hadir kursus  ... bagi aku x kisah pun kerja sendirian kerana sebelum pun dah jadi kebiasaan bagi kami berdua .

Bezanya hari ini banyak perkara yang aku perlu settle kan kerana rutin hakiki dan arahan tugasan semasa , terima kasih kepada staff Lib Sekinchan yang datang membantu untuk tugasan luar yang aku tak mampu nak buat yakni pemasangan signboard tunjuk arah ... memang bukan bidang aku tu ... tapi pemasangan boxup pada dua anjung bangunan ni dapat juga dipantau sedikit sambil bertugas di kaunter .
Kekadang aku terfikir juga mengapakah ada keluhan berkaitan tugasan yang memang rutin hakiki dan telah diketahui seawal kaki melangkah ke ruang lingkup kerja serta setelah aku janji di tandatangani dengan rasa gembira ketika itu ... mungkin 10 atau 13 tahun berlalu  ... mengapa baru kini terasa beban membelenggu dari setiap penjuru  ... aneh sekali kedengaran kan ! 


Sunday, October 23, 2022

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA 202 * JATI DIRI BERBUDAYA PEDULI INFO@ PENANG

 

Alhamdulillah , buat pertama kalinya berpeluang menyertai Konvensyen Perpustakaan Se - Malaysia 2022 di Pulau Pinang bermula 5 September hingga 9 September 2022 di Hotel Bayview Beach , Batu Ferringhi , syukur Alhamdulillah juga bila team trip Pesta Buku Perlis joint sekali iaitu Ayu dan Raihan termasuk Cik Fid 

Saturday, September 17, 2022

LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI PERLIS


... Mengimbau kembali kenangan semasa Lawatan Ke Pesta Buku Negeri Perlis Indera Kayangan pada 24 - 27 Jun 2022  ... Alhamdulillah tersenarai sebagai salah seorang peserta untuk lawatan ini , terima kasih kepada pihak pengurusan ... teringat lagi semasa pihak HQ call tanya nak follow ke Trip Pesta Buku  Perlis , spontan aku jawab " ya boleh , saya follow "  ..." kalau U setuju , U call Raihan ye sebab dia kata kalau U pergi dia pergi " itu arahan dari En.Z  ... eh ! gitu lak 😺

... Alhamdulillah , 24 Jun 2022 , kami memulakan dengan Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Awam Pulau Pinang sebagai destinasi pertama ... sebelum aku teruskan cerita apa yang menarik di Lib Pulau Pinang ... Trip Pesta Buku Perlis hanya melibatkan 6 kakitangan sahaja  Cik Fid ( HQ - merangkap Ketua Lawatan ) , kakitangan Lib Daerah 4 
















 

Wednesday, September 14, 2022

belati dihati ...

 

... Malam tadi sebelum melelapkan mata , aku sempat menyelak helaian mukasurat dalam buku kucing putih  ... buat semakan catatan nota ringkas berkaitan perkara yang perlu share dengan kawan-kawan sekerja berkaitan intipati semasa mesyuarat pembangunan pada 4 Ogos lepas ... ada perkara baru yang perlu dilaksanakan dan ada perkara lama yang perlu dimurnikan ,,, 

... Aku cuba elakkan daripada terlepas pandang isu-isu yang penting ,  kerana aku sudah terlalu lelah kerap dipersalahkan jika ada yang memaklunkan " tak tahu " bila ada pertanyaan ... sedangkan kita semua memulakan kerjaya dari era muda belia , tak kan lah sehingga usia menghampiri persaraan , semua maklumat kena disediakan .



Thursday, July 21, 2022

... selamanya


Kejadian pada tarikh 27 Mac 2022 ( Ahad ) , menghadiri Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Komuniti Sabak Bernam bersempena sambutan HARI JPJ ke 76 ... Lokasi Dewan Orang Ramai Simpang Lima , Sungai Besar , jam 8.00 am - 1.00 pm .

Masa terima surat jemputan untuk program ni , aku agak seriau memikirkan untuk letak nama siapa sebagai peserta dan wakil yang akan menghadiri kerana hari kejadian adalah time cuti  ... pendekatan yang mungkin menimbulkan spekulasi adalah letak nama sendiri dan seseorang yang begitu memahami situasi , aku memang sering terperangkap dalam risiko ... so rasanya keputusan ini adalah terbaik ... kerana aku x perlu kalut memikir untuk cuti ganti atau sebagainya .

Terima kasih pada sahabat sebaya yang setia dan sentiasa membantu moga Allah kekalkan ukhuwah kita hingga ke Jannah ... Aamiin

Friday, June 17, 2022

bebas ...

 

Jun 2022 ... baru berkesempatan untuk menulis atau lebih tepat terbangun dari lena yang panjang dalam dunia blog , beberapa bulan lepas aku ada juga cuba untuk ketuk-ketuk huruf kat keyboard komputer ni tapi tak  boleh fokus tapi hari ni aku cekalkan hati untuk menulis sebab aku dah lelah sangat dengan situasi yang ada disekeliling ... aku perlu meluahkan melalui tulisan untuk rasa lega .

Aku mula memikirkan sesuatu secara serius apatah lagi dua sahabat karib sudah melepaskan status penjawat awam pada 1 Mei lepas sempena Hari Pekerja ... meskipun aku tahu perancangan mereka untuk menamatkan segalanya lebih awal , tak terduga seawal ini ... seperti kata salah seorang dari mereka " memilih untuk bebas dan tenang ... bebas dari bebanan tugasan yang adakala memerangkap emosi dan minda telah lelah , pilihan terbaik adalah keluar dari kepompong tidak gembira ... bila aku ajukan pertanyaan " tak sayang ke nak tinggal gaji ribuan ringgit tu " dia hanya ketawa " sayang sangat tapi lebih sayang diri sendiri ... jiwa tenang dan rasa bebas lebih mahal dari nilai ringgit tu " aku terdiam dan amat memahami kerana saat ini juga aku mulai merasai kelelahan itu .


Thursday, December 30, 2021

aku hanya ingin tenang ...

 

" Jaga nawaitu dalam apa sahaja yang kita rancang nak lakukan , juga yang sedang kita lakukan ... insyaallah semua nya akan jadi mudah dan kita pun tak serabut " itu pesan seorang sahabat yang bakal melabuhkan tirai perkhidmatan sebagai penjawatan awam setelah berkhidmat 31 tahun ... bersara pilihan yang benar-benar pilihan yang tepat katanya . 

2022 ... moga ada titipan dari Nya kesabaran dalam mengharungi segala duga dan cabaran serta hati tenang , dah tak mahu serabut , kalut dan segala yang negatif 

Wednesday, December 29, 2021

AKU ...

 

Alhamdulillah ... 2021 bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi dan  30 Disember 2021 adalah hari terakhir aku berkhidmat untuk tahun 2021 kerana 31 Disember aku akan menghabiskan cuti rehat yang masih berbaki sehari ... dan tahun 2021 juga aku berjaya mencukupkan 160 hari untuk GCR dan buat pertamanya aku menyimpan cuti rehat untuk dibawa ke tahun 2022 ... so untuk 2022 cuti rehat 36 hari , harap aku dapat sesungguhnya rehat dari segala lelah .

2021 bakal menjadi kenangan yang tidak akan mudah dilupakan ... malam tadi aku memulakan bacaan untuk semua coretan dalam buku nota 2021 , 


Friday, October 22, 2021

... alah bisa tegal biasa !

 
Selagi daya ! ... dan mungkin akan kekal begitu , itu yang aku lalui sejak akhir-akhir ni dan aku dah semakin mangli dengan situasi yang sebegini ... moga Allah kekalkan istiqamah diri ini pada istilah " kita mudah urusan orang lain dengan harapan Allah permudahkan segalanya untuk kita .. Aamiin "
 
Hari ini aku terima lagi arahan ... arahan atas talian seperti lazimnya " baik ... saya cuba usahakan " itu sahaja yang mampu aku ucapkan " kalau boleh hari ni juga ye " arahan selanjutnya " baiklah " aku jawab sambil tangan mencapai handbag dan segala serahan yang telah dikumpulkan untuk aku buat laporan ... selangkah kaki menuju ke kereta bersama lafaz Bismillah , aku memandu dengan berhati-hati ... ntah kenapa banyak pula kenderaan dijalanraya hari ni  ... atau aku yang kalut nak cepat sampai ke lokasi yang di tuju ... yang ada dalam hati ni hanya nak settle arahan tugas ini dengan segera !

Sampai Lib Sekinchan , aku jamah dulu kuih yang dibeli depan Masjid Sekinchan ... usai urusan dengan Nya , aku memulakan urusan dengan komputer lak ... yang paling penting misi untuk menyelesaikan segala arahan diberi dapat di selesaikan hari ini juga .

 
 

Wednesday, October 20, 2021

... bezanya kita

 Catatan 1 September 2021

- Ada ketika kita berbangga dapat share apa kita ada , menerima pujian sehingga kita tertipu tanpa sedar hakikatnya kita menjadi bukan diri kita yang sebenar semata-mata untuk memenuhi hasrat orang lain

- Kadangkala kita memperguna orang lain demi menutup kelemahan diri tanpa rasa bersalah ... maka tertipu lagi mereka-mereka yang mencari sempurna

- Dalam banyak perkara apabila kuasa berada dalam genggaman kita hanya mampu memberi kata-kata nasihat tetapi dalam amal dan perbuatan kita gagal mengota apa yang dikata ...

- Aku telah lama hilang apa disebut " percaya ! "


Hujan

 



Friday, September 3, 2021

Rumah kaca

 

Alhamdulillah ... malam tadi dapat berbual bicara dengan seorang sahabat yang menunggu saat ketika untuk meninggalkan sepenuhnya alam bekerja atau kerjaya ... last kami berbual di hp bulan Februari lepas, memang banyak perkara yang kami sembangkan ... antara yang menarik adalah apabila dia dengan serius kata " perasan tak ... sekarang ramai orang yang sibuk bina rumah kaca ? " aku terdiam sambil fikir apa nak balas balik pertanyaannya ... lama juga aku fikir dan dalam hati juga terlintas dia ni tanya yang realiti atau sekadar kiasan bahasa " alahai ! tak payah nak berkias bagai ... terus terang lagi bagus tau dari meneka dalam kesamaran " aku jawab dalam nada bergurau , aku dengar dia ketawa berdekah dengan kata-kata aku ... 
 
" U ada facebook  tak , ada instagram tak atau ada twitter tak ... ada semua tu atau ada fb jer ? eh ! masih ada lagi pertanyaan " I ada fb jer ... itu pun sekadar baca citer dan share artikel yang x sempat nak dibaca masa tu ... U jangan macam2 tanya lagi ek "  jawaban jujur dari hati 😍😍 lagi pun aku memang ada fb jer ... itu pun dah sekadar membaca perkhabaran atau posting dari rakan-rakan sahaja ... dan fb ni pula hanya sempat dilayari waktu senggang sebelum aku tidur ... so fb ni bukanlah sesuatu yang akan buat aku teruja ... sebab aku pilih buku yang masih tersusun rapi dalam rak dan ada juga masih dalam plasik menunggu giliran untuk dibaca 😅😅

Agak lama juga aku sembang berkaitan perancangan selepas bersaranya dia ... isu semasa ... isu vaksin ... termasuk le hal2 politik ( bab yg aku x berapa nak suka ni ) ... " share lah apa tu " Rumah kaca " ... apa sebenarnya ? tetiba itu yang kata yang tanya ... dia gelak jer " eh ! saje nak potong ek " teka nya
" haah lah ... nak citer pasal vaksin , dah complete 2 ye ... sembang bab politik memang tak minat sangat " itu jawab aku

" Orang sekarang ni sibuk bina rumah kaca dalam kehidupan ... nak tahu siapa  kekawan kita yang berlumba-lumba bina rumah kaca ... rajin-rajinlah singgah ziarah fb diorang ... apa yang diorang share dan post ... hehehe " jawabnya dalam nada bersungguh  
 
" ermm , biasalah tu ... nape tak bagus ke ... sharing is caring kan ! lagipun aku pernah lah terdengar ada yang cakap fb ni macam diari sebab ada tempoh tertentu fb akan imbas kembali sharing yg pernah kita post ... okey kan nostalgia tu  " aku luahkan pendapat  
 
" memang bagus kalau share sesuatu yang memberi manfaat atau buat kenangan ... tapi camner lak yang share sesuatu agak peribadi mungkin bagi bagi aku lah 😜contoh ek ! suasana dalam rumah atau apa yang dalam rumah ... sampaikan pinggan mangkuk , beriuk belanga hatta juadah pagi , tengahari , malam pun dipertontonkan ... itu belum lagi post suasana keliling rumah pastu nampak kan sipi-sipi deretan kenderaan dalam garaj  😅😅😏😏 ... aku pun macam U jugak ada fb tetapi sekadar ada ... untuk elakkan di kununkan member-member " dalam lembut dia menjelaskan .
 
" Yang sabar puan kaunselor ... " aku berseloroh 
 
" Ntah lah Mis ... dunia akhir zaman ni , manusia semakin aneh sifatnya ... nilai murni semakin pupus , semua berlumba-lumba mempamer budi untuk meraih perhatian , mainan politik bukan lagi dipentas PRU tetapi dah merebak dalam ofis ... yang nampak cerdik dan kuat drama membuat keputusan , yang cerdik tertindas tiada pembelaan ... bak kata P. Ramlee ' inilah resam dunia ' luah nya lagi ... aku terdiam dan tak tahu nak komen apa ... aku merenung sekitar bilik tempat aku aku beradu ... aku capai buku yang ntah kali ke berapa aku baca , teringat juga setiap kali aku diuji ... buku inilah yang dicapai untuk redakan emosi selain Qalam Suci ... sesuatu sangat ayat ditulis pada bahagian kulit buku " Indahnya Tasawuf dan Kehidupan Sufi " ... nak tahu bait kata tu kena baca post terdahulu ek ! 😍😍

Buat sahabat yang sentiasa tenang menenangkan saat aku di amuk emosi negatif , meredakan amarah dan sentiasa jawab call aku ... kita lalui perkara yang sama , kita dah berusaha memberi yang terbaik dalam setiap khidmat kita ... hidup adalah satu perjalanan yang aneh kan , tidak selalunya bagus tetapi Allah sentiasa memberikan yang baik .


Wednesday, August 18, 2021

kata ...

 
Kata ...
Aku dengar kata berlegar disekeliling
Kata penuh nasihat
Mereka mendengar mengiya kata
Aku hanya perhati tanpa kata 
Sebilangan diam tanpa sepatah kata
 
Kata ..
Kata dilontar lagi ... lagi dan lagi
Mereka , aku dan semua hanya diam tanpa kata
Ku capai sebatang pensil dan sehelai kertas bisu tanpa kata
Ku catat segala kata-kata tanpa paksa 
 
Suatu masa dan ketika
Aku dah tidak mahu sekadar kata 
tetapi 
Kata yang dikota

Wednesday, August 11, 2021

yang lama disimpan , yang baru sedia berkhidmat ...

 

 


 
 
 
 
 
alhamdulillah ... setelah berkhidmat sejak 
februari 2021
sehingga helaian terakhir pada 6 Ogos 2021
maka berehatlah ... tersimpan segala info yang pastinya akan
tetap dirujuk



Buku nota baru
pilihan Siti Khadeeja
diceriakan dengan aksi comel meow
untuk hilangkan stress katanya
😍😍😍😍😍
 


Thursday, August 5, 2021

... kembali ke landasan

 

Alhamdulillah ... setelah 10 hari menjalani kuarantin dan 2 hari cuti tahun , aku kembali ke landasan untuk menyelesaikan semua tugasan yang tertangguh atas sebab virus jahat ni ... jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita ... perkongsian pengalaman ... tetapi bila aku melalui sendiri apa yang dinamakan kuarantin , ini memang satu pengalaman yang menginsafkan sangat ... terpenjara tanpa jeriji !
 
 

Friday, July 16, 2021

... masih di sini

 

 Aku tidak pergi
Aku masih di sini
Aku hanya berhenti untuk
PEDULI