"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Thursday, September 10, 2020
STRESS ...
Wednesday, September 9, 2020
... balas 2 X
... Alhamdulillah , selesai sudah salah satu proses rebranding yang memerlukan kudrat dari kawan-kawan , selama 2 hari berkampung waima dengan team yang berlainan ... terima kasih daun keladi untuk semua yang terlibat ... gotong royong hari pertama 7 September agak meletihkan kerana melibatkan kerja-kerja angkat mengangkat , mengasing , memindahkan serta memasukan buku-buku ke rak yang telah siap di labeling sementara ... apatah lagi cabaran memindahkan buku-buku dari GF ke tingkat 1 melalui tangga dengan kaedah rantaian guna tenaga ... maaf lah sebab memilih atau lebih kepada paksaan jer untuk merealisasikan jayanya semua buku rujukan sampai ke destinasinya ... Ayu , Fazilla , Raihan , Mar , Shima , Zamri , Din , Jaf ... termasuk tuan rumah Faie , Nurul dan Kak Jis .
... Hari ke 2 , gotong royong melibatkan staf lain lak , antara yang terlibat Suzana , Bunga , Fikah , Shima , Jaf dan Din serta staf tuan rumah ... gerak kerja agak lebih santai tapi memerlukan kesungguhan dan kesabaran sebab ianya melibatkan penyusunan semua buku mengikut klas dan proses mengira jumlah keseluruhan buku yang berada di rak ... alhamdulillah atas kerjasama semua staf terlibat selama 2 hari ... kerja dapat diselesaikan seperti yang dirancang ... terima kasih juga pada tuan rumah untuk jamuan yang best ...πππ
... Tetiba aku teringat semasa perbincangan mengenai perancangan untuk gotong royong dijalankan , aku telah diarahkan untuk menunggu kehadiran Pegawai dari HQ di PD. Kampung Banting ... ok lah sebab ketika itu aku masih menguruskan kutipan hasil , bil utiliti , kad perakam dan hal-hal lain di PD. Batu 38 untuk dibawa ke HQ pada hari jumaat ... memandangkan lokasi antara keduanya tidak jauh dan masih dalam kawasan aku setuju sahaja ... aku gerak ke Kampung Banting ... alhamdulillah semua buku telah tersusun kemas ... tahniah fikah ππ
... Perincangan mengenai perancangan gotong royong bersambung di Pekan Dataran Sabak ... memula tu aku ambil pendekatan diam sahaja ... kerana aku aku anggap ulang siar perbincangan di Kampung Banting ... aku sekadar mencatat untuk rekod segala arahan ... aku terkesima kejap bila tetiba nama aku disebut untuk turut serta dalam gotong royong dan ntah kenapa ... spontan jer pulak boleh terkeluar ayat " saya perlu bawak rotan sekali ke " hehehehe ... ek ! awat lah ayat brutal ni leh terkeluar ... walaupun dalam nada bergurau aku dapat rasakan aura berbezaan pada mereka yang mendengarnya ... bak kata pepatah pepitih " sekilas ikan di air , tahu jantan betinanya " tapi apa nak dikatakan kata telah terlontar ... redha jer lah apa komen diorang .
... Mungkin ada yang tertanya dan tersalah sangka bila kerap sangat ungkapan ni aku lafazkan " kalau korang sekali , kak mis akan balas 2 kali " ayat ni aku lafazkan untuk motivasi diri sendiri sebenar atau sekadar memujuk diri untuk tidak ambil peduli sangat atas tindakan atau perbuatan yang mengguris hati ... setiap kali hati ini terluka atas perbuatan mereka ... aku akan balas 2 kali ganda kebaikan kepada mereka , itulah terapi untuk hilangkan rasa sedih dalam hati ππππ
Saturday, August 22, 2020
saat mata hanya mampu memandang ...
Wednesday, August 12, 2020
salah siapa ...
Minggu ni agak meletihkan dengan pelbagai isu dan selalu sangat aku terjebak dalam situasi yang tidak menggembirakan ... meminjam kata-kata semangat dari seorang sahabat " kita insan terpilih untuk hadap semua ini kerana Allah Maha Mengetahui sejauh mana kekuatan hamba Nya " hati ini jadi sejuk sikit ... aku mengambil pendekatan " DIAM " ... diam kerana aku terikat dengan amanah untuk tidak share dengan sesiapa sehingga ada keputusan ... diam kerana aku berpendapat itu adalah yang terbaik ... diam kerana aku tidak mahu serabut memikir sedangkan banyak perkara lain yang perlu aku selesaikan .Aghh ! kapan bisa keluar dari sini ... bantuin dong ! πππ
S
A
L
A
H
S
I
A
P
A
?
?
?
...
...
...
M
O
G
A
A
D
A
S
I
N
A
R
U
N
T
U
K
S
E
M
U
A
I
N
I
AAMIIN
Thursday, July 30, 2020
Friday, July 24, 2020
x suka ? ... x apa
... Aku teringat kata-kata sempoi dari Siti Khadeeja ( Ija - anak saudara ) bila aku ajukan persoalan " pernah x Ija rasa ada member kat sekolah yang x suka dengan Ija " sambil tu aku perhati reaksinya " ntahlah ... ada kut " selambanya nada suaranya " ada kut ?? " nada terkejut aku " yelah ... kekadang tu bila berselisih jalan kita senyum , dia buat x tahu jer ... kalau sesekali x pe , ni selalu macam tu ... Ija anggap jer dia x suka dengan Ija " jawab Ija dengan nada bersungguh " lagipun dia ada group dia sendiri , Ija x kisah pun ramai lagi kawan lain ... biar je lah dia " itulah Siti Khadeeja ... kekadang aku mengambil motivasi dari sikap Siti Khadeeja
... Tipulah kalau aku kata aku x rasa sesuatu pun ketika mendengar ada orang memperkatakan sesuatu tentang diri kita kan ... ada ketika aku jadi lemah sangat ... rasa letih sangat ... rasa down sangat tapi semua tu aku usaha untuk x nak fikir ... hampir 31 tahun mengharungi dunia pekerjaan dan bakal menghampiri garisan penamat 7 tahun lagi ... sebenarnya tiada apa pun yang perlu aku ambil hati sangat sebab rasanya lebih dari ini telah dilalui ... hanya mungkin atas faktor usia yang membuatkan hati mudah terasa dan terguris ... itu pun x lama , rasa terguris tu hanya bertapak sekejap dalam hati sebab aku selalu bisik kat hati " x suka ? ... x apa " hahaha
... Kehidupan ini , bukan sekadar memenuhi atau menjayakan keinginan orang lain kan ... bukan juga untuk menggembirakan orang lain ... lalui semuanya dengan cara sendiri ... perbaiki diri ... berlapang dada ... raikan perbezaan dengan belajar menerima kelebihan dan kelemahan ... berbahagialah dengan cara kita sendiri .
Tuesday, July 7, 2020
pilihan ...
Saturday, June 27, 2020
norma baru ...
... Ada sesuatu norma baru yang ada unsur kejutan sangat ... adalah bila iklan perjawatan dan tarikh tutup iklan hanya berselang satu hari ... jarak untuk dipanggil interview juga hanya berselang 3 hari dari surat mohon dihantar melalui email ... maka terkejut juga mereka yang memohon ... dan lagi memberi kejutan bila mana ... staf yang tidak memohon juga diarahkan hadir interview dua hari berselang selepas interview pertama ... dan jemputan untuk hadir interview dihantar melalui whatssap jam 12.07 am ... dan lebih memeritkan bila lantikan untuk jawatan adalah daripada interview kedua iaitu melibatkan mereka yang tidak memohon ... cian kan untuk mereka yang ikut prosedur ... x pe lah bukan rezeki diorng , cuba lagi ek ... jangan pernah bosan untuk mencuba !
... Norma baru yang penuh cabaran yang akan jadi kebiasaan ... sanitizer , facemask dan infrared thermometer dah rutin ... #kitajagakita ... moga covid 19 cepat berakhir .
Thursday, June 25, 2020
kasut
Tuesday, June 23, 2020
Suatu ketika ...
maka kepada siapakah orang bodoh hendak mencari teladan.
Jika seorang fakir ( sufi ) sudah menyukai dunia , mencari kesenangan
dengan pakaian , harta dan perempuan,
maka kepada siapakah orang yang hendak membersihkan diri
mesti mencari ikutan "
bait kata dari buku " Indahnya Tasawuf Dan Hidup Sufi "
oleh
Ustaz Yusri Abdul Karim
... Suatu ketika , dalam perjalanan balik dari ofis aku memandu kereta dengan airmata yang mengalir ... terasa begitu sebak dengan apa yang berlaku dan aku lalui seharian ... terasa lega dan hapus semua rasa sebak serta sedih sangat tu ... lain orang lain cara , ada orang suka cerita kat sahabat ... ada orang luah semua rasa kat muka buku ... aku memilih untuk diam ... dan simpan semua rasa tu sendiri ... bukan aku x nak share ... bagi aku diam adalah langkah yang terbaik ... ada juga aku kias-kias dalam perbualan sebagai terapi untuk elakkan stress .
... Suatu ketika , saat semua yang ada disekeliling seakan menunding jari ke arah aku ... hari yang aku rasakan kesendirian teramat sangat tanpa ada sesiapa yang cuba memahami apa sebenarnya berlaku ... aku hanya mampu memandang insan-insan penakut untuk melontarkan kebenaran ... menyembunyi diri dibalik kuasa ... saling sandar menyandar antara satu sama lain ... salah ke atau berdosa ke untuk berkata benar ...
... Suatu ketika , aku dah x tahu nak kata apa yang ada dalam kotak fikir saat itu ... terasa bergetar suara ini memberi salam bila mana saat kaki melangkah " %&*# ...%&*# ...%&*# " dihamburkan kata-kata yang x terjangkau dek akal waras ... aku memandang seolah-olah telinga ni tuli dan aku membiarkan sahaja bebelan dengan nada suara yang sengaja ditinggikan ... aku berusaha mengawal suara dengan tangan dan kaki yang gementar menahan gelojak rasa ... semua gara-gara peristiwa 9 Mei 2019 yang akan kekal dalam ingatan meskipun pahit , hanya kerana kunci ... yup kerana kunci yang ada dalaman simpanan aku ( itu pun atas pengetahuan pihak atasan ) ... salahnya aku guna kunci itu juga atas arahan pihak yang aku x upaya untuk engkar ... meskipun aku mohon pengertian untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada individu yang berkenaan ... maka bertebarlah fitnah dari mereka yang aku anggap adik-adik ... hingga saat ini bila membaca semula perbualan dalam whatssap yang memperkatakan mengenai perkara ini " kunci stor brg2 daerah amanah kat H jage ... rupenye M ( aku lah tu ) duplicate kunci ... mrah lah dia " kata Z " Mmg la kalau cam tu , Belum2 dah nak berkuasa tu " balas W " tp mmg ptt lah kne mrah ...arahan kuase pgang kunci xde ..pandai2 copy ... mndapat lah " balas Z " kantoinye td..kunci kt H .. tibe2 stor M dh bukak " kata Z " lpas tu org saklam anggap kak M pegawai kat berbanding H " balas W ... begitu sekali tanggapan mereka pada aku ... bila aku bersemuka dengan individu H yang mengamok sakan berkaitan kunci ini ... lain lak jalan ceritanya ... dari 3 kunci yang ada dalam simpanan H , bila aku minta H kira depan aku ternyata hanya ada 2 sahaja ... ini bermakna aku x buat pendua pun kunci tapi aku ambil dan ianya dalam pengetahuan H ... aku ambil keputusan menyerahkan semula kunci dan semua fail yang berkaitan kerana aku nekad untuk tidak ambil tahu lagi segala urusan yang ada hubungan atau sebagainya.
... Suatu ketika , budak Z ni ada bercerita berkaitan status perjawatan yang masih kekal begitu walaupun dah hampir 5 tahun berkhidmat ... aku tetap sudi meminjamkan telinga ini dan meluang masa untuk mendengar luahan hati nya ... aku buang jauh rasa marah atas perbuatan yang telah dilakukannya ... aku bukan pendendam hanya lebih berhati-hati dalam setiap kata yang terlontar ... serik rasanya dan aku takut x mampu untuk bersabar lagi ... untuk individu W , aku dekati agar lebih faham dan kenal aku ... waima dalam beberapa hal aku perhati jer , sebab selagi aku boleh bersabar ... aku akan bersabar meskipun aku ada banyak peluang dan ruang untuk balas baik apa yang mereka buat kat aku ππππ
...
Monday, June 22, 2020
KUBAK - Part 2
Friday, June 19, 2020
... eh ! ada juga ek orang cam gini ... hihihi
... Selesai berbincang tindakan yang seharusnya untuk settle dan beri wajah baru serta mendapat kelulusan ... maka diputuskan beberapa solusi yang terbaik perlu dilakukan ... terima kasih pada yang sudi meringankan beban dan sesama berganding bahu ... semua laporan sebelum dan selepas telah dimaklumkan kepada yang berkenaan ... alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan pada 9 Jun .
... 10 - 11 Jun , aku hanya kerja bertugas half day kat situ sebab kena settlekan tugas hakiki aku di penempatan aku sekarang ... 12 Jun aku ke HQ hantar pelbagai yang menjadi rutin aku setiap bulan .. so 15 Jun aku bertugas seharian di situ ... aku sekali teruja menunggu kunjungan dari user dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm ... sesambil tu aku ubah lagi susun atur perabot untuk keselesaan jika tamu datang bertandang ... sesekejap aku berdiri di depan pintu utama memandang sawah padi dan menikmati damainya tiupan angin ... hati terdetik " mana semua orang ni ... mai lah datang sini " ππ
... 16 Jun , hari last aku bertugas kat situ ... aku hanya duduk sambil semak fail-fail jer ... x nak usik kerja-kerja orang sekadar tengok2 dan susun bagi kemas ... ye lah nak baca buku-buku yang ada kat situ memang x lah ... atas faktor kesihatan aku memang x akan sentuh tanpa pakai glove ... lagipun aku memang jarang baca buku kat tempat kerja ... itu prinsip aku ! , aku pusing keliling bangunan letak sesuatu untuk hindarkan makhluk kecik comel dari menghuru-hara khazanah berharga dalam bangunan ... kat dalam pun aku letak juga di lokasi yang x tercapai oleh user .
... 4.30 pm , aku dikejutkan dengan kehadiran owner " eh ! awalnya nak ambil kunci " aku berbisik sendiri ... apakah owner pun teruja nak tengok hasil tinggal sebelum PKP ... semasa PKP dan PKPB ... la ni PKPP , aku dok perhati jer dan tunggu jer reaksi dan lontaran ayat pertama yang akan menerjah gegendang telinga ni ... hehehe
... " kak ... saya sebenarnya masuk kerja hari ni , terlepas pandang lak " dengan suara manja itu lah ayat pertama yang aku dengar ... " akak memang dah tahu sepatutnya masuk kerja 16 Jun ... tapi bila dimaklumkan akan mula kerja 17 Jun ... akak stay sini " itu nada tegas suara aku ... lepas tu aku hanya dengar sahaja owner bercakap dengan alasan ... demi alasan ... dan alasan , sambil matanya dok perhati keliling ... aku pulak sibuk mengemas barang peribadi untuk keluar ... aku istighfar dalam hati ... itu yang terbaik ! ... memandangkan itu hari terakhir tugasan di situ ... aku terangkan serba ringkas berkaitan SOP yang perlu dipatuhi dan beberapa perkara yang perlu owner tahu ... masa menyerahkan kunci kepada pemiliknya ... " akak serahkan semula kunci ni ... dan minta maaf berkaitan fail yang terkena air tu sebab x di maklumkan ... isi ye borang cuti untuk hari ni dan esok ... " bila dimaklumkan esok akan ada urusan anak dan peribadi yang perlu disettlekan ... " eh kat mana ye borang cuti nya " keluhnya lagi ( ermm tempat sendiri pun x tahu mana simpan )" ada kat tray tu ... akak dah kemaskan " mendatar jer suara aku ( ... kelemahan aku adalah x boleh selindung kalau aku x berkenan dengan sesuatu perkara ) .
... 4.50 pm , maka berakhirlah tugasan aku di situ , pengalaman berharga yang akan sentiasa jadi kenangan ... kekadang aku terfikir apakah sebenarnya yang berlaku ... masa menghidupkan enjin kereta , aku merenung lama bangunan dan sekitar yang damai ... alangkah ruginya tempat indah ( kalau dijaga dengan baik ) tetapi tidak dimanfaat dengan sepatutnya .
... hari-hari seterusnya , aku hanya mengintai suasana di situ lewat status whatssap yang diupdate ... meskipun hanya sekadar yang indah-indah belaka dan tanpa ungkapan terima kasih ... aku harap semua yang telah dipercantikkan akan kekal begitu ... x perlulah nak buat gotong royong lagi ... jangan dilupa ye ... gambar sebelum dan selepas tersimpan kemas untuk dirujuk jika ada keperluannya dibelakang hari .
... memang ek ! orang yang ada sijil besar ( bukan semua ye ... jgn sentap π ) ... perkataan terima kasih tiada dalam perbendaharaan kata diorng ... so aku pesan kat kekawan yang terlibat kasi settle tempat ini dari setinggan kepada villa ... x yah lah nak kecik hati ek !! πππ
... terima kasih semua ... Parit 14 , Parit 8 , Tebuk Berihun , Batu 38 dan bro yang kasi settle bab air tu ... jasa korang tetap dalam ingatan ...
Wednesday, June 3, 2020
sekadar catatan
Tuesday, June 2, 2020
... antara tenang dan senang
... Dua zaman itu telah aku lalui ... kini aku pilih untuk menghayati dan nikmati kehidupan dengan tenang dan senang ... selesaikan tugasan sebaik mungkin meskipun ada ketika bukan senang tapi hadapi jer dengan tenang ...
Monday, June 1, 2020
... ke mana sahaja
Friday, May 29, 2020
... kita sebenarnya
... Terima kasih kepada Shima yang banyak membantu untuk key in semua data setelah aku buat semakan ... terkadang tu terdetik juga dalam hati semasa menyemak semua maklumat statistik yang dihantar pada aku ... lama atau baru seorang pekerja tidak boleh dinilai dari hasil kerjanya ... melihat angka-angka tersusun kemas dalam petak yang disediakan memang cantik dan tiada apa yang salah pun ... hanya bila kiraan angka-angka tu dibuat baru le terserlah mana silapnya ...
... PKPB ni bukan tiket untuk bersenang lenang meskipun user masih tidak pernah masuk ke dalam Library ... tugasan tetap dijalankan seperti biasa hanya dengan norma baru ... memula rasa janggal jugak dengan mask ... scan QR ... hand sanitizer ... insyaallah norma ini baru akan jadi kebiasaan demi keselamatan diri #kitajagakita
... Perubahan demi perubahan kena dilalui dengan penuh rasa tanggungjawab ... teringat semasa PKP bermula 18 Mac 2020 ... aku sendiri rasa stuck sebab kena kerja dari rumah ... handphone kena sentiasa disisi ... banyak perkara yang buat aku jadi stress sangat ... sebab banyak benda baru aku kena belajar π π π ... dengan line internet yang slow hingga terpaksa ikuti mesyuarat guna aplikasi ZOOM kat rumah member yang ada wifi .
... Sepanjang PKP dan PKPB ni ... setiap insan ada dugaan dan cabaran yang tersendiri , mungkin berbeza tapi hakikatnya semua dugaan dan cabaran ini memerlukan sabar dan tabah yang lebih dari biasa ... aku pernah rasa emosi amat terdera bila maklumat diminta pada segera berkaitan perkara yang berlaku pada tahun 2014 , 2015 dan 2016 ... kalut gak nak cari dan mengingat kat fail dan pendrive mana aku simpan dan save semua info ni ... alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan , ada manfaatnya juga aku masih simpan walaupun dah beberapa kali aku niat nak delete jer sebab dah lama kan .
... Sesuatu yang belajar adalah perkara yang kita rasa x penting ... akan jadi berharga bila saat kita perlu dia ada !!
Wednesday, May 27, 2020
ISTIMEWA ... tq Beb
Tuesday, May 12, 2020
mutiara kata
dengan norma dan semangat baru
Wednesday, March 4, 2020
... penglipur lara ?
... Daerah Sabak Bernam ... 3 nama tersenarai Ayu , Suzana dan Aku ( x tahu le atas kriteria apa pemilihannya ) ... memula tu rasa seram juga nak follow bengkel ni ... segan pun ada sebab dalam usia sebegini x kan nak lakonkan watak bebudak ... walaupun bagaimana pun aku memikirkan belajar sesuatu yang baru adalah cabaran so layankan jer !




































