Tuesday, July 31, 2018

... budaya tangan kiri




... Sesuatu yang kerap kita lakukan dalam kehidupan harian ... mungkin dah jadi kelaziman maka menjadi janggal lak kalau x buat ...  nawaitu memang dah cantik nak memberi seikhlas hati tapi macam ada rasa sesuatu lak bila tertera lak nama yang memberi ... ini citer malam 1 syawal yang lepas ... adik aku ni memang pemurah dengan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara ( x ramai mana pun cucu saudaranya 5 orang jer ... Areil Fattah , Rayyan Haziq , Khalif Iman , Aira Sofea dan Aisyah Amani ) so malam tu sambil nunggu rendang dan ayam masak kicap masak ... sibuk le adik aku ni masukkan duit dalam sampul raya yang comel untuk anak saudara dan cucu saudara ... tertiba " ada kertas dan pen x , pinjam kejap ? " tanya adik aku ... " nak buat kertas dan pen ? " tanya aku ... " nak tulis nama kat sampul raya ni " jawab adik aku ... " bagi jumlah yang berbeza ke untuk budak-budak tu " aku tanya lagi " x de lah ... sama jer jumlahnya ... untuk cucu-cucu aku sedekah lebih sikit biar mak bapaknya simpan dalam bank ... " kata adik aku " kalau sama jumlah nak buat apa letak nama ... kalau ikhlas nak bagi , tangan kiri jangan sampai tahu " ... kias aku untuk adik aku " ye lah " selesai dia masukkan duit dalam sampul raya " nah duit raya untuk kakak ku ... tahun ni dapat bonus sebulan jer kan !  ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…" dia hulurkan sampul raya kat aku " mak ai ... dapat jugak ... moga tahun 2018 lebih ramai orang tempah baju dan repair baju ... aminn " ( aku dah faham mengapa bebudak happy jer bila dapat duit raya ... rasanya bagai dunia milik ana ! ) 

... Budaya tangan kiri ni , aku cuba kurangkan dalam rutin kehidupan harian ... baru-baru ni seorang sahabat bertanya pendapat aku ... perlu ke chop perkataan sumbangan di bahan yang nak disumbangkan tu ... x perlulah chop , insyaallah pahala akan mengalir selagi Al Quran itu dibaca oleh pelajar-pelajar tahfiz ... bagi aku biarlah naskah Al Quran diberi itu sama sahaja dengan Al Quran yang sedia ada di situ ... tidak dibezakan dengan perkataan sumbangan ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ... wallahuakhlam
 
... Ada ketika memang x dapat dielakkan pun budaya tangan kiri ni atas alasan keperluan  tapi biarlah setakat perlunya sahaja ... bagi aku budaya tangan kiri bukanlah khusus semasa memberi sahaja ... dalam melangsaikan tugasan pun berlaku juga , samada kita sedar atau tidak ... apatah lagi jika apa yang kita war-war itu memang rutin yang melibatkan bidang tugas kita ... rasa janggalkan ! pernah x kita sebar luaskan rutin harian yang dah memang jadi tabiat ... contohnya ... gi ngeteh atau ngopi kat warong time yang x sepatutnya ... keluar dengan alasan urusan kerja walhal urusan peribadi yang lebihnya ... x de kan !  ... hehehe

... 

No comments: