Thursday, July 5, 2018

Harga dewasa





... Kehidupan ini adalah perjuangan yang tidak pernah selesai sehinggalah Yang Maha Pencipta meletakkan noktah ... apa yang aku lalui barangkali tidak akan ada samanya dengan apa yang kamu lalui meskipun kita bernafas dalam dunia yang sama ... perbedaan inilah yang merencah kepelbagaian dalam rutin kita seharian ... ini juga yang mewujudkan berjuta pandangan ... beribu pertentangan yang adakala merimaskan ... beratus salah sangka yang acapkali mencetus sengketa ... tapi usah resah ... usah putus asa ... dalam setiap juta pandangan akan ada satu pandangan yang benar .... dalam setiap ribu pertentangan akan hadir kedamaian ... dan setiap ratus salah sangka akan ada satu lorong penyelesaian .

... Kehidupan ini juga ada ketika memberi kita banyak pilihan ... setiap pilihan akan terheret sekali dengan risiko yang akan membuat minda  bekerja atau statik ... banyak kiasan atau perumpamaan yang aku kutip dan catatkan dalam buku nota ( ... sehingga Ija melontarkan pertanyaan ' perlukah orang yang dah bekerja mencatat apa yang dibaca ... bukan ada exam pun " ).. ermm ... ntah ye , mengapa aku suka mencatat ... mungkin juga sebab aku  ni memang suka menulis atau sebagai kata kunci yang akan aku gunakan untuk update post kat blog ๐Ÿ˜๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

... Kata-kata yang aku suka dan terperap lama dalam buku nota antaranya " kalau nak berjaya dalam apa juga yang kita lakukan kena lihat dunia dari mata burung bukan dari bawah tempurung " bait-bait ayat ni juga yang aku semat ketat dalam minda ... bila aku rasa down dalam mengotakan sebuah amanah hanya kerana  perlakuan dan kata-kata negatif ... aku anggap sahaja mereka melihat dunia dari bawah tempurung ...nampaknya saki baki hati kering masih ada dalam diri ini ... ada ketika tanggapan mereka disekeliling kita hanya berasaskan apa yang terlihat dek mata tanpa mengetahui apa yang ada jauh disudut hati ... dan kita pula tidak berupaya untuk memperjelaskannya satu persatu ... yang terbaik aku lakukan adalah diam .

... Kenangan mengusik jiwa masa mula-mula masuk kerja ... banyak yang aku belajar dari jiwa pelajar kepada jiwa orang bekerja ... jiwa sensitif remaja kepada jiwa kental ala-ala orang dewasa ... kununnya ! ... mengubah cara berfikir dari remaja kepada dewasa ... mengubah sikap dan perlakuan bersesuaian dengan persekitaran ... arwah mak jadi penasihat dalam semua gerak laku aku ketika itu ... sebab setiap kali balik kerja ada sahaja perkara yang berlaku kat ofis aku citer ... seorang ibu akan sentiasa beri nasihat tanpa prasangka mereka yang bekerja dengan aku pada ketika itu ... " jaga kerja macam  jaga rezeki kita " itu pesan arwah emak ... memula tu memang aku x faham langsung makna disebalik kiasan ni ... bertahun aku abaikan kata- kata keramat ni sehingga aku berhijrah ke Library Tanjung Karang .

... Dugaan akan datang dan pergi tetapi kesabaran , pendirian dan cara berfikiran akan tetap kekal sehingga diri sendiri mengubahnya ... banyak situasi yang tidak menggembirakan berlaku dihujung-hujung perkhidmatan ini ... terima kasih Ya Allah menitipkan kesabaran ... kecekalan ... membuka ruang-ruang penyelesaian yang ada kala x disangka pun ... inilah harga dewasa yang amat bernilai untuk hamba Nya . 

No comments: