"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 23, 2013
... dari dalam diri
... Ya Allah ... kenapa x leh nak login blog ni ? ... tetiba jer aku rasa macam nak menitis air mata ... kenapa lah x boleh nak login blog aku sendiri ? ... berkali-kali cuba tapi masih gagal ... mesti ada cara untuk handle benda ni ... yang aku x leh nak terima email untuk login pun dah bertukar kepada hakkerajaan11@...... . setelah melalui pelbagai step ... dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ... aku mencuba sekali untuk login ... alhamdulillah ... berjaya ! ... ingatan buat diri sendiri " kena sentiasa logout " walaupun meninggalkan komputer dalam jangka masa singkat ... sebab kita x tahu apa yang ada dalam hati setiap orang .
... pagi jumaat yang barakah ( minggu lepas )aku dipanggil ke dalam ... pagi2 lagi dah kena briefing ... pasal apa ? x payah lah nak cerita ... biarlah ianya menjadi ingatan untuk diri sendiri ... nak bercerita pun ... x tahu nak mula dari sudut mana ... sebab manusia ni ada banyak kelemahan ... bila kita nampak kelemahan orang lain ... begitu jugak le orang nampak kelemahan diri kita ...
... lagi satu ... sape le kita nak ubah semua orang ikut cara kita ... sedangkan kita sendiri x le sehebat mana pun ... sebenarnya banyak perkara yang berlaku adakalanya berpunca dari diri kita sendiri ... terlalu banyak memberi ruang untuk orang lain mencipta kekhilafan ... membiarkan kekhilafan berterusan walaupun ada kuasa untuk mencegah ... bila sampai satu tahap kita sendiri dah x upaya nak mengubahnya ... maka mula lah kita rasa tergugat dan memcari altenatif untuk menyalahkan orang lain .
... selalu aku ingatkan diri sendiri ... belajar ... belajar ... belajar dan sentiasa belajar ... jangan despair bila diasak dengan pelbagai perkara ... anggapan semua itu cabaran untuk lebih berjaya ... tiada jalan pintas untuk berjaya ... bila aku putuskan untuk mengaplikasikan apa yang aku lalui ... untuk dikongsi bersama ... aku tahu x semua punya tanggapan positif ... sebab aku bukan sesiapa pun ... aku hanya sekadar memberi ruang kerana aku yakin setiap dari kita ini sebenarnya ada potensi ... ada kemahiran ... ada keistimewaan ... dan ada kelemahan ... yang penting adalah dari dalam diri kita !
... hari ini mungkin aku rasa ' kesendirian ' tapi aku x rasa sedih sebab aku yakin ' mereka2 yang terasa hati dengan tindakan aku hari ini akan mula membuka minda ... belajarlah ... berusahalah ... kerana apa saje tindakan kita ... itulah le sebenarnya diri kita
* segala kebaikan adalah datang dari Allah .
Friday, December 13, 2013
sumbangan
kerja2 pengasingan baju yang di terima
baju sumbangan yang siap di kotakkan
... selepas terima arahan untuk buat kutipan sumbangan kewangan dan pakaian terpakai yang masih elok ... terima kasih kepada sahabat2 dari Perkhidmatan Zon 1B Sabak Bernam ... turut membantu memberi sumbangan dalam menjayakan arahan yang diberi ... tq untuk PD. Tebuk Mufrad , PD. Batu 38 , PD. Parit 14 di atas sumbangan pakaian ... dan juga untuk sahabat2 dari semua PD termasuk PD PNM yang menghulurkan sumbangan kewangan ... jumlah terkumpul sebanyak RM 410.00 ... semua sumbangan telah diserahkan pada 10 /12/2013 melalui Pen. Peg. Perpustakaan .
... semoga sedikit sumbangan dari kita ini dapat meringankan beban sahabat di Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang .... amin.
Hari Bertemu Pelanggan PPAS Daerah Sabak Bernam
HARI BERTEMU PELANGGAN PPAS DAERAH SABAK BERNAM
12 DISEMBER 2013
10.00 AM - 4.00 PM
AKTIVITI : ISI BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN / KEMPEN KEAHLIAN / MENCARI MAKLUMAT / TEKA KACANG / CROSSWORD / TEKA SILANGKATA
DOORGIFT : GULA2 / BEBOLA COKLAT / NOTE BOOK / BUKU
gambar2 sekitar Hari Bertemu Pelanggan
ayu dan wani
wani ,ayu n nasar
warga emas dan pesara yang turut serta HBP
melayan kanak2 yang mengisi silang kata dan crossword
user bertuah ... mengisi borang maklumbalas pelanggan ya ke 25
melayan pelanggan terakhir
* sehingga pelanggan terakhir ... tiada siapa dapat meneka jumlah kacang dalam balang kecil tu dengan tepat ... apa pun alhamdulillah selesai sudah HBP untuk tahun 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)